Selasa, 3 Januari 2012

BENARKAH PIHAK POLIS SENSITIF DENGAN FITNAH?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA terlalu pantas pihak Polis memberi amaran kepada Blogger untuk menyiasat Blogger yang kononnya membuat fitnah terhadap pihak Polis berkaitan isu Mahasiswa yang dikatakan dikasari oleh Polis sewaktu membuat demontrasi di UPSI baru-baru ini.  Ertikata lain, pihak Polis amat `sensitif' dengan perbuatan menfitnah ini dan ianya mungkin amat serius pada perkiraan mereka.

Kita mahu bertanya pihak Polis, adakah pihaknya tahu bahawa akhbar pencacai Utusan adalah akhbar paling kuat melakukan fitnah bahkan kadangkala memainkan isu perkauman yang lagi merbahaya?  Beberapa bulan dahulu, Utusan pernah menyiarkan berita bahawa Negara ini akan menjadi sebuah Negara Kristian yang kononnya dibincangkan di dalam persidangan Paderi-Paderi.  Paling memalukan sumber yang diperolehi dari Utusan tersebut adalah dari sumber Blog sahaja.  Berita yang disiarkan oleh Utusan itu amat merbahaya kerana terbukti berita itu palsu dan boleh menimbulkan hura-hara di negara ini.  Apa tindakan Polis terhadap akhbar dan Blogger berkenaan?


Terbaru, dan ianya ada kaitan dengan isu Mahasiswa baru-baru ini khususnya dengan Adam Adli.  Fitnah juga dimainkan oleh akhbar Utusan pencacai nombor Wahid itu.  Di dalam sebuah beritanya, akhbar yang semakin bankrap tersebut menyiarkan kononnya Adam Adli turunkan bendera Najib di hadapan PWTC, kemudiannya memijak-mijak bendera berkenaan.  Sedangkan ianya tidak berlaku sedemikian.  Sumber berita tersebut dijadikan asas oleh Naib Ketua Pemuda Umno, Reezal Naina Merican untuk mengapi-apikan rakyat menentang Mahasiswa tersebut.  Apa tindakan yang diambil ke atas akhbar yang terang-terang melakukan fitnah tersebut?  Baca di SINI.

Jika dikatakan fitnah amat dimusuhi oleh pihak Polis, maka sewajarnya semua kaki fitnah tersebut diambil tindakan.  Mengapa hanya bertindak secara berpilih-pilih?  Jika terkena ke atas batang hidung, fitnah dianggap amat bahaya, tetapi jika ke atas orang lain terutamanya terhadap Pembangkang, tidakkah merbahaya?  

Sekarang, rakyat semakin lama semakin kenal dengan Polis.  Rakyat tahu setakat mana tahap profesionalisme pasukan di bawah Hishamuddin ini.  Justeru itu, apa jua yang pihak Polis lakukan, rakyat sudah `set' di dalam pemikiran mereka bahawa Umno/Bn mesti dikuburkan agar imej Polis di masa akan datang lebih bersih, adil dan telus./wfauzdin.blogspot.com


2 ulasan:

  1. polis sendiri akan memfitnah dan membuat provokasi, contoh BERSIH 2.0. Jangan harapkan golongan syaitan akan jadi malaikat.

    BalasPadam
  2. PDRM cuma tahu maksud fitnah jika terkena kroninya dan dirisendiri sahaja. Jika terkena yang lain itu cuma mengata sahaja dan tidak menjadi fitnah.

    Contoh Bersih 02 dan protes di UPSI, provokasi berpunca darimana dan PDRM terang dan nyata mengaku ia bertindak berlandaskan undang-undang. Adakah orang yang melaksanakan perundangan mengaku ianya tidak mengikut peraturan?

    Walaupun perkara tidak diingini bolih dielak oleh PDRM, kurang disiplin anggota dan kuasa ditangan mengatasi segalanya sebab anggapan kebal perundangan dan kekeringan hati puncanya

    BalasPadam