Isnin, 19 Disember 2011

UMNO BOLEH MEMERINTAH ASALKAN MAHASISWA BERSEDIA UNTUK MENJADI `LEMBU'

Oleh:  WFAUZDIN NS

TIDAK pernahkah anda menyaksikan gambar pemimpin pembangkang di negara ini dibakar atau dipijak?  Lupakah anda bahawa gambar Koh Tsu Koon sewaktu menjadi KM P.Pinang diturunkan dan dikoyak oleh pemimpin Umno di P.Pinang?  Kita tidak lupa bagaimana sekumpulan bermotor berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana serta mengugut untuk membakar Ibu Pejabat tersebut.  Maka, mengapa anda gelabah, meroyan dan menjadi gila babi apabila gambart Najib diturunkan?

Mengapa perlu salahkan Mahasiswa yang menurunkan gambar Najib di PWTC sebagai suatu tindakan simbolik menunjukkan ketidakpuasan hati mereka?  Bukankah sekumpulan `pengusung kek dan tahi' juga berbuat lebih `bodoh' dan kotor serta jijik untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka di Pejabat KM P.Pinang baru-baru ini?
 
Memetik kenyataan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri berkata, 
" Tindakan menurunkan gambar Perdana Menteri kelmarin, adalah simbolik penolakan mahasiswa kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak.

 
 
Antara lain katanya, Najib menipu mahasiswa dengan slogan transformasi untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku).  “Malangnya, pengumuman (pinda Auku) dibuat hanya selepas mahkamah rayuan putuskan seksyen 15 (akta) itu bercanggah dengan perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,”  Tindakan menurunkan gambar Perdana Menteri merupakan simbolik kepada hilang kepercayaan anak muda kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Razak selaku ketua kerajaan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. (Keadilan Daily).
 
Oleh yang demikian, amat memalukan dan melucukan apabila sekumpulan `Pendekar Di Re Mi' tampil kononnya untuk menjadi hero di dalam isu ini.  Senjata mereka adalah maki hamun dan meludah.  Orang-orang Melayu tidak boleh berbangga dengan hanya memiliki `Pendekar Ludah' tetapi kita mesti tampilkan pendekar yang mampu berhujah atau berdebat serta berani menyuarakan kebenaran hatta di hadapan pemimpin negara.  Pendekar seperti ini mula muncul di kalangan Mahasiswa adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Mereka berani berdepan dengan pemimpin negara, justeru itu mereka menanti untuk bertemu dengan Najib baru-baru ini di UIA.  Malangnya, program yang sepatutnya Najib hadir, beliau tidak muncul tetapi hanya menghantar wakil balacinya si Zahid.  Ertinya, Mahasiswa bukan sahaja berani memprotes Najib dengan sekadar menurunkan gambar Najib tetapi mereka sanggup berdepan dengan Najib.  Malangnya, Najib seperti biasa sentiasa berada di dalam ketakutan.  Beliau bukan sahaja takut untuk berdebat dengan DS Anwar, beliau bukan sahaja takut untuk hadir menjadi Saksi di dalam Mahkamah, lebih memalukan begitu takut untuk berdepan dengan Mahasiswa.

Selepas ini, kita mahu lihat siapa yang bakal menjadi mangsa kezaliman Najib.  Apa yang pasti difahamkan seorang Mahasiswa bakal dipanggil ke Bukit Aman.  Mahasiswa ini bukannya meruntuhkan masjid seperti yang berlaku di Kg Bujal, Terengganu, Mahasiswa ini juga bukannya terlibat di dalam membeli lembu dan kondo serta kereta mewah berjumlah RM250 Juta, beliau juga tidak terlibat di dalam pembunuhan Altantuya atau membeli cincin RM24 Juta.  Mahasiswa ini bukannya penipu para Peneroka Felda.  Hasilnya, kerana menurunkan gambar `Dewa Pujaan', Mahasiswa ini terpaksa juga ke Bukit Aman. 
 
Apakah seluruh Mahasiswa mesti berdiam diri melihat rakan mereka teraniaya?  Jika masih mahu berdiam diri, maka memang wajarlah Umno terus memimpin negara ini dan kamu mesti bersedia untuk berada di dalam `kondo lembui'/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan