Isnin, 30 April 2012

BERSIH 3.0 - APA YANG BERLAKU ANGKARA TANGAN JAHAT NAJIB

Oleh:  WFAUZDIN NS

Kehadiran BERSIH 3.0 berganda dari BERSIH 2.0


AGAK lama blog ini terbiar tanpa kemaskini sejak bermula BERSIH 3.0 kelmarin.  Tidak tahu apa puncanya, semua blog aku tidak boleh masuk untuk dikemaskinikan.  Alhamdulillah, hari ini semua sudah kembali seperti biasa, mungkin BERSIH 3.0 sudah berjaya mencapai matlamat iaitu untuk membuktikan rakyat sudah benci dan meluat dengan segala penipuan SPR yang semakin terserlah.

Bersama segelintir anak muda dari Pahang
Dihalang....
Penyelaras SAMM Pahang, Bung Hatta bersama anak buahnya tidor ditepi kawat berduri
Alhamdulillah, rakyat telah bangun untuk buktikan bahawa tidak semua rakyat boleh diperbodohkan sepertimana Shahrizat dan keluarganya memperbodohkan ahli-ahli Umporno tentang isu NFC.  Rakyat juga tidak mudah tertipu dengan gelagat pimpinan Umporno yang mendakwa PTPTN itu adalah tindakan untuk membantu para Mahasiswa melalui budaya berhutang.  Media berlidah syaitan dan Iblis tentunya kecewa apabila propaganda mereka untuk menunjukkan peserta himpunan BERSIH 3.0 adalah ganas ternyata ditolak mentah-mentah oleh rakyat.  Ini adalah kerana di dalam otak masing-masing, mereka sudah `set' di dalam pemikiran mereka semenjak bila TV3 suku dan Utusan Meloya tidak pernah berbohong dan berhenti dari melakukan fitnah?

YB Azmin berucap dikelilingi para Mahasiswa
Hero Mahasiswa Adam Adli
YB Husam Musa
Tahniah dan syabas kepada semua peserta Himpunan BERSIH 3.0.  Apa pun yang berlaku kelmarin tidak akan berlaku jika Najib mempunyai otak dan hati yang bersih.  Contoh terbaik Himpunan Aman adalah seperti di Kuantan baru-baru ini di mana Himpunan Hijau di Padang Kemunting yang dihadiri puluhan ribu berjalan dengan aman, baik dan penuh semangat kesopanan.  Mengapa Himpunan Hijau aman?

Himpunan Hijau berjalan dengan aman walaupun diadakan di lokasi sekitar bandar Kuantan iaitu di Padang MPK 4, Kemunting.  Himpunan ini dikawal dengan baik oleh pihak Polis dan juga turut dibantu oleh Unit Amal dan petugas-petugas.  Hasrat penganjur Himpunan Hijau tercapai iaitu berhimpun di Padang MPK, dan hasrat pihak berkuasa juga tercapai apabila perhimpunan berjalan aman tanpa sebarang kekecohan.  Ertinya apa?  Ertinya, perhimpunan aman boleh dicapai apabila tiada niat jahat untuk menafikan hak dan suara rakyat.

Media pencacai kata peniaga rugi hari itu.....lihat saja dan fikirkan..

Mengapa Himpunan BERSIH 3.0 berlaku kekecohan?  Semua ini berlaku adalah kerana hasrat Penganjur untuk DUDUK DAN BANTAH sahaja di Dataran Merdeka dinafikan.  Mereka membuli Penganjur apabila menawarkan Stadium Merdeka, sedangkan sewaktu Himpunan BERSIH 2.0 dahulu mereka melarang keras penggunaan stadium bersejarah itu.  Apa yang BERSIH minta pasti mereka halang tanpa alasan yang boleh diterima akal.  BERSIH 2.0 mohon untuk berhimpun di Stadium Merdeka, mereka beri alasan kononnya stadium itu amat bersejarah dan tidak boleh dicemari oleh perhimpunan.  Mengapa pula kali ini, apabila Penganjur mohon untuk berhimpun di Dataran Merdeka, secara tiba-tiba Stadium Merdeka tidak lagi mereka anggap `bersejarah' dan mereka mahu BERSIH 3.0 berhimpun di situ?  Tiba-tiba kali ini Dataran Merdeka pula dikatakan `bersejarah' dan tidak boleh dicemari?  Alasan yang langsung tidak konsisten menggambarkan memang ada niat jahat untuk menghalang rakyat dari menyuarakan bantahan mereka.

