Sabtu, 16 Julai 2011

TIMBALAN KPN MINTA JANGAN MUSUHI POLIS, SIAPA YANG MEMUSUHI SIAPA?

Oleh: WFAUZDIN NS

TIMBALAN Ketua Polis Negara sebentar tadi muncul di kaca TV memberi amaran agar jangan sesiapa cuba menghasut agar rakyat membenci Polis. Arahan ini mungkin ada kaitan dengan reaksi rakyat jelata terhadap beberapa tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini.



Secara peribadi, saya bersetuju dengan Timbalan KPN yang tidak mahu pihak Polis dijadikan organisasi yang dibenci atau dimusuhi oleh rakyat. Hakikatnya ramai yang sedar masih ramai lagi anggota Polis yang mempunyai hati dan perasaan seperti manusia normal, yang jujur dan profesional sewaktu menjalankan tugas.

Namun demikian, sebelum Timbalan KPN mengeluarkan amaran sedemikian rupa sepatutnya beliau memberikan amaran keras kepada beberapa anggotanya yang bersikap tidak profesional, tidak mempunyai etika dan lebih-lebih lagi bertindak seperti binatang ganas. Anggota-anggota yang seperti ini lah yang mencemarkan nama baik pihak Polis dan mereka patut dipecat dari menjadi seorang anggota Polis sekiranya benar Timbalan KPN mahu pihak Polis sentiasa disanjung dan dihormati oleh masyarakat.

Masalahnya, adakah kita boleh salahkan anggota bawahan Polis semata-mata sedangkan kita tahu bukan sedikit pegawai-pegawai atasan mereka yang 2 x 5 dengan perangai anggota bawahan yang langsung tidak bermoral dan beretika itu? Bahkan, beberapa kenyataan dan tindakan dari Timbalan KPN sendiri pun seolah-olah seperti memberi lesen kepada perangai-perangai buruk anggota bawahannya. Justeru itu, munasabahkah beliau mahu rakyat memuji dan memuja pihak Polis sedangkan apakah yang telah beliau lakukan untuk memperbaiki imej Polis?

Sejurus selesai Perhimpunan BERSIH 2.0 baru-baru ini, tidak seorang pun pegawai atasan Polis yang tampil untuk memohon maaf di atas beberapa tindakan anggota bawahannya yang melampau dan tidak melambangkan sebagai seorang anggota keselamatan yang mesra rakyat. Zaman cyber sekarang ini tidak mudah untuk kita membohongi rakyat. Lagi banyak kita bercakap untuk melindungi kesalahan yang kita lakukan maka bertambah benci dan meluat orang kepada kita. Sukar sangatkah untuk merendahkan diri sedikit bagi mengaku kesilapan? Atau, masih yakin bahawa kezaliman itu memang dibenarkan di dalam melaksanakan tugas Polis?



Perhimpunan BERSIH dikatakan `haram' kerana tiada permit. Mengapa tiada permit? Jawapannya Permit tidak dikeluarkan. Mengapa tidak dikeluarkan? Jawapan mereka demi keselamatan. Akhirnya keselamatan dijadikan alasan untuk menghalang hak rakyat untuk bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan. Aspek keselamatan sebenarnya bukan hanya kerana berhimpun bahkan tanpa perhimpunan pun jenayah berlaku setiap hari di merata tempat. Adanya perhimpunan juga bukan bererti pasti berlaku huru-hara.

Perhatikan Konsert Jom Hebuh yang dihadiri oleh berbagai golongan yang majoritinya golongan muda, pernahkah berlaku huru-hara? Apa yang sering dilihat selepas selesai Konsert Jom Hebuh adalah terjumpanya ribuan kondom di merata tempat. Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya bersama PM pun tidak berlaku huru-hara. Banyak jalan juga ditutup sewaktu kita menyambut Hari Kebangsaan 31 Ogos di Ibu Kota, tiada seorang pun yang merungut sukar untuk berniaga mahu pun kesukaran mendapatkan pengangkutan awam, jauh sekali untuk melihat huru-hara.

