Jumaat, 27 Januari 2012

BLOGGER UMPORNO CABAR ANWAR DEBAT ISU MORAL DENGAN NAJIB

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU terbaca satu blog pro Umno yang aku malas mahu letak link kat sini sebab aku takut ramai belia kita akan menjadi rosak akhlak apabila membaca blog fitnah dan lucah.  Blog tersebut menyarankan agar Anwar dan Najib berdebat di dalam isu `moral', bukannya di dalam isu dasar atau ekonomi negara.

Memang puak-puak tu amat suka kepada cerita-cerita seks dan lucah sebab itu muka-muka mereka lah yang selalu hadir ceramah Umi Hafilda yang pastinya boleh membuatkan mereka `resah, panas dan ghairah' mendengar cerita lucah dari betina tua yang bujang itu.  Maka, tidak hairanlah mereka tidak peduli soal dasar atau ekonomi negara, yang mereka mahu dengar adalah cerita lucah.  Sebab itu, mereka mencadangkan agar debat Anwar dan Najib mesti menjurus ke arah itu. 

Sebenarnya, mereka ketinggalan bas.  Awal-awal lagi Anwar sudah bersedia untuk berdebat dengan Najib atas tajuk apa sekalipun hatta soal moral.  Anwar menyebut sedemikian sewaktu Najib pernah berkata sekiranya beliau berdebat dengan Anwar, Ketua Pembangkang ini pasti demam.  Anwar telah menjawab bahawa beliau tidak kisah jika demam sekali pun asalkan Najib menjadi `jantan' bukan `betina' yang hanya pandai menyalak di depan media sahaja.  Anwar berulangkali menyebut beliau lebih suka berdebat soal negara dan kebaikan rakyat, tetapi jika Najib mahu berdebat di dalam isu moral sekali pun beliau bersedia menerimanya. 

Oleh yang demikian, Blogger pencacai Umno ini tidak perlulah menampakkan kebodohannya dengan membuat cabaran yang pasti akan menyusahkan bos mereka sendiri iaitu Najib.  Anwar telah lama mencabar Najib sebelum Blogger bengap ini membuat cabaran.  Sekarang, Blogger bengap dan lembab ini harus memulakan tindakan mendesak agar Najib bertukar menjadi `jantan sejati' untuk menyahut cabaran Anwar berdebat samada di dalam isu ekonomi mahu pun isu moral.  Beranikah Najib?  Jika Najib berani, esok aku mohon borang Umno !!/wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Entah la bro tp aku nak lari tajuk skit terutama bab video seks yg bakal keluar n kes liwat. Bergoling tonggeng aku n geng2 duk bela DSAI ni,tambah plk DSAI beri amaran keras terutama pd Khairul Anas dlm satu ceramah dulu,Tup2 DSAI main maaf je,lps ni keluar lg isu2 moral,kita lawan lag n dia maaf lagi.Yg nampak hero n besar jiwa adalah dia tp kita ni semakin meramaikan musuh.Letih gini,klu asyik nak main maaf je konon jiwa besar,lps keluar video baru n liwat baru,beliau tanggung sendiri la.Tak daya dah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brooo.. belajar dari Rasullah.. nak tanya lu lah, adakah para sahabat merunggut dan menyumpah nabi apabila dia memaafkan musuhnya (Abu Sufian and the geng) yang dulu terkenal dengan samseng dan tindakan penyeksaan yang kejam terhadap umat Islam setelah penaklukan Mekah? Tidak bukan? malah mereka lebih sayang Rasullah dan memahami Islam dengan lebih dalam. Itu pejuang sejati bukan pejuang kafir yang berdendam!

      Padam
  2. tu la pasal. Jiwa besar tapi lalai menjauhkan diri dr setan2 sekeliling. Buang masa PR dok bela jawab kat rakyat yg mana sepatutnya di gunakan utk memberi penerangan ttg perancangan PR. Gua dr dulu ckp, Anwar sendiri yg memberi ruang kepada setan2 utk 'mengenakan' dia. Bkn setakat video, kemungkinan besar satu rakaman suara di antara dua org yg rapat dgn Anwar akan tersebar sebagai senjata terakhir menjelang pengudian nnt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro.. kita tahu anwar bagaimana dengan orang disekellingnya. Mudah ramah dan mesra. Adakah dengan sikap itu menjadikan kita membenci beliau. Aku mempunyai Ibu yang begitu lembut orangnya namun kelembutannya diambil kesempatan oleh orang lain. Adakah aku akan memarahi ibuku.. tidak sekali2 kerana aku kenal siapa beliau.. Aku akan bertambah membenci kepada sesiapa yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelembutan ibu..

      anda paham?.. ;-)Beristiqamahlah.

      Padam