Mereka tutup jalan, mereka mahu lalu terpaksa redah tempat peserta BERSIH tengah duduk...Tapi kenderaan Polis ini dibiarkan lalu dengan selamat...
Pada Perhimpunan HIJAU di Kuantan, tiada mereka maka semuanya selamat...
Sejak dari awal lagi kita sudah membaca putar belit dan helah mereka.  Bermula dari kenyataan Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin bahawa Kerajaan tiada masalah dengan cadangan BERSIH 3.0 untuk berhimpun kerana tidak akan menjejaskan keselamatan.  Kemudiannya, beliau menyerahkan kepada DBKL samada memberikan kebenaran untuk berhimpun.  DBKL pula memberikan berbagai alasan dan menolak permohonan BERSIH untuk berhimpun.  Kita semua tahu Dataran Merdeka adalah satu tempat yang sering orang ramai berhimpun, bukan sahaja duduk malahan melompat, berlari dan berjoget pernah diadakan di situ termasuk menjadi kawasan pendatang asing berkumpul.  amat tidak masuk akal, Himpunan BERSIH 3.0 yang mahu DUDUK DAN BANTAH boleh mencemarkan Dataran Merdeka.

minum teh dulu bro...

Rakyat tidak boleh terima hak mereka dipermainkan begitu sahaja.  Maka, pada 28 April baru-baru ini rakyat hadir beramai-ramai untuk menunjukkan mereka memang serius untuk membantah penipuan SPR di dalam Pilihanraya.  Usah ditanya tentang bukti penipuan, kerana semuanya telah didedahkan melalui media kita bahkan didedahkan juga melalui PSC yang ditubuhkan oleh Parlimen.  Akhirnya, Pengerusi SPR sendiri akui memang ada keraguan terhadap puluhan ribu pengundi dalam Daftar Pemilih.  Tetapi, katanya hanya 0.3 % sahaja daripada jumlah kesemua pengundi berdaftar.  Walaupun kita lihat jumlah itu sedikit, tetapi tahukah SPR bahawa dengan jumlah itu jika sebanyak 2,000 pengundi meragukan itu diagih-agihkan kepada beberapa kawasan Parlimen, ianya boleh membantu lebih dari 20 kawasan Parlimen untuk menang secara kotor?



Paling mengejutkan, dibuktikan bahawa Pengerusi SPR dan Timbalannya adalah ahli UMNO.  Kita membantah bukan kerana ianya ahli Umno, tetapi sewajarnya selaku pihak pengendali mereka patut tidak menyertai mana-mana parti politik, cuma mereka berhak untuk mengundi.  Bayangkan, Pengadil Bolasepak memasuki padang dengan memakai jersey Pahang sewaktu mengadili perlawanan Bolasepak di antara Pahang melawan Selangor.  Apakah penonton dan penyokong boleh terima keadaan sedemikian?

Ini yang BERSIH 3.0 bantah.  Ini yang rakyat mahu beritahu kerajaan.  Apa jua yang terjadi pada 28 April yang lalu berpunca dari kesemuanya ini.  Asasnya adalah hak rakyat dinafikan malahan dipersendakan.  Itu isu pokok kepada apa yang berlaku, usahlah masing-masing menuding jari untuk mendakwa kumpulan ini dan kumpulan itu ganas.  Apa yang jelas, kerajaan di bawah Najib ternyata gagal untuk melakukan transformasi seperti yang dicanang-canangkannya.  Apa yang ada hanya `Robot Transformer' yang sentiasa berubah-ubah menjadi berbagai bentuk dan rupa. Kita simpati kepada nasib yang menimpa kepada kesemua peserta perhimpunan termasuk pihak keselamatan yang berterusan di`buli' oleh rejim Umporno.  

Tiada pilihan lain lagi.   Rejim ini wajib ditumbangkan segera./wfauzdin.blogspot.com

23 ulasan:

  1. malangnya ramai rakyat terpedaya melihat rupa 'robot transfomer' yg baik ..buat bangunan, tar jalan, bagi bantuan juta2, bari RM100, beri RM500, siapkan projek terbrngkalai, pecah tanah sana sini, kasi durian runtuh hingga lupa dan tak nampak segala perangai buruk BN/UMNO..

