Sabtu, 17 September 2011

"AMPUNKAN KAMI PENUNGGU GUA" - ZAID IBRAHIM

Oleh: WFAUZDIN NS

SEKONYONG-KONYONGNYA bekas Menteri, Zaid Ibrahim pemimpin Parti KITA pun memohon maaf kepada Najib di atas `ketelanjurannya'. Permohonan maaf dari bekas ahli PKR itu amat `tepat pada masa'nya menjelang PRU ke 13 yang dijangka tidak beberapa lama lagi. Zaid memohon maaf kerana `bersangka jahat' kepada Najib sebelum ini yang dulunya beliau tidak yakin Najib berani untuk menghapuskan Akta zalim ISA.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini. "Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita di kediamannya di Kota Bharu (Malaysiakini).

Zaid menganggap ianya sebagai satu hadiah kepada rakyat di dalam keadaan masih ada yang menghuni penjara di Kemunting akibat akta jahiliyyah itu. Benarkah Akta ISA telah dihapuskan? Di mana hitam putihnya dan semenjak semalam adakah tahanan ISA yang telah dibebaskan? Paling penting, apakah akan ada akta baru dicipta yang satu `spesis' dengan Akta ISA? Tidak mahu bersangka buruk pada Najib, tetapi tidak juga lupa bagaimana Najib menipu kita di dalam isu kebenaran berhimpun sewaktu BERSIH 2.0 mohon untuk berhimpun di stadium.

Mengapa Zaid terlalu cepat berterima kasih? Mungkin beliau mengharapkan simpati Najib untuk memberi laluan kepada KITA di beberapa kerusi di dalam PRU nanti. `I Help U, U Help Me', suatu perkataan yang sinonim dengan Najib.

Di Pahang baru-baru ini, seorang wakil dari KITA telah berjumpa Pengerusi PKR Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman agar dapat kiranya PKR Pahang memberi laluan pada calon KITA di beberapa kerusi di Pahang. Kononnya, KITA mempunyai matlamat yang sama dengan PR iaitu untuk menumbangkan Umno/Bn. Jawapan Dato' Fauzi mudah, "Jika bermatlamat yang sama, mengapa tidak mahu menyertai PR?". Maka, wakil KITA pun pulang dengan hampa.

Zaid Ibrahim bukan seorang yang bodoh tetapi beliau bukannya secerdik mana di dalam politik. Jika beliau cerdik, masakan beliau lari lintang pukang di dalam gelanggang sebelum perlawanan berakhir bertemu Azmin sewaktu pemilihan di dalam PKR dahulu? Kononnya Azmin menipu. Alasan lazim dari seorang pengecut. Berapa banyak undi Azmin menipu, dan berapa banyak undi majoriti Azmin?

Chegu Bard pun tidak berpuas hati dengan pemilihan dan beliau juga ada asas untuk membuat dakwaan tersebut. Adakah Chegu Bard keluar dari parti dan wujudkan parti baru? Sebab itu saya katakan Zaid tidak secerdik mana, justeru itu tidak hairanlah beliau memohon maaf pada Najib. Malangnya, kita tidak sebodoh itu untuk menafsirkan apa yang tersirat. Hanya di dalam beberapa ayat dan beberapa minit pada ucapannya, Najib berjaya memperbodohkan beberapa orang termasuk Zaid.

Syabas pimpinan PR yang tidak melatah dan teruja dengan janji Najib yang seterusnya ini. Lihatlah, beberapa tokoh yang dulu memuja Akta ISA dengan mengemukakan berbagai dalil, akhirnya berjaya ditundukkan oleh Najib. Ertinya, Najib berjaya menundukkan kumpulan `burung belatuk' tersebut dan pimpinan PR berjaya tundukkan Najib dengan desakan demi desakan yang telah kita lakukan.

