Selasa, 6 Mac 2012

KEMELUT PAS KEDAH DAN ISU FELDA - TITISAN AIR MATA PEJUANG ISLAM....

Isu Kedah

YB Salahuddin Ayub menghubungi saya sekitar jam 6 petang ini. Kebetulan, ada di rumah saya di Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Saya tegur dia; demam ke? Kerana suaranya di hujung talian berbeza daripada biasa. Beliau memaklumkan YB Datuk Phahrolrazi dan YB Datuk Dr Ismail Salleh telah menerima keputusan PAS Pusat dengan nada tersekat-sekat, menangis teresak-esak. Alhamdulillah... tidak semena-mena mengalir deras air mata saya. Kegembiraan yang tidak terhingga. Saya sujud syukur dan membaca Al-Qur'an sambil menangis. /Mazlan Aliman, Harakah Daily
Apa yang saya alami mungkin tidak sama seperti orang lain. Semenjak YAB Perdana Menteri mengumumkan cadangan penyenaraian Felda Global Venture dalam Bajet pada 7 Oktober 2011 lalu; jiwa saya sangat tersentuh. Marah, sedih dan sering terganggu emosi saya. Berbulan-bulan saya bersama rakan-rakan NGO yang saya ketuai, ANAK membuat pelbagai usaha. Ceramah, dialog, taklimat, laporan polis, serahan memorandum, laporan SPRM, bertemu Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), serah memorandum kepada ANGKASA dan puluhan sidang media di merata negeri.

Saya teringat nasib peneroka Felda Cahaya Baru, Sg Buaya, Sendayan dan Labu Johnson. Hanya menang sorak tapi kampung tergadai. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran. Saya tidak mahu penderitaan mereka dirasai oleh warga Felda yang lain. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang beri semangat yang kuat untuk saya dan ANAK menentang habis-habisan. Bukan sahaja dalam mesyuarat PAS Pusat tapi juga melalui perbincangan dan kadang kala beliau menelefon saya melalui Setiausaha Akhbarnya, Sdr Nasaie Ismail.

Saya jumpa YBM Tengku Razaleigh Hamzah, pemimpin politik, rakan-rakan NGO, group pemikir, bekas-bekas pegawai kanan Felda dan ramai lagi. Mereka memberikan pandangan dan tindakan yang mesti dibuat. Dr Rosli Yaakob, Lawyer Hj Haris Abdullah, Datuk Ramli Buyong, Hj Razman Zakaria, Ust Aris Faezol, Nasaie, Faizal, Yohanis (sekadar beberapa nama) antara yang cukup rapat dan banyak membantu. Kami sepakat menentang penyenaraian Felda Global Venture. Alhamdulillah, kami berjaya sekat cadangan EGM KPF pada 5 Januari 2012. Datang ujian berikutnya. Notis EGM KPF 22 Februari 2012. Lawyer Haris menyerahkan permohonan Injunksi Interim di Mahkamah Tinggi Kuantan pada sekitar jam 11 pagi 17 Februari 2012. Permohonan menghalang EGM KPF daripada melupuskan ekuiti KPF dan 10 anak syarikat dalam Felda Holding kepada Felda Global Venture Holding.

Hari Jumaat 17 Februari 2012 jam 3.25 petang tidak akan saya lupa sepanjang hayat. Lawyer Haris keluar dari bilik mahkamah mengangkat tangan dengan senyuman sambil menjerit, kita menang! Saya dan teman-teman yang menanti penuh sabar petang itu menyambutnya dengan laungan Allahuakbar berulangkali. Saya tidak terkata apa. Walau saya lelaki yang jarang menangis... air mata berderai. Syukur Alhamdulillah. Terimakasih Yang Arif Hakim Datuk Mariana Yahya kerana membenarkan permohonan lapan orang plaintif yang mewakili pemegang saham KPF bagi menghalang usul-usul seperti terkandung dalam notis yang dihantar kepada perwakilan EGM KPF.

