Sabtu, 12 November 2011

CERAMAH UMUM DI KUANTAN MALAM INI - SAMM DAN MAP GEMPUR PAHANG

 

KEADILAN Pahang hari ini (12 Nov 11 - Sabtu) bersama anjuran Cabang Kuantan akan mengadakan dua program bermula pada sebelah petang sehingga ke tengah malam nanti. Kedua-dua program tersebut akan diadakan di Perkarangan Pejabat Keadilan Negeri Pahang, Jalan Baserah, Kuantan.


Apa yang menarik, program hari ini akan menampilkan dua pemimpin pertubuhan (NGO) yang turut bersama di dalam program ceramah yang akan bermula jam 09.00 malam ini. Dua pertubuhan tersebut adalah SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) dan MAP (Memacu Arus Perjuangan). SAMM diketuai oleh Penyelarasnya Sdr Badrulhisham Shahrin (Chegu Bard) manakala MAP oleh Presidennya Sdr Mustafa Kamil Ayub.
 

Program pertama, bermula jam 4.00 petang bertempat di Pejabat Keadilan Negeri akan diadakan Majlis Perasmian dan Pelancaran MAP (Memacu Arus Perjuangan) Peringkat Negeri Pahang yang akan dilancarkan oleh Presiden MAP iaitu Sdr Mustafa Kamil Ayub. Majlis akan diadakan secara tertutup di dalam Bilik Mesyuarat Pejabat Keadilan Negeri yang hanya akan disertai oleh Pengerusi, Ahli-Ahli Jawatankuasa MAP Pahang yang telah dilantik bersama ahli-ahli.

Program kedua, bermula jam 09.00 malam akan diadakan ceramah umum di Dataran Rakyat, Perkarangan Pejabat Keadilan Negeri Pahang. Penceramah-penceramah yang akan tampil pada malam ini adalah;

1. Sdr Ahmad Nizam Abd Hamid - Pemangku Pengerusi MPN Pahang.

2. YB Fuziah Salleh - Ahli Parlimen Kuantan.

3. Sdr Mustafa Kamil Ayub - Presiden MAP

4. Sdr Badrulhisham Shahrin (Chegu Bard) - Penyelaras SAMM.

5. Sdr Andansura Rabu - Timb. YDP PAS Indera Mahkota.

6. Sdr Ahmad Jufliz Faiza - Peguam kes Allahyarham Baharudin ( BERSIH 2.0).

Difahamkan pada malam ini Chegu Bard bersama ahli-ahli SAMM akan mengedarkan risalah kepada para hadirin berkaitan Fitnah terhadap DS Anwar dan Cincin RM 24 Juta `Imelda Rosmah' yang hangat diperkatakan beserta penjualan buku-buku terbitan SAMM.

Di samping isu-isu semasa yang akan disampaikan oleh setiap penceramah, penjelasan berkaitan isu Lynas juga akan disampaikan oleh YB Fuziah Salleh. Kesemua Ketua-Ketua Cabang serta rakan-rakan pimpinan dari Pakatan Rakyat dijemput hadir pada program malam ini.

Keadilan Pahang juga menjemput orang ramai untuk hadir pada program yang akan diadakan pada malam ini. Buat para peniaga kecil, ruang perniagaan akan disediakan dengan kadar bayaran RM10.00 bagi setiap peniaga. Mohon hebahkan maklumat ini.

Jumaat, 11 November 2011

JAMIL KHIR TOLONG JAWAB UNTUK HAJI NAJIB PASAL TWITTER

Oleh:  WFAUZDIN NS


DI DALAM Twitter Haji Najib sewaktu di Mekah, beliau ada mencatatkan bahawa beliau dan isteri telah selesai menunaikan ibadah Haji.  Walhal pada waktu Twitter tersebut, masih ada Rukun Haji yang belum dilaksanakan, dengan itu membuatkan Mufti Perlis jadi `pening' dan terperanjat.

