Rabu, 7 Mac 2012

SAMM CUBA DISEKAT DI PAHANG?

 
Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU bukan ahli SAMM (solidariti Anak Muda Malaysia) dan memang aku tidak layak berada di dalam Jemaah SAMM yang dipimpin oleh Chegu Bard selaku Penyelaras NGO tersebut.  Aku bukan ahli kerana aku tidak layak menjadi ahli Solidariti Anak Muda ini disebabkan aku telah pun berumur.

Namun demikian, aku adalah penyokong kuat kepada SAMM kerana pertubuhan ini juga kuat menentang rejim Umno/Bn.  Atas dasar itulah aku menyokong SAMM seperti juga aku menyokong PR.  Andainya SAMM wujud untuk menentang PR atau salah satu dari parti di dalam PR, apatah lagi SAMM lahir `ber bin'kan Umno, tentunya SAMM akan menjadi musuh aku seperti aku bermusuh dengan Umno.  Maka, aku sehingga kini menyokong perjuangan SAMM dan tidak pula aku secara automatik terkeluar dari PKR yang mana aku menjadi ahlinya.


Aku pelik, sewaktu aku berkunjung ke Temerloh baru-baru ini untuk satu program ceramah di sana, ada teman dari AMK Temerloh bercerita bahawa ada `arahan dari langit' yang mengarahkan agar semua ahli AMK memboikot sebarang aktiviti SAMM.  Kebetulan pada malam itu, Chegu Bard hadir di Temerloh untuk berceramah atas jemputan KEADILAN Temerloh, lantas Penyelaras SAMM Pahang Sdr Hatta menjemput Chegu Bard melancarkan SAMM Pahang.  


Beberapa ahli SAMM yang belum secara resminya menjadi ahli telah hadir dari sekitar Kuantan, Temerloh dan beberapa kawasan untuk majlis pelancaran tersebut.  Beberapa wakil SAMM dari Melaka turut hadir memberikan sokongan.  Aku lihat ramai juga ahli-ahli AMK Temerloh dan kawasan berhampiran yang hadir pada malam itu dan mereka dilihat berminat untuk menyertai SAMM.  Adakah mereka secara automatik akan dikeluarkan dari AMK?  Jika ada yang beranggapan demikian, sahih lah orang itu teramatlah bodoh dan bengap sekali.

Apa kena mengena SAMM dengan parti, jauh sekali dengan AMK?  Di dalam SAMM ramai di kalangan anak muda yang tidak berparti, ada juga dari PKR dan PAS.  Hujah orang yang menghasut ahli-ahli AMK agar jangan melibatkan diri dengan SAMM itu adalah bahawa SAMM bukan dari sayap parti KEADILAN walaupun Penyelarasnya adalah Ketua Cabang KEADILAN Rembau.  Aku setuju.  Semenjak bila SAMM mengaku sebagai sayap parti?  Sebab itu tidak timbul soal SAMM mahu meruntuhkan AMK, tetapi aku tidak tahulah sebaliknya siapa yang mahu meruntuhkan SAMM.

Apa salahnya SAMM ini sehingga puak ini menjadikan SAMM seolah-olah musuh nombor Wahid, kemudian barulah Umno?  Salahkah SAMM membuat kerja mendedahkan segala salah laku pemimpin Umno?  Atau, adakah SAMM hanya boleh berjuang sekadar menjerit dan kemudiannya membuat laporan Polis sahaja?  Jika perjuangan anak muda hanya sekadar membuat laporan Polis, memasang poster ceramah, edar risalah atau berteater, orang-orang tua di Rumah Penyayang pun mampu lakukan. 

Bukan salah berjuang memasang poster, edar risalah atau apa jua aktiviti lain kerana di dalam perjuangan ada banyak pendekatan asalkan matlamat tercapai.  Tetapi, jika kita lebih berminat untuk tampal poster atau edar risalah, jangan kita bermusuh dengan pihak lain yang mungkin lebih menonjol pendekatan mereka.  Alangkah moleknya jika kita bersatu.  Mengapa mesti ada sikap iri hati atau cemburu dengan kejayaan atau kebolehan orang lain?  Jika tidak bersetuju dengan SAMM, keluarkan lah hujah yang bernas sedikit.  Jangan hanya sekadar menjadi penghasut kepada orang lain agar memusuhi SAMM.  Itu kerja orang bacul, dan orang bacul ini tempatnya hanyalah di dalam Umno.

