Sabtu, 23 Jun 2012

TERUS TERANG SAHAJA MEDIA KITA MEMANG BANGSAT

Oleh:  WFAUZDIN NS
 
RAIS YATIM, Menteri Komunikasi dan Kebudayaan pada 7 Jun lepas berkata parti politik akan dibenarkan membentangkan manifesto pilihan raya masing-masing menerusi RTM setelah kertas Kabinet mengenainya diluluskan Jemaah Menteri.  Ada yang percayakah dengan cakap-cakap Ahli Parlimen Jelebu yang kuat berbohong ini?
 
Jika Rais Yatim yang dahulunya pernah `membakar jambatan' dengan Umno kemudian melutut semula dengan Umno untuk cari makan, adakah rakyat boleh percaya lagi dengan beliau?  Berkenaan kebenaran parti-parti politik untuk membentangkan manifesto masing-masing melalui RTM, belum pun sempat ianya dilaksanakan, ada pencacai lain tolong jelaskan apa yang Rais Yatim maksudkan itu.  Pengerusi SPR bercakap bagi pihak Rais Yatim iaitu hanya rakaman sahaja dibenarkan.

Ertinya, kita bentangkan manifesto dan RTM rakam, kemudian akan disiarkan.  Orang gila mana yang percaya jika rakaman dibuat kemudian disiarkan tanpa disunting?  Siapa tidak kenal media di bawah kawalan Umno ini?  Kononnya jika manifesto dibuat secara langsung, nanti ada yang tidak terkawal contohnya mengaibkan seseorang pemimpin.

Semenjak bila RTM peka dengan kerja-kerja mengaibkan pemimpin ini?  Pengerusi SPR tidak pernah menonton TV kah?  Sudah bertahun media haprak ini buat kerja mengaibkan pemimpin pembangkang.  Daripada isu yang dicipta-cipta sehinggalah kepada isu seks dan lucah, mana pernah media ini berhenti sehingga sekarang?  Mengapa di dalam bab manifesto ini bukan main lagi Pengerusi SPR ini mengampu Rais?

Sudahlah.  Cakap sahaja terus terang memang tiada kebebasan media di dalam negara ini sebab kita kenal siapa Pengerusi SPR ini.  Bangsat sungguh./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. hahaha..percayakan RTM dalam isu ini mcam percaya lawak bodoh '3 stooges'!!..terima kasih sajalah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bangang kalau percayakan rtm tu...tv singpork pun LKY TAK BAGI KACAU INIKAN PULAK RTM..KAH KAH KAH....

      KELAKAR LA...AGAK2 NYA KALAU PAKATAN PERINTAH NAK BAGI UMNO/BN 60% Ceramah dlm RTM..

      KAH KAH KAHHH BOLEH KAAA

      KELAKAR LA...


      KITA TEST DULU LA...BAGI BN CERAMAH 60% Dlm HARAKAH...70% Dlm KELDAIAN ..HAHAHAA LU PIKIR LA SENDIRI...

      Padam
    2. Bro, lu biul ker atau tak siuman? Tak yah ler sibuk-sibuk sebut negara orang. Depa tu nak buat apa pun, lantaklah. Tapi, sekurang-kurangnya depa dah buat dah apa yg Rais Yatim nak buat. Live plak tu...

      Ni UMNOBN buat RTM macam maka bapak depa punya. Macam la duit peruntukan RTM datang dari poket UMNOBN.

      Lagi satu, apa hal pulak nama harakah, nama [Suara] keadilan plak timbul. Sejak bila plak depa-depa ni terbit pakai duit kerajaan.

      Bro, kalau nak jilatpun, jangan la tunjuk sangat bangang tu. Paham elok-elok apa isu yg org bawa. Pas tu, komen la apa pun...

      Padam
    3. BUAT DEMO KAT SINGPORK POJAAN KORANG BYK2..

      NAK TGK MERAYAP MASUK JAIL TAK....MAKNANYA MENIPU JELAHH..KUASA MASIH DITGN.....control gila la.. the most controlled country in the world..SGT2 BERKUASA! then pora2 demonazi sket2 utk tipu rkyat.. umum undi pun paling cepat dlm donia..pempaham la

      dan LKY KO NK PERCAYA?? kalu cina xcerdik xdpt la singpork tu..(melayu mmg la bangang dr zaman dulu smpai skrg... zman skrg muncul lg namanya, anua dan nk ajis yg bangang..)

      ....
      CUBA BACA HARAKAH KELDAIAN..

      DARI DPN SAMPAI BELAKANG XDA CRITA BN baik PUN ...KATA NAK DEMOKRASI MEDIA..50-50 la.. yg penting pemberita dan editor tu..mana berita dia nak masuk..dan nak memihak sapa.. podahhh.

      baik dgr ckp mahathrir..xpayah la...korang naik bn xkan dpt offer yg lebih baik pun...lebih teruk lg ada...

      nak contoh lg..soroh najib umum bila nak undi...3 bulan..
      soroh nik ajis buat dolo la...

      xpayah laaa...soroh toron pun liat macam daging ayam tua...soroh madey turun..then dia akan toron...haiya...lg mau percaya ka

      rais ..dgr ckp.medey..u ll never get beterr then u can offer...xpayah layan..ckp madey tu ada betuinya

      Padam