Isu ini menjadi bahan lawak jenaka di dalam Face Book dan blog.  Sekembalinya Haji Najib dari Mekah, beliau tidak menjawab isu ini.  Ini bukan tuduhan sesiapa, ini adalah catatan dari Haji Najib sendiri di dalam Twitter beliau.  Sewajarnya beliau boleh menjawab isu tersebut atau mengaku beliau tersilap mencatatkan selesai Haji.

Samada disuruh atau `tersuruh', mungkin juga sebagai bukti `kesetiaan' terhadap bos, maka yang menjadi tukang jawab Haji Najib adalah Jamil Khir.  Bekas Pengarah KAGAT yang kaki golf ini muncul menjawabnya.  Jamil Khir berkata, " Yang dimaksudkan (dalam Twitter perdana menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.  "PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.  Jadi pada petang itu mungkin...barangkali soalan itu ditanya petang itu...selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.  "Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham," kata beliau (Malaysiakini).

Begitulah hebatnya Jamil Khir.  Beliau tahu bagaimana untuk melepaskan Haji Najib.  Hajah Rosmah selepas ini jangan khuatir jika ada yang menegur beliau yang menampakkan `jambul' rambut di depan selepas balik dari menunaikan Haji.  Jamil Khir tentu ada `dalil' lain untuk melepaskan Hajah Rosmah nanti.  Jadi, Jamil Khir boleh lah bersiap sedia untuk menjadi calon di dalam PRU akan datang. /wfauzdin.blogspot.com

GILA CINCIN, GILA LEMBU, PENYOKONG JADI LEMBU GILA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

APALAH nak jadi dengan negara kita ni.  Ada pemimpin jantan tetapi tak boleh nak kawal pengikut betina bahkan bininya sendiri.  Memang kejantanannya sering diuji, tetapi ternyata seperti tidak jantan yang hakiki.


Apabila dicabar berdebat, kecut seluruh urat saraf.  Tetapi kalau bercakap depan TV, bukan main hebat lagi, berdegar-degar gegendang kita mendengar ucapannya.  Bayangkan dia kata, jangan cuba untuk mencabarnya berdebat, nanti ada yang demam katanya.  Itu di dalam TV, dan kata-kata beliau disambut dengan sorakan mengilai pencacai-pencacainya yang selalu lapar minta diisikan perut mereka.

Berbeza apabila dicabar berdebat secara anak jantan.  Beliau menjadi lebih betina dari betina.  Tidak seperti di dalam TV, kali ini beliau pula yang nampak macam demam.  Demam penikus, namanya.  Itulah standard pemimpin yang puak sekular sekutu Apco ini ada.  Sebab itu, kebanyakan ahli-ahli bawahan pemimpin penikus ini tahu kelemahannya.  Beliau cukup lemah apabila digosok dan dijilat.  Maka, lahirlah penjilat-penjilat tegar seperti Ezam sesumpah, Zul lembu Kulim, Nalla, Zahrain katak, Berahim alkataki dan sebagainya. 

Satu lagi kelemahan anak Pekan, Pahang ini adalah dengan betina.  Oleh kerana bini dia ni seorang betina, maka kerana takut kepada betina terpaksalah juga mengikut kehendak bini sendiri.  Kalau pergi melawat ke luar negara samada tugas rasmi apatah lagi tidak rasmi, beliau terpaksa membawa bininya.  Maka, satu kegemaran bininya adalah `bershopping'.  Tempat tidor bininya pula mestilah canggih, mungkin kedap bunyi dengkuran.  Jadi, pelik apanya jika hotel yang didiaminya berharga ratusan ribu ringgit satu malam.  

Betina dia diperkatakan orang ada memiliki gelang ratusan ribu ringgit.  Baru-baru ini terbongkar kisah cincin 24 juta ringgit sehingga kini tiada sesiapa pun yang disaman oleh bininya atas isu cincin puaka ini.  Cincin itu kononnya masuk negara ini untuk pameran tetapi tempat pameran dan tarikhnya rahsia.  Wah !  Ini sudah seperti jual beli senjata perang.  Apa pun, ada juga puak mereka yang percaya cincin 24 juta ini masuk hanya untuk pameran yang rahsia.  Di mana otak mereka agaknya?  Tau-tau cincin telah pun dibawa keluar tanpa diistiharkan oleh pihak berkuasa.  Apakah masuk direkodkan dan keluar tanpa rekod?  Wah !! Ini sudah macam kisah Altantuya, beliau masuk ke negara ini bukan sebagai Pendatang tetapi secara sah, peliknya namanya `hilang' di dalam komputer.  

