Sabtu, 24 September 2011

UMNO MAHU HUDUD, TAPI JANGAN CERITA HUDUD DALAM MASJID

Oleh: WFAUZDIN NS

BILA isu hudud mula dimainkan semula, ertinya Umno sudah kehabisan modal untuk melemahkan Pembangkang. Mereka sendiri tahu sebenarnya bahawa PAS tidak pernah melupakan hukum hudud kerana dasar PAS itu adalah Islam dan dasar Umno pula sekular iaitu Nasionalis.

PAS menyebut tentang Negara Kebajikan bererti PAS sedang berusaha untuk mencapai cita-cita melaksanakan Islam yang Syumul. Umno pula tidak pernah berusaha untuk ke arah itu kerana Umno masih menyimpan pemimpin yang rasuah, masih menyekat hak asasi manusia dari semua sudut samada sudut demokrasi dan perundangan. Umno menyempitkan usaha dakwah dengan peraturan yang tidak masuk akal seperti menyekat mana-mana pihak untuk menyebut . tentang hukum Islam. Pendakwah dilarang bercakap soal politik Islam atau hukum hudud di dalam masjid kerana itu adalah politik pembangkang, itu tafsiran Umno. Di dalam masa yang sama Umno kononnya ingin mendidik masyarakat tentang hukum hudud dahulu sebelum mahu melaksanakannya, tetapi soal hudud jangan dibicarakan. Lojikkah?

PAS terbukti konsisten dengan dasar Islamnya. Tidak pelik jika DAP menentang hukum hudud kerana Umno yang mengaku Islam itu pun tidak pernah bersetuju dan bercadang untuk melaksanakannya. Usahlah KM Melaka, Ali Rustam mahu mencabar PAS untuk bentangkan usul Hukum Hudud di dalam Parlimen kerana sebelum ini tidak kurang dari tiga kali PAS telah bawa usul tersebut, namun Umno lah yang tidak menyokong usul tersebut. Ali Rustam pula harus lihat dirinya dicermin dahulu sebelum mahu bercerita soal hudud kerana dia adalah perasuah politik wang yang masih dikekalkan oleh Umno sebagai KM. Perasuah meminati hududkah?

Saya yakin PAS tidak pernah mengharapkan Karpal Singh menyokong Hudud kerana tidak jatuh wajib buat Karpal menyokong Hudud pun. Yang jatuh wajib menyokong hukum ini adalah Najib atau Muhyiddin dan mereka yang mengaku Islam dan beriman dengan Allah. Apa kaitan dengan Karpal Singh? Jadi, elok kita bahaskan soal hukum Hudud ini sesama kita yang berugama Islam sahaja. Jika DAP sokong, itu suatu bonus buat kita. Kalau DAP, MCA, Gerakan tidak menyokong hukum ini, tidaklah menjadi masalah kerana mereka bukan Islam.

Sebab itulah PAS menyebut tentang Negara Kebajikan sebagai satu pendekatan untuk merealisasikan sebuah Negara Islam yang Syumul. PAS mahu negara ini bebas dari amalan rasuah, dan mahukan negara ini benar-benar memberikan keadilan kepada semua rakyatnya. Ini semua gagal dilakukan oleh Umno. Demokrasi perlu dipulihkan dan sistem kehakiman juga perlu diperbaiki dari unsur ketidakadilan. Ekonomi dan pendidikan juga perlu diperkasakan kerana tiada hudud buat negara yang rakyatnya jahil dan miskin. Bagaimana Hudud mahu dilaksanakan jika pemimpin pun penuh dengan rasuah dan zalim?

Jelas, Umno hanya mahu jual nama Hudud untuk menutup pekung mereka yang semakin banyak terdedah. Apa kata jika Umno pula yang usulkan di dalam Parlimen tentang Hukum Hudud ini setelah PAS melakukannya dahulu? Ada berani Umno? Kirim salam./wfauzdin.blogspot.com

Jumaat, 23 September 2011

IBLIS PASTI TERTAWA BILA DENGAR UMNO JUGA MAHU HUKUM HUDUD

Oleh: WFAUZDIN NS

ISU perlaksanaan hukum Hudud muncul kembali. Terbukti PAS tetap konsisten dengan dasarnya untuk melaksanakan hukum Islam apabila Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz mencabar agar Kerajaan Pusat atau Umno menyokong perlaksanaan hukum tersebut di Kelantan.



Kepimpinan melalui tauladan, pemimpin yang sedang mendidik masyarakat sebelum Hukum Hudud mahu dilaksanakan...