Mengapa semua ini tidak dinilai oleh pihak Polis sebelum menimbang untuk meluluskan atau menolak permit yang dipohon oleh BERSIH? Sukar sangatkah untuk mengawal peserta perhimpunan yang ingin berhimpun di dalam stadium? Mana lebih sukar, mengawal di dalam stadium atau mengawal di jalanan? Mengapa mesti `memaksa' BERSIH mengadakan perhimpunan di jalanan?

Hakikatnya Polis tahu jika perhimpunan berlaku di jalanan sekali pun, jika dikawal dengan baik apatah lagi tiada provokasi dari mana-mana pihak sudah pasti suasana perhimpunan pasti aman, licin dan teratur. Jika ini berlaku, sudah pasti Kementerian Dalam Negeri tidak perlu mengeluarkan belanja RM 25 sepinggan untuk makanan nasi goreng dan seketul ayam untuk tahanan di dalam lokap. Sudah pasti kita boleh jimatkan RM 40 Ribu untuk makanan tahanan peserta perhimpunan yang kurang dari 2,000 orang itu. Tentu kita boleh jimatkan bekalan air kimia (water canon) dan bom asap yang agak mahal juga kosnya.

Malangnya, pihak Polis memilih untuk berdepan dengan rakyat yang telah merayu untuk memasuki stadium. Para peserta perhimpunan hadir dengan belanja sendiri tanpa sebarang senjata, tua, muda dari berbagai ugama dan bangsa dipaksa berdepan dengan pihak Polis yang bersenjata lengkap yang bukan musuh mereka. Siapa boleh nafikan tiada peserta perhimpunan yang dikasari dan dipukul? Siapa boleh nafikan berlakunya kematian semasa perhimpunan yang lalu?

Setelah semua ini berlaku, Timbalan KPN mahu rakyat jangan membenci atau memusuhi Polis.Link Benar, kita akan cuba menghormati Polis yang bermaruah dan profesional tetapi bukan dengan Polis yang menjadikan rakyat sebagai musuh utamanya. Cukuplah dengan imej Polis yang terlalu banyak tercemar selama ini. Sudah sampai masanya Polis di negara ini menjauhkan diri dari dipengaruhi oleh Sang Penguasa yang amat takut kehilangan kuasa.

Benarlah kata-kata dari Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS di dalam ceramahnya di P.Pinang baru-baru ini yang menyebut, " Sekiranya PR memerintah Putrajaya, Polis tetap menjadi Polis tetapi sekiranya Polis bersekongkol dengan Umno, maka apabila Umno tumbang nanti Polis juga akan berkubur bersama Umno". /wfauzdin.blogspot.com

SATU KEPALA RM25 UNTUK MAKAN, MUNASABAH KE?

Ghairah bela diri PDRM akui salah guna dana awam. Tahan lebih ramai atau
Polis 'curi' wang rakyat ? Ketua Polis sila jawab !


Polis sibuk nak bela diri kononya semua peserta himpunan BERSIH 2 diberikan layanan sempurna. Baca kenyataan Polis yang dilaporkan media kononya menyatakan RM25 seorang menjadi peruntukan yang digunakan untuk membiayai makan minum peserta ketika ditahan.

Bila ditanya kepada orang - orang yang ditahan mereka menyatakan mereka makan Ayam Goreng, Sayur, Sambal dan Nasi Kosong beserta dengan air manis. Hah! adakah ini harganya RM25 satu orang.

Pergilah ke mana - mana pembekal makanan memasak, tanyakan harga menu tersebut untuk lebih dari 1000 orang makan secara buffet... rata-rata akan mengatakan RM6 satu kepala malah ada yang akan menawarkan semurah RM4 sahaja jika cara pembayaran dipermudahkan.

Makanya PDRM keluar buget (wang rakyat) RM25. Mana pergi lagi RM20 ? Ini melibatkan salah guna kuasa... SPRM digesa masuk dan menyiasat perkara ini ....

Sebenarnya perkara ini sememang berlaku lama .... makanan dalam lokap siapa pernah periksa berapa harga diperuntukkan dan bagaimana mutu makanan disajikan dan siapa yang meraih keuntungan 'rasuah' tersebut ?
Link
Satu lagi teori menurut orang - orang yang ditahan, menurut mereka yang ditahan sebenarnya menjangkau lebih dari 3500 orang, tetapi sebaliknya yang diistiharkan hanya 1000 lebih. Mungkin saja kalau jumlah wang dibelanja untuk makanan kalau jumlah tahanan lebih ramai mungkin membawa ke jumlah harga munasabah...