Itu kisah betina yang gila cincin.  Terbaru kisah betina lagi tetapi gila lembu pula.  Bukan lembu gila, tau.  Hanya bermodalkan lembu, maka kaya raya keluarganya sampai boleh membeli banglo tunai jutaan ringit.  Bayangkan, lembu sahaja boleh buat keturunannya senang lenang tetapi rakyat yang di bawah yang setia menyokongnya itu tetap menjadi `lembu' juga, tetapi lembu pawah.  Kesihan juga melihat nasib puak-puak mereka yang di bawah itu.  Dua orang betina perabihkan duit-duit mereka dengan cincin, gelang dan beg tangan serta lembu, mereka yang di bawah itu saling tak ubah macam lembu pawah yang kurap.

Jadi, eloklah pakat-pakat ubah.  Cukup-cukuplah betina-betina ini menghabiskan harta dalam ini negara.   Takkan kita nak biarkan mereka yang telah di`lembu'kan itu terus menjadi lembu pawah.  Elok kita selamatkan mereka agar menjadi insan yang bermaruah.  Ubahlah sebelum parah !!/wfauzdin.blogspot.com


Khamis, 10 November 2011

SHAHRIZAT JALIL BARU SEDAR MARUAH KELUARGA ITU PENTING

Oleh:  WFAUZDIN NS


RUPA-rupanya Shahrizat Jalil ada perasaan juga terhadap keluarganya sendiri.  Di dalam isu projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC), beliau menyuarakan kekesalannya bernada sedih apabila Pembangkang banyak memperkatakan tentang projek tersebut yang ada kaitan rapat dengan keluarganya.

Nada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu menggamit simpati terutamanya kepada ahli-ahli Umno khususnya Wanita Umno yang beliau selaku Ketuanya. Beliau berkata,
" Saya rasa keluarga saya tidak sepatutnya dilemparkan dengan tuduhan sebegini kerana keluarga saya telah bekerja keras, tetapi itu bukan perkara pokoknya," katanya (Malaysiakini).
Bagaimana agaknya jika beliau di tempat DS Wan Azizah atau keluarga DS Anwar Ibrahim apabila bertahun-tahun DS Anwar diaibkan?  Seluruh media kerajaan dikerah saban hari untuk memburukkan DS Anwar sehingga ke tahap paling mengaibkan dengan video dan foto lucah dipamerkan di akhbar dan TV.  Ketika itu, pernahkah Shahrizat merasa apa yang dirasai oleh keluarga Mantan TPM itu bahkan bekas bos Shahrizat sendiri? 
Cuba kita bandingkan setakat mana sangat apa yang dilalui oleh Shahrizat itu jika dibandingkan dengan apa yang telah dilakukan terhadap DS Anwar.  Saya rasa sebanyak tahi kuku pun tidak sampai apa yang dialami oleh Shahrizat.  Sudah menjadi kebiasaan bagi mana-mana pemimpin Umno, mereka tidak pernah fikirkan perasaan orang lain tetapi apabila terkena sedikit pada batang hidung sendiri, ketika itu baru mahu bercakap soal keadilan dan maruah.
Di dalam isu Projek Feedlot ini, kita boleh bandingkan apa beza pimpinan PR dengan pemimpin Umno.  KM P.Pinang, Lim Guan Eng awal-awal mengambil alih P.Pinang secara tegas dan terbuka menyebut `haram' bagi ahli keluarganya memohon tanah hatta seinchi pun atau sebarang projek di P.Pinang.  MB Kelantan pula, Tuan Guru Hj Nik Aziz sanggup mengeluarkan menantunya Ariff Fahmi sebagai CEO PMBK apabila ada yang mempertikaikannya walaupun terbukti siasatan SPRM tiada berlaku sebarang penyelewengan di perbadanan tersebut.  Ertinya, Tuan Guru Nik Aziz bersedia menerima teguran dari sesiapa pun.

