Jumaat, 30 September 2011

ISU LIM GUAN ENG - BAGAIMANA DENGAN KELANTAN YANG BERPULUH TAHUN DIBURUKKAN?

Oleh: WFAUZDIN NS



APABILA Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng sentuh sikit pasal Johor kononnya, maka hiruk pikuk media pencacai dan pengampu Umno termasuk beberapa pemimpin yang bankrap idea mengulas dan mencaci Lim Guan Eng. Hampir seminggu isu tersebut dimainkan di dalam media, dan semalam di TV 3 suku, berita berkenaan Lim Guan Eng ini menjadi pembuka tirai dan penutup tirai berita.

Mulanya tersasul dengan menyebut kononnya Lim Guan Eng memburukkan Johor di Australia, bila menyedari ianya suatu kesilapan yang membodohkan maka diubah dari Australia kepada Singapura pula. Bila disemak tiada bukti di dalam teks ucapan rasmi Lim Guan Eng, maka rakaman audio/visual pun jadilah asalkan dapat dibuat modal sampai basi. Biasalah, video hitam putih pun TV3 suku sanggup kutip di dalam tong sampah.

Jikalah benar Lim Guan Eng sentuh Johor seperti yang mereka dakwa itu, itu baru sekali beliau menyebut. Itu pun Lim Guan Eng nafikan dan beliau akan membuat laporan Polis terhadap rakaman visual yang ditayangkan hampir setiap malam itu bagi mengesahkan kebenarannya. Katalah memang benar, itu baru kali pertama Johor dikatakan sedemikian.

Baik, cuba kita renung kembali berapa tahun pula Negeri Kelantan diburuk-burukkan samada oleh pemimpin mahu pun kerajaan negeri di bawah Bn bahkan pemimpin Kerajaan Pusat sendiri? Semenjak mula PAS mengambil alih Kelantan, lebih 21 tahun Kelantan diburuk-burukkan malahan di sabotaj sehingga rakyat Kelantan sudah `lali' mendengarnya. MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz tetap bersabar dan Sultan Kelantan juga `relaks' sahaja melihat gelagat dan aksi `badut-badut' murahan ini. Tidak menjadi pelik di Kelantan, pemimpin Umno Kelantan juga sama-sama menghina negeri berkenaan. Pelik apanya, Sultan Kelantan pun mereka pernah `tabal'kan yang lain. Kalau tidak percaya, cuba tanya Anuar Musa yang kini menjadi orang kuat `Red Warrior' itu.

Adakah kita lupa ada seorang pemimpin Umno yang kini menjadi Ketua Menteri Melaka yang terlibat dengan rasuah semasa pemilihan Umno dulu, beliau pernah mengeluarkan arahan kepada semua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka agar tidak melawat Kelantan? Adakah tindakan itu sesuatu yang bijak dan patut dipuji? Mengapa ketika itu tidak diperdebatkan dan di mana suara tokoh-tokoh atau cendikiawan di dalam negara ini yang berani bersuara? Mengapa kali ini mereka berebut-rebut untuk muncul di kaca TV menghentam Lim Guan Eng?

Muhyiddin selaku TPM pun mahu terlibat sama mengutuk dan meminta Lim Guan Eng memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Johor. Beliau tidak pernah pun meminta maaf selaku Menteri yang dulu ada kes budak sekolah mati sewaktu mengikuti perkelahan akibat kecuaian pihak sekolah. Adakah Muhyiddin pernah meminta maaf apabila terdapat sekolah yang melarang pelajar dari mengambil peperiksaan? Lebih baik Muhyiddin suruh KM Melaka itu memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Kelantan terlebih dahulu kemudiannya ia boleh ditiru oleh Lim Guan Eng.

Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat boleh dikatakan kerap kali diburukkan oleh pemimpin Umno termasuk ditokok tambah oleh media syaitan ini. Kerajaan Negeri Kedah di bawah PAS pernah diburukkan kononnya tidak mengambil tahu tentang kesusahan rakyat Kedah di musim banjir yang lalu. Begitu juga di Selangor, walaupun terbukti dalam Laporan Audit Negara bahawa Selangor sewaktu di bawah PR adalah terbaik pengurusan kewangannya, negeri ini tetap diburukkan oleh pemimpin Umno dan media. Kerajaan Pusat juga pernah memburukkan negara luar untuk menunjukkan negara kita ini lebih baik.