Aku bukan mahu bela SAMM kerana aku sendiri bukan ahli SAMM, aku hanya penyokong pertubuhan yang anti rejim ini sahaja.  Buat apa aku mahu bodek SAMM kerana aku tahu Penyelaras SAMM itu pun `sengkek' dan apa aku boleh dapat jika bodek SAMM?  Jika aku mahu hidup, baik aku bodek yang lebih atas dan berkuasa dari Chegu Bard.  Aku percaya, jika aku banyak menulis memburuk-burukkan SAMM pasti aku akan dipuja dan dipuji oleh puak yang sakit hati dengan SAMM selama ini.  Tapi, apa aku boleh dapat dengan kerja sedemikian selain dari aku telah membantu Umno?

Sehubungan itu, khususnya kepada golongan muda samada di dalam KEADILAN mahu pun PAS atau DAP, marilah kita sokong seberapa banyak sekalipun NGO yang dilahirkan hanya untuk menghancurkan Umno/Bn.  Jangan terpedaya dengan hasutan mereka yang takut kepada bayang-bayang sendiri.  Mereka ini patut bertanya mengapa SAMM sekarang dilihat semakin mendapat perhatian dan sokongan dari anak-anak muda, dan mengapa mereka tidak boleh berbuat seperti yang SAMM telah lakukan?

Aku terperanjat apabila membaca satu SMS dari pimpinan AMK Temerloh kepada ketua mereka sendiri di Temerloh yang mengugut akan memboikot sebarang aktiviti parti di Temerloh hanya kerana SAMM Pahang dilancarkan di Temerloh.  Aku faham, sudah tentu ada arahan yang beliau terima dari atas yang mahukan agar SAMM tidak wujud di Pahang ini.  Jika SAMM tidak wujud, kita mahu bertanya apakah wujud AMK di Pahang?  Jika benar AMK wujud dan berpengaruh di Pahang, mengapa perlu bimbang dengan kehadiran SAMM?   

Amat malang sekali jika kita mempunyai pemimpin muda di dalam parti yang masih tidak kenal siapa sebenar musuh mereka./wfauzdin.blogspot.com


3 ulasan:

  1. Apa yg gua dengar mmg wujud amaran dr AMK tapi bkn AMK Temerloh yg halang ahlinya utk terlibat dgn SAMM.Org kuat AMK Temerloh antara yg terlibat dgn program SAMM. Ni masaalahnya bila AMK Pusat yg di ktuai oleh individu yg perasan bagus tapi ibarat tong kosong. Yg tau buat report polis je. Program hapah pun takde. Bila SAMM lebeh menonjol maka timbul perasaan irihati. Gua pun mcm lu, dah terlebeh umur tapi gua sokong SAMM dgn idea rebel dorang. Bkn poyo semcm.

    BalasPadam
  2. SAMM vs AMK pulak ke..aku rase SAMM patut gantikan AMK yg tak buat keje tu...

    Agaknye AMK tergugat dgn kepopularitan SAMM yg jambu tu..

    Atau mungkin AMK cuba utk menyelamatkan SAMM yg berjambu tu dari mangsa rakusan peliwat spt apa yg terjadi kan Saiful..AMK kena phm, ANwar tidak bernafsu dgn anda..tgk ketua AMK sendiri yg buncit..x bley blah la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak tanya kat Tanpa nama diatas... berapa kali awak dah kena liwat ?

      Atau mungkin tidak awak yang kena atau keluarga terdekat awak yang kena liwat...

      Kalau nak bercerita yang lucah masuk lah ke blog pro umno yang suka kan kepada benda2 lucah.

      Tahap pemikiran pemimpin umno dengan penyokong sama saja... bangang tahap tertinggi... kah kah kah !

      Padam