Ahad, 22 Januari 2012

PERISTIWA DI SHAH ALAM MALAM TADI - UNDI KAUM INDIA AKAN KEMBALI KE PAKATAN RAKYAT

Oleh:  WFAUZDIN NS

MALAM tadi diberitakan berlaku pergaduhan berunsurkan perkauman apabila puak-puak haramjadah yang gentar dengan kempen ABU (Asal Bukan Umno) merusuh di dalam program Ceramah Umum ABU bertempat di Dewan MBSA, Seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor.

Puak-puak bangsat dan bacul ini berlagak bagai samseng memasuki Dewan di mana beberapa pimpinan PR dijadualkan berucap.  Program tersebut dihadiri oleh Mat Sabu, Chegu Bard, Peguam Harris dan pimpinan mewakili Hindraf.  Jelas, puak haramjadah ini ingin mencetuskan pergaduhan kaum dengan mengugut dan memukul beberapa orang dari kaum India yang turut hadir. 

Betapa bangsatnya mereka berpolitik sehinggakan seperti orang tidak bertamaddun lagaknya.  Mereka kekeringan hujah untuk berdepan dengan PR sehinggakan begitu takut dengan Kempen ABU.  Ternyata ini suatu bukti bahawa Kempen ABU amat berkesan dan mula meresahkan Umno menjelang PRU akan datang.  Mungkinkah tercetusnya peristiwa malam tadi, undi kaum India kembali membara menyokong PR kerana jelas puak haramjadah itu anti kaum India?  Apa gunanya lagi kaum India menyokong mereka sekarang?
 
Di mana suara pemimpin MIC?  Usah ditanya suara pemimpin Umno kerana semua tahu Umno tetap akan mempertahankan ketuanan Melayunya yang punah ranah sekarang.  Hanya PR sahaja yang boleh selamatkan Melayu dan Islam, bahkan semua kaum di negara ini.  Umno tidak mampu dan ini dapat dibuktikan dengan peristiwa malam tadi.  Terdesaknya mereka untuk merampas Selangor terserlah malam tadi di mana mereka mengunakan cara kekerasan untuk menghadapi PR.

Justeru itu, peringatan buat semua bahawa sekiranya kita mahu menganjurkan program, pihak penganjur mesti telah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.  Tanamkan prinsip "Lembut lawan lembut, keras lawan keras".  Dengan manusia tidak bertamaddun ini, tiada guna lagi kita bersabar.  Seandainya pihak keselamatan gagal melaksanakan tugas, maka kita perlu membantu mereka./wfauzdin.blogspot.com

Di bawah ini, saya sertakan sedikit catatan dari Blog Chegu Bard tentang peristiwa malam tadi;
 
-----------------------------------------------------------------------

 
Pada 21 Januari 2012 jam 9.00 mlm telah disusun program Ceramah Umum ABU yang menampilkan Hj. Mohd Sabu (Timbalan Presiden PAS), Peguam Haris Ibrahim (SABM), cheGuBard (SAMM) dan Sambulinggam (Hindraf) di Dewan MBSA seksyen 30, Jalan Kebun,Shah Alam.

Kira - kira 8.45 malam, orang ramai memasuki dewan, kebetulan dengan waktu Isya yang lewat maka kehadiran awal ialah majoriti bukan Islam. Kira - kira 9.00 mlm semua penceramah sampai dan mula duduk diatas pentas. Serentak dengan itu datang kira - kira 20 orang pemuda menjerit perbagai cacian dan makian yang dilihat secara sengaja ditujukan kepada hadirin India. Malah ada yang membawa masuk motorsikal ke dalam dewan. Mereka bersenjatakan topi keledar dan kayu terus memukul beberapa tetamu yang hadir. Peralatan P.A dan projektor juga ada dirosakkan. Beberapa orang cedera, namun mereka tidak mahu ke hospital kecuali seorang pemuda berbangsa India terpaksa dikejarkan ke hospital kerana hampir pengsan dipukul.

Di luar dewan pula sebahagian dari kumpulan ini dengan senjata telah mengugut dengan menjerit kepada peniaga yang datang berniaga kerana program tersebut agar menutup perniagaan. Ada gerai yang menjual makanan ringan mengalamai kerugian apabila gerainya disepak dan barang makanan yang dijualnya berterabur di tanah.

Petugas dengan beberapa hadirin yang kebutulan ada yang baru datang berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan pemuda - pemuda tersebut berundur ke seberang jalan mengadap dewan. Ketika kira kira 4-5 orang ganggota polis datang, jumlahnya mereka bertambah ramai begitu juga penyokong dan hadirin yang ingin hadir bersama ceramah ABU. Keadaan mula tegang, polis dilihat tidak mampu berbuat apa-apa.