Isu ini timbul bila Tun Mahathir cabar PAS agar laksanakan hukum Hudud kerana beliau tidak lagi berkuasa. Tahukah Mahathir bahawa hukum Islam tidak perlu menanti kamu berkuasa atau tidak, bahkan jika kamu mati sekali pun hukum ini akan terus diperjuangkan sehingga tertegaknya hukum Allah di muka bumi ini.



Kita mahu didik masyarakat agar faham soal hukum Hudud dahulu. Didikan beginikah?


TPM, Muhyiddin pula cuba `berlapik' kononnya Umno memang mahu laksanakan hukum Hudud tetapi bukan sekarang. Masyarakat perlu diasuh dan dididik terlebih dahulu tentang hukum ini sebelum ianya mahu dilaksanakan. Berapa lama Umno mahu mengambil masa untuk mendidik masyarakat? Daripada Mahathir muda sampai Mahathir sudah `hampir lupa-lupa ingat' masih tidak selesai lagi mendidik masyarakat? Berapa tahun Umno berkuasa di negara ini? Apa didikan Umno agar masyarakat memahami hukum Hudud?

Berilah masa berkurun-kurun sekalipun kepada Umno, tetapi selagi politik dipisahkan dari agama usah diharap masyarakat akan memahami hudud. Bagaimana hudud mahu dipelajari oleh masyarakat, sedangkan guru-guru agama yang mengajar di dalam masjid dan surau tidak boleh membicarakan tentang hukum hudud? Ahli-ahli politik berugama Islam tidak boleh bercakap soal agama di dalam masjid, jauh sekali untuk menceritakan tentang hukum Hudud. Mahu beri tazkirah pun perlu ada Tauliah. Apabila ada penceramah atau guru yang menyebut tentang kewajipan hukum ini, mereka pasti akan di`gam' atau di cop sebagai `berpolitik' di dalam masjid. Beginikah caranya Muhyiddin mahu asuh masyarakat tentang hukum Hudud?

Jelas, sejak dari dulu, kini dan mungkin selamanya Umno tidak akan berusaha ke arah mendidik masyarakat tentang hukum ini. Jika beginilah keadaannya, usah dimimpi negara kita akan dapat melaksanakan hukum tersebut melainkan Umno kita kuburkan. Saya tidak mahu berbicara tentang DAP terutamanya Karpal Singh sekiranya beliau menentang perlaksanaan hukum ini. Sebabnya, pertama, Karpal Singh Non-Muslim dan bukan kewajipan beliau untuk menegakkan hukum Islam. Kedua, Karpal Singh menentang hukum Hudud berlandaskan ilmu perundangan yang ada pada beliau iaitu Perlembagaan Negara sekarang tidak akan membenarkan Hukum Hudud dilaksanakan.

Saya tabik kepada DS Anwar, beliau secara jelas menyokong perlaksanaan Hukum Hudud. Tabik juga kepada Mursyidul Am PAS yang tegas menyebut jika Kerajaan Pusat benarkan Hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, dan jika DAP menentangnya maka PAS sanggup kehilangan DAP. Ertinya, di antara Tuan Guru Nik Aziz, Anwar dan Muhyiddin, mereka bertiga adalah Islam tetapi hanya Muhyiddin yang berbeza pendapat. Tuan Guru Nik Aziz mahu kepada hukum Hudud, Anwar pula menyokongnya tetapi Muhyiddin pula mahu ditangguhkan sehingga masyarakat tahu tentang hukum ini.

Persoalannya, apakah Umno ada menunjukkan usaha-usaha ke arah itu? Samasekali tidak, bahkan bertambah teruk lagi. Ini membuktikan Umno tidak pernah ikhlas untuk menuju ke arah itu. Bagaimana mungkin pemimpin Umno mahu terima hukum Hudud sedangkan perkara asas di dalam Islam iaitu menutup aurat pun pemimpin Umno tidak berani menegur isteri mereka. Bagaimana mereka mahu kepada Hudud di dalam keadaan mereka melantik perasuah menjadi pemimpin. Tidak percaya, kita boleh bertanya kepada Isa Samad atau Ali Rustam.

Di dalam keadaan media kawalan mereka bertindak sebagai `lidah syaitan' pembawa fitnah dan mengaibkan orang, inikah yang dikatakan Muhyiddin masyarakat perlu dididik terlebih dahulu? Jelas dan nyata, Umno bukan pilihan buat kita jika kita mahu melaksanakan hukum Islam./wfauzdin.blogspot.com

Khamis, 22 September 2011

SETELAH SEMUANYA GAGAL, PAPAGOMO TUDUH ANWAR MINUM ARAK PULA

Oleh: WFAUZDIN NS

PUAS sudah Blogger kaki fitnah Papagomo mem`promote'kan bahan lucah ke dalam blognya hanya kerana untuk memberi makan anak bini dengan melakukan fitnah liwat dan video seks terhadap DS Anwar.

