Selasa, 29 November 2011

HARI PERTAMA UMNO BERSIDANG, MUHYIDDIN SUDAH MEREPEK

Oleh:  WFAUZDIN NS

SIANG tadi bermulalah perhimpunan yang terakhir buat parti sekular orang Melayu iaitu Umno bersidang sebelum PRU ke 13 diumumkan dan juga sebelum Umno bakal bertukar menjadi Pembangkang di negara ini, InsyaAllah.  Sebenarnya parti ini sedang bergelut dengan `nyawa'nya memandangkan sokongan dan kepercayaan orang-orang Melayu terhadap parti tersebut semakin terhakis.

Justeru itu, tidak menghairankan apabila Timbalan Presiden Umno iaitu Muhyiddin Yassin hari ini merepek perkara yang langsung tidak masuk akal.  Ini semua adalah untuk menghilangkan kegelabahan beliau melihat Umno semakin diusung orang ke tanah perkuburan.  Hari ini Muhyiddin mendendangkan irama kuno iaitu dengan menuduh DAP sebagai parti yang bersifat `rasis'.  Bagi melindungi keburukan Umno, maka Muhyiddin sanggup meletakkan namanya di antara tokoh politik di negara ini yang paling rendah akalnya jika tidak bengap sekalipun.

Memetik kenyataan beliau di dalam Malaysiakini, Muhyiddin berkata, dominasi DAP di Selangor dan kemenangan di Pulau Pinang seolah-olah memberi lesen paling besar kepadanya untuk menyerlahkan sikap "cauvinis melampau". Namun, orang Melayu mesti berwaspada. Jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP. Tujuan sebenar parti paling rasis ini bukanlah untuk memberi kuasa kepada orang Melayu, jauh sekali menyerahkan kepimpinan parti itu kepada orang Melayu.  DAP hanya mahukan si Melayu yang malang ini menjadi kuda tunggangan yang kerjanya sekadar menjaga kepentingan cauvinis DAP," katanya (Malaysiaikini).

Kita tidak perlu pergi jauh atau mengkaji sejarah perjuangan DAP, cukup kita melihat pentadbiran di P.Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng sudah cukup membuktikan apa yang Muhyiddin sebut itu umpama `mulut busuk' semata-mata.  Rasis kah Lim Guan Eng  apabila di bawah Kerajaan Negeri P.Pinang hampir 100 % tender atau projek diperolehi oleh kaum Bumiputera?  Adakah kerana Kerajaan Negeri P.Pinang menaikkan elaun Imam dan mereka yang Hafaz Al-Quran di samping menambah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat itu menunjukkan DAP itu rasis?  Hanya rakyat di P.Pinang tahu samada Lim Guan Eng yang jujur atau Muhyiddin yang berbohong.

Muhyiddin sebut DAP gilakan kuasa dan mahu menyekat orang-orang Melayu dari menjadi pemimpin.  Adakah kerana ramai kaum Cina menyokong DAP maka DAP dianggap rasis?  Bagaimana pula dengan kaum Cina yang menyokong MCA atau Gerakan?  Rasis kah mereka?  Melabel DAP sebagai rasis adalah modal lapok yang dulunya adalah modal Tun Mahathir yang akhirnya tersungkur juga dari kerusi PM.  Muhyiddin cuba gunakan semula modal ini untuk mempercepatkan perjalanan Umno/Bn ke liang lahad.

Hakikatnya Muhyiddin sedar, kaum Cina tidak lagi berselera dengan Bn kerana mereka melihat Umno juga dianggap rasis tidak kurang sedikitpun dari Perkasa.  Muhyiddin amat-amat maklum bahawa di dalam PRU akan datang, sekali lagi kaum Cina akan menolak Bn. /wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. semenjak cina tinggalkan MCA dan Gerakan, UMNO dah jadi kera sumbang - itu sebab pemimpin2 nya kena sawan ........

    BalasPadam
  2. Hisap rokok hukumnya haram,
    Haram lagi pembuat fitnah,
    UMNO mengamuk lepaskan geram,
    Lupakan diri yang telah bernanah.

    Mulut busuk tubuh bernanah,
    Ingin memikat gadis rupawan,
    Musibat UMNO yang punah ranah,
    Disangka diri duli pahlawan.

    Lelaki Aus mahupun Khazraj,
    Di depan Nabi kasih bersemi,
    UMNO, kau bukan Aus mahupun Khazraj,
    Hanya munafik di muka bumi.

    Sebab munafik maka terperi,
    Perpaduan gagal disepakati,
    Wahai UMNO yang bodoh sekali,
    Kamu tolak hudud, PAS yang diperli.

    UMNO dan UPCO teman sejati,
    Kerana berteman PAS dibuli,
    Umar Abdul Aziz, DAP contohi,
    Harap ketua UMNO takut bini.

    Auz dan Khazraj jadinya Ansar,
    Paksi Islam penyatu ummah,
    UMNO, kau dah akhir Asar,
    Bertaubatlah sebelum tanah memamah,

    Sakit bernanah sudah melarat,
    Bomoh khurafat ganti berganti,
    Temberang apa lagi UMNO nak buat,
    Di Akhirat nanti tiada galang mahupun ganti.

    Bomoh sudah berlari malam,
    Busuk nanahnya meresap alam,
    Ketahuilah rakyat sedalam-dalam,
    UMNO musuh Melayu dan Islam.

    Berbomoh kepalang menuntut harga,
    Dikatam golok pilu terperi,
    Duhai rakyat mantapkan jiwa raga,
    Talkinkan UMNO di PRU nanti.

    BalasPadam
  3. Tak perlulah saya ungkit satu-satu, buat sakit hati je. Kalau bukan dek suara bloggers pro Umno, saya rasa maruah bangsa kita sudah lama di injak-injak oleh musuh. Cuma satu je contoh saya nak sebut juga sebab ia yang paling menyakitkan hati dan kebetulan masih baru iaitu kes Murtad DUMC. Selama lebih 2 minggu langsung TIDAK kedengaran suara pemimpin Islam Umno mempertahankan Jais dan Hasan Ali yang terkontang kanting bersendirian. Segenap penjuru mereka diserang - DIMANA SUARA JIHAD

    BalasPadam
  4. Takde sokongan cina dalam BN/UMNO pun tak apa...lagi bagus kalau menolak UMNO sebab senang tak payah lantik wakil cina kali ini kalau MCA atau gerakan kalah. Bila takde dalam kerajaan cina tak boleh nak komen dasar yang diturunkan oleh kerajaan BN walaupun cina tak suka tapi tak boleh buat apa2 sebab takde wakil dalam kerajaan. Insyaallah..kali ini PRU13 orang2 UMNO akan bekerja 10 kali ganda kuat untuk dapat kembali kuasa MELAYU dan BUMIPUTRA kerana masaalah dalaman UMNO sudah boleh diatasi. Kalau dulu UMNO kalah sebab sebahgian besar undi2 UMNO diberi ke pembangkang kerana nak tunjuk protest dan nak merubah sikap pemimpin2 UMNO yang lupa diri di zaman PAK LAH. Pembangkang menang kerana undi UMNO jugak kerana menyampah ke PM Pak Lah dan Khairy, jadi jangan cakap besarlah pakatan. Tapi kali ini saya ahli UMNO akan memberi undi balik kepada UMNO/BN dan bukan lagi kepada pembangankang. Cukuplah pembangkang memerintah satu penggal...macam haramjadah punya perangai dan dasar, menyesal bagi undi kat pakatan kerana marahkan Pak Lah. Jadi kali ini siap pakatan ....UMNO akan perang habis habisan dengan kamu. Kita tengok melayu PKR/PAS atau UMNO yang menang nanti.......HIDUP UMNO!!!!x3 jangan marah PAS he..he.he......

    BalasPadam
  5. hehehe...zaman Pak Lah dulu sy undi pmbangkang sbb Pak Lah pekak tak nk dgr rintihan rakyat naikkan harga minyak. Pilihanraya kali ni saya tak nak undi Najib plak pasal masih gagal turunkan harga minyak wlaupun harga minyak dunia dh berkali2 turun....zaman Pak Lah projek lembu diberi kat laki Shahrizat...zaman Najib masih juga kekal bahkan ditambah lagi pinjaman rm250 juta..tapi beli kondo plak...jadi, kena kali ni tak dpt lagi la nk undi Umno pasal Umno tak pernah nk berubah....adeeehhh...

    BalasPadam
  6. Jaga2 staff, si Din tu dah guna kata2 keramat Tareq Ibnu Ziad untuk berjihad...Dibelakang laut di depan musuh...Hoiii! Din! Tareq tu pahlawan Islam,jiwa dan raganya semata mata untuk islam, bukan nak mentekedarah duit rakyat,duit lembu... cheh!

    BalasPadam
  7. Gua sokong Melayu Tanpa Nama (30 NOVEMBER 2011 6:38 PG) tu... agak rasional & tak emosional... ada benda kita sokong samam-2 ada kita boleh tak sama... ni baru kita boleh main politik gaya budaya baharu, kan? Gentleman!

    Tapi gua ingat gua sokong PAS jugak kali ni sebab UMNo memang belum berubah mlaah makin karut ... sia-2 saja sokong sistem yg makin rosak tak boleh diperbaiki lagi. baik bagi peluang kat orang lain yg masih berpotensi. Wlau ada kureng sana sini, adat la. Kita tak boleh menang/dapat semua, kan?

    BalasPadam