Buat Zaid, tunjukkanlah kekuatan parti anda anda dengan cara sebenar bukan dengan stail lama iaitu kipas dan ampu. Jangan terperanjat jika Zaid akan mencari alasan untuk menghalalkan KITA berada di dalam Bn. /wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 16 September 2011

MAT SABU VS IBRAHIM ALKATAKI DI PASIR MAS - BULU SIAPA YANG AKAN DICABUT?

Oleh: WFAUZDIN NS

`SEEKOR katak' dari Pasir Mas mahu tunjuk hebat di atas nama PERKASA kununnya beliau lebih berani dari Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri di dalam menangani isu Mat Sabu sekiranya beliau diberi peluang menjadi Menteri Dalam Negeri. Raja katak ini terlupa bahawa kerusi beliau di Pasir Mas itu pun hasil kesihan orang-orang PAS kepadanya yang sebelum ini beberapa kali bertanding sebagai calon Bebas di situ tetapi teruk kena `buli'.



Berahim raja katak ini menunggu masa sahaja untuk di`pijak' oleh rakyat Pasir Mas agar peribahasa `mati katak' menjadi realiti selepas PRU ke 13 nanti, itu pun jika raja katak ini masih mempunyai `buah' kejantanannya. Tetapi kita semua tahu, beliau tidak pernah ada `buah', dan ini terbukti sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Di dalam TV, bagaikan nak pecah kaca TV dengan suara penuh semangat beliau memberi amaran kepada BERSIH untuk berdepan dengan puluhan ribu geng-geng `berudu' di dalam PERKASA. Bila tiba masanya, beliau duduk di bawah ketiak bininya dan `berudu-berudu' peliharaannya menonton TV di restoren mamak.

Malaysiakini hari ini memetik kenyataan raja katak yang kesal kerana KDN masih tidak melakukan apa-apa terhadap Mat Sabu. Katanya, "Nasib baik saja Mat Sabu. Kalau saya jadi menteri dalam negeri, dah hancur Mat Sabu ini. Daripada bulu atas sampai bulu bawah saya cabut (Malaysiakini). Saya mahu tanya, siapa yang bodoh sangat mahu melantik raja katak ini untuk menjadi Menteri? Semua tahu, usahkan Menteri sedangkan kerusi MP Pasir Mas yang dia duduk sekarang ini pun atas simpati PAS. Tidak malukah raja katak berangan mahu menjadi Menteri?

Ada seorang bekas pemimpin Umno yang kini menjadi pemimpin di dalam PKR di Pahang menceritakan, pernah suatu ketika sewaktu raja katak ini menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga undang-undang di bawah pimpinan Mahathir Kutti, raja katak pernah komplen kepada Mahathir di dalam satu Mesyuarat Kabinet. Raja kata ini berkata, beliau pernah menyuruh Ketua Hakim Negara mengadapnya di pejabat tetapi Ketua Hakim Negara tidak mahu datang berjumpanya. Semua ahli kabinet yang mendengar rungutan raja katak di waktu itu tertawa. Ertinya, Ketua Hakim pun tidak respek raja katak walaupun dia Menteri yang menjaga undang-undang. Apa yang raja katak tahu pasal undang-undang?

Raja katak ini jika diberi apa jua jawatan, tidak akan memberi makna apa pun. Orang yang kuat `mengipas' untuk hidup ini selalunya tidak cerdik, sebab itu hanya bergantung sekuat mana `kipasan'nya kepada bos. Sekarang, berangan untuk menjadi Menteri Dalam Negeri? Belum menjadi Menteri lagi sudah ada niat buruk dan hasad dengki. Orang macam ini usahkan Umno, jauh sekali lah PAS, DAP atau PKR, Parti Komunis Malaya pun jika masih wujud tidak akan pilih raja katak menjadi ahli.Link
Oleh kerana raja katak teringin sangat mahu menjadi Menteri Dalam Negeri, kita cabar beliau memohon menyertai Umno dan bertanding atas tiket Umno di dalam PRU akan datang. Itulah sahaja jalannya jika beliau ingin menjadi Menteri, itu pun jika Umno masih belum dikuburkan. Masalahnya, adakah ahli-ahli Umno berselera dengan spesis seperti Berahim Ali ini?