Disiarkan gambar lucah Anwar, orang terbayang perwatakan Papagomo. Diterbitkan pula video lucah, datang simpati orang pada Papagomo yang mungkin tidak mendapat didikan agama yang sempurna dari bapak beliau. Video seks hitam putih di dalam bilik jelas kantoi sudah. Timbul pula rakaman CCTV kali ini yang berwarna di muka pintu lift kali. Itu pun tidak jalan, bahkan pendedahan terbaru itu merosakkan kisah video seks hitam putih. Kantoi lagi.

Terbaru di dalam blognya, Papagomo menuduh DS Anwar minum arak pula. Kali ini dikaitkan dengan nama Zaid Ibrahim. Itulah hebatnya Blogger Papagomo di dalam bidang mereka fitnah. Lepas ini percayalah, beliau akan minta Anwar saman beliau sebab beliau tahu beliau `kebal' selagi Umporno berkuasa. Buktinya, telah banyak laporan dibuat terhadap Blogger tiada didikan agama ini namun kesnya terus sepi. Jadi, tidak pelik Papagomo terlalu ghairah meminta Anwar menyamannya.

Saya petik sedikit apa yang Papagomo tulis di dalam blog beliau;

ARAK - Anwar Ibrahim bercakap soal arak walhal beliau tahu dimana dan dengan siapa beliau bersama meneguk arak. Apa bab ni Anwar Ibrahim tidak mahu heret Zaid Ibrahim?

Kesihan Papagomo./wfauzdin.blogspot.com

SAKSI KES LIWAT - KITA MAHU LIHAT NAJIB LEBIH `JANTAN' DARI MAHATHIR



Sebelum baca artikel di bawah, elok lihat video ini dahulu......


Oleh: WFAUZDIN NS

SELEPAS Mahathir, kini Najib pula diberitakan `kecut' untuk berdepan dengan DS Anwar di mahkamah sebagai Saksi. Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

Maka, Blogger murahan papagomo yang selalu terlepas dari undang-undang itu sudah tidak mampu untuk mempertahankan Najib kerana beliau sendiri mungkin terfikir mengapa susah sangat Najib untuk bercakap di dalam mahkamah? Bukankah selama ini kita lihat anak jati Pahang `keturunan Tok gajah' ini begitu hebat bercakap di dalam TV? Siapakah yang bercakap, Link"Nanti bila saya dedahkan, ada yang demam...."? Bukankah Najib pernah bercakap begitu? Nah, siapa yang mula rasa mahu demam sekarang?

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah. Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina. Hari ini DS Anwar menyebut Najib sudah `tidak cool' kerana dikatakan enggan menjadi Saksi. Rujuk Malaysiakini.

Susah sangatkah untuk Najib berkata di dalam mahkamah bahawa Saiful datang berjumpanya kerana memohon biasiswa? Tidak susah buat Najib untuk menyebut bahawa saiful datang lagi ke rumahnya dengan tangan sejuk dan terketar-ketar memberitahu bahawa dirinya di liwat. Najib tidak perlu bimbang untuk bersoal jawab dalam mahkamah kerana kes ini adalah kes pertuduhan liwat DS Anwar dan Saiful, bukannya kes pembunuhan Altantuya, ataupun kes komisyen kapal selam mahu pun kes `tragedi di Hotel' Port Dickson. Jadi, takut apanya?

Papagomo di dalam blognya menyebut, perlu apa Najib dipanggil kerana isunya sekarang terdapat air mani di dalam dubur Saiful. Memang betullah, itu lah isunya iaitu kononnya pemuda yang tidak cuci dubur dua hari itu mengadu diliwat. Di antara orang yang awal menerima aduan dari pemuda yang gagah perkasa ini adalah Najib. Maka, relevenlah Najib dipanggil di dalam kes ini. Jika dipanggil Ibrahim Alkataki dari Pasir Mas sebagai Saksi, memang betullah tidak releven.

Masakan Mahkamah mahu membicarakan sesuatu kes hanya menumpukan kepada pertengahan (part) tertentu sahaja? Ianya mestilah bermula kejadian dari A - Z agar jelas kejadian itu berlaku atau pun fitnah mahu pun konspirasi. Jika Najib yakin memang ianya benar-benar berlaku, beliau tidak perlu takut untuk beri keterangan kecuali beliau sendiri tahu `kisah sebenar' sebab itu beliau bimbang disoal jawab.

