Sabtu, 8 Oktober 2011

GANGGUAN TERHADAP PROGRAM PAKATAN RAKYAT, SAMPAI BILA MAHU BERSABAR?


Disiplin dan keberanian Unit amal di Rembau berjaya gagalkan kumpulan samseng

Oleh: WFAUZDIN NS

SEJAK kebelakangan ini nampaknya kegiatan haramjadah kumpulan samseng upahan yang `berlesen' sudah semakin menjadi-jadi mengganggu setiap program Parti Pembangkang, khususnya yang melibatkan DS Anwar dan Mat Sabu. Kita pula asyik membuat laporan Polis sedangkan kita tahu Polis bukan tidak tahu kejadian itu berlaku kerana Polis sendiri melihat dan menonton kelakuan kumpulan haramjadah itu.


Kalau puak samseng itu tidak datang, tidak berlaku kekecohan....


Sebagai contoh di Bera, K.Lipis bulan yang lalu. Ceramah DS Anwar diganggu oleh maki hamun dari betina tua yang masih bujang, Umi Hafilda. Betina itu menyalak bagaikan anjing betina yang mahu beranak di rumah YB Umno bertentangan dengan pentas ceramah DS Anwar. Program DS Anwar mempunyai permit, manakala program betina yang dibuang oleh keluarganya itu tiada permit. PKR Pahang buat laporan Polis, walaupun terbukti Ketua Polis Daerah K.Lipis ada berhampiran lokasi ceramah tetapi menyorok di dalam kawasan sekolah. Ini kerja Polis di situ dan mereka dapat bonus setengah bulan gaji sahaja dalam Bajet Najib baru-baru ini.


Ini penyokong yang menjadi mangsa, sampai bila kita mahu lihat begini?

Sebelum itu, program DS Anwar juga digangu di Melaka. Bahkan, bekalan letrik terputus semasa DS Anwar berceramah. Kumpulan di Melaka itu diketuai oleh Lokman Adam, seorang bekas ahli Keadilan yang tidak mendapat tempat pun di dalam Umno sekarang. Di Seremban, program ceramah Mat Sabu juga diganggu oleh puak yang dipercayai dari PERKASA dan dua tiga ekor bekas tentera yang bengap. Berlaku kekecohan hingga ada yang tercedera. Kononnya mahu serah memorandum kepala bapak dia. Tidak boleh serah memorandum di Pejabat PAS kah? Mengapa mahu datang ke tempat ceramah untuk serah memorandum?



Kalau Polis cekap bertindak, adakah berlaku sebigini? Kita mahu biarkan sajakah?

PERKASA Negeri Sembilan buat ugutan agar Mat Sabu jangan pijak bumi Negeri Sembilan. PERKASA ingat bumi Negeri Sembilan ini kepunyaan Ibrahim Ali bosnya itu kah? Tempat Ibrahim Ali sebagai MP Pasir Mas itu pun hasil sedekah PAS, PERKASA kena tahu dan jangan jadi bengap sangat. Di Rembau, PERKASA silap besar untuk memburu Mat Sabu. Kehadiran kumpulan bengap yang dianggotai oleh 20-30 orang pencacai ini `disambut' oleh Unit Amal, SAMM serta penyokong-penyokong PR di sana. Mereka lari putih tapak kaki sehingga banyak Banner dan poster mereka bertaburan. Namun, Mat Sabu tidak mahu memalukan ketua mereka yang sudah pucat lesi itu lantas menerima mengadap ketua yang bodoh buta sejarah itu untuk menerima memorandum.

Terbaru di Johor malam semalam melibatkan Mat Sabu juga. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.



Sebahagian dari anggota-anggota SAMM termasuk AMK yang datang ke Rembau yang bertindak berani

Semua kejadian ini sepatutnya mengajar kita betapa kita perlu lakukan sesuatu lebih dari membuat laporan Polis yang rasanya suatu kerja yang sia-sia. Tidakkah kita merasa diperbodohkan apabila membuat laporan Polis terhadap kejadian yang pihak Polis sendiri saksikan dengan mata mereka? Adakah laporan kita selama ini disiasat dan diambil tindakan? Apa ertinya kita meminta permit untuk membuat program ceramah tetapi pihak Polis tidak peka dengan gangguan dari pihak haramjadah itu?

Saya mencadangkan agar jangan buat apa pun program jika kita tidak bersedia dengan jentera kita seperti yang dilakukan oleh Penganjur Program Ceramah di Rembau baru-baru ini. Saya puji jentera kita di Rembau dan saya lihat sendiri bagaimana Unit Amal PAS diberi taklimat dalam perbarisan umpama barisan tentera diberi taklimat oleh pegawainya. Mereka diberi taklimat terperinci bagaimana untuk menghadapi gangguan dari pihak haramjadah itu. Di bawah Chegu Bard pula, anggota-anggota SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) juga diberi tugas khas bagaimana untuk membantu Unit Amal di dalam mengawal suasana. Kesannya, pihak haramjadah itu balik umpama anjing tidak kurap.

