Jumaat, 16 Mac 2012

YB NURUL DATANG LAGI KE FELDA LEPAR , INGATAN BUAT SAMSENG UPAHAN

Oleh:  WFAUZDIN NS

BUKAN misi balas dendam tetapi jauh sekali untuk merasa takut dengan sebarang ugutan oleh samseng-samseng belaan Umno di Lepar Hilir.  Pada program ceramah YB Nurul Izzah bersama YB Nik Nazmi di Felda Lepar Hilir 1 pada 26 Feb yang lalu, berlaku tindakan ganas dari mereka yang tidak bertamadun dan difahamkan bukannya dari penduduk tempatan Lepar Hilir 1 tetapi diketuai oleh seorang samseng bacul dari Lepar Hilir 2.

Ketua perusuh terhadap seorang YB wanita anak sulung kepada DS Anwar itu wajahnya telah tersebar di merata-rata melalui internet, siap diketahui di mana alamat dan no telefonnya.  Maka, program YB Nurul Izzah terpaksa ditangguhkan atas nasihat pihak Polis pada malam itu. Sesudah membuat kacau, puak samseng tersebut dikatakan dibawa menjamu selera di sebuah kedai makan di Batu 11, jalan Gambang.  Kononnya meraikan kejayaan mereka membuat kerja bangang dan pengecut itu.

Sebagaimana yang dijanjikan kepada penduduk Lepar Hilir, sekali lagi YB Nurul Izzah akan berkunjung di tempat yang sama pada 17 hb Mac ini.  Difahamkan kebenaran dari pihak Polis telah diperolehi dan khabarnya puak-puak tidak bertamadun itu sekali lagi ingin membuat kacau atau provokasi.  Kali ini dikatakan mereka akan mengadakan ceramah juga pada waktu yang sama dengan mengundang bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Adun PAS yang telah dipecat iaitu Dr Hassan Ali atau lebih sinonim disebut Hasan Akidah @ Jati.  Aku tidak tahu lah samada Hasan Jati ini sanggup menjadi barua atau bersubahat dengan kerja-kerja khianat seperti ini.

Program anjuran KEADILAN Paya Besar dan Dun Lepar itu tetap akan diteruskan walaupun didatangkan Iblis dari gunung mana pun datang untuk mengganggu.  Namun kali ini, kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.  Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat akan lebih bersedia pada program ini nanti dengan satu slogan "Kita tidak menjual, tetapi kita juga tidak keberatan untuk membeli".  Khususnya KEADILAN, kita akan garapkan tenaga dari semua peringkat parti terutamanya dari AMK yang berperanan menjadi benteng kepada parti ini.  PAS juga turut memberikan komitmen mereka untuk menawarkan Unit Amal bagi menentukan program malam itu nanti dapat berjalan dengan aman dan selamat.  Begitu juga dari SAMM Pahang yang akan mengumpulkan beberapa ahlinya untuk saling bekerjasama bagi memastikan tiada lagi samseng bermaharajalela.

Adalah diharapkan pihak berkuasa pada malam itu nanti dapat berfungsi dengan baik, telus dan adil.  Lojiknya, dua program dari parti berlawanan di dalam satu lokasi pada tarikh dan waktu yang sama patut dilarang oleh pihak berkuasa lebih awal.  Namun, semenjak kebelakangan ini mereka sering terlepas pandang aspek keselamatan seperti ini seperti juga baru-baru ini di Sg Miang, Pekan.  Di Sg Miang, Pekan puak Umno dibenarkan berceramah bersebelahan dengan ceramah PAS dengan hanya dijarakkan lebih kurang 50 meter sahaja.  Lebih malang lagi, beberapa pemuda mereka hampir ke tepi pagar tempat ceramah PAS dengan menjerit-jerit umpama orang kena sawan babi.  Tiada satu pun tangkapan dibuat pada malam itu. 


Apa yang bakal berlaku pada 17 hb Mac ini nanti?  Kita tunggu saja.  Kepada semua penyokong Pakatan Rakyat, marilah kita sama-sama meraikan demokrasi dengan hadir beramai-ramai ke Felda Lepar Hilir 1 pada 17 Mac ini jam 09.00 malam.  Selepas itu, YB Nurul Izzah akan beregas pula ke Markas PAS Felda Cini 3, Pekan untuk berceramah.  Lawan Tetap Lawan./wfauzdin.blogspot.com  

6 ulasan:

  1. lawan tetap lawan tak perlu gentar dgn sebarang ugutan dan ancaman dri suku sakat umno yg mmg dh terkenal dgn budaya samseng.

    BalasPadam
  2. SYABAS TUAN PENGENDALI BLOG JUGA SEMUA AHLI PKR,LAWAN TETAP LAWAN ,SAMSENG UMNO-APCO-BN DI DUNIA NI HANYA BERANI JIKA PEMIMPIN & POLIS BACKING SAJA TAPI JIKA ADA PENENTANG KITA AKAN TENGOK SIAPA SAMSENG SEBENAR ! BUKU BELM BERTEMU RUAS ,ALLAHU AKHBAR !

    BalasPadam
  3. Hapuskan Regim PKR+KAF+NDI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Poorah !KAF+NDI pun tk tak tau amenda ny,dok sembang nk hapuskn

      Padam
  4. Program berjalan seperti biasa, tidak ada ganguan dari puak-puak upahan UMNO menyerang Ceramah Pakatan Rakyat, hanya terdapat seorang tua berjanggut yang terlalak-lalak macam orang nak mati, kita biarkan sahaja, kalau ada orang terbersin kuat boleh rebah sertamerta orang tu.
    Alhamdulilah, puak yang mengadakan provokaSI DULU SUDAH INSAF DAN ADA DIANTARANYA AKAN MENYERTAI PAKATAN RAKYAT, TAHNIAH..

    BalasPadam