Sabtu, 14 Januari 2012

FITNAH ANWAR KAKI JANTAN DAN BETINA GAGAL, KINI SOLAT ANWAR PUN JADI BAHAN FITNAH UMPORNO

Oleh:  WFAUZDIN NS

APABILA DS Anwar dibebaskan oleh mahkamah, maka meroyan segala kaki-kaki fitnah di dalam Umporno bagaikan mahu hilang nyawa.  Memang pun Umporno sedang nazak ketika ini kerana rakyat kini tidak lagi peduli kepada cerita lucah, maki hamun dan fitnah dari Umporno tetapi rakyat kini berfikir mengapa setelah lebih 50 tahun Umporno memerintah, rakyat semakin susah bukan bertambah senang.

Umporno tidak mampu menjawab segala isu yang melibatkan rakyat seperti isu Felda, NFC (lembu kondo), wang zakat yang digunakan untuk halang Hukum Qazaf, Cukai (GST), kenaikan harga barang dan berbagai lagi isu termasuk rasuah yang semakin meningkat di negara ini.  


Oleh kerana kehabisan modal, memaksa Najib bercakap soal sampah di Selangor.  `Standard' PM bercakap pasal sampah?  Memang layak seseorang yang berfikiran sampah hanya tahu bercakap soal sampah.  Justeru itu, fitnah terpaksa terus dimainkan dan apakah lagi fitnah yang boleh ditujukan kepada DS Anwar?  Liwat?  Ternyata gagal semenjak dari Liwat I hingga Liwat II yang terbaru.  

Liwat I melibatkan Azizan, siapa boleh lupa bila mana Azizan tidak ingat tarikh bila beliau diliwat.  Apabila ditanya oleh Peguambela DS Anwar, siapa yang memberitahu kamu tarikh kamu diliwat?  Selamba sahaja Azizan menyebut Musa Hassan yang cadangkan tarikh tersebut. Pening dibuatnya, siapa sebenar yang diliwat?  Azizankah atau Musa Hassan?  Itu belum dikira tarikh pertuduhan dipinda beberapa kali kerana tarikh awal yang disebut menunjukkan kondo tempat yang kononnya berlaku kejadian liwat ketika itu belum siap.  Jawapan mudah pihak Pendakwa, `Typing Error'.  Masakan `Typing Error' boleh berlaku lebih dari sekali atau teruk sangatkah kerani yang menjadi tukang taip kertas pertuduhan tersebut?  Banyak lagi peristiwa di dalam mahkamah di dalam kes Liwat I dahulu menjadi bahan ketawa orang ramai.

Liwat II melibatkan Saiful begitu juga.  Bermula dengan kisah Najib tidak kenal Saiful.  Lepas tu, Najib beritahu Saiful berjumpa beliau di pejabat atas urusan mohon biasiswa.  Bagaimana seseorang yang gagal di dalam pengajiannya boleh memohon biasiswa?  Lebih lucu lagi boleh bertemu terus di Pejabat PM tanpa ada protokol atau temujanji, dan semenjak bila Najib menguruskan biasiswa pelajar?  Akhirnya, lebih dramatik lagi Najib beritahu Saiful datang ke rumahnya dengan muka pucat dan menggigil-gigil melaporkan beliau diliwat.  Apabila dipanggil ke mahkamah untuk menjadi Saksi, Najib tidak berani tampil walaupun sebelum itu melalak di dalam TV memberitahu beliau tahu semuanya. 

Melucukan, Saiful tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya.  Ini contoh pemuda yang Soleh sehingga terdapat kesan lebam di dahinya.  Kesan lebam di dahi kononnya kuat ibadat itu, dijelaskan lagi dengan kisah skandal sulit beliau dengan salah seorang Tim Pendakwa.  Skandal ini langsung tidak dijawab oleh Saiful samada menafikannya atau tidak.  Pemuda Soleh ini bersumpah laknat di dalam masjid.  Pemuda yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya, yang mempunyai skandal sulit, yang tidak mencuci dubur selama dua hari tetapi tetap bersolat ini mengharapkan sumpah laknatnya berjaya memperbodohkan rakyat.  Malangnya, hanya puak-puak lembu kondo sahaja yang mahu percaya.

