Jumaat, 27 Julai 2012

NOSTALGIA - PEMERGIAN AYAH TERSAYANG



Oleh:  WFAUZDIN NS

KHAS buat ayah tersayang....

Ayah adalah insan ke dua yang aku kenal selepas ibu ku
Ayah juga adalah insan ke dua yang aku sayang
Tiada yang lebih penting dari kedua-dua mereka......

Aku dan adik beradik boleh dikatakan tidak begitu rapat dengan ayah...
Mungkin....Ayah kami garang...tegas....
Walau apa pun, Kami tetap sayang Ayah....

Aku tidak akan lupa beberapa hari yang lalu....
Hari yang telah merampas keriangan kami sekeluarga...

23 Julai 2012 bersamaan hari ketiga Ramadhan....

Menjelang Asar kami berkumpul di sisi ayah
Wad tempat ayah terlantar selama lapan hari menjadi seperti pesta air mata kami
Wajah ayah kelihatan tenang walaupun di hidung dan mulutnya dilengkapi berbagai tiub
Semalam, ayah buat kami gembira seketika apabila membuka sedikit kelopak matanya...
Tangan ayah bergerak-gerak dan bertambah kuat genggamannya apabila mak menggenggam tangan ayah....

Tapi tidak petang itu...
Tangan ayah tidak lagi bergerak, kaki dan tangan ayah terlalu sejuk
Mata ayah seperti tidor yang lena..
Tidak seorang pun dari ahli keluarga kami yang terlepas dari memandang monitor mesin jantung dan pernafasan ayah....Kami pasrah waktu itu...rekod pada monitor tidak pernah melegakan kami saat itu...

Mak di sisi ayah...berbisik di telinga ayah..."Anak-anak, menantu dan cucu semua ada di sini...jika sudah ditakdirkan, pergilah...saya redhalah....ampunkan dosa-dosa saya...."  bisik mak.
Mak mengajar ayah Kalimah Dua Syahadah...."Laa Ila Ha Illallah...."...
Ayah cuba mahu gerakkan mulut tapi terhalang oleh alat bantuan pernafasan....cuma yang jelas lidah ayah bergerak-gerak setiap kali dibisikkan Kalimah Syahadah....

Mungkin mak tak sanggup lihat ayah keadaan begitu....mak menangis dengan perlahan dan terus membaca Surah Yaasin....
Ayah terus dibisikkan Kalimah Syahadah tidak henti-henti oleh kami semua....
Aku dan adik-adik semua tidak lagi takut hampir dengan ayah seperti waktu kami kecil dulu....
Kami bergilir-gilir menghampiri ayah dan membisikkan ke telinga ayah "Laa Ila Ha Illallah..."
Ayah memang garang tetapi dengan kegarangannya itu lah kami mampu mengajar ayah kalimah yang begitu berharga ini....Kegarangan ayah lah yang membuatkan kami semua kenal Alif Ba Ta.....

Alhamdulillah, semua adik beradik mampu membaca Al-Quran dan Surah Yaasin dengan baik...
Kami rasa paling beruntung kerana ipar-ipar kami semua sayang ayah dan mak kami....
Ipar-Ipar kami turut membacakan Surah Yaasin di sisi ayah....Doakan untuk ayah...Alhamdulillah..

Dua tiga hari sebelum itu, mak tidak selera untuk makan....mak tak lena tidor...
Mungkin mak tahu ayah akan pergi tinggalkan kami....cuma, mak sentiasa tunjukkan keyakinannya kepada anak-anaknya bahawa ayah pasti akan sihat semula....
Mak sedar genggaman tangan ayah yang boleh bergerak semalam itu sebagai tanda 'selamat tinggal' dari ayah....

Menjelang Asar...Ayah semakin kritikal...
Aku tidak putus-putus membaca doa " As Alallahal Azim..Rabbul Arshil Azim..Ay yash fiaka.." (Ku pohon kepada Allah Yang Maha Besar, Tuhan Singgahsana Yang Besar Agar Sembuhkan Ia (dikau)" )..
Sesungguhnya doa ini benar, tetapi ayat Allah "Kullu Nafsin Zaa Ikatul Maut" juga adalah benar....

Di dalam waktu Asar lebih kurang menghampiri jam 5.30 petang pada Tiga Ramadhan (23 Julai 2012) jantung ayah terhenti......
Mak longlai di sebelah katil ayah...adik-adik terus memujuk mak walaupun adik-adik ku sendiri gagal memujuk diri masing-masing....Aku terdiam kerana sudah tiada lagi air mata ...Semuanya telah ku tumpahkan sebelum tiba ajal ayah....