Sekarang ini PDRM kena jawab mereka tahan lebih tapi tak istihar atau ada kegiatan 'rasuah' dalam membelanjakan wang rakyat dalam menyediakan makanan orang yang ditahan./Chegubard

Khamis, 14 Julai 2011

REJIM KINI BERDEPAN DENGAN PARA DOKTOR YANG BUKAN DIUPAH

Oleh: WFAUZDIN NS

MALAYSIAKINI melaporkan, para doktor yang menyaksikan tindakan pihak polis di Hospital Tung Shin, bersedia untuk memberi bukti lanjut jika kenyataan yang dikeluarkan semalam disangkal oleh kerajaan. Bagaimanapun, mereka tidak akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai kejadian tersebut sehinggalah kenyataan mereka dicabar oleh pihak berkuasa, kata jurucakap mereka, Dr Sheikh Johari Bux hari ini.

Nampaknya rejim semakin hilang arah setelah mereka melakukan dosa besar terhadap rakyat yang mahu menuntut keadilan. Bagaimana rejim yang berperangai Yahudi ini mahu menjawab kepada waris dan keturunan Almarhum Baharudin yang terkorban semasa berjuang menuntut keadilan di negara ini?

Bagi menutup dosa-dosa mereka, rejim ini mengunakan media haprak yang menjadi tali barut mereka untuk menipu rakyat dengan berita seolah-olah rejim ini teramatlah baik kepada rakyat jelata. Maka timbullah cerita makanan sedap, lazat sehingga mencapai RM 25 seorang untuk tahanan di lokap setelah mereka disembur, dan ada yang dipijak, disepak dan dimaki hamun. Kita tidak pertikaikan duit makan itu datang dari poket mereka atau duit rakyat walaupun mereka mengungkitnya saban hari. Apa yang kita tahu rakyat datang puluhan ribu ke Ibu Kota bukan untuk menyembah dan melutut di tangan rejim meminta makanan yang lazat itu.

Hari ini, para doktor pula mula merasa bosan dan meluat dengan perangai rejim yang tidak berubah. Kenyataan di atas sudah cukup membayangkan bahawa tidak semua doktor boleh dibeli hati dan perasaan mereka. Seramai 11 orang doktor tersebut hanyalah sebahagian yang mewakili ribuan doktor yang tidak bodoh untuk menyokong kezaliman rejim. Kerjaya doktor adalah untuk menyelamatkan nyawa manusia bahkan binatang juga. Apakah mungkin ada doktor yang sanggup melihat manusia dizalimi? Mungkin ada, tetapi terlalu sedikit bilangan doktor yang boleh melanggar etika dan menjual prinsip kemanusiaan mereka.

Saya tetap yakin, sebagai bekas tentera saya mempunyai ramai teman yang masih berkhidmat di dalam tentera. Mereka kesemuanya melihat perkembangan yang berlaku sekarang serta memerhatikan sejauh mana rejim mahu mempamirkan kekuatan dan kekuasaannya. Benar, tentera tidak boleh berpolitik dan berpihak, tetapi mereka juga manusia yang mempunyai akal dan fikiran serta peri kemanusiaan bukan seperti `anjing upahan'./wfauzdin.blogspot.com

KABINET BOHONG SAMA SEPERTI TUANNYA

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGAPA semua Pak Menteri berpakat menipu kesemuanya berkaitan kesan daripada Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul baru-baru ini? Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin kata PDRM tidak bertindak ganas seperti yang dilaporkan melalui media pro Pembangkang termasuk media asing walaupun jelas dibuktikan melalui gambar dan video.Link
Semalam, Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai pula berkata tiada semburan gas atau bom asap yang menghala ke dalam kawasan Hospital semasa rejim menggempur pejuang-pejuang BERSIH. Malaysiakini melaporkan 11 orang Doktor bersedia untuk membuat akuan bersumpah bahawa sememangnya Hospital Tung Shin dan Hospital Bersalin Cina di Jalan Pudu telah diserang dengan bahan-bahan merbahaya yang digunakan oleh kumpulan rejim. Siapa yang berbohong sebenarnya?

bersih rally 090711 police shooting into tung shin hospitalTindakan polis pada Sabtu lalu jelas mencabul pengiktirafan antarabangsa apabila hospital sebagai tempat santuari diserang dan ini membuktikan negara ini tidak bertamaddun samasekali. Kuno.