    BalasPadam
    Balasan
    1. astafirullah...perangai buruk dap xnampak..perangai buruk pkr xnampak.. perangai sesat pas ...bak org kata gajah depan mata xnampak

      Padam
    2. astaghfirullah....masa bila pulak dap ngan pkr pernah perintah negara ni mcm umporno...mcmana boleh cakap perangai buruk depa tu kalu belum pernah memerintah berbanding umporno...cakap tak berfakta tu la identiti melayu...stupid to the highest order

      Padam
    3. syukur Allah bg Dap jg selangor dan penang. CUKUP LAH... BAK KAWAN AKU KATA MEYESAL PULAK PANGKAH DAP..sori dap..no more goodluck.. 'ong' for u

      goto hell DAP back to bei jing la. ths is not ur country

      Padam
    4. lembu2 bingai umngok sila masuk kandang fidlot.. tapi mami lembu dok kat condo tau

      Padam
    5. amboiii... anwar berkawan dgn yusof qardawi. main tenis hang xnak tgk..baik punya kawan..duit judi juta2 ..yg hairan nya yusof qardawi tak pesan plak jgn ambik duit tu sheikhhh..aku ni kawan baik hang main tenis...hang xnak dengar ka....

      hukum politik terkenal..Gadafi naik dgn otot..turun dgn otot

      anwar gelojoh nak jadi pm/tpm
      dia jatuh juga dgn gelojoh

      punya la sabar najibbbb...ahli parlimen termuda tu....
      bayangkan cool nya corak politik dia...dia naik pun corak pun cool.. anwar main 16sep berenti dgn sendirinya.. xpayah tangkap2..

      najib akan atleast 3-4 round jd pm jua insyAllah ...dia pun ada hayat juga macam nik aziz..

      --peace malaysia--

      Padam
    6. paklah dan najib naik bukan kerana sabar...tapi kerana tunduk kepada mahathir.

      dgn mamadey senang je nak naik, ikut je ckp dia walaupun seleweng wang negara.

      anwar memang gelojoh. gelojoh nak selamatkan negara yg bakal bangkrup 2019 kata idris jala.

      kalau PR tk menang juga dan kalau berterusan cara pemerintahan BN ni, maka selepas ini siapa yg ambilalih akan menghadapi byk masalah utk pulihkan negara yg ditinggalkan kontang oleh umno.

      naluri anwar yg paling kuat ialah pantang tgk penyelewengan yg memangsakan rakyat. buktinya sehingga ari tiada 1 sen pun penyelewengan yg dituduh kepada anwar...terpaksa reka fitnah walaupun menempah neraka.

      najib boleh terus berkuasa...tapi dari penjara di Perancis la.

      Padam
  2. Each assembly that seeks to justice and the deliver of a good thing must be compromised by the government because it is a right enshrined in the constitution. Any incidents that occur due to the denial of the right to assemble should be accountable to the party who prevent the rally took place, though physically seen the group which have been denied by goverment make the violence. If measured in terms of the position of the most guilty, the order (from government) to not allow the rally without any valid reason will be the top guilty. This is because it will trigger the other offense is committed by those who denied by government for justice to assemble.

    BalasPadam
    Balasan
    1. good... do it at Penang ok..they wont deny itbat all..

      +pls. repair the problem of BN. THE CHIEF MINISTER of penang SHOULD BE MALAY MUSLIM..NOT CHINESS..

      AND more PLS REPAIR THE UMNO MISTAKE...

      ...CHINESS ONLY DESERVE 'PR' INSTEAD OF .....''u shit umno.. WE ONLY WANT 'PR' ...IT JUST FIND...''

      Padam
  3. I.S.A. NAK MANSUH..TP NAK TRUS JUGAK DEMO...

    IA SESUATU YG TIDAK ADIL BUAT KERAJAAN YG MMERINTAH..

    JGN PIKIR ADIL BUAT KORANG JE..SEBENARNYA ADALAH TERLEBIH BAIK BUAT CARA TDM... TANGKAPPPP MASUK ISA ...SENYAP SEMUA...

    NAK BUANG ISA...TP NAK AMBIL KESEMPATAN...(xdpt ditrima!!!)

    melayu pas.. melayu pkr...INGAT!!! MAJORITY BDEMO KALI NI CINAAA!!!...

    PERINGATAN YG JELASSSS!!!

    ...INGAT LAH KAUM KAFIR XAKAN SENANG DGN AGAMA KITA SELAGI KITA TAK MENGIKUTI MEREKA...

    ini bukan aku ckp..tuhan kita semua...org2 pas ko pasti memahaminya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kau ikut cakap tuhan, taklah kau jadi barua dan penjilat bontot umno. takyah lah ko nak rekrut tuhan pula kalau ko sendiri penyokong pemimpin rasuah dan pembunuh mongolia.

