Khamis, 22 Disember 2011

`JENERAL PERANG' DR HASSAN ALI TELAH BERSEDIA

Oleh:  WFAUZDIN NS

`JENERAL' Dr Hassan Ali panglima perang terbaru mewakili Umno telah membunyikan semboyan untuk berperang dengan PAS.  Nampaknya tugas yang sebelum ini dipikul oleh Ezam sesumpah, Zahrain katak dan Zul Kulum, silap, Zul Kulim gagal untuk menyerang PKR dan kini sasaran beralih kepada PAS pula. Tiada calon yang paling sesuai untuk menjadi `Panglima Perang' untuk Umno berdepan dengan PAS kecuali Dr Hassan Ali.
 
Ini diakui sendiri oleh Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar.  Mahfuz berkata, konsep negara kebajikan telah dipersetujui dalam muktamar tahunan parti itu dan oleh itu, ia tidak harus dipersoalkan sekarang.  Katanya, jika Hasan mempersoalkan konsep itu sekarang, ia nampak seperti Exco Kerajaan Selangor itu mengisytiharkan perang terhadap PAS kerana adalah tidak wajar untuk mempersoalkan keputusan yang dibuat dalam muktamar (Malaysiakini).
 

Kontroversi Dr Hassan Ali bermula agak lama dahulu lagi, tetapi kemuncaknya apabila Saari Sungip mendedahkan bahawa Dr Hassan Ali tidak mendapat cukup pencalonan untuk dicalonkan menjadi calon PAS di dalam PRU akan datang.  Memang tindakan Saari Sungip itu silap kerana mendedahkan kedudukan Dr Hassan Ali kepada umum.  Sekiranya Dr Hassan Ali mengkritik tindakan Saari Sungip itu, saya pasti akan bersetuju dengan beliau.

Malangnya, isu yang diperbesarkan oleh Dr Hassan Ali bukan isu pendedahan dari Saari Sungip.  Beliau melangkau dari isu sebenar sehingga membabitkan rakan sekutu PAS iaitu PKR dan DAP.  Beliau menyebut dasar PAS mungkin telah berubah dari mewujudkan sebuah Negara Islam kepada Negara Berkebajikan semenjak bersahabat dengan PKR dan DAP.  Mungkin Dr Hassan Ali menganggap jika PAS bersekutu dengan Umno, maka PAS boleh wujudkan sebuah Negara Islam.  Gilanya Dr Hassan Ali untuk tidur sekelambu dengan Umno tidak menjadi rahsia lagi semenjak berlakunya kerja `berunding dalam gelap' sewaktu PR mula mengambil alih Selangor.

Di dalam rancangan `Soal Jawab' TV 3 sebentar tadi, Dr Hassan Ali cuba menggambarkan beliau telah mendapat sokongan ramai atas prinsip perjuangannya yang kononnya pejuang Islam maha hebat.  Peliknya, dikatakan mendapat sokongan ramai tetapi majoriti Cawangan PAS sendiri tidak mencalonkannya sebagai calon?  Adakah di dalam Cawangan-Cawangan PAS yang tidak mencalonkannya itu terdiri dari ahli-ahli PKR dan DAP? 

Saya yakin memang ramai orang-orang Melayu Islam yang menyokong Dr Hassan Ali, tetapi kebanyakannya adalah dari ahli-ahli Umno.  Sebab apa?  Bukan kerana Umno berminat dengan perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan oleh Dr Hassan Ali tetapi adalah kerana Umno tahu Dr Hassan Ali boleh di`ternak' dengan baik sepertimana mereka telah `menternak' Ezam, Zahrain dan Zul Kulum, silap, Zul Kulim.  Apa tujuannya?  Tiada lain tujuannya iaitu setelah gagal menghancurkan PKR, mereka cuba untuk memusnahkan PAS dari dalam.

Sekarang ini apa perlu PAS buat?  Saya syorkan agar PAS biarkan sahaja Dr Hassan Ali di`ternak dan diberi makan' secukupnya oleh Umno, dan beliau tidak perlu dipecat.  Di dalam PRU nanti, sudah semestinya PAS tidak mahu tewas sebuah pun kerusi Dun, maka Dr Hassan Ali tidak perlu dicalonkan.  Jika Dr Hassan Ali tercalon, walaupun beliau mendakwa terlalu ramai bersamanya, tetapi kita harus sedar yang ramai bersamanya sekarang adalah orang-orang Umno yang pastinya akan memangkah calon Umno bukan Dr Hassan Ali apabila sampai ketikanya nanti.  Ketika itu, orang-orang PAS dan rakan-rakan di dalam PR akan mengundi Dr Hassan Ali kah?  Tentulah bodoh jika mereka mengundi orang yang guna TV3 untuk menghentam PAS dan PR.  Justeru itu, Dr Hassan Ali tidak perlu dicalonkan dan beliau berpeluang besar untuk menjadi calon Umno atau pun menjadi sebahagian dari kumpulan Bebas yang diketuai oleh Ibrahim Alkataki.

Dr Hassan Ali tidak perlu dipecat kerana percayalah, orang seperti ini akan `memecat' sendiri keseluruhan pakaian yang dipakainya demi Umno./wfauzdin.blogspot.com
 

10 ulasan:

  1. Gua support dr hassan li...dia cakap best terbaek.....caya lu dr hassan ali...

    BalasPadam
  2. dr hasan ali,sila pecat diri anda dr PAS skrg!!jika anda seorang yg bermaruah...

