Jumaat, 23 Mac 2012

DEBAT TIGA PENJURU - TAKKAN NAJIB TAKUT LAGI KOT?

Oleh:  WFAUZDIN NS

SEKALI lagi DS Anwar mempertaruhkan maruahnya untuk berdebat dengan Najib, bahkan sanggup berdebat sekaligus tiga penjuru dengan Raja Petra Kamarudin (RPK). Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibraim hari ini berkata, beliau bersetuju untuk berdebat dengan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Katanya, pengasas Wikileaks - laman pembocor maklumat - Julian Assange bersetuju menganjurkannya dan beliau sudah pun memberikan jawapan "ya".  Bercakap dalam sidang media di lobi parlimen, Anwar berkata, Assange sebelum ini menghubunginya melalui pesanan di Twitter (Malaysiakini).

Debat Anwar - Shabery Cheek suatu ketika benar-benar menghantui Najib
Alaahaiii...ini pemimpin Umno yang hebat?

Diberitakan RPK juga telah memberikan jawapan bersetuju untuk perdebatan tiga penjuru. Nah, sekarang kita tunggu samada Najib benar-benar `anak jantan' atau tidak. Najib jangan cuba memalukan anak Pahang yang terkenal dengan sifat pahlawan Tok Gajah. Najib tidak perlu berkokok di dalam media perdana sahaja kerana jurukamera TV3 suku itu pun sudah naik jelak dengan mengadap muka Najib bercakap seorang diri.

Keberanian Najib mencabar DS Anwar hanya terhad di atas pentas majlis beliau bersama orang ramai yang diberi jamu dan diangkut dengan bas dan adakalanya dipaksa datang. Maka Najib pun terasa lah hebatnya. Jika dikira semenjak Najib jadi TPM hinggalah beliau menjadi PM sekarang, sudah berpuluh kali beliau dicabar untuk sepentas dengan DS Anwar, namun anak Pahang keturunan Tun Razak ini sentiasa menyorok di bawah ketiak Bik Mama.

Najib beri alasan, DS Anwar tidak layak berdebat dengan beliau kononnya Ketua Pembangkang ini moralnya rendah. Baiklah, jika Najib rasa moral beliau setinggi atau setaraf dengan Tok Guru Nik aziz atau Haji Hadi atau pun paling tidaknya Mat Sabu, adakah Najib sanggup berdebat dengan mereka? Jawapannya, Najib tetap tidak berani. Muhyiddin juga pernah dicabar oleh Mat Sabu berdebat di dalam isu Mat Indera, Muhyiddin tetap berpenyakit sama seperti Najib.

Semua pemimpin Umno kaki ampu mahu DS Anwar berdebat dengan RPK. Sekarang DS Anwar sahut cabaran mereka tetapi kali ini beliau tetap mahu Najib di atas pentas dan RPK hanya layak jadi `Batman' Najib sahaja. Jika mahu DS Anwar berdebat dengan RPK sahaja tanpa Najib, hanya ada satu cara sahaja iaitu lantik RPK sebagai PM dan Najib boleh jadi Ketua Umno Cawangan di Pekan./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Raja Petra Kamaruddin.... ada beranikah? Orang mabuk dan tak tahu agama apa begini mana berani mahu berdepan dengan Anwar, hanya cakap dari kejauhan sahaja. Tuduh sana tuduh sini, masuk 2 ke 3 juta dalam mulut, dah macam kera kena belacan. Aku rasa Anwar langsung tak layak untuk berdebat dengan orang "pelarian" begini. Dengar nak kena tangkap....lari keluar negara macam lipas kudung. Baru kena reman dah asyik nak mogok lapar, katakan sakit sana sini. Poorah..! Raja Petra...kamu lebih layak digelar Raja Gopal aje.

    BalasPadam
  2. secara politiknya anwar xmahu berdebat..kena paham tu bro..

    BalasPadam