Sewajarnya Najib hadir ke mahkamah sekurang-kurangnya sebagai `warm-up' atau latihan sekiranya beliau `bernasib baik' dipanggil ke mahkamah Perancis nanti. Bukankah Allah sentiasa membantu mereka yang benar, maka Najib tidak perlu bimbang untuk menjadi Saksi di dalam kes ini. Kita mahu lihat sekurang-kurangnya Najib lebih `jantan' dari Mahathir. /wfauzdin.blogspot.com

MAHATHIR SEMAKIN TUA SEMAKIN ANGKUH DENGAN ISLAM

Oleh: WFAUZDIN NS

MESKIPUN sudah berusia, "Rumah kata pergi, Kubur kata mari", namun sedikit pun tidak menakutkan mantan PM untuk `mencabar' hukum hudud. Sewaktu beliau berkuasa sebagai PM, beliaulah orang pertama yang dikatakan oleh Tuan Guru Nik Aziz yang menentang perlaksanaan hukum hudud yang mahu dilaksanakan di Kelantan di bawah PAS.



Kini, Mahathir tidak lagi berkuasa tetapi beliau masih mempunyai mulut dan suara yang dianugerahkan Allah untuk berkata-kata sebelum beliau mengadap yang Maha Esa. Meskipun sudah bersara setelah beliau berjaya memporak-porandakan negara ini dengan perpecahan umat Islam terutamanya di kalangan kaum Melayu, Mahathir tidak serik untuk terus di maki hamun oleh masyarakat terutamanya apabila beliau bercakap soal Islam.

Di Tanjung Malim, sewaktu beliau menyampaikan Syarahan Perdana Zaaba di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), ketika ditemubual wartawan selepas itu Mahathir mengulas tentang cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum Islam. Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat memperkenalkan hukum hudud di negeri itu sekarang memandangkan beliau tidak lagi menjadi perdana menteri yang dahulunya dianggap menghalang hasrat kerajaan negeri itu melaksanaannya.

“Saya bukan perdana menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). Pi la tanya Najib (Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) kot dia nak bagi... ni dia (Nik Aziz) dok salahkan saya kononnya pasai saya, (PAS) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya (Malaysian Insider)

Sepatutnya beliau bertanya kepada diri beliau sendiri, mengapa berpuluh tahun beliau berkuasa sebagai PM, dan Presiden Umno yang mengaku kononnya memperjuangkan Islam itu beliau gagal untuk melaksanakan hukum yang diwajibkan oleh Allah SWT itu? Malahan, beliau sememangnya menentang cita-cita Kerajaan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum tersebut secara `halus' iaitu Kerajaan Pusat tidak akan memberikan kerjasama kepada Kerajaan Negeri Kelantan seandainya negeri tersebut melaksanakan hukum hudud.

Bagaimana mungkin Kerajaan PAS Kelantan mampu melaksanakan hukum dari Al-Quran tersebut tanpa kerjasama dari Kerajaan Pusat. Perlaksanaan hukum hudud memerlukan bantuan atau kerjasama dari beberapa pihak atau jabatan yang berada di bawah Kerajaan Pusat seperti pihak Polis, Penjara, kehakiman dan sebagainya. Paling penting, Perlembagaan telah menetapkan tiada undang-undang yang lebih tinggi dari Perlembagaan Persekutuan. Adakah mampu Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan hukum ini tanpa kerjasama atau bantuan dari Pusat?

Namun demikian, Kerajaan PAS Kelantan tidak berputus asa dan hukum tersebut berjaya diwartakan walaupun tidak mampu untuk dilaksanakan. Kaedah "jika tidak mampu laksanakan semua, jangan tinggalkan semua" telah berjaya dilaksanakan di Kelantan termasuk juga di Terengganu sewaktu berada di bawah PAS.

Memang benar, tiada kata yang tepat (direct) dari Mahathir melarang melaksanakan hukum hudud, tetapi surat berbentuk `amaran' kepada Kerajaan Negeri Kelantan serta beberapa petikan ucapan dan kata-kata Mahathir sebelum itu menunjukkan bukti bahawa Mahathir amat anti kepada hukum hudud ini.

Sekarang, beliau mahu Tuan Guru Nik Aziz memohon kepada Najib pula. Adakah Mahathir fikir Najib `lebih beriman' dari beliau? Atau, adakah Mahathir merasakan Umno di bawah Najib lebih `Islamik' daripada Umno di bawahnya? Bayangkan, jika Umno di bawah Pak Lah yang berketurunan Ulamak itu pun Umno masih gagal untuk memartabatkan hukum Islam, apatah lagi Umno di bawah Najib yang isterinya bernama Rosmah yang gagal `diasuh' untuk menutup aurat itu.