Tanggal 19 Februari 2012, saya mengiringi Lawyer Haris menyerahkan perintah mahkamah kepada pihak KPF di Ibupejabat KPF di Jln Semarak KL. 21 Februari, Lembaga Pengarah KPF mengumumkan bahawa EGM KPF bertarikh 22 Februari 2012 dibatalkan. Syukur Alhamdulillah. Sekali lagi saya menangis gembira. 'Ya Allah, sesungguhnya hamba-Mu yang lemah ini sangat bersyukur; nikmat yang tidak terhingga yang Kau anugerahkan kepadaku'.

Saya menerima ratusan ucapan tahniah daripada berbagai pihak sama ada melalui panggilan telefon, sms, email dan facebook. Terima kasih atas sokongan anda semua!

Di tengah kekalutan dan kesibukan isu Felda, rakan-rakan Kedah memaklumkan cerita yang kurang enak didengar. Saya berulang alik ke Kedah memenuhi undangan ceramah dan program parti lebih 15 tahun. Saya mengenali rapat pimpinan PAS Kedah yang kini bergelar Exco Kerajaan Negeri. YB Nasir Mustapha, Adnan Saad, Aris Awang, Sanusi (Setpol YAB MB) adalah bekas pimpinan Pemuda PAS Kedah yang saya cukup rapat. Dari cerita mereka, sangat membimbangkan saya. Saya maklumkan kepada pemimpin kanan parti. Saya desak Hj Mohd Sabu, YB Salahudin dan Hj Mustapha Ali berbuat sesuatu dengan segera. Bayangkan, isu Felda dan Kedah betul-betul meletakkan saya selaku pemimpin PAS dalam tekanan yang tinggi. Harapan jutaan rakyat terpikul di bahu kami.Mesyuarat Khas PAS Pusat pada 1 Mac 2012 di Pejabat Agung PAS, KL diadakan. Saya turut memberikan pandangan. Selesai membuat laporan polis di IPD Temerloh jam 12 tengah hari 3 Mac, saya bergegas ke Alor Setar. Sampai sekitar jam 9 malam. Selesai pertemuan serta sessi penghujahan Datuk Seri Azizan Abd Razak dan Datuk Phahrolrazi, saya menyertai Mesyuarat Khas PAS Pusat. Sekali lagi saya memberikan pandangan. Tamat hampir jam 3 pagi. Saya ajak Sanusi, Setpol YAB Menteri Besar makan kerana perut terasa begitu lapar. Beberapa bulan kebelakangan ini selera makan saya merosot teruk. Saya percaya ada kaitan dengan rentetan polemik dan kemelut dua isu di atas.

Pagi Ahad, 4 Mac saya dan rakan-rakan dalam perjalanan balik ke KL singgah terlebih dahulu menziarahi AJK Lajnah Pembangunan Tanah PAS Pusat, Sdr Saifulizan di rumah keluarganya di Taman Bee Bee Park, Alor Setar. Beliau dan isteri terlibat dengan kemalangan jalan raya. Berbeza ketika beliau masih dirawat di hospital swasta, Pulau Pinang; keadaannya makin bertambah baik walaupun perlu beberapa bulan lagi untuk pulih sepenuhnya. Hampir 10 tahun beliau membantu saya terutamanya menangani isu-isu Pulau Pinang. Seorang sahabat yang sangat komited dengan kerjanya.

Saya singgah di Butterworth jam 12.30 tengah hari. Bertemu YB Nasir Mustapha dan Aris Awang. Sebagai sahabat, saya mengingatkan mereka agar patuh dengan keputusan PAS Pusat. Saya berusaha menjadi pendengar yang baik. Pandangan mereka saya sampaikan kepada Salahudin. Saya rujuk kepada beliau kerana Salahudin adalah Pengerusi Jawatankuasa Khas Isu Kedah yang dilantik PAS Pusat. Saya sampai di rumah sekitar jam 11.30 malam.

