Selasa, 3 Januari 2012

KUNJUNGAN DS ANWAR KE PAHANG 07 JAN - JANGAN ADA PIHAK CUBA MENCARI PASAL

Oleh:  WFAUZDIN NS

KUNJUNGAN terakhir DS Anwar ke Pahang sebelum beliau diputuskan bersalah atau tidak di dalam kes Fitnah II pada 09 Jan nanti akan disambut dengan besar-besaran oleh rakyat Pahang pada 07 Jan ini.  Sudah tentu DS Anwar akan menyampaikan amanatnya kepada seluruh pencinta keadilan di negeri ini dan samada itu adalah amanat terakhir sebelum beliau dikorbankan ke penjara, Allah jua yang mengetahui.


Diberitakan kunjungan Ketua Umum PKR dan juga Ketua Pembangkang itu ke Pahang akan cuba diganggu oleh pihak-pihak tertentu yang kita semua tahu siapa di belakang puak tersebut.  Dikhabarkan, kumpulan pengacau ini telah merancang untuk mengadakan perhimpunan di Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan pada 07 Jan ini mulai jam 3 petang iaitu waktu ketibaan DS Anwar ke Kuantan.  Mereka berkumpul untuk menunjukkan kononnya rakyat Pahang tidak menerima kehadiran DS Anwar.

Perlu kita peringatkan kumpulan ini, Pakatan Rakyat Pahang dan beberapa NGO juga telah bersedia untuk berdepan dengan kumpulan pengacau berkenaan.  Sekiranya kami melihat kumpulan tersebut benar-benar hadir untuk melakukan sesuatu bagi mengganggu ketibaan DS Anwar di Lapangan Terbang tersebut atau di lokasi DS Anwar akan berucap, kami tidak gentar untuk menjadi perisai kepada DS Anwar.  Justeru itu, amat bijak jika pihak berkuasa mencegahnya dari awal melainkan sememangnya mereka mahu melihat sesuatu yang tidak baik berlaku.  


Saya menyeru kepada semua rakyat Pahang termasuk dari NGOs atau pertubuhan-pertubuhan yang cintakan keadilan, agar dapat hadir menyambut ketibaan DS Anwar.  Tiada sebarang perhimpunan yang dirancang sekadar hadir menyambut bakal PM ke 7, iaitu DS Anwar Ibrahim ke Pahang, InsyAllah.  AMK Pahang, SAMM Pahang, Jingga 13 Pahang dan Unit Amal di antara yang telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.  Kumpulan-kumpulan ini akan memantau sekitar Lapangan Terbang tersebut pada waktu ketibaan DS Anwar, sekiranya terdapat kehadiran puak-puak pengacau ini di situ, pihak kami akan bertindak untuk mengawal keselamatan DS Anwar.

Seandainya benar mereka mendakwa bahawa populariti atau pengaruh DS Anwar kini semakin merudum di bawah Najib, lojiknya mereka tidak perlu untuk menghalang ketibaan DS Anwar.  Tetapi, jika mereka memikirkan sebaliknya, mereka juga perlu memikirkan akibat dari kesilapan yang akan mereka lakukan nanti.  Mereka boleh upah seberapa ramai untuk hadir membuat kekecohan atau provokasi, namun bagi kami provokasi seperti itu sudah lali buat kami.

DS Anwar dijangka tiba dengan pesawat pada jam 3.10 petang.  Beliau akan mendengar taklimat di Ibu Pejabat PKR Negeri, Beserah selepas itu dan kemudiannya akan menyampaikan amanat penting beliau di Balok Putra mulai jam 5. petang.  Selepas itu, beliau akan meneruskan jelajahnya ke Terengganu pula.  Ayuh, kita raikan kehadiran DS Anwar di samping kita mendoakan agar beliau terhindar dari kesan fitnah yang tidak pernah putus oleh rejim yang hampir pupus itu./wfauzdin.blogspot.com


2 ulasan:

  1. lain macam je skot ,,,,, pakida dah di basuh otak nya agar bikin huruhara jika umno/bn kalah di pru 13 nanti ,,,, maka jika berlaku harubiru maka najib dan kuncu kuncu nya akan kekal berkuasa ,,,

    BalasPadam
  2. UMNO, Pekida, Perkasa dan kumpulan2 sewaktu dengannya memang kurang ajar.

    BalasPadam