    BalasPadam
  3. hilang sudah respek aku kat tokoh berwibawa ini.pi la masuk umnuuuuu.

    BalasPadam
  4. setuju dengan kenyataan dato' mahfuz hasan ali dengan kenyataanya yg dikeluarkan melalui midia milik umno sudah tidak relivel berada dalam jemaah pas biarkanlah beliau dengan perjuanganya.

    BalasPadam
  5. pecat! itu yang digaukannya. pecat! adalah pembuka kunci rantai yang mengikat belaiu dari melompat. biarkan sahaja sehingga dun dibubarkan. akan terburailah ranrai ikatan dengan pas maka bebaslah dia sebebas2 dan sekehendaknya. bermula dari situ warna sebenar hassana ali akan terserlah dengan jelas!

    cakap dia pun berkecamuk apatah lagi tindakan beliau. hanya pemuda2 kroni tantawi yang berjaya 'didakwah' minda mereka oleh hassan ali, nasha, haron din dengan 'kebimbangan melayu akan hilang kuasa'. perjuangan mereka sudah bertukar kepada penyelamat 'melayu-islam' (umno gamaknya) justeru 'islam-melayu' (pas gamaknya) perlukan ug.

    genga ganu majoriti igau ug, dari negeri hingga ke pusat. kenal2lah mereka. dan hari ini mereka berlakun 'bercakaran' hanya untuk menyelamatkan seseorang dan agar 'talian sulit' penghubung umno-pas tidak putus. i help u, u help me lah ni..

    wallahu'alam

    BalasPadam
  6. Kita tengok aje sandiwara Hasan Ali. PAS tak payah fikir nak pecat dia. Biar ahli2 akar umbi
    yang ajar dia.

    BalasPadam
  7. Satu analisa yg baik. Manusia merancang namun perancangan Allah yg lebih hebat. Anggaplah ini sebagai satu lagi 'cleansing' process dlm PR khasnya PAS. Teruskan perjuangan !!

    BalasPadam
  8. semenjak menjadi exco selangor x putus2 tempias terhadap pas.. ini adalah gerak kerja exco kita.., lebih baik ia pergi dari menanggung perbutannya..

    BalasPadam
  9. Salam... Benda macam nie aku rasa lebih baik kita serah pada pimpinan yang akan memanggil Dr Hassan Ali, Ust Nasha & Shaari Sungip. Kalau komen aku pasal bual bicara Hassan Ali tu, PAS tercalar.. tapi tak la besar sangat tapi effect dari apa yang aku faham.. tujuan dia adalah dia nak org melayu (UMNO & PAS) sekata bilamana sentuh isu islam. Dia nak bila PAS nak buat HUDUD.. UMNO pun setuju... PAS nak arak tidak jual dikawasan melayu.. UMNO setuju... dalam ertikata bila sebut islam.. semua org melayu faham tentang islam. Memang betul buat masa nie ketara ahli PAS faham tentang hudud.. tapi org melayu ahli UMNO ada yang faham dan ada yang tak faham so dia org UMNO pun faham dan bersetuju untuk laksana islam... jadi penyatuan yang dia maksudkan tu bukan penyatuan melayu saja.. tapi penyatuan melayu.. 1 islam.. UMNO kata ya pada hudud dam PAS pun kata ya pada hudud dan dengan kuasa yang UMNO ada (ketika ini) hudud dapat dilaksanakan.. bila sebut melayu pula, bila UMNO kata nak buat biasiswa untuk org melayu.. org PAS kata ya.. kami setuju.. Isu raja pun sama.. Apa PAS atau UMNO kata pasal raja.. kearah kebaiakan.. sama2 bersetuju.. mcam masa Almarhum Ust Fadhil Nor berucap satu pentas dgn Tun dr Mahathir masa isu Palastine di DBP. itulah cita2 dia.. yang saya faham.. yang jadi masalah... so.. tertanya2 saya.. apakah PAS dan UMNO tak boleh ker jadi mcm parti Demokrat dan Republikan di US. Mereka tidak bertelagah isu kristian tapi lebih kepada cara pengurusan negara.. rasuah.. ekonomi.. perhubungan diplomatik.. so bila kat malaysia nie pun sama.. UMNO dan PAS hanya berbeza pandangan dgn isu rasuah, kewangan.. tapi sekata bila isu islam.. tentu ramai org PAS marah.. pada Hassan Ali.. tapi bagi saya. kenapa kita mesti minta dia keluar... kita tahu dia guna saluran salah.. tapi bukan PAS adalah pendokong islam.. kenapa ahli PAS tak bertolak ansur kerana kesilapan dia.. kenapa kita cepat buruk sangka pada dr Hassan Ali.. niatnya tu murni.. melayu bersatu atas dasar islam.. parti tak kisah.. UMNO atau PAS.. tapi bersatu atas faktor ISLAM... org PAS tak nak ker tgk org islam bersatu? Pandangan saya saja.. tak semestinya tepat... sekian

    BalasPadam
  10. asslkm, Tuan Guru Nik Aziz dh ckp dgn Umno xleh bergabung sbb Umno kaki pemutar belit,jadi macam tahun 70-an dulu..semua dah dibincangkan dalam muktamar!! kalau betul Umno nak buat hudud, nak jadi negara Islam y betul.. 'kami' sanggup bubar pas, semua masuk dalam Umno pun xpa.. tapi tengok gaya cara hidup islam pemimpin Umno mcm ni jgn harap nk bawak islam..nak bawak diri sendiri, isteri dan keluarga bertemu Tuhan pn xtentu..

    BalasPadam