Ini menunjukkan, bukan `siapa' selepas Mahathir yang akan menyokong hukum Islam tetapi selagi namanya `UMNO', ianya tidak akan berjuang untuk Islam kerana berjuang untuk bangsa sendiri pun Umno gagal. Justeru itu, tidak perlu Mahathir mencabar PAS untuk `melutut' atau merayu kepada Najib bagi melaksanakan hukum hudud ini. Hukum Allah bukan `barang' yang boleh diminta-minta tetapi ianya suatu kewajipan bagi mereka yang memerintah. /wfauzdin.blogspot.com

Rabu, 21 September 2011

MAT SABU SUDAH SAMPAI KE KEMUNCAK MENGHAMPIRI KETOKOHAN DS ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA pengaruh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS sudah semakin menghampiri kehebatan dan pengaruh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Masakan tidak, selain dari DS Anwar siapa lagi yang pernah difitnah dan diancam sehebat yang berlaku terhadap Mat sabu?

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Video lucah serta rakaman perbualan telefon lucah juga yang kononnya melibatkan Mat sabu telah lama beredar di kalangan masyarakat. Saling tidak tumpah seperti apa yang melanda DS Anwar.

Terbaru, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mat Sabu terbakar, dipercayai akibat bom petrol. Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran.

Itulah yang dikatakan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seseorang yang ingin menjadi pejuang. Bukan semua sanggup menerima dugaan sehebat itu. Bayangkan, Tuan guru Nik Aziz juga pernah di cop rasuah, rasuah kek, hinggakan Tuan Guru Nik Aziz ke Mekah pun dikatakan hasil dari rasuah.

Oleh yang demikian, sesiapa yang bersubahat dengan puak-puak kaki fitnah itu wajib menjauhkan diri dan kembali insaf. Politik di dalam negara kita sekarang ini sudah menjadi seperti politik rimba. Tiada lagi menggunakan akal fikiran, jauh sekali ingin menggunakan agama sebagai panduan untuk berpolitik. Bagaimana mahu jadikan agama sebagai panduan kerana sudah ada larangan bahawa orang politik tidak boleh memberi ucapan berbentuk keagamaan?

Tiada jalan lain. Kita kena bersatu dan tumbangkan rejim yang berada di Putrajaya sekarang. Selagi sekutu Apco berada di situ, usah bermimpi negara ini akan bebas dari politik rimba./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 20 September 2011

FILEM `HANTU BONCENG' - ZIZAN WAJIB BERTAUBAT, IDHAM PULA SEBAGAI `HANTU BONCENG'?

Oleh: WFAUZDIN NS

FILEM `Hantu Bonceng' lakonan Raja Lawak, Zizan dan diarahkan oleh Ahmad Idham menjadi filem kontroversi dan paling tidak bermoral di sebalik kelucuannya. Pengarah filem berkenaan cuba untuk mempamirkan kelucuan dengan menjadikan kalimah syahadah sebagai `dialog persendaan.'

Pelakunnya iaitu Zizan sepantas kilat memohon maaf setelah isu mempersendakan kalimah mulia itu hangat diperkatakan. Melalui laman Twitternya, Zizan mencatatkan kekesalannya, " Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya (Addin77.blog).



Syabas kepada Zizan yang cepat sedar dan insaf, tetapi beliau tidak boleh memohon maaf kepada peminat-peminat atau sesiapa pun makhluk di muka bumi ini. Zizan wajib bertaubat kepada Allah kerana perbuatannya itu hanya Allah yang boleh mengampunkannya, bukan makhluk di muka bumi ini. Walaupun tiada niat sekali pun, soal akidah sama juga seperti nikah dan cerai yang tidak bergantung kepada niat hatta berlakon sekali pun. Justeru itu, Zizan wajib memohon keampunan dari Allah.

Berbeza dengan Pengarahnya yang bukan sahaja mahu mendengar nasihat dan kritikan orang lain, bahkan bertambah ego. Katanya, dialog "Asyhadu Anna Muhamadar Syaitannn.." (Aku naik Saksi bahawa Nabi Muhammad itu Syaitan...") bukanlah satu kesalahan kerana ianya telah ditonton oleh `empat orang ulamak' sebelum ditayangkan. Siapakah `Ulamak' itu, wahai Idham? Adakah kerana empat orang ini maka hukumnya boleh mengatasi hukum Allah? Kita cabar Idham untuk dedahkan siapa `Ulamak' atau `ular dalam semak' itu.

Jika Masitah dirujuk sebagai `ulamak' itu, saya tidak pelik kerana Masitah pernah menyebut `melacur dihalalkan jika dharurat'. Masitah juga pernah menyebut tidak perlu hukum hudud di zaman sekarang kerana lebih baik orang yang mencuri motor umpamanya diberikan kerja sebagai mekanik motor. Beliau juga pernah berkata hukumnya harus bersentuh kulit lelaki dan wanita yang bukan muhrim asalkan mereka sudah berumur atau tanpa nafsu.