Suka kita ingatkan Berahim, usahlah bercita-cita mahu mencabut bulu Mat Sabu jika beliau sendiri takut pada bini. Saya sokong jika Mat Sabu bertanding di Pasir Mas nanti untuk kita lihat `bulu' siapakah yang tercabut di situ. Setuju?/wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 14 September 2011

ISU MAT SABU - KJ MAHU CARI MAKAN, EZAM SESUMPAH PUN MAHU MAKAN JUGA



Oleh: WFAUZDIN NS

BERTEMPAT di Bukit Kepong, Johor maka muncul kembali suara yang hampir tenggelam di dalam Umno iaitu `Senatak' (Senator katak) Ezam sesumpah. Sudah lama beliau tidak muncul, maklumlah telah kering air liur beliau ke hulu ke hilir tanpa kotak, membawa hikayat keburukan bekas bosnya DS Anwar, tiada siapa yang peduli jauh sekali untuk mempercayainya.

Kali ini beliau mungkin merasa amat tercabar kerana nama beliau tidak lagi disebut, sebaliknya nama Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin pula yang popular di dalam isu `Mat Indera' sebagai Pejuang. Keberanian KJ untuk berdebat dengan Mat Sabu walaupun Mat Sabu mencabar Muhyiddin, ternyata menenggelamkan nama Ezam sesumpah. Kali ini Ezam cuba bangkit di Bukit Kepong untuk memperlihatkan kehebatan beliau tidak kalah dengan KJ.

Malang sekali, Ezam sesumpah tidak menjawab persoalan sebenar isu yang timbul. Ezam sesumpah tidak menjawab dakwaan Mat Sabu bahawa Mat Indera adalah pejuang menentang penjajah. Sebaliknya, hujah Ezam sesumpah sebiji saling tidak tumpah seperti hujah Utusan Meloya. Beliau juga tidak menjawab kenyataan Prof Zainal anak Kling dan juga terbaru dari Tun Mahathir yang mengaku negara ini tidak pernah terjajah. Ertinya, hujah Ezam sesumpah sama nilainya dengan hujah Utusan Meloya yang bankrap itu.

Apa yang disebut oleh Ezam sesumpah baru-baru ini di Bukit Kepong? Beliau mahu Mat Sabu diusir dari negara ini kerana kononnya Mat Sabu menyokong Komunis. Nyata sekali, semasa isu ini bermula Ezam sesumpah mungkin lena dibuai mimpi sehingga terkejut dengan keberanian KJ yang berani ke hadapan. Maka, tuduhan Ezam sesumpah terhadap Mat Sabu jauh tersasar menjadikan desakan beliau agar kerajaan mengusir Mat Sabu sebagai satu desakan yang ditertawakan orang. Sebelum ini Ezam sesumpah pernah meminta agar Pasport DS Anwar ke luar negara di tarik balik kerana beliau yakin Ketua Pembangkang itu akan cabut lari sebelum kes dibicarakan. Terbukti, dakwaan Ezam sesumpah menjadi kisah dongeng apabila DS Anwar muncul di mahkamah sebilang masa apabila kesnya bermula.

Setelah tewas berhadapan dengan DS Anwar, mangsa terbaru Ezam sesumpah adalah Mat Sabu. Beliau silap pilih sasaran kali ini. Mat Sabu bukan bacul sepertinya yang mengharapkan makan dari tangan musuh yang pernah dicacinya. Mat Sabu menjadi Timbalan Presiden PAS dengan sokongan majoriti ahli PAS. Beliau seorang yang bermaruah jauh beza dari Ezam sesumpah yang menjadi `Senatak' hasil suapan Najib dan tidak pernah bertanding untuk dipilih apa jua jawatan di dalam Umno `mazhab' terbarunya sekarang.

