Jumaat, 7 Oktober 2011

MAT SABU DAN CHEGU BARD DI REMBAU MALAM TADI - PERKASA SILAP ORANG DAN SALAH TEMPAT

Oleh: WFAUZDIN NS

SEMALAM saya membaca akhbar Sinar yang melaporkan bahawa beberapa NGO dari Negeri Sembilan termasuk dari bekas-bekas tentera akan hadir beramai-ramai untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di dalam program ceramah bersama Chegu Bard di Kg Bintongan, Rembau, Negeri Sembilan pada 06 Okt 2011.

Sebelum ini kumpulan tersebut yang diketuai oleh PERKASA Negeri Sembilan telah menganggu dan melakukan provokasi terhadap program ceramah Mat Sabu di Seremban atas alasan yang sama. Selepas itu, mereka mengugut dan memberi amaran agar Mat Sabu tidak menjejakkan kakinya ke Negeri Sembilan. Membaca laporan akhbar semalam, saya dan beberapa rakan dari SAMM Kuantan bercadang untuk menghadiri program ceramah di Rembau untuk melihat sendiri `kehebatan' kumpulan ini.



Selesai Solat Isyak dan Solat Hajat


Di dalam perjalanan memakan masa hampir 4 jam, kami sampai di lokasi ceramah menjelang waktu Maghrib. Pelik sedikit, sepanjang jalan yang kami lalui dari Kuala Pilah, tiada satu pun sekatan jalanraya diadakan oleh pihak Polis seperti lazimnya di dalam program-program ceramah Pembangkang, apatah lagi program di Rembau malam tadi dianggap suatu program yang pastinya `panas' kerana ugutan dari PERKASA sebelum ini. Ada teman yang memberitahu saya, mungkin sengaja tidak diadakan sekatan kerana `memberi laluan' kepada kumpulan yang dikatakan mahu menghimpunkan seribu orang untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu malam itu. Tapi, saya yakin tidak demikian.




SAMM dari Kuantan turut hadir bertemu rakan di sana...


Di lokasi ceramah iaitu di rumah YB Taufik, Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan mereka yang hadir awal menunaikan Solat Maghrib dan Isyak serta Solat Hajat di luar rumah. Selepas waktu Isyak, kawasan ceramah mula dipenuhi orang ramai dan ditepi-tepi jalan berderetan gerai-gerai peniaga. Program ceramah bermula dengan beberapa penceramah tempatan termasuk dari Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Unit Amal dari PAS serta sekumpulan anak buah Chegu Bard dari SAMM yang datang dari dekat dan jauh telah bersedia untuk mengawal keselamatan semua yang hadir di dalam program tersebut. Diberitakan, satu kumpulan lain telah pun berkumpul di depan IPD Rembau untuk berarak ke lokasi ceramah kononnya untuk menyerahkan memorandum kepada Mat Sabu.



Chegu Bard mengarahkan penyokongnya agar bertenang. Beliau dijulang oleh para penyokong beliau

Tidak lama kemudian, Timbalan Presiden PAS tiba dan disambut dengan laungan `Takbir'. Beliau diiringi masuk ke dalam rumah untuk berehat seketika. Di luar sana mula kecoh dengan berita bahawa satu kumpulan sedang berarak beserta Banner menghampiri lokasi ceramah. Unit Amal mula menyusun barisan sekeliling pintu masuk lokasi ceramah, manakala kumpulan anak muda SAMM dan beratus-ratus penyokong di luar pagar telah bersedia kerana mereka sudah terhidu tindakan kumpulan tersebut yang akan datang untuk menganggu ceramah kerana jika hadir untuk menghantar memorandum sahaja, mereka tidak perlu berarak hingga menghampiri pintu pagar lokasi ceramah.