Petang ini bila Salahudin memaklumkan berita ini; saya menulis untuk berkongsi kegembiraan ini. Berkongsi apa yang saya tanggung berbulan-bulan lamanya. Suka duka dalam mengharungi perjuangan sebenarnya suatu nikmat. Hari ini saya menerima NIKMAT BERGANDA. Meskipun saya memahami, ujian akan terus datang. Lawyer Haris hubungi saya tengah hari tadi. 8 Mac ini tempoh injunksi akan berakhir. Ada banyak lagi kerja yang mesti dibereskan. Sebentar tadi (9 malam) Sdr Taufeq salah seorang jawatankuasa Bertindak Isu Tanah Sg Kapal, Pengerang menelefon saya. Anak buahnya ditahan polis kerana pertahankan tanahnya daripada di ambil pemaju projek. Sudah pun di bawa ke IPD Kota Tinggi. Siang tadi YDP PAS Kota Tinggi, Hj Kamaldin juga menghubungi saya kerana beberapa orang anak Peneroka Felda Pasak mahu berjumpa kerana tidak berpuashati dengan pengagihan rumah Gen 2 yang tidak adil.

Sebagai anak Johor, saya dan Salahudin telah lebih 20 tahun bersama. Kami akan terus berjuang. Kemanisan dalam perjuangan yang tidak sama kalau nak dizahirkan dengan ungkapan kata-kata. Kepenatan dan keletihan tidak terperi rasanya. Tapi kami puas. Berbakti untuk rakyat, bersama denyut nadi rakyat. Sukar macam mana sekalipun, kami akan harungi, Insya Allah. Moga kami terus istiqamah berjihad di jalan Allah. Amin./MT

7 ulasan:

  1. elok kalu kita cakap beralas...

    manatau penyenaraian di brusa saham itu baik..??

    saudara saya jual roti.puluh thn...la ni dah sampai kbeberapa negeri jiran..

    adalah kemajuan...
    pernah bini dia habaq..dia akan kerja kuat.. tp ada ful stop..

    lepas dpt duduk dlm senarai brusa saham then baru dia nak rest..aku xpaham.. tp dia ni cukup cekap niaga..berapa kali cina2 bandar sekat biz dia... la ni lepas jugak'... bapak dia org kuat pas..

    untung bg sama rata..adik beradik..

    tp point nya jika kita bukan org2 main player biz ..kita cakap berlapik sket.. manatau ..elok plak..

    jambatan pp, proton, putrajaya semua xbaik pada asalnya..skrg baru kita tau...jika kita tak start dulu.. mmg kira lambat la..
    ..


    wallahualam..

    BalasPadam
  2. Sapa kata proton baik? Sebab ada protonlah maka kita perlu guna kereta yang rendah kualitinya dari harga yang dibayar, disebabkan oleh duti import dikenakan terhadap kereta luar negara yang mencapai standard antarabangsa. Sebab duti import yang melindung automobil negaralah maka kamu satu keluarga berasak-asak dalam kancil, viva, myvi dan sebagainya, dan menikmati kenderaan yang berkualiti rendah pada harga yang tinggi. Jika tidak kenapa harga proton di UK dan Arab Saudi lebih rendah dari di Malaysia? Cuba bayangkan Malaysia tanpa kereta nasional tetapi memiliki kilang pemasangan kenderaan. Sudah pastinya busuk-busuk gurkha UMNO mampu memiliki Honda City 4-5 hand.