Allah mahu mengambil Ayah, Allah lebih menyayangi Ayah....
Kami redha....Kami mohon kepada Rabbul Jalil agar rahmati lah ayah kami...

Kehilangan ayah bukan kehilangan untuk mak sahaja....
Kami juga kehilangan ayah yang garang, tegas, baik dan penyayang....
Kaum dewasa di kampong juga kehilangan seorang Guru Takmir yang mengajar mereka agama setiap malam...
Golongan anak-anak di kampung kehilangan Guru Al-Quran yang telah mengajar di kampung semenjak berpuluh tahun dahulu lagi....

Kami semua redha ayah pergi....
Alhamdulillah...ayah pergi dengan tenang...
Ayah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di IJN
Kami adik beradik termasuk ipar semua bersyukur dapat bersama-sama menguruskan jenazah ayah dengan sempurna...

Jenazah ayah kami bawa dari IJN terus ke kampong di Jelebu...
Setibanya di kampong jenazah ayah di sembahyangkan sekali lagi oleh jemaah Masjid yang begitu ramai malam itu...
Malam itu juga jenazah ayah selamat disemadikan....

Al FATIHAH.


12 ulasan:

  1. Semoga Allah menempatkan roh beliau bersama sama roh para shuhada di syurga. Amin.

    BalasPadam
  2. salam takziah, mudah2an Allah tempatkan rohnya ditempat sewajarnya.Amin. ... whb

    BalasPadam
  3. Innalillahhiwainnalilahhirojiun...semuga roh beliau bersama-sama dengan para solihin.Amin

    BalasPadam
  4. takziah bang... moga rohnya dirahmati Allah s.w.t dan ditempatkan bersama org2 yang beriman... insyaAllah

    BalasPadam
  5. Salam takziah dari gua.... Semoga lu dan keluarga tabah kerana mati itu benar dan Allah yang memiliki semua yang ada di alam ini. Tiada sekutu baginya kerana Allah itu Maha Esa.

    BalasPadam
  6. Salam takziah. Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang soleh... amin.

    BalasPadam
  7. Alfatihah...semoga roh arwah ayahanda saudara termasuk dalam golongan hambanya yg terpilih. Aminnn... Teruskan perjuangan saudara...

    BalasPadam
  8. Innalillahiwainnaillaihirajiun..alfatihah.

    BalasPadam
  9. wahai wf yg dhormati...

    ini ada pengurniaan yg besar buatmu

    krn bukan ibu mu pergi dulu..

    dgn ini peluang berbakti kpd ibu terbuka lebih luas lg utkmu...

    ibu Terletak 3 paras di atas ayah..

    selalulah berdampingan dgn ibumu slgi hidup...

    hadis nabi... celaka3 ..mrk yg berjumpa dlm hidup ttg....tp mensia2kannya....salah satunya ialah ibubapa kita..

    walau ibu xsecocok fahaman politikmu taat mesti dijaga dihalus2 si....azmn itu jdkanlah sempadan kita.. hormat2 jgk ..sempadan2 kena dijaga...(ibu no.1 individu lain no.2.3,4....)

    takziah utkmu.. smua yg hidup pastikan mati..malah Allah boleh buat yg hidup tidak pernah merasa hidup sama sekali... begitulah besar kuasanya...

    BalasPadam
  10. Tkasih buat rakan2 yg memberikan pandangan dan nasihat. Juga buat Tanpa Nama 7.11 yg menyebut tiada batas kasih syg kpd ibu wlaupun berbeza politik. Alhamdulillah, Ibu saya satu arah dlm perjuangan politik, begitu juga Almarhum bapa saya kerana kedua2 mereka mengerti bahawa politik dan agama tidak berpisah. Contoh yg diberi tentang Azmin, itu semua mainan media yg cuba menggunakan ibu Azmin utk memburuk2kan Azmin kerana mereka kehabisan modal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. azmin sbenarnya anak yg paling soleh skali..bertuah air mata ibu mengandung..

      Padam
  11. Perkhabaran yang bahagia bagi insan yg akhir usianya di bulan Ramadhan.. Ya Allah, matikanlah aku di bulan Ramadhan.. Aminn..

    BalasPadam