Jumaat, 18 November 2011

DR HASSAN ALI LAMBANG KEGAGALAN DAKWAH DI SELANGOR?

 Oleh:  Greenboc


Pendedahan Dr. Hassan Ali kononnya bahawa umat Islam di negara ini boleh dimurtadkan dengan menggunakan sejenis radio rakaman menggunakan tenaga solar yang dimuatkan dengan cerita-cerita Kristian mendedahkan kejahilan beliau sendiri di dalam dunia teknologi moden dan maklumat.


Buatlah HIMPUN berjuta kali sekalipun, tapi kalau dah jalan dakwah disekat tiada gunanya...
Ini bererti beliau sudah lama terkurung di dalam gua kebodohan sendiri kerana penyebaran ugama, tak kira apa pun ugama, sudah jauh melangkaui daripada hanya apa yang didedahkan olehnya.

GB ingin bertanya kepada Dr. Hassan Ali dan Jais sendiri, apa sumbangan dan usaha kamu pula di dalam menggunakan teknologi-tekonologi berkenaan untuk menyebarkan dakwah dan pengembangan Islam?


Mana Al-Quran digital kamu? Mana ‘Solar Powered Handheld Talking Quran’ kamu? Atau paling sengkek, mana portal dan lamanweb Q&A mengenai Islam kamu?

Illek!

Yang hanya kamu tahu nak tangkap dan dakwa orang sampaikan tazkirah di surau seperti kes Bob Lokman. Yang kamu tahu nak berarak buat HIMPUN sehingga HIMPUN sendiri yang kononnya nak perjuangkan aqidah tetapi masing-masing tinggalkan waktu Asar. Yang kamu tahu, ialah bagaimana nak berperanan untuk tumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor.


Wahai orang yang bernama Hassan Ali dan pertubuhan yang bernama JAIS. Mari kukuliahkan kepada kamu:


Dunia hari ini adalah dunia tanpa sempadan. Dengan adanya internet maklumat semakin rancak di alam siber. Pelbagai bahan yang ada di "langit" ini. Kita tidak dapat menahannya dan tidak dapat mengawalnya, malah tiada sebuah negara pun di atas dunia yang mampu mengawal internet. Tiada sebuah kerajaan pun di dunia yang mampu mengawal arus gelombang maklumat yang bergerak di alam siber.


Bahan lucah, porno, maklumat mengenai ugama-ugama lain, malah ajaran Ayah Pin dan Abuya Asyaari pun bersepah di alam siber.


Ada ratusan, malah ribuan tapak web yang menghidangkannya kepada masyarakat dunia termasuklah masyarakat islam di negara kita.


Malah kini orang sedang sibuk dengan facebook, dengan blog, dengan twitter, dengan segala macam mak nenek teknologi hujung jari terdapat di alam siber ini.

Terangkan kepada saya bagaimana kamu-kamu dapat mengawal itu semua?


Tak boleh. Yang boleh dan perlu kita lakukan kini ialah menggunakan teknologi yang sama, alam yang sama TETAPI menawarkan isi kandungan yang berbeza.


Peperangan zaman dahulu menggunakan kuda dan panah. Tetapi peperangan zaman ini adalah peperangan teknologi dan peperangan maklumat.


Umat Islam perlu muncul dengan ilmu Islamnya untuk dihidangkan di alam siber. Kita perlu menawarkan kebenaran dan keindahan Islam dengan taktik dan teknik yang baru. Menggunakan dan memenafaat alam digital sebagai satu uslub dan media baru di dalam dakwah. Malah ia dilihat sebagai satu wajibul-waqti (kewajipan semasa) ketika ini. Kita perlu tampil dengan kaedah baru, membawa obor Islam untuk menangkis segala serangan aqidah dan syariat yang berlaku ekoran perkembangan pesat teknologi moden hari ini.


Jangan pula kamu datang berlagak dengan press conference bebal kamu dengan menyatakan kesemua blog, twitter, facebook dan peralatan dakwah kena ada tauliah daripada JAIS pula!


Sekarang sekali lagi saya bertanya: apa sumbangan Hassan Ali dan JAIS di dunia siber dan era teknologi moden di dalam usaha memperjuang, memperkembang dan memertabatkan Islam daripada hanya melemparkan tuduhan tetapi kemudian tidak dapat mendakwa kerana ketiadaan bukti?
--------------------------------------------------------------------------------
Ulasan Saya;
Setuju dengan apa yang disebut oleh sahabat Greenboc di atas.  Sebelum Dr Hassan Ali bertegang urat di dalam Dun mendedahkan taktik golongan `Kristianisasi', lebih baik beliau menggunakan pengaruhnya sebagai Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor yang mewakili PAS berbincang secara serius dengan JAIS bagaimana untuk memudahkan kerja dakwah di Selangor, khususnya. 
Ketika ini siapa kisah dengan gaya hidup Bob Lokman?  Pernah JAIS atau Dr Hassan Ali kisah?