Malahan, di dalam peperangan sekalipun kawasan Hospital adalah kawasan yang diharamkan untuk diserang apatah lagi hanya kerana satu perhimpunan yang mulanya aman tetapi akibat sombong, rakus dan zalim Sang Penguasa maka mereka bebas melakukan apa sahaja.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3"Apa yang paling menakutkan dan disaksikan ramai bahawa serangan yang tidak dihasut itu berlaku di kawasan hospital dan beberapa peserta masuk ke hospital bagi mencari perlindungan daripada tembakan gas pemedih mata dan pancutan meriam air,” kata mereka (Malaysiakini).

Mungkin Menteri Kesihatan ingin mengampu dan membodek pemimpin Kerajaan, tetapi kita tidak terfikir sehingga sanggup menggadai nyawa pesakit-pesakit di Hospital berkenaan. Oleh kerana Hospital tersebut majoriti pesakitnya adalah terdiri dari kaum Cina, saya yakin kaum Cina semakin meluat dan marah dengan pemimpin MCA yang membodek ini.

azlanKalau Tok Jib laknatullah kata Anwar berpura-pura sakit, Hishamuddin pula berkata PDRM tidak bertindak ganas, Liow pula berkata asap yang memasuki ruang kawasan Hospital itu sebenarnya dibawa oleh angin. Katanya, dakwaan yang berlegar di media internet berhubung tembakan ke arah hospital itu adalah tidak benar.

Lupakah beliau sekarang ini zaman IT, zaman canggih di mana kita di bumi boleh nampak dan lihat Angkasawan yang berada di bulan. Apatah lagi kejadian yang berlaku di depan mata dan di negara kita sendiri. Beberapa rakaman video dan gambar yang dikemukakan terus diperlekehkan oleh kerajaan termasuk anggota jemaah menteri.

Menurut kesebelas-sebelas doktor berkenaan, pihak berkuasa tanpa rasa malu terus menafikan serangan itu di sebalik pelbagai bukti yang dikemukakan dan ramai saksi yang tampil membuat pengakuan. Di antara Doktor-Doktor yang bersetuju untuk membuat pengakuan itu adalah Dr Musa Nordin, Dr Sheikh Johari Bux, Dr Ng Kwee Boon, Dr Ng Swee Choon, Dr Ronald Macoy, Dr David Quek, Dr Mary Cardozo, Dr Farouk Musa, Dr Mazeni Alwi, Dr Pixie Low dan Dr Steve Wong.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1"Adalah menjijikkan pihak berkuasa yang diamanahkan tanggungjawab kepolisian menjaga negara dan melindungi mereka yang lemah, tanpa rasa malu menafikan perbuatan mereka secara umum, di sebalik kejadian itu disokong banyak gambar, video dan pengakuan saksi termasuk pemerhati berkecuali,” kata mereka.

`Bangkai gajah boleh di sorok'. Kerajaan tiada pilihan lain kecuali mengaku bersalah dan bertindak segera untuk mengambil tindakan kepada pihak yang tidak bertamaddun itu. Kejadian ini amat memalukan negara ini dari pandangan dunia luar yang lebih bertamaddun.

Selepas ini, kita tidak tahu mana satukah Menteri yang akan bertindak berbohong sepertimana tok Jib laknatullah, Hishamuddin dan Liow. Jika sebelum ini mereka mendakwa Anwar kaki bohong, nah, sekarang kita sudah tahu kabinet yang ada sekarang adalah kabinet `kaki bohong'. Kita akan terus membongkar kejelekan dan kezaliman mereka walau dengan apa cara sekalipun kerana kita tidak mahu negara ini dipimpin oleh pemimpin atau puak yang zalim. /wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 13 Julai 2011

ANWAR BERBOHONG ?, SPR JANGAN JADI LEBIH LEMBU DARI LEMBU

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini seperti biasa TV 3 suku meroyan lagi pasal Perhimpunan BERSIH 2.0 yang baru-baru ini berjaya memalukan Tok Jib laknatullah. Maka berkatalah media lidah syaitan ini bahawa Anwar pembohong tentang cerita penangkapan Tok Guru Hj Hadi. Sebelum itu saya mahu bertanya, semenjak bila TV 3 suku menyebut Anwar tidak berbohong?