Adakah filem `sial' ini telah ditonton oleh seorang yang dikatakan tokoh agama terkenal tetapi `takut dengan takbir'? Tokoh ini amat tidak senang hati mendengar `takbir' seperti takutnya Syaitan kepada takbir (membesarkan Allah). Jika ini rupanya `Ulamak' yang dirujuk oleh Idham, maka tidak hairanlah beliau masih berpegang dengan kenyataannya bahawa dialog itu tidak salah.

Apa mahu jadi dengan negara ini? Pemimpin negara tidak mahu kembali kepada Islam, kerja dakwah dan tazkirah pula disekat atau disukarkan dengan peraturan Tauliah, kerja fitnah dan aibkan orang dengan kisah seks dijaja di TV dan akhbar, kini orang seni pula mempersendakan Nabi kekasih Allah./wfauzdin.blogspot.com

MENGAPA ADA BLOGGER TIDAK SENANG BLOGGER LAIN ULAS ISU ANWAR?

Oleh: WFAUZDIN NS

MERUJUK kepada tulisan seorang rakan `kerajaan rakyat' (Penulisnya -setisab) yang disiarkan melalui Tranungkite, saya merasa hairan mengapa `kerajaan rakyat' tidak senang apabila banyak Blogger terutama katanya yang pro Keadilan mengulas isu fitnah ke atas DS Anwar khususnya yang terbaru seperti yang disiarkan melalui blog Papagomo dan dikutip oleh TV3 suku itu.

Saya juga tidak bersetuju apabila beliau sebut Blog pro PR, terutamanya dari Keadilan kerana setahu saya kebanyakan blog yang pro PR akan menjawab apa jua isu yang dibawa oleh Umno dan sekutu mereka, samada isu itu melibatkan pimpinan atau parti dari PAS, PKR mahu pun DAP. Sebagai contoh, isu Mat Indera yang dibawa oleh Mat Sabu, boleh dikatakan hampir kesemua blog pro PR mengulas isu ini kerana bagi mereka Mat Sabu adalah salah seorang pemimpin dari PR. Justeru itu, menjadi tanggungjawab blog pro PR samada mereka dari PAS, PKR atau DAP bahkan ada Blogger yang tidak berparti turut mengulasnya.

Kebetulan dua tiga hari ini isu Mat Indera tenggelam kerana puak mereka habis modal berdepan dengan blog pro PR, maka timbul isu baru iaitu rakaman CCTV yang dibawa oleh Papagomo. Oleh yang demikian, haruskah kita biarkan cerita fitnah seperti ini berleluasa? Harus kita faham, kita tiada media seperti mereka. Maka, media yang kita ada seperti blog atau FB mestilah digunakan untuk `menyerang balik' serangan puak sekutu Apco itu. Adakah ini bermakna kita melayan Papagomo? Kita tidak `melayan' fitnah, tetapi kita mendedahkan bahawa itu adalah fitnah.

Sekiranya `kerajaan rakyat' tidak berminat untuk mengulas isu ini, itu adalah hak beliau tetapi beliau tidak boleh menganggap ada di antara Blogger pro PR yang diupah atau pun mengulas isu terbaru ini kerana ketiadaan isu. Sudah tentu beliau tahu jika Blogger pro PR laparkan upah, lebih baik mereka menjadi Bloger pro Umno. Buang masa menjadi Blogger yang pro kepada parti yang tidak berduit ini.

Kita harus faham dan teliti betul-betul sebelum membuat ulasan yang seolah-olah Blogger pro PR ini hanya sibuk mengulas isu DS Anwar atau melayan karenah Papagomo. Sebelum ini terlalu banyak isu yang berbeza-beza telah kita ulas sebagai satu bentuk `serangan balas' kepada puak sekutu Apco tersebut. Selain dari isu Mat Indera, isu pencerobohan gereja, isu membaca Al-Quran menggunakan pembesar suara, dan tidak terkira kita isu yang berjaya Blogger pro PR tangani dengan baik. Kesemua isu itu mengaitkan PAS, PKR dan DAP. Tidak timbul kita hanya melayani hanya satu isu terutamanya yang melibatkan DS Anwar sahaja.

Mungkin setelah isu rakaman CCTV yang Papagomo harapkan kita Blogger pro PR akan `terduduk' ini dapat kita balas dengan hujah dan fakta, akan timbul isu lain pula dan kita Blogger pro PR sentiasa bersedia dengan apa jua isu yang mereka bawa. Jika kita selaku Blogger pro PR tidak menjawab tuduhan mereka, siapa lagi?