Mat Sabu berbicara tentang Mat Indera, Ezam sesumpah berbicara tentang Komunis. Apa pula komen Ezam sesumpah apabila Najib berkata Komunis sekarang sudah baik? Tentu Ezam sesumpah akan bersetuju dengan Najib kerana Komunis baik lah maka dipilih menjadi `besan' Najib. Bayangkan jika DS Anwar `berbesan'kan Komunis, saya rasa pecah TV di rumah kita dengan salakan sabung menyabung dari Ezam sesumpah, Zul Kulim, Zahrain, Ibrahim Al kataki, dan para-para `Tok Peti'. Tetapi siapa berani sanggah Najib? Ezam sesumpah? Untuk menyanggah Bik Mama pun Ezam sesumpah akan kecut `buah'nya.

Mengikuti video di atas, jika dahulu saya kagumi pidatonya. Sekarang, saya pasti akan tersenyum sendirian bila mengenangkan betapa murahnya harga si pemidato tersebut. Memang wajar beliau digandingkan dengan betina bernama Umi itu, kerana Allah telah mencaturkan `jodoh' yang sesuai buat beliau./wfauzdin.blogspot.com

NAJIB TAKUT DEBAT DENGAN ANWAR, MUHYIDDIN TAKUT DENGAN MAT SABU - INIKAH PEMIMPIN UMNO?

Oleh: WFAUZDIN NS

SEPERTI diduga, TPM Muhyiddin Yasin pasti akan menolak cabaran debat yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di dalam isu kontroversi iaitu siapa pejuang kemerdekaan sebenar yang mempunyai kaitan juga dengan Mat Indera, samada dia seorang pejuang atau pengkhianat negara.

Keengganan Muhyiddin Yasin ini mengesahkan tanggapan kita semenjak dulu lagi bahawa sememangnya pemimpin Umno tidak pernah mempunyai jiwa yang besar untuk mempertahankan prinsip dirinya sendiri, jauh sekali untuk mempertahankan kebenaran. Mereka hanya berani menyalak di hadapan TV dan akhbar di bawah kawalan mereka, tetapi apabila disebut berdebat, makan kecut akan segalanya.

Malaysiakini memetik kenyataan Muhyiddin Yasin, " Timbalan Perdana Menteri memberitahu pemberita di Kuala Lumpur hari ini bahawa individu yang layak berdebat dengan Mohamad Sabu adalah pakar-pakar sejarah dan bukannya beliau." Muhyiddin meminta Mat Sabu memohon maaf kerana menganggap Komunis sebagai hero sebenar di dalam peristiwa Bukit Kepong di tahun 1950 tersebut. Jelas di sini, sememangnya TPM tersebut tidak mengetahui fakta apa yang diucapkan oleh Mat sabu sebenarnya, bahkan beliau tidak tahu langsung isu sebenar di dalam perkara yang sedang diperdebatkan ramai pihak sekarang.

Justeru itu, tidak hairanlah Muhyiddin Yasin takut untuk berdepan dengan Mat Sabu dan beliau lebih suka jika sesuatu akta atau undang-undang dikenakan kepada Mat Sabu daripada berhujah. Sebab itulah sudah menjadi kelaziman mana-mana diktator yang gila kuasa akan menjadikan undang-undang dan kuasa yang mereka ada untuk berdepan dengan rakyat. Mana ada diktator yang berani berdepan dengan rakyat secara terbuka?

Seperti dakwaan Muhyiddin, biarlah Mat Sabu berdebat atau berdialog dengan Pakar Sejarah tentang isu ini. Jika demikian, mengapa terlalu gatal mulut Muhyiddin menghentam Mat Sabu di dalam isu ini jika beliau sendiri tidak tahu sejarah kecuali Pakar Sejarah? Beliau mendakwa, beliau tahu sejarah melalui apa yang beliau pelajari semasa bersekolah. Mengapa takut untuk berdebat dengan berbekalkan apa yang beliau pelajari itu? Mat Sabu pula akan berdebat berbekalkan apa yang beliau pelajari dan ketahui juga.