Bagaimana dengan pemimpin Umno?  Siapa Nazir Najib?  Dan, kini keluarga Shahrizat pula.  Baru `digertak dan disakat' sedikit oleh Pembangkang, gelabah dibuatnya hinggakan Noh Omar terpaksa `bersilat' siang malam di TV sehinggakan terpaksa menjawab panjang lebar di dalam wawancara akhbar Sinar hari ini. 

Adakah isu itu akan selesai selepas ini?  Tidak, rakyat akan menilai bukan sahaja dari segi salah laku projek tersebut, tetapi mengapa projek itu dapat kepada keluarga Menteri ini.  Bayangkan jika ini terjadi kepada keluarga MB Selangor, Tan Seri Khalid maka sudah tentu hiruk pikuk TV 3 dibuatnya./wfauzdin.blogspot.com

HAJI NAJIB DAN HAJAH ROSMAH, MUNGKINKAH ADA PERUBAHAN?

Oleh:  WFAUZDIN NS
Haji Najib dan Hajah Rosmah kembali dari menunaikan Haji.  Ada perubahankah?

TEPAT jam 3.25 petang semalam, sebuah pesawat khas telah mendarat di KLIA dengan membawa seorang pemimpin negara bergelar Haji Najib dan isterinya Hajjah Rosmah Mansor.  Walaupun mereka berdua dikatakan bakal Haji paling lewat berlepas ke Mekah, tetapi mereka paling awal balik ke tanahair.  

Saya pernah mendengar orang tua-tua dahulu berkata, apabila hati kita begitu ikhlas dan rindu ke Tanah Suci, kita akan merasa tidak sabar untuk sampai ke Tanah Suci dan ramai yang berebut-rebut untuk bertolak awal.  Apabila selesai ibadah Haji pula, mereka akan merasa begitu berat untuk kembali ke Tanah Air kerana hati sudah terlekat di bumi Mekah malahan ada yang merasa alangkah bertuahnya jika dapat mati di sana dan dikebumikan di bumi yang terkandung di dalamnya kekasihNya Nabi Muhammad S.A.W.  Dikatakan, seandainya tiada lagi waris atau keluarga yang terpaksa dijaga di Tanah Air, mereka tidak mahu kembali ke negara mereka.  Itulah hebatnya keikhlasan orang yang mengerjakan Haji.   

 Hajah Rosmah Mansor kembali dari Mekah
 
Tok-Tok Guru juga pernah memberitahu, untuk mengetahui seseorang itu mendapat Haji yang Mabrur atau tidak boleh dilihat selepas mereka kembali dari menunaikan Haji.  Peribadi, kelakuan dan amalannya pasti lebih baik dari sebelum menunaikan Haji.  Sekiranya yang dilihat adalah sebaliknya atau tiada perbezaan apa-apa, maka amat malang sekali.   Orang yang diuji dengan kesusahan dan kesukaran di Tanah Suci Mekah, dan mereka dapat bersabar dengan segala ujian itu, InsyaAllah, amalan mereka diterima Allah dan mereka mempunyai harapan cerah untuk mendapat Haji yang Mabrur.  Bagaimana pula dengan mereka yang hadir ke sana dengan `senang lenang' malahan mendapat jagaan `istimewa' di Tanah Suci Mekah?  Wallahu Aklam.

Kita bertuah mempunyai PM dan isterinya yang kini berstatus `Haji'.  Bertuah juga mereka kerana amal ibadat mereka dilihat oleh seluruh negara melalui `live' setiap hari.  Tentunya rakyat di negara ini tiada yang tidak tahu bahawa mereka kini bergelar `Haji'.  Sebagai orang yang bergelar `Haji', tentulah rakyat mahu lihat apa yang akan pemimpin ini lakukan selepas ini.  Tentulah kita mendoakan agar kesemua yang mengerjakan Haji akan mendapat Haji yang Mabrur, termasuk Haji Najib dan Hajjah Rosmah.  

