Sabtu, 29 Oktober 2011

FINAL PIALA MALAYSIA - JUARA MALAM INI ADALAH FAM


Oleh: WFAUZDIN NS

MALAM ini maka bertemulah dua pasukan terbaik dalam Liga Malaysia, Negeri Sembilan akan bertemu Terengganu di dalam Perlawanan Akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam.



Kehangatan perlawanan ini dirasai lebih awal apabila FAM buat kerja menyakitkan hati apabila menaikkan harga tiket kepada RM50. Bayangkan lah sampai ada yang mengodam laman web FAM dengan menukar logo FAM dengan gambar yang menjijikkan serta dengan komen-komen yang begitu kotor ditujukan kepada FAM. Namun, FAM begitu besar kuasanya sehingga teguran Menteri pun tidak dipedulikan.



Laman Web FAM digodam malam kelmarin....

Peminat-peminat bolasepak mahu mengadu dengan siapa? Paling mengecewakan, Presiden FAM juga memberi kenyataan agar peminat-peminat bolasepak usah peduli dengan berapa harga tiket, janji penuhi stadium katanya. Maka, suka atau tidak demi minat kepada sukan ini lebih-lebih lagi ingin menyokong pasukan negeri masing-masing terpaksa jugalah hadir.

Diberitakan ada peminat yang tetap akan hadir ke Stadium Shah Alam malam ini dengan hati yang `berbuku' terhadap FAM. Lantaran itu, mereka bercadang untuk memenuhi stadium dengan sepanduk dan banner membantah keegoan FAM. Bayangkan nanti, andainya pasukan yang mereka sokong itu kalah, bertambah `bengkak' hati mereka. FAM peduli apa semua ini, janji `fulus' masuk.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, sudah tentu saya mahukan Negeri Sembilan menjadi Juara malam ini walaupun hati kecil saya merasakan Terengganu ada kelebihan. Hanya 90 minit di padang malam ini bakal menentukan siapa Juara. Bagi saya, samada Negeri Sembilan atau Terengganu yang menjadi Juara, Juara dan Hero sebenar adalah FAM yang berjaya mengambil kesempatan `mengisi poket' mereka./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan