Rabu, 16 November 2011

KEADILAN JANGAN RENDAHKAN MARUAH DENGAN MELAYANI PRM ATAU KITA

Oleh:  WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN bahawa PRM (Parti Rakyat Malaysia) yang dipimpin oleh Puan Rohana Ariffin bertegas untuk merampas kerusi yang kini diduduki oleh Keadilan.  Samada Keadilan sedia berunding atau tidak, PRM bertegas untuk merampasnya maka bakal terjadi pertandingan 3 penjuru di kawasan berkenaan di dalam PRU akan datang.

Parti itu semalam mengumumkan akan bertanding di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya Selatan yang dipegang Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.  Lihatlah betapa ego dan sombong parti kerdil ini yang mahu Keadilan mengadakan rundingan tetapi lebih awal memberitahu tetap akan merampas kerusi tersebut.

Jika itu pendirian mereka, saya mengharapkan pimpinan Keadilan juga bertegas agar menolak segala pintu rundingan dengan parti yang lemah tetapi sombong ini.  Keadilan tidak perlu membuang masa melayani karenah orang yang ego dan sombong kerana PR tidak perlu kepada kerjasama dari pihak yang sedemikian.  Mungkin PRM sudah bersedia untuk hilang deposit kali ini dan parti itu bakal berkubur selepas PRU nanti.

Ada juga yang berpendapat, gertakan PRM itu mungkin ingin memancing Umno/Bn agar `menawarkan' sesuatu agar PRM akhirnya yang menarik diri bagi membolehkan pertandingan hanya berlaku dua penjuru sahaja. 

Apa pun helah PRM, Keadilan wajib tegas menolak sebarang rundingan samada dengan PRM atau KITA kerana kita bukan parti kecil malahan parti yang bakal mentadbir Putrajaya nanti, InsyaAllah.  Jangan sesekali merendahkan maruah parti dengan melayani pihak serpihan seperti itu./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. ada hati pkr nak tawan putrajaya. berangan jelah. dahlah berjuang bukan utk rakyat, tapi kepentingan anwar omega.

    BalasPadam
  2. Omega ke Lembu shahrizat? hehehe...sampai mampus umporno jadi lembu oleh sharizat...kihikihikih.....sian

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama berkata...

    ada hati pkr nak tawan putrajaya. berangan jelah. dahlah berjuang bukan utk rakyat, tapi kepentingan anwar omega.
    16 November 2011 4:24 PG

    >> UMPORNO tuh berjuang utk rakyat sangat ke??? Atau berjuang utk Lembu-Lembu Sharizat????

    BalasPadam