Sehingga kini, beberapa tokoh politik seperti YB Dr Rani, YB Khalid Samad, YB Shaari Sungip dan beberapa pendakwah yang ikhlas berjuang seperti Bob Lokman telah disekat-sekat kerja dakwah mereka semata-mata kerana Tauliah.  Paling malang sekali, JAIS masih gagal untuk membuktikan kesemua mereka itu mengajar atau bertazkirah ajaran sesat. 
Bila sudah insaf, beliau menjadi mangsa....................

Usahlah Dr Hassan Ali pening memikirkan soal yang lebih tinggi dan dalam seperti soal `tenaga solar' dan sebagainya.  Kita tidak patut pening memikirkan soal tenaga solar itu sekiranya jalan dakwah tidak disempitkan.  Pada saya, Dr Hassan Ali adalah lambang kegagalan dakwah Islam di Selangor dan PAS tidak patut berdiam diri./wfauzdin.blogspot.com

FITNAH TERHADAP NURUL IZZAH, KANTOI LAGI BLOGGER UMPORNO

Nurul Izzah ada Simpanan Di Bank Israel?.. FITNAH tu.. ini buktinya..


Boleh dikatakan semalam kebanyakkan blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah kononnya anak Anwar Ibrahim iaitu Nurul Izzah mempunyai akaun bank di Israeli National Bank, Berbagai tajuk diberikan mereka antaranya seperti printscreen diatas “Beranikah Nurul Izzah Beri Penjelasan Atau Mahu Tuduh UMNO?”

Ada dengan tajuk “MENGGEMPARKAN ! Nurul Izzah Anak Anwar Ibrahim, Ada Kaitan Dengan Israeli National Bank ??” seperti printscreen di bawah..


Ada pula dengan tajuk“Patutla Anwar selalu pergi ke Luar Negara rupa-rupanya terlalu banyak wang dalam USD di simpan di Bank Of Israel” seperti dibawah..


Dan banyak lagi Blog-blog Pro UMNO menyebarkan fitnah ini..

Bekas Naib Ketua Pemuda PKR, Zahid Mat Arip tanpa usul periksa (mungkin dia buta IT)telah mencabar Nurul Izzah untuk mengikut jejak langkah bapanya Anwar Ibrahim yang akan membuat tuduhan kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO atas pendedahan yang berkaitan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.

Adakah benar dakwaan mereka itu atau sekadar fitnah? Maklumlah.. fitnah dengan Blog-blog Pro UMNO ni umpama aur dengan tebing..

Isu mengenai beberapa pemimpin mempunyai account dalam Israeli National Bank ini bukanlah satu perkara yang baru, ianya telah tersebar meluas pada pertengahan tahun 2008.

Antara nama yang dikatakan mempunyai account di dalam Israeli National Bank itu ialah Tun Mahathir dan beberapa pemimpin UMNO.

Bagaimanapun ianya terbukti sebagai satu fitnah apabila individu yang menyebarkannya mendiamkan diri bila Tun telah mencabarnya untuk memberikan nama dan nombor kad pengenalannya..

Tun Mahathir menjelaskannya sebagai satu fitnah besar jika dikatakan beliau dan keluarganya mempunyai jumlah simpanan sebanyak USD199.45 juta dan SGD42 juta dalam bentuk deposit tetap melalui pelaburan di cawangan bank tersebut di Singapura.

Di dalam laman web Mahathir di www.chetdet.cc semasa menafikan laporan tersebut, Tun telah mencabar individu yang terbabit menyebarkannya supaya memberikan nama beliau dan nombor kad pengenalan supaya boleh disaman oleh pihaknya.

Tun juga telah memberikan kebenaran penuh kepada Israel National Bank untuk menyiarkan kepada awam akaun yang dimaksudkan tersebut supaya beliau boleh menuntut wang yang dikatakan milik dirinya dan keluarganya itu.

Malangnya tiada kenyataan yang disiarkan oleh Israeli National Bank dan manusia yang mula menyebarkan fitnah ini tidak berani tampil untuk menyerahkan nama dan nombor kad pengenalan beliau kepada Tun.

Kini isu ini dimainkan semula oleh Blogger Pro UMNO … dan Nurul Izzah yang mempertikaikan kualiti barangan di kedai 1Malaysia menjadi mangsa..

Lebih hebat lagi apa yang difitnah sebagai account Nurul Izzah itu hanyalah diubahsuai dari fitnah yang telah tersebar pertengahan tahun 2008 dulu..

Ini kononnya data-data tentang account Nurul Izzah..

Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

Ini pula dari fitnah tahun 2008, data-data tentang account Marina Mahathir, perhatikan Nombor Passportnya.