Hakikatnya Muhytiddin Yasin merasa terjerat dengan isu ini. Beliau tahu bahawa Mat Sabu tidak pernah mengiktiraf Komunis yang berlaku zalim itu sebagai hero. Bahkan, sepanjang ucapan Mat Sabu tidak disebutkan langsung tentang Komunis itu hero. Mat Sabu menyanjung Mat Indera dan beberapa pahlawan dahulunya sebagai hero kerana mereka menentang penjajah. Seperti juga Kerajaan Negeri Johor yang mengiktiraf nama Mat Indera sebagai salah seorang tokoh yang mengukir nama Johor,

Buku yang dikeluarkan oleh Yayasan Negeri Johor, "Pengukir Nama Johor' di mana biografi Mat Indera ini ditulis oleh Ismail Adnan, bekas Guru Kanan yang pernah menjadi seorang Timbalan Pengarah Institut Kepimpinan dan Latihan Semangat Dato' Onn. Buku ini juga turut disunting oleh Prod Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya. Turut serta adalah Md Ismail Zamzam, Tokoh guru Berjasa Johor tahun 2002. Malahan, prakata buku tersebut ditulis sendiri oleh MB Johor, Dato' Abdul Ghani Othman. Ertinya, buku ini diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Johor walaupun kerana tekanan akhirnya baru-baru ini MB Johor telah mengiktiraf Mat Indera sebagai Komunis dan pengkhianat. Rakyat Johor pastinya tertanya-tanya mengapa seorang Pengganas atau pengkhianat di senaraikan sebagai salah seorang `Pengukir Nama Johor'?

Semuanya tidak pelik kerana negara kita diberitakan pernah menawarkan sebidang tanah dan beberapa keistimewaan lain kepada beberapa orang Komunis setelah mereka `bersara' dan menyerah diri. Saya tidak pasti samada tentera atau Polis yang bersara memperolehi keistimewaan sebegini. Persatuan Bekas Tentera atau Polis boleh cuba menyemak perkara ini sebelum menjadi pencacai kepada orang politik. Mereka perlu menyemak adakah tentera atau Polis seperti mereka terlibat di dalam peristiwa Bukit Kepong di tahun 1950 itu, atau mereka tidak terlibat membantu penjajah. Jika mereka tidak terlibat sebagai `barua' penjajah, mengapa mereka hiruk pikuk dengan isu Bukit Kepong?

Pokoknya di sini, kesemua mereka yang celik sejarah akan mengiktiraf Mat Indera, Tok Janggut, Tok Maharaja Lela, Dol Said, Mat Kilau, Tok Bahaman, Dr Burhanudin Helmi, dan beberapa orang lagi tokoh yang menentang penjajah itu adalah sebagai pejuang bukan Komunis. Kita juga tidak mendakwa Onn Jaafar atau Tunku Abd Rahman sebagai Komunis tetapi kita tidak boleh menyamakan mereka ini setaraf perjuangannya dengan Mat Indera dan beberapa nama yang disebut tadi.

Sudah tentu saranan Muhyiddin Yasin agar Mat Sabu berdebat dengan Pakar Sejarah menjadi sesuatu yang melucukan. Apa tidaknya, pakar-pakar yang ada di negara ini yang bertaraf Profesor sendiri pun bercakap seperti `orang pening' sesama mereka apabila membicarakan isu ini. Ada yang mendakwa British datang ke Tanah Melayu hanya untuk `makan angin', ada yang berkata negara kita tidak pernah terjajah dan British hadir hanya untuk menjadi `Penaung'. Terbaru, Dr Chandra Muzafar berkata negara kita dijajah secara `de factor'. Berbagai istilah digunakan untuk menggambarkan `pening'nya mereka yang bijak pandai ini. Gamaknya, tentulah pening akan menjadi `gila' jika mereka berdebat dengan Mat Sabu nanti.

