Jumaat, 20 Januari 2012

KESIHAN BAPA SAIFUL, MUNGKINKAH SANGGUP ANAK MENIPU BAPANYA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SETELAH membaca rayuan dan keluhan bapa pemuda yang minum kopi dan makan karipap setelah kononnya diliwat itu, di SINI, maka saya merasa simpati juga kepadanya.  Terfikir oleh saya sampainya hati si anak memperdaya bapanya dengan cerita karut marut tersebut sehinggakan bapaknya benar-benar yakin bahawa memang anak jantannya itu kini kehilangan `teruna' akibat diliwat.

Mungkin tidak diceritakan perkara sebenar oleh si anak ini kepada bapanya bahawa liwat memang berlaku tetapi dengan plastik.  Atau, liwat berlaku secara `ghaib' mahu pun melalui `Bluetooth'.  Si bapa ini mungkin tidak pernah bertanya kepada anaknya, mengapa si anak mengadu kepada Polis dua hari selepas liwat dikatakan berlaku.  Mungkin juga, si bapa tidak tahu atau tidak diceritakan bahawa si anak ini mahu memohon biasiswa dan tempat untuk memohon biasiswa adalah di Pejabat PM iaitu Najib.  Si bapa ini juga mungkin tidak pernah mengambil tahu tentang pembelajaran anaknya sehinggakan gagal di dalam peperiksaan tetapi berhajat untuk memohon biasiswa secara terus dengan Najib.

hiasan

Adakah si bapa ini tahu tentang cerita anaknya tidak pernah membuang air besar bahkan tidak pernah mencuci duburnya selama dua hari?  Mungkin si bapa tidak tahu kerana beliau melihat anaknya pergi Solat Jumaat selamba sahaja dan sudah tentu anaknya telah membersihkan keseluruhan dirinya.  Banyak yang si bapa ini tidak tahu tentang anaknya itu.  Tahukah si bapa bahawa seluar dalam anaknya itu pernah tertinggal di rumah teman wanitanya?  Atau, adakah si anak pernah menceritakan hubungan sulit beliau dengan seorang wanita salah seorang dari Tim Pendakwa yang kemudiannya disingkirkan?

Kesihan si bapa ini kerana beliau mati-mati percaya bahawa anak jantannya itu diliwat secara paksa oleh orang tua yang uzur walaupun anak jantannya itu masih muda dan perkasa. Paling menyedihkan, si bapa ini tentu hairan mengapa Najib yang tahu banyak kisah tentang `trajedi' yang menimpa anaknya itu tidak mahu tampil untuk memberi keterangan di mahkamah.  Jika saya selaku bapa si pemuda ini, sudah pasti saya akan merayu dan melutut depan Najib agar sudilah kiranya membantu anak saya yang telah `teraniaya' itu.  Sudah tentu Najib akan tampil memberi keterangan dari A sehingga Z tentang apa yang beliau tahu untuk memberikan keadilan kepada pemuda ini.  Malangnya, Najib tidak berbuat demikian.  Mengapa?  Sudah tentu ada sebab musababnya kerana orang yang benar selalunya berani.

Tempoh untuk membuat rayuan hanya tinggal beberapa hari lagi.  Saya harap Peguam Negara tentu ada sebab untuk merayu atau tidak.  Bapa pemuda ini juga tentulah ada sebab mengapa beliau beriya-iya meminta agar kes ini dirayu.  Maklumlah, bukan mudah untuk berdepan dengan masyarakat jika masyarakat tahu keturunan kita ini kaki fitnah dan sanggup berbuat apa sahaja demi perut. /wfauzdin.blogspot.com


9 ulasan:

  1. ngeh ngeh..........

    bedebah punya sipul.....

    BalasPadam
  2. Gua caya lu....best buat drama

    BalasPadam
  3. satu2 nya bapa yg tk tahu mndidik ank.traniaya amenda ny.sgala prcakapan ny lnsung tk blh pkai.crita tk slari dgn kjadian.Kta blik di kunci,yg sdia kn karipap dn minuman siapa?

    BalasPadam
  4. sibapak minta 20% dprd anaknya hasil drama ni
    ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. satu-satunya bapa yang paling tongong dalam dunia ini. Mudah-mudahan dia sempat bertaubat sebelum dia mampus terbeliak biji mata dek kerana hajat jahat yang tak kesampaian....

      Padam
  5. hubbu addunya tahap majnun khinzir boleh aku katakan dgn episod drama ini

    BalasPadam
  6. Untukmu Saiful, tak payahlah nak panjang2kan kes liwat ni lagi, cukuplah tu. Mahkamah dah buktikan DSAI tak bersalah....kalau betul DSAI meliwat, biar Tuhan menentukan hukumannya, walaupaun pada hakikatnya kejadian tidak pernah berlaku. Berserah dan Bertawakal saja pada SWT.

    BalasPadam
  7. aku tengok muka budak saipol ni bukannya rasa kasihan malahan bertambah meluat aku tengok mukanya. Bangsa tak tahu malu jahat nak mampus. Aku taram budak ni...kalaulah aku jumpa...hisss...hisss. Ada ka patut, benda2 sebegini besar yang melibatkan hukum Islam dia buleh buat muka welfare sajaa..ada ka...Aanak ngan bapa sama-sama jahat..hati hitam. Mudah2an akan ditimpakan bala ke atas mereka dek kerana jahatnya dua beranak ini...Din Kuboq Panjang

    BalasPadam