Sehubungan itu, saya rasa jika `kerajaan rakyat' tidak berminat dengan sesuatu isu, beliau seharusnya tidak bimbang atau tidak suka Blogger lain mengulas sesuatu isu yang mereka suka. Apatah lagi menyangka buruk terhadap Bloggers yang kononnya mendapat upah. `Kerajaan rakyat' boleh tulis isu yang beliau suka dan saya yakin Blogger lain tiada masalah. Bagi saya, jika diberi upah saya akan terima tetapi jika tiada upah tidak pula saya meminta./wfauzdin.blogspot.com

Isnin, 19 September 2011

SERBUAN GEREJA - LAPORAN KE ISTANA, TUNGGU APA PULA TITAH SULTAN KALI INI

Oleh: WFAUZDIN NS

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) telah pun menyerahkan laporan berkaitan isu kontroversi pemeriksaan gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 03 Ogos lalu kepada MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Kini, sebagai menghormati Sultan Selangor selaku Ketua Agama Islam maka memang wajar MB Selangor mengemukakan laporan tersebut ke Istana.

Apa yang penting, kita mahu tahu juga apa yang dilaporkan oleh JAIS dan apa pula titah Sultan Selangor dan bagaimana pula tindakan seterusnya yang harus diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor di dalam isu ini. Adakah adil dan memadai dengan hanya laporan dari JAIS itu maka kita buat satu kesimpulan?

NONESudahkah kita menerima laporan dari pihak gereja pula? Jika sudah, maka ianya amat baik sekali untuk berlaku adil kepada JAIS dan juga pihak gereja. Seandainya laporan dari JAIS bercanggah pula dengan laporan dari pihak gereja, maka suatu siasatan lain perlu dilakukan dengan adil dan telus.

Isu ini mesti diselesaikan dengan baik, telus dan jujur agar kepentingan agama Islam terpelihara di samping tidak berlaku zalim atau penganiayaan kepada yang tidak bersalah. Jika terbukti sememangnya ada kegiatan `Kristianisasi' berlaku di dalam beberapa program di gereja berkenaan yang melibatkan umat Islam, maka tindakan serius dan tegas mesti diambil. Kerajaan Selangor mesti bertindak tegas di dalam perkara akidah ini.

Bagaimana pula jika terbukti sememangnya tiada berlaku apa yang dikatakan program `Kristianisasi' itu? Jika tiada, Alhamdulillah, dan Kerajaan Negeri juga tidak boleh menyalahkan JAIS di dalam serbuan berkenaan, cumanya perlu diperingatkan beberapa prosedur, adab dan peraturan yang patut dipatuhi oleh JAIS di dalam memerangi kegiatan-kegiatan `Kristianisasi' di masa-masa akan datang. Mungkin, serbuan yang dilakukan oleh JAIS baru-baru ini mematuhi peraturan, mungkin juga tidak. Ini harus diteliti agar Islam tidak dilihat sebagai agama yang tidak beradab dan berhikmah.

Walaupun hasrat PAS untuk menemui pihak JAIS dan gereja terbantut atas beberapa sebab, namun diharapkan isu ini akan selesai dengan baik dan adil. Sekali lagi diingatkan, jangan berhukum dengan kesaksian satu pihak semata-mata kerana di pihak gereja juga mereka ada hak untuk memberi keterangan mereka. Kemudian, lakukan siasatan tanpa rasa takut melainkan kepada Allah SWT./wfauzdin.blogspot.com

DS ANWAR TIDAK PERLU LAYAN ISU MURAHAN, CUKUP BLOGGER BERDEPAN DENGAN MEREKA

Oleh: WFAUZDIN NS

MEMANG wajar DS Anwar tidak perlu melayan karenah kaki fitnah berkenaan isu terbaru rakaman CCTV di depan lift yang diperhangatkan oleh media dan blog pencacai. Tidak perlu DS Anwar jawab, cukup dengan Bloggers pro PR yang telah pun menjawabnya dengan hujah dan fakta jauh lebih releven.

Merujuk kepada komen DS Anwar di Malaysiakini, beliau tidak harus meminggirkan agenda yang lebih besar iaitu mengubah negara ini daripada negara yang dikuasai oleh pemimpin rasuah, zalim dan tidak bermoral kepada negara yang berkebajikan, adil dan amanah. Sememangnya itulah hasrat mereka iaitu mengalih tumpuan DS Anwar dan parti kepada isu yang bodoh dan tidak masuk akal itu agar kita lupa agenda kita yang semakin mendapat perhatian rakyat sekarang.