Kira - kira jam 10.00 mlm penganjur memutuskan untuk menangguhkan program tersebut kerana bimbang soal keselamatan dan mengelakkan insiden tidak diingini berlaku.

Jelas serangan tersebut ditujukan kepada hadirin bukan Melayu khususnya India, dalam taklimat sebelum bersurai cheGuBard meminta agar kawan - kawan Melayu agar dapat memastikan kawan-kawan berbangsa India dapat di iring ke kenderaan dan selamat keluar dari kawasan kerana di keliling dewan pemuda - pemuda ada yang bersenjata bertambah ramai menjerit jerit ugutan perkauman.

Ada orang tempatan yang mengenai penyerang tersebut dengan orang kuat Umno, malah dari pakaian (ada berlogo Umno), aksi dan jeritan mereka yang menghalau orang India keluar kerana ini kawasan Melayu kubu Umno jelas menunjukkan serangan tersebut harus dipertanggungjawabkan kepada Umno. Mereka sedang mencipta pergaduhan kaum, mujur yang hadir tenang dan bertindak bijak.

Kejadian malam tadi membuktikan sikap sebenar Umno dan hipokrasi kempen 1 Malaysia. Adakah orang India sudah tidak selamat berada dikawasan ramai penyokong Umno ? satu lagi paku telah diketuk untuk menyiapkan keranda Umno menjelang PRU akan datang.

Umno harus dipertanggungjawabkan dalam kejadian serangan fizikal, ganas dan bersifat perkauman ini. PDRM dituntut bertindak profesional gambar rakaman semua tersedia dan diserahkan bersama dengan laporan yang dibuat penganjur.

Kejadian ini sama sekali tidak melemahkan. Malah semua rakyat dijemput untuk hadir ke


Pelancaran ABU Negeri Sembilan
28 Januari 2012, 9.00 malam
Taman Seremban Selatan.


Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
22 Jan 2012

8 ulasan:

  1. NAMPAKNYA ABU berjaya dgn misinya....andainya mohd sabu yg bercakap hang tuah tak wujud ,tak tahu lah aku apa jd 1mesia.nasib baik prof.kookaykim bukan ahli PR.Kesian kt penyokong amno dh le bodo ,bengap lak...bjuang tak kena tempat...coba2lah fikir sejenak...

    BalasPadam
  2. Saya ada menonton tayangan Youtube berkaitan peristiwa ini dan didapati penyokong ABU pengecut.

    Dari pemerhatian saya, budak gemuk yg jadi kepala samseng dan yg lain2 budak kurus, di perhatikan juga di pihak ABU ada juga yg gemuk tetapi tidak berani melawan, betullah kata org, harapkan gemuk je....tetapi penakut.

    Apa nak ditakutkan apabila musuh sudah masuk sehingga kedalam dewan, itu sedah kawasan kita, lawanlah....apa lagi....

    Soal nyawa melayang, apa heran....

    Yang datang satu nyawa, kita pun satu nyawa.... bukan yg datang ada 2 nyawa.

    BalasPadam
  3. Bro bengap 1:56 am

    Kalau berok amnongok tu samseng, tak kan kita pun nak ikut jadi samseng

    Kalau beruk amnongook tu terencat akal, tak kan kita pun nak ikut-ikut terencat akal

    Tak kan lu tak boleh fikir, kalau kita lawan dan kebetulan ada sekor dua berok tu cedera, dah tentu masuk TV burukkan PR

    kalau bodo pun lu janganlah letak otak lu kat lubang jubor sekpol

    BalasPadam
  4. Sesekali bagi penampaq jepun kat bangsa tu apa salahnya...kasi ajaq cket tak sedar diri tak sedaq di untung...syabas anak melayu kg jalan kebun....org india pun dah bosan dgn pakatan rakyat yg suka menipu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg tk sedar di untung kmu sndri.dh tersepit dgn br mcm msaalah,msh nk prtahan kn krajaan celaka yg ada skrg ni.bla nk sdar?nk tunggu smpai hang dh mnadah tempirung bru nk sdar ke!

      Padam
  5. apa kata buat program lagi(ABU)disitu.kali ni kita tunggu budak gemok tu apamacam?
    kalau jumpa bukannya apa,aku nak ludah dia macam panglima2 ludah umno,kah kah kah

    BalasPadam
  6. Mereka sudah gabra, sanggup menghalalkan cara demi menjaga kuasa yang ada pada mereka

    BalasPadam