Chegu Bard terpaksa datang untuk tenteramkan keadaan dan berunding


Bagi menjaga keselamatan orang ramai di lokasi ceramah, Unit Amal beserta kumpulan anak muda SAMM dan beratus-ratus lagi penyokong berjalan menuju ke kumpulan tersebut bagi menghalang mereka menghampiri lokasi ceramah. Maka, berlakukan tolak menolak dan kekecohan bertambah apabila dari kumpulan tidak sampai 50 orang itu ada di antara mereka mula membaling botol minuman. Pelik lagi menghairankan, mengapa perarakan kumpulan itu tidak disekat lebih awal oleh Pihak Polis yang berkawal di lokasi ceramah? Mengapa setelah berlaku kekecohan, pihak Polis menyuruh Unit Amal dan anak-anak muda SAMM ini berundur? Bukankah yang sepatutnya berundur itu adalah `pendatang haram' berkenaan?



Inilah Banner yang tercicir sewaktu mereka lari mengundur diri dihambat oleh Penyokong PR

Apabila petugas-petugas dari Unit Amal dan SAMM ini mara dengan laungan Takbir, kumpulan ini mula berundur dengan ketakutan sehingga tercicir sepanduk/Banner yang mereka bawa. Walaupun mereka sudah berundur dan dihalau oleh petugas-petugas, mereka tetap degil dan meminta untuk menghantar memorandum. Akhirnya, Chegu Bard datang dan berunding maka diberikan kebenaran hanya dua atau tiga orang sahaja dibenarkan menemui Mat Sabu di dalam rumah untuk menyerahkan memorandum. Meskipun, terdapat beberapa orang di kalangan mereka ingin menunjukkan `samseng' dan berkeras mahu memasuki lokasi ceramah, namun disekat oleh petugas-petugas.




Kekecohan yang sengaja ditempah...


Saya boleh bayangkan jika Chegu Bard tidak menenangkan keadaan, sudah pasti berlaku tragedi yang lebih buruk dari yang berlaku di Seremban tempohari. Apa yang pasti, kawalan oleh Unit Amal dari PAS dan SAMM serta para penyokong kita lebih berkesan dari kawalan yang sepatutnya diberikan oleh pihak Polis di situ. Difahamkan, walaupun kumpulan itu terang-terang datang berarak ke lokasi ceramah dan menimbulkan kekecuhan, tiada tangkapan dilakukan. Bayangkan jika program itu adalah program Najib atau pemimpin Umno, sudah pasti awal-awal lagi akan ditahan.



Unit Amal serta penyokong-penyokong PR mengawal pintu masuk.

Di Rumah YB Taufik, memorandum diserahkan kepada Mat Sabu.

Akhirnya wakil kumpulan tersebut dibenarkan memasuki rumah dan menyerahkan memorandum yang berwarna KUNING kepada Mat Sabu. Mereka menyebut mereka membantah Mat Sabu kerana menyokong Komunis. Mat Sabu bertanya, bilakah beliau ada menyebut tentang Komunis? Wakil mereka terdiam, dan Mat Sabu berkata jangan percaya sangat kepada Utusan Malaysia. Mereka tidak dapat bercakap banyak kerana Mat Sabu lebih banyak menasihati mereka agar lebih tahu kisah sebenar dan tidak terpedaya dengan propaganda murahan media pencacai itu.



Pesuruhjaya PAS NS, YB Taufik dan Chegu Bard sedang berucap

Setelah menyerahkan memorandum, wakil mereka keluar dari kawasan rumah dengan dikawal oleh petugas-petugas. Jelas, dari awal mereka datang kelihatan wakil mereka berpeluh dan pucat, namun untuk menunjukkan `berani' kepada anak-anak buah mereka di belakang, mereka terpaksa juga mara menemui Mat Sabu. Jika perbuatan biadab seperti ini dilakukan oleh PERKASA, maka kita beritahu mereka PERKASA silap orang dan silap tempat. Mungkin kejadian mereka `diperhambat' oleh Unit Amal dan anak-anak muda SAMM sudah cukup untuk mereka jadikan pengajaran.