7. Name : Ms Marina Bte Mahathir

Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : C-719-418-210 (M)
Amount : USD 13,000,000.00
Date of opening account : 17/06/96
Date of Maturity : 17/06/99

Nombor Passport mereka adalah sama.. dibawah pula adalah fitnah terhadap Mokhzani pula, perhatikan Account No, Amount, Date of opening account dan Date of Maturity

12. Name : Mr Mokhzani Bin Mahathir

Post : Son of Prime Minister
Passport No. : R 719325 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00

12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : ME-3138-5144-219 (A)
Amount : USD 10,000,000.00
Date of opening account : 08/09/97
Date of Maturity : 08/09/00
Kecuali nama, tidakkah ianya sama dengan data-data yang digunakan oleh blogger pro UMNO untuk memfitnah Nurul Izzah?

Begitu juga dengan yang ini.. perhatikan apa yang telah ditukar pencacai UMNO..
8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99

8. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
3 years
Account No : F-817-200-11 (C)
Amount : USD 12,500,000.00
Date of opening account : 03/12/96
Date of Maturity : 03/12/99
Dan juga yang ini..
9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar
Post : Daughter of Deputy Prime Minister
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israel National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02

9. Name : Ms Marina Bte Mahathir
Post : Malaysia AIDS Council President
Passport No. : R 671918 (M)
Bank : Israeli National Bank
Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency)
5 years
Account No : G-211-922-718-2 (D)
Amount : USD 15,000,000.00
Date of opening account : 12/07/97
Date of Maturity : 12/07/02
Hanya nama dan post yang ditukar mereka..

Lain-lain korang comparelah sendiri.. aku paste kandungan e-mail fitnah terhadap pemimpin UMNO dan juga data-data yang mengatakan itu adalah dari account Nurul Izzah..

Sumber dan maklumat selanjutnya klik di SINI (ASD).

Khamis, 17 November 2011

TAHNIAH HARIMAU MUDA, PENYOKONG INDON `KURANG AJAR DAN BRENGSEK'

Oleh:  WFAUZDIN NS

TERLEBIH dahulu saya ucapkan tahniah dan syabas kepada Pasukan Bolasepak Harimau Muda yang telah menewaskan Indonesia 1 - 0 di dalam menentukan kita ke Separuh Akhir Bolasepak Sukan Sea di Stadium Bung Karno sebentar tadi.

Kemenangan tipis Harimau Muda itu amat bermakna sekali apatah lagi pasukan kita berhadapan dengan puluhan ribu penonton `kurang ajar dan brengsek' dari Indon yang memenuhi setiap ruang di stadium berkenaan.  Saya menyebut sebilangan besar penonton Indon itu `kurang ajar dan brengsek' atau `bangsat' adalah kerana mereka langsung tidak profesional dan beradab apabila menyorak dan membuat bising apabila lagu Kebangsaan Negara kita berkumandang sebelum perlawanan.

Kita memahami sememangnya rakyat di Indonesia memang `bermasalah' dengan negara kita atas beberapa isu.  Isu terbaru adalah kononnya negara kita merampas wilayah mereka.  Sebelum ini Kedutaan negara kita di Jakarta telah dikepung dan dilempar dengan najis dan cat merah.  Itu semua isu politik dan sepatutnya tidak dibawa secara melampau ke dalam Sukan Sea di mana mereka menjadi Tuan Rumah.  

Mungkin ramai di kalangan kita yang berada di rumah yang menyaksikan Siaran Secara Langsung sebentar tadi begitu sakit hati melihat kelakuan buruk penyokong-penyokong Indon yang menghina Lagu Kebangsaan negara kita.  Itu lah sikap para penyokong negara jiran kita itu yang lupa diri bahawa rakyat mereka semakin lama semakin ramai merempat dan mencari sesuap nasi di negara ini bahkan lebih istimewa ada di antara mereka yang boleh mengundi menentukan pemimpin di negara ini.  Itulah hebatnya layanan kerajaan kita terhadap mereka, dan itu lah balasan yang boleh mereka berikan kepada kita. 

Akhirnya, dengan provokasi yang melampau dari mula lagu Kebangsaan dimainkan, sepanjang 90 minit perlawanan pemain kita bertambah semangat untuk memalukan skuad yang disokong oleh `para-para brengsek' itu.  Kita berjaya memalukan mereka dan kita berharap aksi lebih cemerlang apabila bertemu dengan Myanmar di Separuh Akhir nanti.  Sekali lagi tahniah kepada semua pemain Harimau Muda dan pegawai-pegawainya./wfauzdin.blogspot.com

PROJEK LEMBU - YB YUNUS RAHMAT, ADUN KLAWANG PUN TERLIBAT?

