Ahad, 5 Februari 2012

SEMUA ULAMAK SOKONG HASSAN JATI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

HASSAN Anak Ali atau Hassan `Parasit' tidak akan membuat rayuan terhadap pemecatannya dari ahli PAS.  Itulah yang dilaporkan oleh Malaysiakini.  Satu berita yang amat menggembirakan kita dan memang wajar Hassan Jati berbuat demikian kerana `Parasit' wajib dibunuh di dalam PAS.

Beliau mendakwa hanya 72% sahaja Ulamak di dalam PAS sekarang.  Kita mahu tanya beliau pula, berapa peratus pula Ulamak yang bersamanya sekarang atau yang sudi berada di dalam JATI?  Adakah yang hadir mendengar kelentong beliau di dalam ceramah-ceramahnya itu Ulamak?  Beliau sendiri pun bukan Ulamak bahkan beliau seorang yang bersifat `Fasik' salah satu sifat orang yang selalu menipu dan berhati busuk.


Beliau jahil tentang PAS walaupun pernah berada di dalam kepimpinan PAS.  Beliau tidak tahu bahawa PAS bukan parti Alim Ulamak, tetapi PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam samada mereka itu terdiri daripada Ulamak atau tidak.  Adakah Hassan `Parasit' ini menganggap mereka yang memberikan ruang kepadanya bercakap di TV 3 suku atau memberikan tempat untuk beliau berceramah itu golongan Ulamak? 

Selepas baru dipecat dari PAS baru Hassan Parasit tersedar bahawa bukan semua di dalam PAS itu Ulamak?  Ketika beliau dipilih menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor dahulu, mengapa beliau terima jawatan tersebut kerana beliau bukan Ulamak bahkan bukan Ustaz sekalipun.  Atau, ketika itu beliau perasan dirinya Ulamak hanya dulu glamour sebagai Pengacara Forum Perdana di RTM sahaja?

Beliau tidak sedar, orang yang hadir di dalam setiap ceramahnya hanyalah untuk melihat sejauh mana Hassan meroyan.  Majoritinya sudah tentu ahli-ahli Umno yang sememangnya suka melihat Hassan Parasit menjadi Badut di pentas menghentam PAS.  Maka, beliau perasan bahawa beliau kini disanjung oleh Ulamak.  Jika Noh Omar sendiri kata, perjuangan Hassan Parasit sebiji sama dengan perjuangan Umno, usahlah Hassan Parasit perasan beliau seorang pejuang Islam./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. Gambor Hassan Ali dengan padi tu lucu ler.

    BalasPadam
  2. yang pasti kandungan jati akan hancur 100% bukan sekadar 50%.....MEMANG sesuai muka hasan ali digunakan dlm iklan beras jati....

    BalasPadam
  3. memang hassan beras jati ni kaki hancur lah bro

    BalasPadam
  4. Beras hancur sapa mau beli weiiii...
    Makanpun tak lalu
    Buat dedak LEMBU Shahjilat boleh la

    BalasPadam