Bukan kerja kita untuk menilai `Haji' seseorang, itu adalah kerja Allah S.W.T.  Kita cuma mahu pemimpin kita ini lebih baik dari sebelum bergelar Haji.  Amat malang sekiranya kembalinya dari Haji, kezaliman masih berleluasa, pemimpin rasuah masih dikekalkan di dalam kerajaan dan hak rakyat tidak dikembalikan semula. Jika dahulunya kuat menipu, selepas bergelar `Haji', jangan pula bertambah kuat menipu.  Gelaran `Haji' bukanlah benteng untuk mengelak dari bertanggungjawab di dalam beberapa isu yang masih belum selesai seperti isu, "Mengapa Altantuya Dibunuh" dan "komisyen kapal selam" serta  isu `Cincin Puaka RM 24 Juta' itu./wfauzdin.blogspot.com  

Rabu, 9 November 2011

PUSAT JUDI DI NEGARA INI AKAN DITUTUP, JIKA....

Oleh:  WFAUZDIN NS

ISU `Seksualiti Merdeka' sudah pun selesai apabila pihak berkuasa tidak membenarkan sebarang aktiviti berkaitan program tersebut diadakan di negara ini.  Tahniah kepada pihak berkuasa yang membuat keputusan sedemikian. 


Walaupun isu ini sudah selesai beberapa hari yang lalu, namun pihak media pencacai yang masih kelaparan isu terus memainkan isu berkenaan, dan sasaran mereka bukan pihak Penganjur tetapi S.Ambiga.  Pemimpin-pemimpin Umno pun menjadi seperti kebodohan dengan meratib nama S.Ambiga saban waktu.  Hebat sungguh aura S.Ambiga, sedangkan beliau hanya tokoh NGO yang dijemput oleh Penganjur bagi merasmikan program yang kita pun tidak bersetuju itu.

Apabila pihak berkuasa mengarahkan program tersebut dibatalkan, pihak penganjur pun akur termasuk S.Ambiga, namun media tetap memainkan isu ini termasuk stesyen TV yang saban malam menyiarkan program maksiat untuk tontonan kita semua.  Semenjak bila stesyen TV ini peka dengan akidah?  

Ertinya, mereka menentang `Seksualiti Merdeka' bukan kerana agama, tetapi kerana di situ terlibatnya nama S. Ambiga, seorang tokoh yang berjaya `memeningkan' kepala pemimpin Umno, SPR serta JPN. BERSIH 2.0 benar-benar mengancam nyawa Umno sehingga terpaksa diwujudkan Jawatankuasa Khas di Parlimen bagi membersihkan SPR.

Saya ingin bertanya, menentang `Seksualiti Merdeka' dengan menentang kewujudan Pusat Judi, apakah bezanya?  Sepatutnya tiada beza kerana judi juga haram di sisi Islam dan tidak dihalalkan juga oleh mana-mana agama.  Seperti juga gaya hidup Gay atau Lesbian, judi juga perosak tamaddun masyarakat semua bangsa dan agama.  Soalnya, mengapa tidak ditentang seperti mereka menentang `Seksualiti Merdeka'?  Di mana suara Muhyiddin selaku TPM di dalam isu judi ini?  Di mana suara garau Zul Kulim dan Ezam sesumpah?  Apa yang Ibrahim Ali mahu kata di dalam isu judi yang sama buruknya dengan isu `Seksualiti Merdeka' ini?

Jawapannya mudah.  Pertama Judi `dihalalkan' di dalam negara ini malahan Pusat Judi terbesar di Genting itu adalah `hadiah' paling berharga dari Umno buat tokeh Cina.  Saya tidak mahu sebut siapa yang menganugerahkan kawasan perjudian yang terbesar itu kerana tidak mahu mengaibkan sesiapa apatah lagi yang telah tiada di dunia ini. 