Lagi pemimpin Umno diheret dalam skandal projek lembu

Hazlan Zakaria

Nov 16, 2011 
Berdasarkan rekod kewangan syarikat projek ternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR mendakwa terdapat lebih banyak penyelewengan dalam syarikat yang dimiliki oleh keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

NONE
Pada sidang media di lobi parlimen, setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendedahkan bahawa skandal itu kini merebak dan turut membabitkan beberapa pemimpin Umno lain.

1. Lembu-lembu bernilai RM5,281 yang disumbangkan pada tahun 2009 kepada Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Mansor; dan RM2,640 kepada ADUN yang hanya dikenali sebagai 'YB Yunus'.
2. Lembu-lembu bernilai RM70,000 dikatakan dijual secara kredit kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique pada tahun 2008; dan harga pembelian hanya dibayar sepenuhnya pada tahun 2009.

3. RM26,400 yang didakwa dibayar sebagai perbelanjaan yang dilakukan pada tahun 2008 oleh Shahrizat.4. RM368,640 yang dikatakan digunakan bagi sewa pejabat dan dibayar kepada pengarah NFC - suami Shahrizat, Mohamad Salleh Ismail dan anak lelaki mereka, Wan Shahinur Izran.

Syarikat itu, sebelum ini, didakwa telah membelanjakan sebanyak RM250 juta dana awam yang diperuntukan dalam bentuk pinjaman mudah. Namun sehingga hari ini, tiada ulasan berhubung segala dakwaan yang dilemparkan dijawab.

Masalah berkaitan dengan operasi projek ternakan lembu NFC itu, pertama kalinya timbul semasa Laporan Ketua Audit Negara 2010 dibentangkan./Malaysiakini

POPULARITI HAJI NAJIB MENINGKAT, PAKATAN RAKYAT JANGAN MELATAH

Oleh:  WFAUZDIN NS
 Haji Najib Tun Razak

SEMENJAK semalam media pun heboh memperkatakan bahawa populariti PM Haji Najib meningkat semenjak tahun 2009 mengalahkan populariti pimpinan utama Pakatan Rakyat.  Ini kajian yang dibuat oleh satu unit media dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Tahniah lah kepada Haji Najib di atas populariti yang beliau perolehi itu.  Memang beliau popular pun dalam banyak segi malahan populariti beliau sampai ke Peranchis dan Monggolia.  Jadi, tidaklah menghairankan sangat jika di negara ini beliau lebih popular apatah lagi semenjakl bergelar Tuan Haji.

Apa yang mahu disebut di sini, setinggi mana pun populariti beliau sekarang jangan di antara pimpinan kita di dalam Pakatan Rakyat cuba-cuba untuk mencabar beliau membubarkan Parlimen.  Sememangnya itulah yang diharapkan sangat oleh Haji Najib kerana sebelum ini bila media hebahkan beliau hebat dan semakin mendapat sokongan, pasti ada pemimpin pembangkang yang mencabarnya membubarkan Parlimen.  Jika dahulu, memang beliau takut dengan cabaran kita.  Tapi bukan kali ini dan jangan kita terperangkap.

Beliau sekarang menanti kita mencabarnya untuk membubarkan Parlimen kerana beliau tahu Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedang bertungkus lumus untuk membersihkan SPR itu belum selesai tugas mereka.  Mereka telah susun banyak strategi kotor dan jika mereka lambat-lambatkan Pilihanraya Umum, sedikit demi sedikit taktik mereka akan dapat dikesan oleh Jawatankuasa tersebut.  Maka, Haji Najib sekarang sedang berkira-kira untuk membubarkan Parlimen secepat mungkin sebelum Jawatankuasa Pilihan Khas itu selesai melaksanakan tugas mereka.

Sehubungan itu, kita jangan jadi bodoh terperangkap dengan media yang akan provokasi kita untuk mencabar Haji Najib bubarkan Parlimen.  Biarkan mereka mengagung-agungkan Haji Najib melangit sekali pun, kita terus fokus kepada membantu Jawatankuasa Pilihan Khas yang sedang bersidang sekarang. 

Saya setuju dengan kenyataan SAMM yang bersedia untuk menggerakkan BERSIH 3.0 sekiranya Haji Najib menipu rakyat sekali lagi dengan mengadakan Pilihanraya disaat Jawatankuasa Pilihan Khas itu sedang menjalankan tanggungjawab mereka.   Kita mesti pegang pendirian bahawa Pilihanraya Umum mesti dilaksanakan setelah semua tugas Jawatankuasa Pilihan Khas itu selesai dan telah diambil tindakan oleh kerajaan.  Jika tidak, kita kena cari lagi T-Shirt KUNING yang baru./wfauzdin.blogspot.com