Chegu Bard di pentas utama bersama kepimpinan PAS.
Ribuan rakyat hadir hingga melimpahi ke tepi jalan raya

Chegu Bard di dalam pidatonya berkata, peristiwa malam itu menandakan kejatuhan Umno/Bn di Negeri Sembilan adalah bermula di Rembau. Beliau turut mengulas isu sejarah berkaitan penjajah dan juga isu panas berkenaan cincin 24.5 juta yang awalnya dikatakan tidak wujud tetapi akhirnya diakui di dalam Parlimen oleh pihak Kastam memang wujud. Bagaimana cincin tersebut terdapat nama Rosmah Mansor di dalam borang kastam, dikatakan hanya dibawa masuk untuk pameran sedangkan bila tarikh dan tempat pameran dirahsiakan. Cincin itu masuk dan keluar begitu sahaja umpama `pelancong', ujar Chegu Bard.



Mat Sabu sedang berucap di hadapan ribuan rakyat

Mat Sabu pula di dalam pidatonya mengulas kembali isu Mat Indera. Sekali lagi Mat Sabu dengan tegas menyebut Mat Indera adalah pejuang menentang penjajah. Beliau berkata, majoriti bekas tentera menyokong Pakatan Rakyat dan ini dibuktikan apabila di majlis berkenaan borang `Felda Plantation' diserahkan kepada Mat Sabu oleh wakil KERABAT, sebuah badan pertubuhan bekas tentera. Beliau tegaskan, di dalam bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat dan juga di dalam Buku Jingga, Pakatan Rakyat mempunyai iltizam untuk menjaga kebajikan bekas-bekas tentera dan Polis sekiranya berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihanraya Umum nanti.

Ucapan tahniah dan syabas kita ucapkan kepada pihak Penganjur program malam tadi yang telah berjaya membuktikan bahawa bumi Negeri Sembilan ini bukan milik PERKASA dan tiada siapa yang boleh mendakwa mereka tuan kepada bumi ini. Tahniah juga kepada pihak Polis yang telah hadir menyaksikan kekecohan pada malam itu. Tahniah buat PERKASA kerana sudi datang dan sudi dihambat keluar.

Kami sempat bergambar dengan Chegu Bard


Buku Chegu Bard bersama Edyes bertajuk "FITNAH" laris dijual. Kelihatan Chegu Bard
menandatangani sebuah buku yang dibeli oleh salah seorang pembeli

Saya dan rakan-rakan dari Kuantan pulang ke rumah malam itu juga dengan penuh kepuasan setelah melihat sendiri hasil perbuatan kumpulan yang bodoh itu. "KE JOLOBAK KO JOLOBU, TUAI PADI TIGO TANGKAI, KALAU SUDAH OTAK LOMBU, DATANG REMBAU JANGAN BUAT PASAI '.../wfauzdin.blogspot.com

19 ulasan:

  1. SYABAS UNIT AMAL & SAMM PERAMBAT LEMBU LEMBU PAWAH PARTI PANDI KUTTY APCO YANG HANYA TAHU AMPU/BODEK TAPI OTAK TAK PAKAI ! ALHAMDULILLAH ALLAH JUA KITA POHON SUPAYA MEMBUKA HATI HATI LEMBU YANG BODOS TANPA SELIDIK,MOGA PENGAJARAN PADA SANG KATAK SANG KATAK YANG ADA NIAT MAHU GANGGU PARTI ISLAM & PAKATAN RAKYAT ,ALLAHU AKHBAR !

    BalasPadam
  2. lucu membaca gelagat lembu2 puak umco ni... mrk ingat org melayu sekarang takut dgn mrk, dulu zaman damak boley ler mrk tunjuk samseng, la ni zaman i.t.......... Tapi kalu lombu totap ler lombu.....

    BalasPadam
  3. Lombo peliharaan.....

    BalasPadam
  4. geng patriot, geng perkasa, semuanya sanggup melembukan diri demi kepentingan politik serta kuasa tuannya.....

    BalasPadam
  5. Hebat Syeikh, ambo xberpeluang malam tadi...Takbirrrr!

    BalasPadam
  6. AMACAM...
    LEPAS NI KITA RAMAI2 PULAK KACAU CERAMAH BERUK2 UMNO?

    ADA SETUJU?

    MACAM ORANG TUA2 KATA.

    ADA UBI ADA BATAS, DIA ORANG BOLEH BUAT KITA PUN BOLEH BALAS.