Anwar dan Pengawal Peribadinya berpura-pura kena pukul dan sakit...

Untuk menguatkan hujah bodohnya itu, maka dibawalah beberapa pak yek-pak yek yang lapar duit dan lapar publisiti yang sanggup jadi pencacai murahan untuk menunjukkan Anwar itu pembohong. Berebut-rebutlah umpama anjing dapat tulang beberapa pencacai termasuk seorang India mabuk bernama Nalla memberikan ulasan. Sudah lama kita kenal muka-muka pencacai tu semua.

Hj Hadi `sukarela' bukan diseret ke Balai.... dibawa dengan
kenderaan `pacuan 4 roda' seperti KJ naik?

TV 3 suku pun menyiarkan sedutan ceramah Anwar yang menyebut betapa tidak patutnya Tok Guru Hj Hadi ditangkap dan diseret sewaktu Perhimpunan BERSIH 09 Jul lalu. Seorang Ulamak dilayan sedemikian hina oleh puak rejim. Kemudiannya, TV 3 suku siarkan pula ucapan Hj Hadi yang mengucapkan `terima kasih' kepada pihak rejim yang `melayani'nya dengan baik sehingga `hantar sampai ke rumah'. Itulah hujah TV 3 suku untuk menunjukkan Anwar berbohong. Maksudnya, Tok Guru Hj Hadi memang dilayan baik oleh rejim.


Foto di atas sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan negara kita. Negara kita pihak keselamatan berbudi bahasa dan sentiasa melayan rakyat dengan baik...

Benarkah Anwar berbohong? Apakah bohong jika Anwar menyebut Tok Guru Hj Hadi tidak patut dilayan sedemikian kerana apa salah Presiden PAS itu? Usahkan disakiti atau dipukul, jika ditangkap dan dipaksa ke Balai Polis sekalipun memang tidak wajar dan zalim kerana Tok Guru Hj Hadi tidak melakukan kesalahan. Apakah seorang Ulamak seperti Tok Guru Hj Hadi layak untuk ditangkap seperti penjenayah? Adakah Anwar berbohong bahawa Tok Guru Hj Hadi `diseret' ke Balai Polis? Bukan seorang dua saksi yang menyaksikan betapa Tok Guru Hj Hadi `dipaksa' untuk ke Balai Polis. Diseret ertinya di`paksa' ke Balai Polis, bukannya dengan sukarela. Adakah TV 3 suku ingin gambarkan bahawa Tok Guru Hj Hadi `menawarkan' diri untuk ditahan? Jika KJ, Ketua Patriot mungkin lojik juga beliau `sukarela' untuk ditangkap akibat tidak tahan dengan semburan gas.

TV 3 suku siarkan pula ucapan Tok Guru Hj Hadi yang menyebut `berterima kasih atas layanan Polis yang baik sehingga menghantar sampai ke rumah". Nampaknya TV 3 suku begitu bodoh untuk memahami sindiran Tok Guru Hj Hadi. Anwar sendiri berkali-kali pernah menyindir betapa beliau amat berterima kasih kepada pasukan keselamatan yang 24 jam melindunginya sewaktu beliau menjadi TPM sehingga sekarang beliau menjadi Ketua Pembangkang. Anwar selalu menyebut, ke mana pun beliau pergi sekarang akan sentiasa diekori oleh SB-SB atau pasukan keselamatan. Sindiran sebegitu pun boleh membuatkan TV 3 suku perasan?

Hakikatnya, mereka ingin rakyat lupakan kezaliman pihak rejim. Mereka mahu tonjolkan kebaikan dan kemuliaan mereka dengan menceritakan kisah layanan baik terhadap Tok Guru Hj Hadi, layanan terhadap tahanan yang kununnya makan enak sehingga berbelanja RM25 setiap satu kepala. Setelah kita `belasah' orang, kemudian kita kasi dia makan dan hantar balik ke rumah, itu tanda kita baikkah?