Adalah lebih baik jika kita hentikan isu yang banyak memperbodohkan kita ini dengan menjadikan kalam Najib Tun Razak sebagai penutup kalimah iaitu " Komunis dahulu jahat dan zalim, Komunis sekarang baik". (Sebab itu kita boleh `berbesan' dengan mereka)./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 13 September 2011

BLOGGER UMNO YANG KAYA TERDEDAH?

Serangan Ke Atas Blogger Umno Bermula?

Monday, 12 September 2011
ImageLink
Petikan dari Umno-reform2:

Blogger UMNO kini berhadapan dengan serangan dari blog-blog pembangkang. Bermula dengan twitter chegubard – baru-baru ini laman pembangkang edyesdotcom telah memaparkan butir-butir http://edyesdotcom.blogspot.com/2011/09/rm80000-sebulan-untuk-parpukari-bagi.html mengenai seorang blogger popular UMNO – parpukari yang juga merupakan seorang sahabat blog www.umno-reform2.com



Adakah dakwaan ke atas www.parpukari.blogspot.com itu benar? Siapa yang sebenarnya menjadi penaung laman blog itu. www.umno-reform2.com telah didedahkan dengan penyata bank yang dikatakan milik Mohd Salim bin Iskandar – yang dikatakan nama sebenar parpukari dalam blog tersebut.

Dari mana edyesdotcom memperoleh maklumat tersebut. Amat menghairankan – namun tidak mengejutkan. Apa pun sebenarnya www.umno-reform2.com enggan mahu mempercayai parpukari mendapat pendapatan RM 80,000.00 sebulan tetapi www.umno-reform2.com mempunyai butiran yang lebih mengejutkan mengenai pembayaran kepada laman web – penubuhan web yang dibiayai oleh agensi kerajaan sendiri.

www.umno-reform2.com percaya bahawa agensi itu tahu mengenai isu kontrak pembikinan web sebanyak RM 50,000 sebulan untuk selama 3 tahun kontrak yang menjadikan jumlahnya RM 1.8 juta. Sekiranya pula kita lihat apa yang di fitnah/atau bukan fitnah oleh Raja Petra – ada peruntukan berjuta-juta pernah dituntut oleh blogger UMNO untuk melakukan sesuatu program.

Dahsyat sekali. Mungkin rakan saya parpukari mampu menjawab tuduhan itu. Adakah slip bank itu palsu?

INIKAH KISAH SEBENAR MAT INDERA ?

Sejarah Mat Indera

Ahmad bin Indera, itulah nama sebenar pemilik nama Mat Indera yang popular sekarang ni...yang memiliki darah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi Panglima Kanan Sultan Sharif di Siak. Memiliki sifat terpuji separti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang.

Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berqasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah sorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat. Menamatkan persekolahandi peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru di Parit Setongkat, Muar.

Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekan tanah air daripada penjajahan Inggeris. Beliau menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhamuddin al-Helmydan Ishak sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API). Mat Indera telah memilih untuk masuk ke hutan dan meneruskan perjuanagn secara gerila pada bulan Jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan Revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau di daerah Muar, sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak, Bukit Kepong dan Poris. Memandangkan gerakan gerila yang sudah sedia aktif bergerak di dalam hutan ialah kumpulan orang-orang Cina dikenali sebagai Bintang Tiga, maka Mat Indera tidak punya pilihan melainkan perlu membina hubunha dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuanagn yang berbeza, atas dasar inilah Mat Indera dilabel sebagai komunis yang gans, merbahaya dan tidak beragama. Mat Indera menjadi ketua gerila PKM melayu bagi Daerah Muar, Batu Pahat dan Melaka.

Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerila yang paling dikehendaki apabila dikaitkan denagn peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong. Sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama Abu Bakar yang terselamat dalam seranagn, Mat Indera tidak terlibat menenbak atau menyerang anggota polis, malah sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis di Rumah Pasong Bukit Kepong.

PETUALANG ATAU PEJUANG???

Mat Indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan, tetapi arahan yang diberikan adalah untuk menangkap beberapa orang anggota polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun Baru Cina, sebaliknya gerila-gerila Cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

Tragedi Bukit Kepong dijadikan alasan oleh Inggeris untuk mengukuhkan dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera. Inggeris menetapkan reward $75, 000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Mat Indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telan beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

Namun salah sorang pengikutnya bergelar Mat Tukyo telah ditangkap Inggeris dan dipujuk untuk membelot bagi menagkap mat Indera. Mat Tukyo berunding dengan dua orang kawannya yang lain yang dikenali sebagai Belalang dan Misban. Mereka bersetuju untuk bekerjasama denagn Inggeris setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh Inggeris.

Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera dijemput ke sebuah perjumpaan di kampung Seri Medan dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur denagn kecubung, yang boleh menyebabkan rasamengantuk dan mabuk jika meminumnya. Mat Indera setelah diberi minum air kopi bercampur kecubung itu telah tidak sedarkan diri, maka pada ketika itulah Mat Tukyo menjabut segala tangkal.

Di katakan tanagn Mat Indera diikat denagn lalang dan kemudiannya dibawa ke Balai Polis Seri Medan. Adalah dipercayai kehilanagn tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebatinan beliau. Mat Indera semasa didalam tahanan Inggeris telah dipamerkan kepada khalayak ramai sebagai sebahagian propaganda Inggeris.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Semasa beliau dipenjarakan beliau didera. Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping. Jenezahnya dikebumikan di Kampung Jambi Air, Taiping.

Antara cerita lain tentang Mat Indera ialah menahan komunis dari membunuh anggota polis yang cedera di depan balai polis sewaktu seranagn di Rumah Bukit Kepong. Chin Peng pernah mengatakan sekiranya Mat Indera menyerah diri ketika itu, ramai orang Melayu yang menyertai PKM akan mengikut jejak langkahnyajuga. Manakala adik Mat Indera mengatakan bukan Mat Indera yang mengetuai seranagn Balai Polis Bukit Kepong.

Rencana Di Atas Pernah Di Siar Berita Harian Pada 13/12/2010

MAKLUMAT PENUH DI YAYASAN WARISAN JOHOR

Manakala yayasan Warisan Johor meletakkan nama Mat Indera sebaris dengan Almarhum Sultan Ismail dan Tun Sulaiman Ninam Shah, bekas pengerusi UMNO. Malah foto Mat Indera juga menjadi sebahagian daripada kulit hadapan buku ini (Pengukir Nama Johor). Buku ini adalah hasil karya pelbagai penulis, tetapi biografi Mat Indera ditulis oleh Ismail Adnan, bekas guru kanan yang pernah menjadi Timbalan Pengarah, Institut Kepimpinan dan latihan Semangat Dato' Onn.

Buku ini juga telah disunting oleh Profesor Datuk Abu Bakar A. Hamid, bekas Profesor di Jabatan Pengajian Media, Universiti malaya dan Md Ismail Zamzam, Tokoh Guru Berjasa Johor 2002. Prakata buku ini pula ialah daripada Menteri Besar Johor sendiri, Dato' Abdul Ghani Othman. Pendek kata, penerbitan buku ini mendapat restu kerjaan Johor.


Ulasan Blogger:

Terima kasih kepada teman yang sudi berkongsi maklumat. Kita serahkan kepada mereka yang pakar untuk mengkaji kesahihan dan fakta sebenar tanpa prejudis.


