Sabtu, 28 Januari 2012

FOTO - HEBAT SANGATKAH UMNO DI JALAN KEBUN? PROGRAM MALAM TADI MEMBUKTIKAN MEMANG UMNO HEBAT !!

Oleh: WFAUZDIN NS 

MALAM tadi di Jalan Kebun, ramai yang menjangkakan sesuatu yang `panas' akan berlaku.  Maklumlah baru beberapa hari di kawasan itu telah diadakan Pelancaran ABU (Asalkan Bukan Umno) yang mana puak-puak bacul yang gentar Umno berkubur datang mengganggu program tersebut.

Maka, berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku pada malam yang menampilkan Chegu Bard, Mat Sabu, pemimpin Hindraf dan beberapa NGO lain yang begitu jijik dengan Umno.  Apakah mereka ingat kita takut?  Mereka silap besar kerana kumpulan ABU tidak pernah kenal erti takut sepertimana Najib takut dengan debat. 

Maka, malam tadi diadakan program ceramah di kawasan yang sama tetapi kali ini kita hanya menampilkan tokoh wanita sahaja untuk melihat sejauh mana hebatnya pencacai-pencacai di situ.  YB Nurul Izzah sudah memadai untuk berdepan dengan pencacai-pencacai di kawasan itu.  Kali ini mereka tidak tampil seperti malam yang sudah.  Mereka tahu mereka akan `lunyai' dikerjakan sekiranya mereka biadab kali ini.

Puak pencacai pun merancang mengadakan program ceramah yang sama dan jarak lokasi ceramah mereka dengan ceramah anjuran kita lebih kurang 150 meter sahaja.  Aku pun tidak tahu mengapa permit dibenarkan di dalam keadaan jarak sedemikian.  Katanya, Jalan Kebun mereka mempunyai solid penyokong parti Melayu yang semakin layu itu.  Benarkah?

Lihat foto di bawah dan bandingkan sambutan orang ramai terhadap kedua-dua program yang diadakan serentak malam tadi;  Maka, sewajarnyalah puak pencacai yang bacul ini amat takut dengan Program ABU.

Ini ceramah UMNO.....

macam tempat zombi kampung pisang lak...

kerusi setia mendengar ceramah umno

ini lah jumlah yang ada setelah siap dicampurkan dengan kuncu-kuncu panglima buntal
 
Di bawah ini Ceramah Pakatan Rakyat. Ini baru YB Nurul Izzah sahaja yang tampil.....






keadaandi belah luar di setiap tingkap yang ada..

peniaga pun dapat mencari rezeki


melimpah keluar





Terima kasih kepada Blog Liang Lahad.Blogspot di atas ihsan foto-foto di atas./wfauzdin.blogspot.com

7 ulasan:

  1. Ceramah BN kerusi lebih banyak dari orang

    BalasPadam
    Balasan
    1. ABU buat kat dewan, ada aircond, makan nasik ayam, penceramah lak anak ketua pembangkang, perempuan lak tu, tentu rame yg mai, umno lak tampilkan baharom gumuk sebab tu tak ramai, cuba bawak boboi, yg menang baru ni, mau tak cukup kerusi, tak pon tambah 10$ pd sapa2 yang mai, lagi meriah broo, wa cakap luuuuuuuuuuuuuuu.

      Padam
  2. mudah2an yg hadir tu dpt pulak mewarwarkan kpd kaum kerabat serta jiran sekampung yg hadir di khemah sebelah sana

    BalasPadam
  3. nampak macam spesis dari kandang feelot saja pic di atas sekali ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. lombu terlopeh kandang


      ***aidono***

      Padam
  4. Demer kate gambor umno diambil mase ceramah belum muler kihkihkih

    BalasPadam
  5. pemandangan biasa tu .... kalau buat macam umno satu motor RM 50.00 mcm di fekda gedangsa .. sewa bas bawa pendengar ... bolih guna stadium begara kot ... tahniah di ucapkan ....jangan jadi pengerusi risda ... di pentas risda pun cerita sex ... memalukan jabatan risda ... masalah benih dan baja dah bertahun tidak seselai.

    BalasPadam