Gambar Hiasan untuk membezakan `manusia dan lembu'

Bukankah kita selalu dengar Perogol akan menghantar mangsa rogolnya balik ke rumah? Baik sungguhkah perogol itu? Fokus kita sekarang bukan kepada berapa banyak makanan yang diberi samada lazat atau tidak, sebab kita hadir puluhan ribu bukan untuk makan sedap di Balai Polis. Kita hadir untuk menyuarakan hak kita, kita berhimpun untuk mendesak agar SPR tidak menjadi lebih `lembu dari lembu'. /wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 12 Julai 2011

BERSIH - INI BUKAN VIDEO HITAM PUTIH DARI SIAM, BUKTI SIAPA YANG ZALIM



Oleh: WFAUZDIN NS

MAMPUKAH rejim menipu rakyat selama-lamanya? Sebelum Perhimpunan BERSIH 2.0 digambarkan bahawa BERSIH membawa fahaman Komunis, BERSIH mempunyai agenda untuk melakukan huru-hara apabila kununnya ketemu beberapa bilah parang dan molotov cocktail (di dalam botol mineral?) dan bermacam lagi propaganda rejim sekutu Apco.

Paling bacul apabila rejim mendakwa bahawa Perhimpunan BERSIH pada 09 Jul itu semata-mata untuk menyelamatkan seorang insan bernama Anwar Ibrahim. Amat melucukan juga apabila pencacai membawa isu perkauman dengan mendakwa BERSIH di bawah Datuk S. Ambiga seorang India berugama Hindu berjaya memperkudakan pemimpin-pemimpin dan penyokong Pembangkang dari golongan Melayu Islam.

Setelah BERSIH 2.0 berjaya dengan cemerlang pada 09 Jul yang lalu, terkedu rejim yang zalim ini apabila agenda mereka gagal samasekali. Mereka gagal membuktikan bahawa sepanjang perhimpunan tersebut ditemui senjata merbahaya atau bom digunakan oleh para peserta perhimpunan. Mereka hanya berjaya membuktikan bahawa pihak mereka menggunakan senjata merbahaya seperti gas pemedih mata atau bom asap dan juga semburan air kimia. Video di atas bukan video hitam putih atau pun dibuat di Siam telah membuktikan segala-galanya.

Dakwaan kununnya perhimpunan tersebut adalah untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang yang amat mereka geruni itu ternyata jauh meleset. Sepanjang perhimpunan tersebut, tiada sepatah pun nama Anwar disebut. Hanya laungan Takbir, Selawat, laungan BERSIH dan reformasi yang kedengaran di merata pelusuk Ibu Kota. Memang SPR memerlukan reformasi, itulah agenda BERSIH. Malahan Anwar menjadi mangsa begitu juga dengan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dan beberapa pimpinan yang lain termasuk Pengerusi BERSIH sendiri, Datuk S. Ambiga.

Tuduhan bahawa Datuk S. Ambiga seorang India yang berugama Hindu memperkudakan Pembangkang adalah satu tuduhan yang datang dari orang yang sakit hati dan dengki mungkin juga bengap otaknya. Ketika BERSIH 1.0 dahulu tahun 2007, pemimpin BERSIH adalah seorang Melayu berugama Islam iaitu Syed Shahir. Puak sekutu Apco ini tetap juga menentangnya dan peserta perhimpunan pada ketika itu tetap dibelasah dan disakiti. Ertinya, bukan kerana Datuk S. Ambiga memimpin BERSIH, tetapi adalah kerana BERSIH merupakan satu badan yang berjuang untuk menggagalkan penipuan mereka. Mereka mahu terus berkuasa untuk menyapu segala harta di muka bumi negara ini untuk diri, keluarga dan kaum kerabat serta kroni mereka.

Malangnya, sifat zalim mereka ini dibantu oleh mereka yang kita harapkan menjadi benteng keselamatan di negara tercinta ini. Imej PDRM kini menjunam teruk ketika seorang KPN dikatakan mempunyai pengetahuan dan kelulusan agama yang tinggi memegang tampuk kuasa. Rupa-rupanya ilmu agama yang tinggi belum menjamin seseorang itu tidak menjadi zalim atau pengikut Sang Penguasa yang zalim.