      Padam
    2. aku bukan ahli umno
      aku penyokong pas since 1992

      end by oct 2008..masa tu aku sakit kepala pasal pkr

      then slowly mampu tolak pas..sebab dah takda sebab...now dlm hati aku xda pkr xda pas..

      dap ...lg la aku xberselera..harkkk puihh PARTI DOG AND PIG

      Padam
    3. ...INGAT LAH KAUM KAFIR XAKAN SENANG DGN AGAMA KITA SELAGI KITA TAK MENGIKUTI MEREKA...

      ini bukan aku ckp..tuhan kita semua...org2 pas ko pasti memahaminya....

      Hallo , Tanpa nama April 30 9.53am

      hanya bos cina pelakun blue film saja bersengkonkol ngan umngok laknat menentang Islam.. termasuk la ko sekali..

      Padam
    4. dia yg satu lg pung pelakon b.f. gak apa tarak percaya video itu besi??

      SEORG PROF MADYA ada sound percaya 'seorang yg tak pandai menjaga kehormatan dirinya sendiri..'

      Padam
    5. kaum kafir DAP lah yg rela masuk penjara kerana bela gadis melayu islam di rogol oleh seorang pemimpin Melayu Islam Yang Beriman.

      kaum kafir kroni2 pemimpin umno jugalah yg menjadi konglomerat sahabat baik mereka sama2 mengkayakan diri.

      kaum kafir kawan umno jugalah yg dapat tanah TLDM Sg Besi.

      kaum kafir kawan umno jugalah yg bakal membangunkan kg baru yg akan dijual umno.

      kaum kafir luar dan dlm negara kawan umno jugalah yg akan membeli saham2 Felda selepas ia disenaraikan.

      kaum kafir israel kawan umno jg yg dengan lenggang kangkongnya belayar ke pelabuhan klang.

      jgnlah nk bakar api perkauman sempit.

      sepatutnya tidak timbul isu melayu terancam oleh cina jika umno memerintah dgn baik selama setengah abad diberi Tuhan.

      sepatutnya melay hari ni sudah kuat dari semua aspek dan bangsa lain tidak lagi prejudis kepada kita jika negara diperintah dgn baik oleh pemimpin umno.

      amat malang apabila sebuah negara diperintah oleh satu bangsa tetapi bangsa yg memerintah itulah yg paling teruk dan terancam dan paling miskin....

      salah siapa? takkan nk salah guan eng atau karpal singh kot.

      Padam
  4. DUDUK & BANTAH adalah kerja amal yang baik..TETAPI..anwar gunakan untuk kepentingan dirinya,bayar kpd budak2 suruhannya utk buat rusuhan supaya huruhara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buktikan dgn resit atau akaun pemuda2 yg diupah anwar itu...

      buktikan seperti mana kita dapat byk bukti mengenai lembu2 fidlot yg berkeliaran di singapura itu.

      jgnlah kerana umno sudah sebati dgn buat kerja mesti berbayar maka umno takkan percaya adanya rakyat yg sukarela berhimpun tanpa bayaran.

      sempit sungguh otak lembu2 fidlot ni.

      sapa bayar pejuang2 mujahideen taliban utk lawan amerika? (contoh)

      yg pasti semua katak2 lompat dlm umno yg mencetus huruhara memang dibayar utk belot.

      semua mengaku kawan anwar dan tahu sangat keburukan anwar. kawan apa mcm ni.

      kalau kawan takkan burukkan kawan. kawan haram jadah namanya tu.

      Padam
  5. cantik perancangan yahudi kali ini..
    1.tugas ambiga(ngo bersih)himpunkan rakyat perbagai latarbelakang parti & individu disatu tempat atas nama ngo utk himpunan aman.
    2.tugas anwar masukkan budak2 upahan menyamar sbg bersih buat rusuhan.
    3.letakkan kesalahan pada anggota keselamatan & kerajaan utk buat rakyat membenci kerajaan sekali lagi.
    kesimpulan:ambiga & anwar dirancang oleh dalang yang sama-yahudi laknatullah.
    Syabas Najib..sekali lagi serangan yahudi dapat dipatahkan.Kami rakyat malaysia telah nampak perancangan jahat yahudi ini untuk menjahanamkan Malaysia.PAS juga turut bersekongkol..YA ALLAH SELAMATKAN NEGARA KAMI DAN PEMIMPIN KAMI DARI PENGKHIANAT2 INI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. zionist memang mahu boneka2 nya kelihatan memerintah dan membela rakyat.