Jika mereka jujur dan ikhlas, mereka tidak perlu war-warkan di media atau blog sahaja, mereka perlu tampil dengan bukti yang mereka ada dan buat laporan terhadap kononnya salah laku DS Anwar itu. Mengapa mereka hanya menjadi jaguh di dalam blog dan media seperti TV 3 suku dan Utusan Meloya? Sebabnya, hanya itulah senjata mereka. Jika dibawa ke pihak berkuasa bukti yang mereka ada, mereka tahu pihak berkuasa hanya akan berkata, "rakaman CCTV itu tulen". Itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 18 September 2011

TIDAK GUNA LAPOR POLIS, AKHIRNYA " RAKAMAN CCTV ITU TULEN"

Oleh: WFAUZDIN NS

AWAL dulu saya memang sokong sangat jika AMK atau PKR sendiri, bahkan DS Anwar sendiri membuat laporan Polis terhadap sebarang fitnah moral terhadapnya. Tetapi, setelah beberapa kes yang berlaku saya mula tidak percaya lagi kepada laporan Polis. Cuba teka, berapa banyak yang telah Polis siapkan fail aduan untuk peminum arak tegar `Papagomo' ini? Apa kesudahannya?

Hari ini, berikutan satu lagi pendedahan `paling bodoh' yang pernah dilihat iaitu pendedahan rakaman CCTV yang kononnya melibatkan DS Anwar dan Eskay, Pemuda PKR (AMK) hari ini membuat laporan polis terhadap penulis blog `penagih arak' tegar itu. Laporan itu dibuat timbalan ketua penerangannya Rozan Azen Mat Rasip di balai polis Jalan Dang Wangi di ibu negara hari ini. Penagih arak tegar berperut buncit itu telah menyiarkan di dalam blognya rakaman CCTV yang memperlihatkan Eskay di pintu lift berbaju T-Shirt tanpa kolar berbaju biru gelap, tetapi digabungkan dengan rakaman di dalam bilik pula tetapi Eskay `bertukar baju' kepada kemeja berkolar warna putih cerah dan bertali pinggang. Orang bodoh tetap akan bodoh walaupun diberi gaji beribu-ribu untuk buat kerja fitnah.

Oleh yang demikian, usaha AMK atau sesiapa sahaja untuk membuat laporan Polis adalah satu usaha yang akan menaikkan `gaji dan elaun' si perut buncit Papagomo. Ada sesiapa kisah? Mana laporan yang terdahulu mereka campakkan? Jadi, perlu apa kita buang masa untuk melayani kerja bodoh pengampu Umno ini?

Biarlah mereka menyalak siang malam mencabar kita atau DS Anwar membuat laporan Polis atau saman mereka, jangan dilayan kerja-kerja Syaitan yang telah diatur oleh sekutu mereka Apco itu. Fokus kita adalah menyusun strategi sebaik mungkin untuk menawan Putrajaya. Cukup sekadar kita jawab hujah dan fakta bodoh mereka melalui media yang kita ada, tidak perlu kita menyusahkan pihak Polis yang akhirnya nanti akan buat pengumuman bahawasanya `rakaman CCTV itu adalah tulen"./wfauzdin.blogspot.com

AJK PAS SELANGOR - DR HASSAN ALI TERANIAYA?

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA benar seperti yang didakwa oleh bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Exco Agama Selangor Dr Hassan Ali bahawa beliau tidak pernah menerima surat perlantikan AJK Perhubungan PAS Selangor, sedangkan beliau dikatakan salah seorang dari AJK tersebut maka ianya sesuatu yang amat mendukacitakan.

Seperti yang didakwa oleh Dr Hassan Ali di Malaysiakini, PAS Selangor seharusnya bersikap profesional terhadapnya memandangkan beliau sentiasa bersikap sedemikian. Saya bersetuju dengan pendapatnya kali ini dan berharap PAS Selangor menyiasat dakwaan beliau.

Ada teman yang turut mempersoalkan, adakah selama Dr Hassan Ali memegang jawatan Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini dan juga semasa memegang jawatan Exco Agama Selangor sehingga kini beliau telah mengamalkan sikap `profesionalisme'?

Saya tidak dapat menjawab persoalan teman saya ini, mungkin yang tahu jawapannya adalah YB Khalid Samad yang dari dulu banyak `perselisihan' dengan Dr Hassan Ali. Adakah setiap kali berlaku perselisihan ketika itu ianya dapat diselesaikan secara profesional? Ada yang berkata, di dalam isu Gereja baru-baru ini Dr Hassan Ali selaku Exco Agama tidak bertindak profesional apabila membuat kenyataan awal tanpa merujuk terlebih dahulu kepada MB Selangor.

Sukar untuk difahami siapa sebenarnya yang tidak profesional. Adakah sikap profesional hanya perlu ketika kita tersepit atau teraniaya? /wfauzdin.blogspot.com