Kisah video seks?  Sejak awak kisahnya sudah nampak bohong.  Cuba kita ingat kembali awal mula cerita yang dibawa oleh Eskay.  Beliau menceritakan, sewaktu beliau bersama DS Anwar keluar meninggalkan hotel tersebut, DS Anwar minta beliau mengambil jamnya yang tertinggal di dalam bilik hotel.  Eskay masuk bilik mengambil jam dan terjumpa wayar alat perakam video yang disorokkan.  Beliau mengambil alat tersebut dan setelah dibuka, beliau terperanjat apabila melihat kononnya aksi seks DS Anwar dengan seorang wanita Cina.  Tetapi, di dalam pengakuannya bersama kumpulan `Datuk T' di dalam sidang media kemudiannya, beliau mengaku terlibat di dalam perancangan video seks berkenaan.  Mana satu yang betul?  Mula-mula terjumpa alat, kemudiannya mengaku pula terlibat?

Lebih memeningkan, laporan bercanggah dari Eskay dengan pihak Polis.  Ada laporan menyebut berlaku di hotel dan ada laporan menyebut berlaku di kondo.  Ada laporan menyebut wanita Cina seorang pelajar, ada menyebut bukan pelajar.  Itu belum dikira kandungan di dalam video berkenaan yang jelas secara fizikalnya pelaku bukanlah DS Anwar.  Tambahan pula, mereka yang telah menonton video berkenaan termasuk wartawan dapat mengesahkan fitnah ini.  Jam Omega?  Ada yang dakwa jam tersebut dihadiahkan oleh Kerajaan Arab Saudi.  Tetapi akhirnya disahkan jam tersebut didaftar di Taiwan.  Pihak Polis menyebut bahawa isu jam sudah selesai dan DS Anwar juga mengesahkan bahawa jam tersebut masih berada di dalam simpanannya.

Persoalan mereka, mengapa DS Anwar tidak tunjukkan jam tersebut?  DS Anwar bukan bodoh untuk menampilkan bukti awal sebelum kes dibawa ke mahkamah (jika dibawa).  Sewajarnya, mereka kena mencabar Eskay tunjukkan jam Omega yang kononnya ada pada beliau.  Bukankah sipenuduh dibebankan dengan bukti bukan yang dituduh?  Bodoh sangat DS Anwar jika beliau terpaksa menunjukkan bukti terlebih dahulu sebelum si penuduh mengemukakan bukti. 

Kesemua fitnah mereka tidak berkesan.  Saya terbaca satu blog yang penulisnya sudah kehabisan modal untuk melakukan fitnah lain pula.  Kali ini, soal sembahyang DS Anwar juga menjadi bahan fitnah beliau.  Dikatakan bahawa DS Anwar kerap sembahyang Asar di dalam satu hari semata-mata untuk menunjukkan beliau warak.  Baca di SINI.  Habis sudah modal mereka.  Itu tanda Umporno bakal berkubur dan mereka masih berharap agar jangka hayat Umporno dapat diselamatkan melalui dubur Saiful./wfauzdin.blogspot.com

13 ulasan:

  1. Memang tersangat khianat tanpa batasan puak parti pandi kutty gerombolan APCO sekutu jahiliah !Apa yang tidak mereka lakukan ? Boleh dibayangkan segala kerja khianat hingga tak terfikir oleh insan yang waras dan beriman, begitulah kerja dajjal laknatullah puak umno-apco-BN tanpa belas kasihan dan kelangsungan dari liwat 1 ke liwat 2 termasuk semua fitnah dan bermacam hasad lagi,hingga kereta DSAI pernah disabotaj untuk membunuh ! Allah SWT maha kuasa dan segala yang dirancang hanya DIA juga yang menentukan, Allahu Akhbar !