    BalasPadam
  7. Orang Umno ingat manusia2 PR ni tunggul kayu kot
    Sebab tu suka hati mak bapak dia orang nak belasah manusia2 PR.

    Tapi ingat...!!!

    API kalau di simbah dgn minyak menyambar jugak akhirnya. Jangan nak ingat diri tu macam HULK HOGAN saja. Jangan ingat kesabaran orang2 PR terhenti setakat tu saja. Kau orang ada kaki, orang2 PR pun ada kaki. Kau orang ada tangan, orang2 PRpun ada tangan jugak. Lu orang MESTI INGAT BEB.

    BalasPadam
  8. Mano poii bapak polisi?

    BalasPadam
  9. polis tak do. sakit tolo. sobab tolo dah kone chokak dek amno laknat....

    BalasPadam
  10. Pemuda songkok tinggi 3 jengkal dan pemuda UMNO ni jangan fikir pemuda PAS,SAMM dan Keadilan ini tak ada telo.Dah lama depa sabar,dah lama "tak membeli" walau pun Pekasam dan UMNO selalu "menjual".Pemuda-pemuda dari Pakatan Rakyat ni bertugas dan melibatkan diri dengan PAS,Keadilan dan DAP secara ikhlas tanpa sebarang bayaran dan imbuhan.Pemuda Pekasam dan UMNO adalah tentra upahan.Semangat dan daya juang memang berbeda.Ini pemuda Pekasam dan UMNO kena faham.

    BalasPadam
  11. Den raso ado jugak geng songkok tinggi ni yg nak putus kepolo atau kona kojar sampei kek lubang cacing nanti ni yeeeeh. Ramei doh geng den yg doh hilang sabar ni yeeeh.

    BalasPadam
  12. Sebagai penyokong setia UMNO, kami, rakyat berbilang kaum di Kedah berasa TERSANGAT malu dengan tindakan golongan BODOH dan TIDAK BERTAMADUN oleh pihak-pihak tertentu yang dengan sengaja cuba mencetuskan PROVOKASI dan MENGGANGGU siri ceramah pihak pembangkang. Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, perkara yang seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Apakah tidak ada cara lain atau masalain untuk menyampaikan memorandum tersebut? Apakah pihak yang mengganggu siri ceramah pihak pembangkang ini tidak sedar bahawa perkara seperti ini boleh mencetuskan kemarahan di pihak pembangkang? Kami benar-benar MALU diatas tindakan yang tidak bertanggungjawap pihak-pihak PELAMPAU tersebut. JANGAN MEMALUKAN UMNO DAN BN KERANA PERBUATAN YANG TIDAK BERTAMADUN KALIAN SEKELIAN. BELAJARLAH MENGHORMATI HAK DEMOKRASI RAKYAT.

    MEMALUKAN 3X

    BalasPadam
  13. angpa tak nampak berapa ribu orang yang mai tgk nak dengaq mat sabu ..
    takat semangat dua tiga puluh orang tu balik ja aa ..
    takan beribu orang n9 yang mai tengok tu bodo tak tau beza mana betui mana salah ..
    otak lombu sungguh ..

    BalasPadam
  14. Tak pa, tak lama lagi dah, banyak lombu-lombu akan dikorbankan. tapi lombu-lombu berkaki dua tak sah untuk dibuat korban, sama-sama kita fikirkan nak buat cam na dgn lombu-lombu tu.

    BalasPadam
  15. perkasam ingat, negeri sembilan tu mak bapak mereka punya.
    tak sedar mereka tu dijadikan lembu-lembu oleh bn/umno yang akan disembelih bila2 masa.
    ada ke patut rumahtangga orang mereka kacau.
    kalau kita kacau rumahtangga mereka tau pulak mereka marah.
    laknatullah dan haramjadah punya perkasam.

    - mat hassan.

    BalasPadam
  16. bodoh punye perkasam taik..

    BalasPadam
  17. Dapat, jumpa, pancung ja PEKASAM2 ni. Memang kurang ajar sangat.

    BalasPadam
  18. mmang pauk2 pekasam nie tak bertamadun....

    BalasPadam