Inilah yang patut dilakukan. Belajar dari penganjur di Rembau bagaimana kita boleh menggantikan tugas Polis yang seperti tidak berminat untuk mengawal keselamatan itu. Sudah jemu kita mendengar bahawa kita membantah dan membuat laporan Polis selama ini, sedangkan mereka semakin bersikap kurang ajar dan berani. Pakatan Rakyat mesti ubah rentak dan lebih faham rentak permainan mereka. Kita bukan mahu bergaduh tetapi kita mesti bersedia untuk itu jika dipelawa./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. saudara encik wfaudin..

    isu ni patut disampaikan secara serius kpada pimpinan atas pemuda pas pkr malah seluruh ketua pemuda2 setiap bahagian supaya amik berat dan peka. takkan lah smpai bila kita hanya nak amik mudah serangan samseng pengganas haram jadah umno perkasa tersebut? tindakan kurang ajar dan tidak bertamadun umno perkasa ada kala perlu diajar!

    keberanian unit amal dan samm di rembau patut diambil contoh. satu sikap terpuji dalam pertahankan keselamtan pemimpin dan penyokong2 pakatan rakyat. saya betul2 geram bila melihat ahli kita cedera tanpa dibuat apa2 oleh pihak polis! meaafkan saya jika saya kata POLIS ITU ANJING UMNO!

    saya benar2 harap encik wfaudzin yg punya pengaruh dapat menekan ketua2 pemuda pakatan agar bersuara dgn lebih tegas. insyaAllah kami dibawah ni sbg ahli biasa akan tetap bersedia mematuhi arahan pemimpin dalam pertahankan keselamatan pemimpin dan penyokong pakatan yg lain. dapat sahaja green light dari pemimpin, maka kami bersedia terjah gerombolan2 samseng celaka haram jadah itu!

    BalasPadam
  2. PAS Pusat wajar fikirkan isu ini dengan serius.Berilah peruntukan kepada Unit Amal agar mereka boleh melengkapkan diri untuk menghadapi cabaran yang dihadapi sewaktu bertugas.Jika isu ini tidak ditangani segera,ramai lagi anggota Unit Amal akan cedra.Pengarah-pengarah Unit Amal seluruh negara wajar adakan satu diskusi untuk menangani isu keganasan ini.Pada PRU akan datang,grombolan ini akan lebih ganas dan liar kerana "upahnya" lumayan.Sudah sampai masanya melaksana dasar "An eye for an aye,a tooth for a tooth"(Mata dibayar dengan mata,gigi dibayar dengan gigi".

    BalasPadam
  3. setuju dgn komen dua saudara kita di atas.. persoalannya jelas.. sampai bila sanggup menjadi punching bag ??? puak haram jadah tu sedang ketawa besar !!!

    BalasPadam
  4. jangan kasi peluang depa buat kacau... jangan harap anjing umnoo nak jaga kita...

    BalasPadam
  5. selepas ini kalau samseng umno/perkasa bersedia menjual pemuda pas/pkr mesti sanggup membeli... polis dah tak boleh harap...bukankah mereka ni cawangan umno...sabar ada hadnya...cakap jgn banyak yang penting tindakan...

    BalasPadam
  6. kali ni kita lawan jangan bagi can puak2 malaon ni.bila kita tak melawan dia ingat kita takut.kali ni kita siap kan lastik,kita lastik sekor2.kita tengok dia berani tak?kalau setakat jadi pemuda upahan golongan bangsawan united malays no otak rentikan dan insaf lah,kau tak dapat apa2 mat,golongan bangsawan tu bersukaria diserata dunia kau juga jadi bahan maki hamun orang ramai ,jika nasib kau tak baik..mati!berentikan kerja gila kau tu,mari sama2 pr untuk RAKYAT!!!!

    BalasPadam
  7. polis da diberi peruntukan besar utk belajar siasat hal yg berkaitan dgn isu seks agar tidak lagi blh dipertikaikan. hal samseng2 ni peduli kan. dia orang bkn susahkan polis.
    so, kepada parti pembangkang, sediakanlah kawalan sendiri, pandai2 lah nak settle. polis akan bertindak kalau samseng yang kena lanyak.

    BalasPadam
  8. Selepas ini kita bom jer program PERKASA. Bagi mati semua ahli2nya dengan katak2 nya sekali.

    BalasPadam
  9. tuan blog,

    ape kata tuan blog remove kan gambar tuan kat blog ni..bukan apa, sy walaupun penyokong PAS seumur hidup, rasa mual bila tgk wajah tuan blog setiap kali mengunjungi blog ini..hilang minat..

    mungkin ade lagi yg berperasaan spt sy diluar sana..diharap tuan blog sudi mempertimbangkan..

    sy setuju unit amal kerna melakukan sesuatu yg lebih proaktif lagi..tiada demokrasi dgn tindakan mengkacaubilaukan majlis ilmu org lain..

    PAS machang..

    BalasPadam