Khamis, 3 November 2011

PERJUANGAN S.AMBIGA SALAH, KAMI TETAP MENENTANGNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA dahulu saya menyokong S.Ambiga kerana perjuangannya menuntut Pilihanraya yang adil di negara ini sejajar dengan sokongan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat terhadap BERSIH 2.0, tetapi kali ini di dalam isu `Seksualiti Merdeka' yang mahu diperjuangkan oleh tokoh yang sama saya samasekali tidak menyokongnya malahan akan terus membantahnya.

Bersetuju dengan pandangan Dewan Pemuda PAS Pusat yang membantah keras program yang bakal diadakan tidak beberapa hari lagi, saya berharap S.Ambiga memikirkan kembali sensitiviti semua masyarakat yang bertamaddun di dalam negara ini. Walau apa jua bangsa dan ugama, apa jua fahaman politik yang ada di negara ini, mereka semua pasti menentang budaya barat yang jijik dan kotor itu dan tidak harus diperkenalkan di negara ini.

Kononnya, program itu untuk meluahkan hati dan perasaan golongan gay dan lesbian tetapi bukan dengan cara sedemikian. Mereka tidak perlu mengadakan program yang lebih bersifat mempromosikan budaya jijik berkenaan, dan tidak perlu hati dan perasaan mereka diluahkan secara itu. Tersembunyi di sebalik program itu adalah budaya kotor yang mahu diresapkan ke dalam jiwa anak bangsa di bumi Malaysia ini.

Ada di antara puak-puak Umno yang mendakwa mengapa kali ini kita menentang S.Ambiga sedangkan di dalam Perhimpunan BERSIH 2.0 kita bersamanya, jawapannya mudah iaitu kita menyokong BERSIH bukan kerana S.Ambiga tetapi adalah berdasarkan isu yang diperjuangkan oleh BERSIH. Buktinya, di dalam BERSIH 1.0 bukan S.Ambiga yang mengetuainya tetapi Sdr Syed Shahir dan kita tetap menyokong BERSIH waktu itu. Ertinya, kita pertahankan BERSIH yang kebetulan sekarang di bawah S.Ambiga adalah kerana isu yang dibawa oleh BERSIH iaitu untuk membersihkan Sistem Pilihanraya di negara ini.

Kali ini atas isu juga, maka kita menentang S.Ambiga. Beliau cuba untuk membawa satu program yang kurang sihat dengan budaya rakyat di negara ini, apatah lagi yang bertentangan dengan Islam maka atas isu itu kita akan menentang beliau. Itulah beza kita dengan Umno dan pemimpin mereka.

Di dalam Umno, apabila Pembangkang mendesak hapuskan Akta ISA tetapi pemimpin Umno tetap mempertahankannya atas alasan keperluan keselamatan negara, maka kesemua pemimpin dan pengikut Umno bersetuju dengan pemimpin utama mereka. Namun, apabila pemimpin mereka baru-baru ini berkata akan menghapuskan Akta ISA, mereka kesemuanya bersuara bahawa memang wajar Akta ISA dihapuskan. Itu adalah standard Umno yang terus menjadi `burung belatuk'.

Kita berbeza samasekali. Kita sokong jika ianya benar, tetapi jika tidak benar dan bersalahan kita tetap akan bantah. Kita sokong S.Ambiga jika beliau berjuang atas landasan yang betul, tetapi pada ketika beliau berjuang di landasan yang salah kita pasti bangun menentangnya. Tidak timbul soal kenang budi atau sebagainya, benar tetap benar dan salah tetap salah./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Hari tu masa BERSIH 2.0 pun kita bukan ikut dia Tuan, kita semua yg ingin pilihanraya dijalankan secara adil...sbb dah jelas apa yg didalam wacana tentang syarat2 BERSIH adalah untuk menuntut hak keadilan bagi semua rakyat Malaysia..kami ikut BERSIH sbb kami mahu keadilan bukan mhu ikut Ambiga...kalu xdok Ambiga pun kitaorg turun jugak sbb kami mahu keadilan...ambo sekadar komen Tuan, maaf kalu silap...ambo ore biasa cuma sekadar anak muda yg ingin tranformasikan politik b-end kpd PR...Takbirrrr...

    BalasPadam
  2. betul tu...apa yang betul kita perlu tegakkan tapi kalau perkara mungkar dan mengarut macam 'seksualiti merdeka' tu...aku tetap membantah...itu benda gila....

    BalasPadam
  3. PAS mesti turun berdemontrasi di jalanraya sepertimana BERSIH 2.0 dahulu bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa PAS menentang `Seksualiti Merdeka' kalau tidak rakyat akan melihat PAS itu hanyalah hamba suruhan Ambiga sahaja.....!
    Buktikan PAS itu berjuang untuk Islam, bukan setakat kat ceramah dan tazkirah semata-mata!

    BalasPadam
  4. Sapa buat perkara betul/soleh (tak langgar syarie), ke arah kebaikan, tak salah kita orang Islam nak ikut serta/ sokong. Si Ambiga ni memang ada sejarah, rekod dia abit suspicious. Tu tajuk lain. Tapi tajuk/kes "Seksualiti Merdeka" ni agenda Ambiga nampak salah, berbahaya (i.e. ke arah plurisme, hak asasi yg bebas untuk terbabas akhlak & akidah) mana boleh kita diam saja, kita mesti lawan/ sanggah dia balik .. imo..sorry to say, eh !

    BalasPadam
  5. AKU SOKONG TATJ, KITA SOKONG BERSIH BUKAN KERANA AMBIGA...KALAU DIA NAK SOKONG GAY ATAU LESBIAN KITA WAJIB LAWAN...

    BalasPadam
  6. TATJ, telah disebut dlm artikel di atas...mmg kita sokong BERSIH bkn kerana Ambiga...contohnya, kita tetap sokong BERSIH semasa BERSIH 1.0 dipimpin oleh Syed Shahir. Kita sokong BERSIH atas isu yg dibawa, itu saja dan kebetulan BERSIH 2.0 BERSIH dipimpin oleh Ambiga. Jadi, komen tuan tepat dgn artikel di atas. Tkasih atas komen. Ada yg minta PAS buat demo seperti BERSIH. Harus ingat, kita mesti bantah dan tegur dulu sepertimana kita juga tidak terus berdemo sewaktu kita mahu SPR dibersihkan. Jika mereka terus berdegil, barulah kita adakan demontrasi. Difahamkan, PAS akan buat demontrasi di Masjid Kg Baru Jumaat ini. Mungkin kita boleh fikir demontrasi lebih besar jika program karut tsb diteruskan...

    BalasPadam
  7. Atas nama aqidah juga kita menuntut keadilan yang selaras dengan tuntutan Islam, ketika itu Ambinga menentang kezaliman umno/bn, kita sokong dia, tetapi yang bercanggah dengan aqidah kita tentang dia, kita ada pendirian yang jelas dan berpandukan quran , hadis, qias, ijmak ulamak.

    Ambiga dinasihatkan jangan timbulkan konflik dalam masyarakat, agenda utama kita tumbangkan umno/bn yang sangat zalim.

    BalasPadam