      singapura kawan zionist, malaysia juga kawan zionist, pemimpin yg ada mesti ikut telunjuk zionist yg menguntungkan mereka.

      zionist tk perlu tawan utk memerintah negara ini, cukup dgn adanya boneka yg sekongkol dgn mereka. apa susah sangat nk serang malaysia kalau mereka mahu. enjin jet lesap pun takleh nk jaga. sekali kentut saja malaysia terguling jadi israel timur.

      hairan ye...APCO tu masuk PDRM, PDRM tu kawan umno...guan eng atau anwar ke yg bayar APCO?

      dalam pada umno diberi imej suci dan benci israel didepan rakyat, tiba2 kapal israel lenggang kangkong masuk berdagang di pelabuhan klang. jenuh menepis menteri2 umno. hihihih

      cuma silap mereka tak sengaja gantung bendera israel kat pwtc hari tu. kantoiii

      ooppps jgn lupa..mahadey melayan pemain kriket israel mcm vip dan polis apco memukul rakyat yg membantah dulu.

      dan umno sering mengguna khidmat syarikat yahudi(eg : satchai & satchai) utk menang pilihanraya.

      dan ahli2 freemason ramai ada dlm umno. tu sebab dh pencen pun masih berkuasa.

      jgn byk sgt tuduh anwar agen yahudi, nanti umno yg susah dimarah yahudi. dulu anwar dituduh agen cia... bila kena warning oleh amerika, maka senyap umno...hihihih

      tak guna punya umno, sanggup kutuk kawan sendiri(yahudi) berlebih2an utk jatuhkan pemimpin rakyat.

      kalau zionist mahukan anwar menjadi boneka mereka, dah lama dah mereka boleh set utk anwar jadi PM.

      tp bila anwar jadi TPM dan tidak dapat di'umno' dan di'yahudi'kan oleh mahadey, maka mahadey dan yahudi terpaksa singkir anwar cara kejam pun takpe. terdesak.

      maka kekallah umno memerintah dan legalah zionist kerana anwar tersingkir. maka menyelinaplah APCO dgn pernuh bergaya, dibayar mahal pulak tu.

      pdrm kata rugi 2J sebab bersih. bila pulak PDRM buat bisnes ni, ada untung rugi.

      bayar APCO RM70J takde pulak kata PDRM rugi.

      Padam
  6. SEORANG CINA YG INSAF YAKIN BERSIH HIJACKed BY PKR..

    PLS SEE BY UR SELF..



    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/05/pakatan-dan-kebebasan-media-wtf.html


    ALLAH MAHA KAYA ...ARAHAN ANWAR UTK PROVOKE POLIS DIRAKAMKAN '''.. PUAK2 pkr srkg sedng sibuk utk spin pasal video ni...(kejap lg kena hijacklah pulak video tu)

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/04/bukti-sah-anwar-arah-perusuh-serbu.html

    BalasPadam
  7. Tuntutan Bersih 3 adalah untuk pilihan raya yang adil lagi bersih untuk rakyat.........
    bukan macam pencacai sampah masyarakat yang suka kotor dan suka B erak N ajis

    BalasPadam
  8. ala bg org bongok boleh la ckp setakat nak tuntut pilihraya adil je..dei masa tetiba selangor dpt kat pkr.. adatak agak2nya depa membantah kata ''KAMI TAK SETUJU PAKATAN MENANG ..HARAP SPR KIRA SEMULA..'' piliharaya TAK ADILLL ...kami nak buAT SEMULA?!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana umno berani protes tk adil masa PR menang...nnti terbongkarlah penipuan mereka yg telah dibuat tetapi masih tidak mencapai sasaran.

      mereka sebenarnya tak sangka 4 negeri jatuh ke PR terutama selangor. sekarang mereka nk buat lebih kotor utk rampas semula.

      umno takkan lepas kuasa kerana terlalu byk jenayah dan rompakan. boleh jadi akan sama seperti pemimpin2 negara timur tgh yg sanggup bunuh rakyat sendiri.

      sebenarnya bukan senang nk jadi pemimpin bersih dan baik dlm umno dan bn. umpama jamban yg disembur pewangi, tidak akan ada sesiapa yg selera nk makan nasi di dalamnya.

      Padam