Menonton video di atas, kita merasakan BERSIH 2.0 yang lalu bukan yang terakhir. Tiada noktah untuk perjuangan selagi kebenaran dan keadilan tidak tercapai. Benarlah kata pimpinan, menyekat kebangkita rakyat yang mahukan keadilan umpama menyekat turunnya air dari puncak gunung. /wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 11 Julai 2011

FOTO - CERAMAH SELEPAS BERSIH 2.0 DI TAMAN MELEWAR







Oleh: WFAUZDIN NS

BERSIH 2.0 sudah pun berjaya kita laksanakan dengan cemerlang. Jumlah peserta perhimpunan aman tersebut amat memuaskan sehingga Stesyen TV Aljazeera melaporkan lebih kurang 100 ribu berkumpul di Ibu Kota yang telah dikepung oleh gerombolan. Stesyen BBC pula menganggarkan lebih dari itu, tetapi KPN pula menyebut hanya 6 ribu sahaja yang hadir.




Pedulikan itu semua, tetapi yang lebih penting adalah Perhimpunan itu berjaya dengan cemerlang. TV 3 suku menyebut perhimpunan itu gagal, tetapi yang peliknya TV pencacai itu seperti `histeria dan gila babi' mengulas pasal perhimpunan tersebut. Jika gagal, mengapa sampai berhari-hari mahu ulas dengan cerita karut yang direka-reka? Mengapa Tok Jib laknatullah seperti meroyan menyerang Anwar? Mengapa Muhyiddin seperti hilang akal mengulas? Semua ulasan dari mereka serta pencacai murahan ditertawakan orang.





Malam tadi, saya ke Markas PAS Taman Melewar untuk mengikuti ceramah dari pimpinan. walaupun baru sehari BERSIH 2.0 berakhir, program terus berjalan menandakan usaha kita tidak berakhir di Stadium Merdeka sahaja. Di antara penceramah yang hadir malam tadi adalah YB Lee Bon Chye, YB Anthony Santiago, Naib Presiden PAS YB Mahfuz Omar, YB Salahuddin Ayob, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, YB Siti Zailah dan juga Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said yang turut membacakan Puisi berkenaan BERSIH.






Hampir kesemua penceramah malam tadi mengulas tentang kejayaan Perhimpunan BERSIH 2.0 di samping mereka menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh pemimpin Umno tentang perhimpunan itu. Komitmen mereka adalah jelas iaitu untuk menentukan agar tuntutan 8 perkara yang dibawa oleh BERSIH itu akan diperjuangkan secara berterusan. BERSIH tidak akan terhenti di sini sahaja.


Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said membacakan puisi berkaitan BERSIH dan beliau juga turut menceritakan bagaimana beliau terpaksa berdepan dengan `kegarangan' pegawai Polis semasa berunding untuk menyerahkan memorandum kepada Istana. Ketika itu, tayangan video tentang perhimpunan tersebut dan semasa rundingan untuk menyerahkan memorandum ke Istana turut ditayangkan kepada ribuan yang hadir./wfauzdin.blogspot.com



Ahad, 10 Julai 2011

FOTO - REJIM NAJIB DAYUS GUNAKAN KUASA














DS Anwar mengalami kecederaa bersama Pengawalnya




DS Anwar dikatakan oleh KPN `tidak cedera', tetapi mengapa beliau diberi rawatan di Hospital?


Beginilah keadaannya apabila kita menyerahkan negara ini untuk dipimpin oleh manusia yang zalim, maka tidak ubahnya seperti kita dipimpin oleh Israel atau Yahudi laknatullah. Lebih malang lagi bila kita memiliki KPN yang tidak langsung berhati perut seolah-olah tiada secebis iman pun di dalam dadanya.


Pemimpin ini menipu rakyat dengan kata-kata yang manis seperti Iblis yang akan memujuk kita agar menjauhi Allah SWT. Beliau berjanji untuk memberi kita peluang berhimpun secara aman di dalam stadium, tetapi apabila tiba masanya beliau bertindak seperti Israel Yahudi yang suka memutar belit dan menipu. /wfauzdin.blogspot.com