Khamis, 22 Mac 2012

AZMIN PULA DISERANG KERANA HARTA, PILIHANRAYA HAMPIR SANGAT

Oleh: WFAUZDIN NS

SECARA tiba-tiba giliran Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR pula diserang.  Isu harta Azmin pula timbul.  Sebenarnya isu ini sudah berpuluh tahun disebut seawal zaman reformasi lagi mereka mendakwa Azmin memiliki harta di dalam dan di luar negeri yang terlalu banyak, mungkin jauh lebih banyak dari `tokey lembu Feelot'.

Tandanya apa?  Tandanya kita di dalam PR perlu bersedia kerana Pilihanraya Umum semakin hampir.  Apabila isu-isu basi sudah mula dimamah semula oleh Umno, maka itulah tanda mereka sudah tidak mampu lagi untuk mencari kesalahan pemimpin PR.  Di TV3 suku malam tadi, tegang urat Ruslan Kassim bekas Ketua Penerangan KEADILAN mencabar Azmin letak jawatan kerana `harta'nya.

Wahai Ruslan Kassim.  Apakah kamu ingat rezeki Allah tidak beri kepada orang lain selain dari mereka yang hanya minta sedekah di dalam Umno?  Kamu dulu sewaktu di dalam KEADILAN bukan main hebat membelasah Umno, tiba-tiba timbul kes bahawa kamu mahu dimufliskan oleh pihak bank.  Oleh kerana perjuangan kamu adalah untuk perut, maka kamu pun istihar keluar KEADILAN.  Kes muflis pun senyap.  Orang macam ini kah yang mahu mencabar Azmin letak jawatan?  Malu lah sikit pada kawan-kawan kamu yang lain yang mengenali siapa kamu. 

Aku bukan penyokong kuat Azmin atau taksub dengan Azmin.  Azmin seperti manusia lain juga mempunyai kelemahan.  Tetapi kekuatan Azmin yang Ruslan Kassim tidak boleh tandingi hatta sebanyak taik kuku itu adalah kesetiaan beliau pada parti.  Jika benar Azmin memperolehi kekayaan dengan cara merompak harta rakyat atau rasuah, sesiapa sahaja boleh laporkan dan SPRM boleh siasat.  Jika ada bukti, heret saja Azmin masuk ke mahkamah.  Habis cerita.  Apa masalahnya?  Bukan Azmin sahaja, jika DS Anwar sekalipun mereka boleh heret jika cukup bukti.  Sekadar buat cerita bodoh di dalam TV dan Utusan buat apa?  Rakyat tidak sebodoh Ruslan Kassim.

Peliknya, tidak sepatah pun keluar dari mulut Ruslan Kassim menyuruh Shahrizat letak jawatan sebelum ini.  Siapakah pemimpin Umno yang pernah disuruh oleh Ruslan Kassim letak jawatan selama beliau berada di dalam Umno?  Kita di dalam PR berbeza, kita tuduh bersama dengan bukti dan ada asasnya.  Contoh, isu lembu di dalam kondo.  Ada asas dan kini akan dibawa ke mahkamah.  Isu cincin RM24 Juta, ada asasnya iaitu Borang Kastam dan diakui sememangnya cincin itu ada masuk ke negara ini walaupun tiada rekod keluarnya cincin itu.  Isu dagang dengan Israel pun ada asasnya iaitu berupa dokumen dan akhirnya Menteri akui sememangnya ada hubungan dagang.

Tuduhan terhadap Azmin apa asasnya?  Adakah kerana Azmin memiliki dua tiga biji kereta sport maka tandanya Azmin rasuah?  Jika begitu asasnya, ramailah anak-anak Raja atau kerabat Diraja yang kaki rasuah kerana mereka juga banyak memiliki kereta mewah.  Kalau Ruslan Kassim hanya mampu memiliki kereta buruk walaupun makan minum disuap oleh Umno, jangan dengki atau iri hati jika orang lain lebih dari kamu.   /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Penjilat UMNO mula cari makan.dulu masa dlm keadilan si ruslan kassim ni ngaku jadi cucu cicit hang jebat. skrg jadi hang sebat duit.

    BalasPadam
  2. dlm pr byk jugak bukti..
    dap dgn resit misterinya

    trajedi budak dap itu sebenarnya bukan kepalang..

    xda sapa berani wat politik gila kecuali puak 'mosad' ngeri kwcik tu... think thank bekerja dari negeri kecik tu je...betrima kisihh la korang pa jo jo tu..

    tersirat nya ahli2 yg mati tuhutang nyawa dgn budak kecik tu.. dan sebaliknya anu thutang budi sungguh pd jo jo...

    tq jo jo..' ur service is too excelent''

    BalasPadam