DEBAT RAFIZI - KJ AKAN DISEGERAKAN, SHAHRIZAT PASTI BERDEBAR

Alu-alukan Kesediaan YB Khairy Jamaluddin Berdebat

Oleh Rafizi Ramli

Saya baru dimaklumkan bahawa YB Khairy Jamaluddin sudi berdebat mengenai kemelut NFC yang menjadi kontroversi. Saya ucapkan tahniah kepada beliau kerana sudi membuka ruang kepada generasi muda mengenali politik baru.Saya akan menulis secara rasmi kepada beliau untuk menetapkan tarikh, format dan perkara-perkara lain supaya debat ini tidak terlalu dilengahkan memandangkan minat rakyat yang tinggi

Alu-alukan Kesediaan YB Khairy Jamaluddin Berdebat

 

Isu NFC: Khairy sedia debat dengan Rafizi

November 16, 2011
 
KUALA LUMPUR, 16 Nov — Khairy Jamaluddin berkata beliau bersedia untuk bertemu dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam debat berhubung dakwaan penyelewengan RM250 juta menerusi projek ternakan lembu milik anggota keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua Pemuda Umno ini memberitahu bahawa “saya sentiasa bersedia untuk berdebat dengan sesiapa pun.”  “Pada dasarnya saya bersedia. Tetapi soalannya adalah masa,” kata beliau dengan merujuk kepada perhimpunan agung tahunan partinya akhir bulan ini.

Kelmarin, Rafizi telah mencabar Khairy agar berdebat dengannya sambil mendakwa Ahli Parlimen Rembau itu sebahagian daripada “Budak Tingkat Empat” — yang merujuk kepada pengaruhnya ke atas Pejabat Perdana Menteri ketika era pentadbiran Tun Abdullah.

Pentadbiran Abdullah meluluskan Pusat Fidlot Kebangsaan pada 2006.  Minggu lalu Khairy mempertahankan projek itu dengan merujuk kepada pembelian hartanah kondominum hampir RM10 juta di Bangsar menggunakan wang projek tersebut.

Khairy menyifatkan pembelian itu sebagai pelaburan yang selamat.  Tetapi kenyataan itu dikritik oleh kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat.
 

Rabu, 16 November 2011

PERKASA, EZAM SESUMPAH AKAN BUAT DEMONTRASI ISU LEMBU SHAHRIZAT?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMAKIN hampir untuk negara ini mengadakan Pilihanraya Umum ke 13, seperti biasa di dalam Umno sudah mula berlaku pijak memijak sesama mereka.  Selagi ada rahsia kawan-kawan di dalam parti, kesemuanya mahu didedahkan asalkan masing-masing dapat naik di atas.  Ini budaya Umno, dulu, kini dan selamanya.

Mereka bukan sahaja berebut-rebut sesama mereka di dalam parti sekular tersebut, bahkan rakan sekutu mereka pun mereka mahu pijak.  Perebutan kerusi di antara Umno dan MCA termasuk Gerakan tidak boleh diselindung lagi kerana Umno sudah mula meluat dengan kedua-dua parti Cina tersebut disebabkan Bn hilang maruah hilang majoriti 2/3 di Parlimen adalah kerana undi kaum Cina.  MCA dan Gerakan nampaknya masih degil dan tidak lagi takut untuk menentang kehendak Umno kerana mereka faham bahawa undi kaum Cina telah lari kepada Pembangkang disebabkan kelemahan dan kerakusan pemimpin Umno sendiri.  Umno cuba untuk menjadikan kaum Cina seperti kebanyakan kaum Melayu yang sanggup jadi burung belatuk kepada Umno.  

Keluarga beliau dikatakan mendapat RM250 juta projek NFC?

Budaya cantas mencantas di dalam Umno semakin parah.  Sebuah web portal pro Umno seolah-olah mengakui hakikat ini dan tertanya-tanya siapakah yang punya angkara yang suka mendedahkan tembelang rakan-rakan sendiri di dalam parti.  Baca di SINI.

Kisah lembu Sharizat (bukan Shahrizat lembu) sedaya upaya cuba untuk dipertahankan oleh Noh Omar dan KJ.  Sehinggakan mantan PM yang kuat tidor, Pak Lah terbangun dari lena lantas turut mempertahankan Shahrizat.  Mereka kata itu semua bukan salah Shahrizat sebab bukan Shahrizat yang uruskan projek lembu tersebut tetapi keluarga Shahrizat sahaja.  Rakyat tertanya-tanya pula dari mana keluarga Shahrizat dapat keistimewaan itu?  Adakah dari Kerajaan Negeri Selangor, P.Pinang, Kelantan mahu pun Kedah yang anugerahkan?  Tentunya dari Kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Shahrizat pula adalah Menteri Kerajaan Pusat yang juga Ketua Wanita Umno.  Masakan semudah itu masih ada lagi rakyat yang bodoh tidak boleh berfikir? 

