Khamis, 10 November 2011

SHAHRIZAT JALIL BARU SEDAR MARUAH KELUARGA ITU PENTING

Oleh:  WFAUZDIN NS


RUPA-rupanya Shahrizat Jalil ada perasaan juga terhadap keluarganya sendiri.  Di dalam isu projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC), beliau menyuarakan kekesalannya bernada sedih apabila Pembangkang banyak memperkatakan tentang projek tersebut yang ada kaitan rapat dengan keluarganya.

Nada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menggamit simpati terutamanya kepada ahli-ahli Umno khususnya Wanita Umno yang beliau selaku Ketuanya. Beliau berkata,
" Saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya," katanya (Malaysiakini).
Bagaimana agaknya jika beliau di tempat DS Wan Azizah atau keluarga DS Anwar Ibrahim apabila bertahun-tahun DS Anwar diaibkan?  Seluruh media kerajaan dikerah saban hari untuk memburukkan DS Anwar sehingga ke tahap paling mengaibkan dengan video dan foto lucah dipamerkan di akhbar dan TV.  Ketika itu, pernahkah Shahrizat merasa apa yang dirasai oleh keluarga Mantan TPM itu bahkan bekas bos Shahrizat sendiri? 
Cuba kita bandingkan setakat mana sangat apa yang dilalui oleh Shahrizat itu jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan terhadap DS Anwar.  Saya rasa sebanyak tahi kuku pun tidak sampai apa yang dialami oleh Shahrizat.  Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana pemimpin Umno, mereka tidak pernah fikirkan perasaan orang lain tetapi apabila terkena sedikit pada batang hidung sendiri, ketika itu baru mahu bercakap soal keadilan dan maruah.
Di dalam isu Projek Feedlot ini, kita boleh bandingkan apa beza pimpinan PR dengan pemimpin Umno.  KM P.Pinang, Lim Guan Eng awal-awal mengambil alih P.Pinang secara tegas dan terbuka menyebut `haram' bagi ahli keluarganya memohon tanah hatta seinchi pun atau sebarang projek di P.Pinang.  MB Kelantan pula, Tuan Guru Hj Nik Aziz sanggup mengeluarkan menantunya Ariff Fahmi sebagai CEO PMBK apabila ada yang mempertikaikannya walaupun terbukti siasatan SPRM tiada berlaku sebarang penyelewengan di perbadanan tersebut.  Ertinya, Tuan Guru Nik Aziz bersedia menerima teguran dari sesiapa pun.

Bagaimana dengan pemimpin Umno?  Siapa Nazir Najib?  Dan, kini keluarga Shahrizat pula.  Baru `digertak dan disakat' sedikit oleh Pembangkang, gelabah dibuatnya hinggakan Noh Omar terpaksa `bersilat' siang malam di TV sehinggakan terpaksa menjawab panjang lebar di dalam wawancara akhbar Sinar hari ini. 

Adakah isu itu akan selesai selepas ini?  Tidak, rakyat akan menilai bukan sahaja dari segi salah laku projek tersebut, tetapi mengapa projek itu dapat kepada keluarga Menteri ini.  Bayangkan jika ini terjadi kepada keluarga MB Selangor, Tan Seri Khalid maka sudah tentu hiruk pikuk TV 3 dibuatnya./wfauzdin.blogspot.com

5 ulasan:

  1. Pastikan semua rakyat Malaysia didedahkan dgn kes penyelewengan keluarga Shahrizat...jgn biarkan BN terus memperbodohkan rakyat menggunakan media massa yg mereka kuasai.

    BalasPadam
  2. dedah kan Staff ,,,, jgn kasi peluang mangkok mangko jamban ni mengotor kan kepimpinan Malaysia ini,,,

    BalasPadam
  3. BERANIKAH MEDIA PEMFITNAH,PECACAI DAN PENGAMPU UTUSAN MELOYA,BERITA HAIRAN DAN TV3SUKU SIARKAN BERITA-BERITA INI ?

    BalasPadam
  4. org/pemimpin Umno/BN buat tak apa...
    tapi kalau lain dari Umno/BN....SORRY!!

    BalasPadam
  5. Syabas staff.. satu tulisan dan pandangan yang tepat...Penan

    BalasPadam