Jelas, semua ini adalah serangan yang sengaja dilakukan kepada pemimpin Pembangkang khususnya kepada Pakatan Rakyat agar rakyat dapat diperbodohkan. Mereka sudah kehabisan modal untuk mencari kelemahan pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka ingin tonjolkan mereka lebih baik daripada Pakatan Rakyat sedangkan rakyat semakin bijak menilai tindak tanduk mereka. Politik murahan dari mereka menunjukkan tanda-tanda kejatuhan rejim Umno/Bn di dalam PRU akan datang./wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. Sepanjang masa kita amat suka 'masuk bakul angkat sendiri', di masa yang sama memperlekeh dan memfitnah orang lain. Amlan ini adalah tergulung dalam dalam sifat riak dan sombong iaitu satu amalan yang pati dihindar oleh semua orang yang beriman.

    BalasPadam
  2. GEROMBOLAN APCO BUAT APA PUN OK ASAL JANGAN DARI PRMBANGKANG ! KALU DARI PEMBANGKANG SOK SEK SIKIT JA MELETUP LEBIH DARI C4, SAMSENG BERLESEN PUNYA HAL :)

    BalasPadam
  3. he! he! nak haramkan LGE masuk Johor? Lagu mana?Nak buat mcm Sarawak?Nak tubuhkan Pos Imigresen disetiap pintu masuk ke Johor? Nak buat sekatan Jalanraya?Nak periksa kenderaan masuk sebuah2.Cadangan bangang/bengong/bodoh entah apa2 dari bakal pemimpin....

    BalasPadam
  4. Depa memang bodoh....lagi2 rejim umno/bn

    BalasPadam
  5. Semakin hari semakin tua dan bertambah tua dan bertambah merapu UMNO ni dan semakin dekat nak mampos, bila tak mampu nak berhujah, kira nak sekat org saja, geli dan semakin geli dan bertambah geli bila tengok perangai UMNO ni.

    BalasPadam
  6. darah keturunan patik karmawijaya sentiasa mengalir dalam keturunan melayu yg sentiasa busuk hati, dengki, sesama bangsa..
    masalah remeh temeh yg sibuk nak di selesaikan..masalah rakyat haram jadah dipedulikan

    BalasPadam
  7. kelantan buruk pun salah BN..soalan aku senang je..bekalan air bersih da settle belum? negeri camni nak buat pelaburan mmg kerugian la yg bakal dapat..unless kalu nak melabur utk membina patung2 dan kuil2, mmg kerajaan negeri siap sponsor lagi..

    kalu kat mekah ade kaabah, kat negeri serambi mekah ade patung terbesar di asia..

    KAH KAH KAH!

    BalasPadam
  8. puak puak puaka ni dia punya puaka dah makan diri --nak katakan bangang memang pun bahlol tolol dan gampang puak umporno asli tulin komunis ni

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama berkata...
    kelantan buruk pun salah BN..soalan aku senang je..bekalan air bersih da settle belum? negeri camni nak buat pelaburan mmg kerugian la yg bakal dapat..unless kalu nak melabur utk membina patung2 dan kuil2, mmg kerajaan negeri siap sponsor lagi..

    kalu kat mekah ade kaabah, kat negeri serambi mekah ade patung terbesar di asia..
    ================== kah kah kah ===============
    negeri johor air sentiasa meningkat harga ni kira dah selesai menyusahkan rakyat johor lah gitu --kah kah kah kah kah

    BalasPadam
  10. dah 50 tahun lebuh dah umporno..

    dah sampai masanya untuk...mati.

    BalasPadam
  11. SBPA-Sistem Bodek Pegawai Atasan..sis. ini sistem 'bunoh' org lain..

    BalasPadam
  12. eran ek,SBPA samdol ni mesti d sain dlm ms 2 mggu je,,um,mebi dekat nk ngundi kot..bleh jd jugak..renung2 kn..dan slmt bfiker..hehe..peace no war..senyum2 pak mnteri..-senyum kambing'..bek!bek!bek!..

    BalasPadam
  13. Alahai kamo nie sumo....UMNO lama dah lamo terkubur..umur 66 tahun tue sapo punyo ehhh..mari kiter debat antara UMNO (Lama) dan UMNO (Baru)a. Dapat ler bijak pandai cari maklumat penubuhan UMNO (Baru)...boleh kah depa dok guna dokumen UMNO (Lama)...kalo bleh pun dah melanggar Akta Pertubuhan 1966. UMNO dulu lambang Keris...UMNO sekarang lambang LEMBU ?

    BalasPadam