Ariff Fahmi, menantu MB Kelantan dinasihat undur dari PMBK semata-mata beliau menantu kepada MB

Teringat kita kisah di mana suatu ketika menantu Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan iaitu Ariff Fahmi digesa meletakkan jawatan selaku CEO PMBK walaupun tiada satu pun unsur-unsur penyelewengan yang dilakukan oleh menantu MB Kelantan itu.  Media pencacai siang malam memainkan isu Ariff Fahmi sehinggakan ada pimpinan PAS yang turut termakan dengan hasutan media haprak tersebut.  Akhirnya, MB Kelantan bersetuju untuk menasihati menantunya agar melepaskan jawatan CEO PMBK.  
Nazir Razak, Di dalam, senarai 40 terkaya di Malaysia, adik Najib adalah Pegawai Eksekutif CIMB Group

Tiada sesiapa pun yang pertikai adik Najib, Nazir Razak juga memegang jawatan Pegawai Eksekutif CIMB Group.  Bahkan, beliau di antara 40 terkaya di Malaysia.  Mengapa pula kali ini Shahrizat diburu habis-habisan?  Ini semua adalah mainan pijak memijak di dalam Umno sendiri untuk menggambarkan bahawa Najib memang lemah dengan wanita, bukan sahaja dengan Rosmah.  Justeru itu, tidak pelik Bung Mokhtar, MP Kinabatangan dari Bn sendiri menggesa Shahrizat agar meletakkan jawatan agar nama Umno/Bn tidak terjejas.  Ertinya, memang benarlah apa yang dikatakan bahawa berlaku penyelewengan di dalam projek lembu tersebut.  Jika tidak, mengapa MP dari Bn ini sendiri mahu Shahrizat berundur?     


Kerana `projek lembu', maka `lembu-lembu' pun tidak bersuara ?

Adakah jika Shahrizat berundur maka Umno dilihat bersih?  Hanya orang yang bodoh sahaja berfikir sedemikian.  Sekiranya Shahrizat berundur sekali pun, kes ini mestilah disiasat dan diambil tindakan ke atas penyeleweng.  Sewaktu Ariff Fahmi meletakkan jawatan dari PMBK, beliau terus juga disiasat walaupun akhirnya tiada kes penyelewengan berjaya dibuktikan.  Kita mahu Shahrizat juga berani seperti Ariff Fahmi dan Najib juga mesti berani seperti MB Kelantan itu.

Sewaktu menyerahkan borang memasuki Umno, Ezam tekad akan tentang rasuah habis-habisan...kini di mana suara itu?

Cuma yang saya rasa pelik, di mana suara PERKASA, suara Ezam sesumpah, Zahrain katak dan Zul Kulim?  Cuba bayangkan jika kes ini berlaku kepada anak DS Anwar, Tan Sri Khalid atau anak Lim Guan Eng.  Sudah tentu TV3 suku menjadi gila babi siang malam selama setahun.  Mereka tiga empat ekor itu tidak bersuara, mungkin kerana ini adalah kes lembu yang mereka juga spesis kepada mamalia tersebut./wfauzdin.blogspot.com

KEADILAN JANGAN RENDAHKAN MARUAH DENGAN MELAYANI PRM ATAU KITA

Oleh:  WFAUZDIN NS

DIKHABARKAN bahawa PRM (Parti Rakyat Malaysia) yang dipimpin oleh Puan Rohana Ariffin bertegas untuk merampas kerusi yang kini diduduki oleh Keadilan.  Samada Keadilan sedia berunding atau tidak, PRM bertegas untuk merampasnya maka bakal terjadi pertandingan 3 penjuru di kawasan berkenaan di dalam PRU akan datang.

Parti itu semalam mengumumkan akan bertanding di Balik Pulau, Selayang dan Petaling Jaya Selatan yang dipegang Yusmadi Yusof, William Leong dan Hee Loy Sian.  Lihatlah betapa ego dan sombong parti kerdil ini yang mahu Keadilan mengadakan rundingan tetapi lebih awal memberitahu tetap akan merampas kerusi tersebut.

Jika itu pendirian mereka, saya mengharapkan pimpinan Keadilan juga bertegas agar menolak segala pintu rundingan dengan parti yang lemah tetapi sombong ini.  Keadilan tidak perlu membuang masa melayani karenah orang yang ego dan sombong kerana PR tidak perlu kepada kerjasama dari pihak yang sedemikian.  Mungkin PRM sudah bersedia untuk hilang deposit kali ini dan parti itu bakal berkubur selepas PRU nanti.

Ada juga yang berpendapat, gertakan PRM itu mungkin ingin memancing Umno/Bn agar `menawarkan' sesuatu agar PRM akhirnya yang menarik diri bagi membolehkan pertandingan hanya berlaku dua penjuru sahaja. 