    Kita boleh patriotik jika keluaran kenderaan kita adalah seperti kualiti BMW, Merc, dan sebagainya. Atau busuk-busuknya Lotus menjadi sebuah teksi di Malaysia. Tapi untuk patriotik sehingga menyebabkan anda sekeluarga seperti sardin dengan harga pemilikan kenderaan pada nilai yang tak sepatutnya tak dapat dikatakan sebagai patriotik sebaliknya itulah lambang kezaliman kerajaan BN terhadap nilai yang dibayar oleh rakyat Malaysia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ktua dewan pmuda pas da sound... jk pas 'nk putra jya' mesti mula kluar dr kpomping 'bngkangn'

      1982 proton start.. porodoa came later.. majorty plyer prodoa came frm proton. dlm ertikata lain poradoa canot gain good experiend malay engineer without proton..

      proton is the key..walau mrk bersaing skrg...proton bukan sj kluar kereta .. beribu2 pekerjaan.. termasuk rkyat kelantan yg dahagakan pekerjaan..

      proton masih bernasib baik krn lepas.. ada car industri bangkrap..

      agaknya klu pas kluarkan kereta.. can they move as fast as today..?

      air liur mudah... nak buat kerja berkali2 susahnya... ingat pesan ketua d pemuda pas....

      aku xkan kutuk pas
      aku bernaung di bawah pas dekat2 20 thn..tmasuk rumah jemaah pas dan sahabat2 yg baik semua...





      .

      Padam
  3. kezaliman PAS adalah tidak mampu menyediakan infrastruktur asas rakyat nye spt bekalan air bersih dan highway yg selamat ulang alik ke negeri lain..yg paling utama adalah dgn menjanjikan rakyatnya syurga sekiranya pangkah PAS sedang ketentuan bukan ditangan PAS..itu kezaliman PAS kepada rakyat kelantan dan pengikutnya..

    Kezaliman PAS pada agama adalah dgn membenarkan perkataan ALLAH yg suci itu digunakan oleh Kristian - terang2 menyekutukan ALLAH yg SATU yg tidak beranak...itu belum lagi melacurkan agama dgn berkawan dgn syaitan dan menolak sesama islam demi mengejar undi kafir..

    BalasPadam
  4. Saya fikir tentu ramai yang inginkan agar proton dihentikan sahaja pengeluarannya. Ada satu kaum yang beriya-iya menamakan kereta proton dengan sebutan 'kereta potong', sebuah kereta yang baginya tiada kualiti. Jika kilang itu tutup tentulah kita terpaksa mengimpot kereta luar negara seperti kereta chevy dari negara china yang begitu berkualiti. Apabila kilang proton tutup maka pekerja-pekerja kilang terpaksalah bersaing dengan orang lain untuk mendapatkan pekerjaan. Maka sudah pasti kadar pengangguran meningkat. Saya menggunakan kereta proton wira dan waja. Sungguhpun kereta saya mengalami kerosakan namun saya berpuas hati.

    BalasPadam
  5. Amat malang bagi menteri besar Kedah mempunyai orang bawah pentadbirannya seperti dua orang ahli exco yang menentangnya. Sepatutnya ahli exco wajib mematuhi ketuanya dan jika tidak bersetuju hendaklah berbincang bukannya mensabotaj seorang ketua negeri. Bagaimana seorang ketua hendak menentukan hala tuju negeri jika terdapat oarang bawahan seperti dua ahli exco itu, ibarat sebuah kapal arahan nakhoda kapal tidak dipatuhi oleh kelasinya, malah kelasi kapal ingin memberontak menyingkirkan nakhoda tersebut. Apakah hukuman sepatutnya diberi kepada kedua-dua ahli exco yang mengaibkan kepimpinan Azizan?

    BalasPadam
  6. kalau bukan kerana campurtangan Anwar, PAS kedah tidak akan bergolak spt ini..Anwar tak berpuas hati Azizan tidak mahu meletak wakil mereka dalam pejabat MB..sekaligus anwar tidak dapat menguasai kedah..

    so terpaksa anwar menggunakan kaedah main belakang utk berkuasa di kedah..NAHHH sudah berjaya, jawatankuasa PEMANDU anwar telah pun ditubuhkan..

    BalasPadam