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga Allah menghancur kan pemfitnah dan hancur kan juga peliwat dan penyokongnya.mudah mudahan aman dunia ini.

      Padam
    2. yang buat kerja jahat adalah kita, tapi kita tuduh orang yang buat fitnah.Allah maha mengtahui. Ya Allah hancurkan kejahatan dan peliwat sehancur hancurnya sebagaimana kau hancurkan umat nabi LUT.

      Padam
  2. Aku pun naik heran, mengapa puak2 UMNGOK ni suka buat fitnah. Takkan tok2 guru mereka tak ajar dosa pahla? Ulama besar mereka, Tun M sendiri yg dah mengaku ulama, mengapa tak seru supaya ahli2 UMNGOK mengejar syurga?

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku pon naik heran kenapa pencacai ini asyik menuduh UMNO buat fitnah, yang sedap nya kote bengkok yang salahnya UMNO.

      Padam
    2. Kote bengok? sempat anjing bertopeng manusia ini menyalak kata fitnah.. isu video belum dibicarakan dah mula melalak fitnah!! hang dah lupa nak mintak maaf pada anwar isu mengfitnah liwat yang sekarang ni didapati tidak baersalah..berpuluh ribu UMNGOK lagi harus melakukannya juga.

      Padam
  3. semuga umno dibinasakan Allah swt.

    semuga semua konspirator disiksa Allah dunaia akhirat.

    mereka sudah melampau utk didoakan kebaikan.

    jahanam utk mereka semua. amiinn

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, kita doakan semoga sesiapa saja yang pernah melakukan aktiviti meliwat di hancurkan oleh Allah.Binasa di dunia lagi macam kaum LUT

      Padam
    2. sempat anjing bertopeng manusia ini menyalak kata fitnah.. isu video belum dibicarakan dah mula melalak fitnah!! hang dah lupa nak mintak maaf pada anwar isu mengfitnah liwat yang sekarang ni didapati tidak baersalah..berpuluh ribu UMNGOK lagi harus melakukannya juga.

      Padam
  4. ku doakan semoga orang yang memfitnah , orang yang meliwat dan orang yang menyokong liwat di hancurkan oleh Allah di dunia lagi. marilah sama sama kita mendoakan demikian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sempat anjing bertopeng manusia ini menyalak kata fitnah.. isu video belum dibicarakan dah mula melalak fitnah!! hang dah lupa nak mintak maaf pada anwar isu mengfitnah liwat yang sekarang ni didapati tidak baersalah..berpuluh ribu UMNGOK lagi harus melakukannya juga.

      Padam
  5. Sudah semestinya 'masyarakat' dan 'budaya' UMNO dihapuskan. Nanti negara menjadi aman damai.

    BalasPadam
  6. aku juga berdoa moga2 Allah beri balasan dunia yang amat azab buat para pemfitnah ini semoga menjadi pengajaran buat pencacai2 amno yang bodoh2 di bawah sana. Skrip fitnah liwat 1 dan 2 nampak sangat bahlol dan buduh... aku yang duduk kat kampung pun hari2 terberak terkencing gelak terguling-guling melihat fitnah skrip bodo ni. Ni nak habaq mai kat hangpa yang dok fitnah DSAI, baik hangpa pi minta maaf kat dia sebelum malaikatmaut cabut nyawa hangpa..hangpa ingat hangpa dok ikut amno fitnah dia tu ingat hangpa boleh hidup selama2nya ka? Azab dan sakit ooo siksa dalam kubur...Kenapa tarak pecayee ka??? kalu tarak percaya tunggulah bila nyawa hanpa kena cabut. INGAT!!! mati ni kalau dah sampai masa, di padang bola pun boleh mati..ada faham ka kaki pemfitnah sekalian?????- Din Kuboq Panjang.

    BalasPadam