Apa pun helah PRM, Keadilan wajib tegas menolak sebarang rundingan samada dengan PRM atau KITA kerana kita bukan parti kecil malahan parti yang bakal mentadbir Putrajaya nanti, InsyaAllah.  Jangan sesekali merendahkan maruah parti dengan melayani pihak serpihan seperti itu./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 15 November 2011

VIDEO - YB SAIFUDDIN HUJAH PASAL ISU LEMBU SAHRIZAT



Itulah padahnya bila lantik orang yang tidak menang di dalam Pilihanraya menjadi Menteri...Takkan orang Umno tidak sedar-sedar lagi?  Ini kes lembu yang me`lembu'kan orang-orang Melayu yang masih menyokong Menteri ini...

Isnin, 14 November 2011

PENCEROBOH CERAMAH PAS KENA BELASAH, ITU BARU BETUL !!

PERKASAM KENA BELASAH DI JOHOR!!! Bersabar pun ada hadnya, ni dah tahap melampau kacau ceramah PAS. Nak biaq lagi...

Utusan Melapor;
Jamil Hussain cedera
akibat dipukul di Pasir Gudang,
Johor, malam semalam


Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kedatangan Mohamad atau Mat Sabu tidak dialu-alukan apatah lagi dalam situasi politik masa kini yang panas dengan pelbagai isu terutamanya kontroversi yang dicetuskan oleh pemimpin kanan Pas itu.
"Saya kecewa dan ini tidak sepatutnya berlaku. Mereka harus faham suhu politik sekarang tengah naik dan ditambah lagi dengan fitnah dan tohmahan yang dilemparkannya (dalam ceramah).

"Apabila pihak (yang tidak menyokong Mat Sabu) mendengar putar-belit dan tuduhan, sudah tentu akan menimbulkan perkara yang tidak diingini," katanya ketika ditanya mengenai kekecohan semasa ceramah Mat Sabu di Pasir Gudang, malam tadi. - Utusan.

Juga dilaporkan:

Kira-kira 50 ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pasir Gudang berhimpun membantah kehadiran Mat Sabu semasa berceramah di Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang, malam tadi.

Bantahan itu menyebabkan kumpulan NGO tersebut dan para penyokong Mat Sabu bergaduh sehingga menyebabkan seorang cedera di kepala dan seorang lagi pengsan.

Mereka yang cedera itu adalah penyokong kumpulan NGO tersebut. Bagaimanapun kekecohan tersebut dapat dikawal dengan kehadiran kira-kira 150 anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU). - Ibid.  
 
Tah pasai apa, Utusan nampak macam malu pulak nak sebut nama NGO tu, sebut ja la NGO tu PERKASA, tak payah nak berselindung-selindung. Mungkin kut pasai PERKASA terbukti perkasa sebenarnya tak perkasa pasai boleh cedera dan pengsan, hahaha...

Apa pun, aku nak ucap tahniah kepada pemberani yang belasah ahli PERKASA tu. Aku bukan sokong kekerasan dan langsung tak galakkan ahli dan penyokong PAS pukui orang. Tapi kalau dah sampai tahap menceroboh premis kita lepas tu pulak buat kurang ajar kacau program kita, memang sepatutnya kita mempertahankan maruah kita.

Depa ingat selama ni depa kuat di Johor, Johor tu hak mak bapak depa. Walaupun PAS selama ni lemah di Johor tak bermakna PAS tak ada hak di Johor. Sama jugak macam di Kelantan, PAS takdak hak nak halang program Umno di Kelantan walaupun PAS cukup kuat di Kelantan.

Biar insiden ni jadi iktibar kepada umno. Jangan ingat hangpa saja ada samseng, dalam PAS pun ramai samseng. Cumanya selama n i depa sorok samseng depa pasai wala' kepada pimpinan. Jangan selalu sangat 'cabar' kejantanan PAS, aku takut nanti sampai tahap Mat Sabu pun tunjuk samseng sama, masa tu sapa pun dah tak boleh nak halang 'samseng rakyat'...
 

Ahad, 13 November 2011

DERHAKA PADA RAJA, UMNO PEMBUKA TIRAI

Dato Onn terlebih derhaka berbanding Nizar, Aziz Bari
    Oleh: tun_telanai

 














" Pemimpin UMNO dan UMNOlah yang mempelopori siri penderhakaan terhadap Raja-raja Melayu selepas abad ke - 20. Dato' Onn adalah antara tokoh politik pertama yang mencetuskan siri penderhakaan ini. Pada tahun 1920, Dato' Onn secara terbuka telah mengkritik Sultan Johor dengan begitu keras kerana Sultan Johor telah melelong harta bapanya yang gagal membayar hutang negeri sehingga kematiannya. Sultan Johor ketika itu sangat murka di atas penderhakaan yang berterusan sehingga dipecat dari jawatan dan dibuang ke Singapura pada 1927.