Isnin, 12 September 2011

Rumah Terbuka 1Malaysia: Lim Guan Eng jadi tumpuan rakyat?

Biarlah gambar-gambar di bawah ini bercerita. Kata-kata tidak perlu menghuraikannya.

Rakyat berkerumun untuk bergambar dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng bersama barisan exconya. Kelihatan TKM1 Dato Mansor Othman.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tanpa protokol dan kawalan keselamatan secara terbuka menghadiri majlis itu.

PM Dato'Seri Najib Razak kata, kerajaan persekutuan tidak akan mengetepikan Pulau Pinang meskipun dikuasai pembangkang. So jangan bimbangkan sokonglah pakatan rakyat pada pru13 nanti.

Datuk Zainal bersalaman dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Secara protokol sepatutnya Ketua Menteri lebih tinggi kedudukannya daripada Rais Yatim

Para pelajar tidak lepaskan peluang bergambar bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan barisan exconya menghadiri majlis rumah terbuka AidilFitri Kerajaan Persekutuan di Guar Perahu. Sambutan itu dirasmikan Perdana Menteri Dato'Seri Najib Razak.

p/s:Apa yang boleh kita lihat rakyat lebih mesra dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dari PM Najib...

Sumber: D'Perbatasan

FILEM BUKIT KEPONG - AKU TAK JUMPA `MAT INDERA', AKU JUMPA `UNION JACK'..

Bendera `Union Jack' diturunkan, walaupun kita tidak dijajah?

Oleh: WFAUZDIN NS

AKU menanti tayangan filem `Bukit Kepong' di TV 2 malam tadi. Kebetulan masa itu aku berada di rumah seorang teman kerana dijemput berhari raya di rumah terbukanya. Di rumahnya aku menonton filem arahan orang kuat Umno, Jins Shamsudin itu.

Jika dahulu, terasa sebak juga dihati apabila menonton filem yang dikatakan dipetik dari sejarah ini. Tapi kali ini, perasaan aku berbeza kerana aku bukan bodoh sangat seperti dahulu. Aku menonton juga filem ini kerana aku ingin menyaksikan watak `Mat Indera' di dalam filem tersebut yang ada pihak yang mendakwa Mat Indera itu zalim dan ganas. Mat Indera mengetuai `Komunis' di dalam serangan ke atas Balai@Rumah Pasong Bukit Kepong tersebut, dakwa mereka. Malangnya hasrat aku tidak tercapai.


Ini bukan `Mat Indera'....

Apa yang aku temui hanyalah sebuah bot yang tertera lambang `Union Jack'. Setahu aku Union Jack ini dimiliki oleh British dan dikibarkan di Tanah Melayu sewaktu British `makan angin' di Tanah Melayu seperti kata seorang Prof yang suka `makan kangkung' itu. Dan, ada seorang lagi Prof pula mendakwa Union Jack itu dibawa oleh British ke Tanah Melayu menandakan mereka hanya ingin menjadi `Penaung' kepada Tanah Melayu ketika itu. Kata Prof kepada anak Kling ini juga, waktu itu Tanah Melayu tidak dijajah kerana diperintah oleh Raja-Raja Melayu.

Jadi, berterima kasih lah aku pada RTM kerana sudi menayangkan filem `Bukit Kepong' berkenaan kerana mencerahkan minda aku dan kenal lah aku siapa yang memiliki Balai@Pasong di Bukit Kepong tersebut. Aku tidak mengambil tahu siapa dan sebab apa mereka menyerang Balai@Pasong di Bukit Kepong berkenaan, cumanya yang aku tahu rupa-rupanya `Union Jack' ada di situ.

Pembelajaran yang aku perolehi hasil dari aku tonton filem tersebut hanya ada dua sahaja, iaitu tiada kelibat `Mat Indera' dan ada kelibat `Union Jack'. Apa itu `Union Jack'? Mungkin Queen Elezebeth lebih tahu kisah ini./wfauzdin.blogspot.com