Paling releven, judi tidak ditentang mungkin kerana bukan S.Ambiga yang menjadi pemegang sahamnya di situ.  Bayangkan jika sehari dua ini S.Ambiga membeli saham terbesar di Genting sekarang, rasa-rasanya akan berkumpullah para pencacai `pembela agama' ini mengarahkan Pusat Judi itu ditutup.  Maka, mereka akan berkata, lihatlah, Pembangkang bersekongkol dengan tokeh judi iaitu S. Ambiga.  Tetapi ini tidak berlaku kerana di Genting tiada S. Ambiga.  Siapa di sana yang mempunyai saham dari dahulu hingga kini? 

Jika mahu tahu, anda boleh tanya bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar atau Tengku Adnan Mansor, SU Agung Parti Kebangsaan Melayu Bersatu itu.  Jika anda semua mahu lihat Pusat Judi di Genting itu pupus, kita syorkan S.Ambiga membeli saham terbesar di situ.  Jika tidak percaya, kita boleh cuba./wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 6 November 2011

ISU SEKSUALITI MERDEKA - CONTOH BUAT SI BINGAI DALAM UMNO

Oleh: WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu saya sekeluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha kepada semua pembaca yang berugama Islam. Nampaknya disaat kita menyambut Hari Raya Korban ini, media pencacai terus memainkan kerja fitnah jahat mereka ke atas Pakatan Rakyat di dalam isu Seksualiti Merdeka.

Saya telah mengulas isu ini di dalam beberapa artikel, dan yang terkini saya menulis tentang bezanya S.Ambiga dengan anak Tun Mahathir yang memiliki Kilang Arak terbesar di Filipina. Baca di sini. Zul Kulim yang kini menjadi `pendekar' di dalam PERKASA masih laku kata-kata bodohnya di dalam media. S. Ambiga menjadi sasaran beliau dan paling membuktikan kebodohan Zul Kulim adalah apabila beliau menyamakan tuntutan BERSIH dengan Seksualiti Merdeka.

Walaupun secara jelas dan terang, Mursyidul Am PAS sendiri menyebut bahawa sokongan terhadap BERSIH 2.0 bukan kerana S.Ambiga yang kebetulan adalah Pengerusi BERSIH 2.0. Benar tetap disokong dan salah tetap ditentang, itulah beza perjuangan PR dengan Umno.

Untuk mencerahkan kepala otak pencacai Umno, saya ingin berikan contoh agar mereka faham isu yang media haprak telah memperbodohkan mereka. Mengapa PR sokong perjuangan BERSIH 2.0 yang S.Ambiga sebagai Pengerusinya dan mengapa kali ini kita menentang S.Ambiga di dalam isu Seksualiti Merdeka?

Contohnya mudah, hari ini seorang kawan kita Non Muslim mengajak kita bersamanya untuk bergotong royong membersihkan kawasan masjid, Adakah kita dibolehkan mengikutnya atau tidak? Jawapannya tentulah boleh, dan kita pun pergi bersamanya untuk program gotong royong tersebut. Keesokan harinya, kawan kita itu mengajak pula kita pergi gotong royong membina rumah pelacuran. Adakah kita sebagai orang Islam dibolehkan mengikutinya? Jawapannya tentulah tidak, kerana pelacuran itu diharamkan oleh ugama kita. Maka, kita tidak pergi bersamanya malahan cuba untuk mencegahnya dari melakukan kerja itu kerana pelacuran juga tidak dihalakan oleh mana-mana ugama.

Justeru itu, adakah boleh kita andaikan kerjasama kita bersama kawan kita di dalam gotong royong membersihkan kawasan masjid itu boleh disamakan dengan kemahuan kawan kita yang mahu membina rumah pelacuran itu? Jika kita andaikan bahawa isunya adalah sama, ertinya otak kita sudah ada `somethings wrong'. Inilah dia otak Zul Kulim yang mahukan orang ramai sama seperti otaknya. Sebab apa Zul Kulim boleh menjadi sebodoh itu? Jawapannya mudah, sebab jika beliau cerdik beliau tidak akan bersama dan bersekutu dengan Umno. Itu sahaja./wfauzdin.blogspot.com