Isnin, 31 Oktober 2011

PEGAWAI-PEGAWAI FAM TERMASUK PRESIDEN FAM DISERU LETAK JAWATAN


Oleh: WFAUZDIN NS


SIAPA juara Piala Malaysia sudah terjawab. Negeri Sembilan muncul Juara dan Terengganu juga boleh berbangga kerana melangkah ke Final. Sejarah Final kali ini bukan kerana Negeri Sembilan Juara atau Terengganu melangkah ke Final, tetapi sejarah tercipta apabila FAM mula menunjukkan lagaknya.



Kain rentang untuk orang ramai tanda tangan membantah keputusan FAM

Jika dahulu peminat amat marah jika kehabisan tiket, tetapi kali ini mereka mengamuk bukan kerana tiada tiket, tetapi tiket dijual teramat mahal. Kemarahan mereka sehinggakan laman web FAM digodam dan dimaki sehari sebelum perlawanan akhir. Diberitakan juga wisma FAM disimbah cat merah. Mengapa mereka marah sangat kepada FAM?



Laman web FAM digodam dan dimaki...logonya ditukar dengan logo yang memalukan...

Pertama, FAM telah menaikkan harga dengan menetapkan harga tiket RM50 bagi semua tempat duduk. Harga yang dikenakan itu amat tidak munasabah dengan perlawanan yang mahu dipertontonkan apatah lagi dengan keadaan stadium yang rendah kualitinya.

Kedua, FAM kononnya memberi alasan bahawa harga tiket itu telah dipersetujui oleh kedua-dua pasukan iaitu Negeri Sembilan dan Terengganu. Namun, Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan selaku MB Negeri Sembilan menafikan bahawa Negeri Sembilan bersetuju dengan harga tiket yang ditetapkan oleh FAM itu. Ertinya, FAM menipu peminat bolasepak khususnya peminat bolasepak dari Negeri Sembilan.

Ketiga, Setiausaha Agung FAM seorang bekas pegawai tentera, Dato' Azzuddin di dalam memberikan respon terhadap bantahan peminat-peminat bolasepak itu dengan angkuhnya menyebut bahawa terpulang kepada peminat sendiri samada mahu boikot hadir ke stadium atau tidak, kerana Malaysia ini negara mengamalkan demokrasi. Suatu jawapan yang tidak bertanggungjawab kerana beliau lupa FAM pernah merayu agar orang ramai kembali memenuhi stadium untuk memartabatkan mutu bolasepak negara.

Keempat, apabila peminat mahu Presiden FAM campurtangan agar harga tiket ini tidak terlalu mahal, amat malang sekali Presiden FAM iaitu Sultan Pahang berkata jangan pedulikan harga tiket, apa yang penting penuhilah stadium.

Kuasa Menteri? Sahih Menteri tiada kuasa di dalam isu ini. Menteri yang menjaga hal ehwal sukan, shabery Cheek hanya mampu mengeluh sama juga seperti Rais Yatim yang mengeluh bila Astro menaikkan harga perkhidmatannya. Nampaknya FAM yang kawal Menteri, Astro juga mengawal Menteri.

Justeru itu, peminat bolasepak tiada pilihan. Mereka tetap hadir juga ke stadium walaupun dengan hati yang `terbakar' dengan gelagat sombong FAM. Mereka berdemontrasi di luar stadium malam itu, tetapi banner yang ingin dibawa masuk ke dalam stadium ditahan oleh pihak berkuasa.

Saya seru agar kita giatkan kempen agar kesemua pegawai FAM termasuk Presiden FAM supaya meletakkan jawatan. Malang sekali, ketika mutu bolasepak negara semakin meningkat, mereka pula mahu mengambil kesempatan dan tidak pernah memikirkan pengorbanan peminat-peminat yang selama ini banyak membantu meningkatkan mutu bolasepak negara hingga ke tahap ini./wfauzdin.blogspot.com

Foto: Ihsan Milosuam

6 ulasan:

  1. yang untung... untung, yang rugi.. rugi... ada yg dapat komisen, bila lulus harga tiket yg mahal... tapi perkara pokok adalah kenapa kita tak boleh tahan nafsu utk boikot perlawanan... cuba pakat2 ajar makhluk2 tamak ni... biar stadium kosong... biar fam dan kuncu2nya saja yg tengok bola...baru pada muda mereka... masalah nya kita yg boddohkan diri sendiri... melayuuuuu... melayu...

    BalasPadam
  2. > baik tgok tv...
    > negeri yg dipimpin oleh pakatan pembangkang tak teringin ka nak masuk final Piala Malaysia???

    BalasPadam
  3. Siapa tipu siapa?? Siapa jadi gila?? Tepuk dada tanya diri sendiri dan pikir2 lah sendiri...

    BalasPadam
  4. Dr. Hamdan pun kena letak jawatan juga ke? Kesian dia..........

    BalasPadam
  5. org2 ni,selagi ada di FAM,tak kemna bola kita setakat ini je laa..

    BalasPadam
  6. Ayuh kita mulakan gerakan perletakkan jawatan kesemua barisan FAM ni bermula dengan liga 2012 ni. Bila tiupan wisel bermula, kita pun mula mendesak diorang letak jawatan. Fikirkan cara2nya, satunya mmg dah tentu ialah jgn masuk stadium

    BalasPadam