Dua orang adek beradeknya juga turut melakukan tindakan menderhaka kepada Sultan, iaitu abangnya Dato' Abdullah Jaafar (ketika itu MB Johor), Abdullah Jaafar menghina dan memburukkan nama sultan di luar negeri, akhirnya beliau dipecat dari jawatannya sebagai Menteri Besar dan ditarik balik gelarannya. Kakaknya Che Dara Jaafar turut diambil tindakan kerana bersekongkol dengan penderhakaan ini (walaupun Che Dara ketika itu menjadi isteri Sultan Ibrahim), kedua-duanya dihukum buang negeri.Ketiga-tiga adek beradek ini menjadi keluarga terbuang akibat penderhakaan ini.

Mereka menetap di Singapura, Dato' Onn tetap meneruskan penderhakaan ini di Singapura melalui akhbar Warta Malaya yang beliau menjadi pengarangnya. Akhbar ini lantang mengkritik dan memberi sembah derhaka kepada Sultan Johor pada 1930.Beliau kembali ke Johor pada tahun 1936 dan dilantik secara rasmi sebagai Menteri Besar Johor pada tahun 1947. Dalam tempoh berkhidmat sebagai Menteri Besar, beliau telah berkrisis dengan Raja-raja Melayu ekoran cadangannya supaya seorang Melayu dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu amat murka dengan cadangan ini kerana ia meletakkan seorang Melayu lebih tinggi kedudukannya daripada Raja-raja Melayu itu sendiri.UMNO secara terbuka menghina Raja-raja Melayu terutama Sultan Kedah dalam beberapa isu yang berbangkit pada tahun-tahun tersebut. Dalam Mesyuarat Agung UMNO di Butterworth pada 27 Ogos 1949, secara terbuka beliau menyelar dan menuduh Raja-raja Melayu menjaga kepentingan diri daripada orang Melayu, beliau juga menuduh Raja-raja Melayu berkomplot dengan British bagi melemahkan UMNO dengan melarang pegawai Melayu berpolitik.


Kemuncak penderhakaan ini ialah apabila Dato' Onn mengajak ahli UMNO menamatkan pemerintahan beraja. Akibatnya, Sultan Kedah berhasrat mengharamkan UMNO di negeri Kedah dan Sultan Johor sendiri memaksa Dato' Onn meletakan jawatan sebagai Menteri Besar pada 17 Jun 1949.Kebiadaban UMNO kepada Raja-raja Melayu sangat terserlah antara tahun 1947-1949, pemimpin UMNO menggunakan platform UMNO untuk menghina Raja-raja Melayu, mereka mencabar kuasa Raja-raja Melayu secara terbuka dan kemuncak penderhakaan UMNO pada tahun 1949 ialah apabila Presiden UMNO (Dato' Onn) pada waktu itu mengajak ahli-ahli UMNO menamatkan sahaja sistem pemerintahan beraja di negara ini.

Dalam krisis perlembagaan itu, dalam tahun 1983 dan 1993, UMNO mengerakkan seluruh jentera dan rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh Negara yang dikenali sebagai ‘perhimpunan SEMARAK’ bagi membangkitkan perasaan rakyat membenci Raja-raja Melayu. Dalam perhimpunan-perhimpunan tersebut, Raja-raja dimaki-hamun, dicela dan dihina. Dilondeh semua panau dan kurap yang ada pada Raja-raja ketika terutama almarhum Sultan Johor. Raja-raja dimalukan dikhalayak ramai, semua rakyat mengikuti peristewa malang tersebut.

Penderhakaan terhadap raja-raja terus disemarakkan semula oleh Mahathir Mohamad ketika belaiu memerintah Malaysia. Raja-raja dihina, dimaki-hamun dan macam-macam kata-kata nista dikeluarkan bagi menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu ketika itu. Ada pemimpin UMNO seperti Shahidan Kassim menjadi juara menghentam Raja-raja Melayu dan Annuar Musa terlalu marahkan kepada Sultan Kelantan telah melantik Tengku Ibrahim sebagai penganti Sultan yang dikatakannya perlantikan Sultan Ismail Petra sebagai Sultan tidak sah.

Apalah sangat jika dibanding dengan kes Prof.Dr Abdul Aziz Bari dari UIA yang dikatakan menghina Sultan Selangor itu. Itulah hanya padangan seorang ahli akedemik terhadap Raja dan Perlembagaan. Bukan seperti UMNO yang mengamuk pada tahun 1983 dan 1993 dulu, ianya lebih kerpada matlamat politik sempit UMNO. Kini, Raja-raja Melayu hanya tinggal gigi dan gusi sahaja lagi. Penghormatan rakyat terutama dari kaum bukan Melayu terhadap institusi istana dalam Negara ini semakin terhakis. Rakyat semakin berani bangkit mempersoalkan beberapa perkara yang dinikmati oleh Raja-raja dan kaum kerabatnya.

Semuanya ini berlaku kerana UMNO yang mula-mula merintis jalan membawa penderhakaan rakyat terhadap institusi beraja dalam Negara ini.UMNO perlu dipertanggungjawabkan dalam soal ini.