Isnin, 23 Julai 2012

VIDEO - KARPAL SINGH DAN UMNO SAMA-SAMA TIDAK UPDATE MEMORY













Oleh: WFAUZDIN NS

RAMAI yang menuduh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Tantawi berbohong apabila mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh kini bersedia untuk berbincang dan mendengar penjelasan berkaitan Hukum Hudud/Negara Islam dari PAS, berbeza dari kenyataan Karpal beberapa tahun dahulu yang begitu keras terhadap hukum Islam ini.

Jika kita menonton kembali video klip di atas, jelas dan nyata Karpal Singh lebih lonak dan lembut apabila berbicara tentang isu ini tidak seperti katanya dahulu, "Langkah mayat beliau dahulu". Video di atas adalah ucapan beliau semasa Konvensyen PR Tahun 2010. Ertinya, itulah pendapat beliau paling `latest' berkaitan isu kontroversi ini bagi membuktikan apa yang disebut oleh Ustaz Nasruddin Tantawi di dalam debat anjuran Sinar bersama Fathul Bari (Ulamak Umno) memang tepat dan betul.

Isu ini menjadi panas semula apabila Karpal Singh sendiri tidak `update' memory di dalam kepalanya. Beliau pantas menafikan kenyataan Ustaz Nasruddin Tantawi. Ini lah masalah dengan Karpal Singh yang tidak pernah jujur di dalam memberikan pendapat beliau. Beliau merasakan apa sahaja yang beliau ucapkan, rakan-rakan di dalam PR akan setuju belaka. Kali ini beliau cuba bermain dengan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan rakan-rakan di dalam PR, apatah lagi beliau cuba memutar-belitkan kenyataan beliau sendiri.

Sebenarnya, kita tidak patut pedulikan hanya seorang seperti Karpal Singh ini apatah lagi jika kita sebagai umat Islam yang mahu dan bercita-cita untuk laksanakan hukum Islam. Kita jangan jadi seperti Umno yang akan memohon restu dari MCA terlebih dahulu untuk laksanakan sesuatu. Samada Karpal mahu bincang atau tidak, hukum Islam tidak memerlukan Karpal Singh meluluskannya tetapi adalah lebih baik jika Karpal Singh boleh memahaminya, itu pun jika beliau mahu memahaminya. Jika tidak, Karpal boleh terus dengan agamanya dan kita umat Islam akan terus berjuang untuk agama Islam dengan pendekatan kita yang terbaik.

Kita boleh terima Karpal Singh tidak bersetuju dengan hukum Islam tetapi kita tidak boleh terima kenyataan Karpal Singh yang berdolak-dalik. Pelik apanya jika Karpal Singh yang Non Muslim menentang hukum Islam kerana `kaum' yang terawal menentang perlaksanaan hukum Islam di negara ini bukan sahaja melalui kata-kata, bahkan menggunakan kuasa mereka adalah `kaum Umno' yang mengaku Islam. Jika Karpal Singh menentang hukum Islam hanya melalui kata-kata dan berlandaskan ilmu undang-undang beliau, tetapi Umno menghalang hukum ini lebih keras lagi iaitu dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki. Kelantan adalah di antara mangsa kuasa Umno yang memerintah Pusat.
Persetankan Karpal Singh, persetankan Umno.  Teruskan berjuang./wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. refer

    http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2012/07/tantawi-dan-pembohongannya-yang-paling.html


    MALU WEIHHH MALU...
    KANTOL DPN ORG RAMAI

    LIFE PLAK TU..(amaran quran ttg kapiaq harbi xnak dengo..asik bc kitab jinggay ja..mca punya baik xda nak minta TPM pun depa hormat kuasa Kita...hangpa barua dap penjual kuasa agama bangsa!)

    kalau nk baca yg 'cover' yg lebih baik punya boleh tgk 'Malaysia Kinim..'cinak dan india' author...

    (kalu depa sanggup cover pas laa...tp biasanya dan selalaunya..depa cover kapal pung..)

    BalasPadam
  2. UMNO lagi teruk. Dahlah beragama Islam, tapi hina hukum hudud. Siapa yg kaat boleh makan sup jari kalau hukum hudud dilaksanakann? Mahathir ke Karpal?

    Kahkahkah..

    BalasPadam
  3. Popular sejak memenjaknya blog ni sebab banyak 'kafir'UMNGOK cuba berhujah pandai mengatakan hanya mereka sahaja yang suci. Selalu link blog GAP gagap. Aku rasa blogger GAGAP tu yang komen blog ni. Selamat berjuang GAP tergagap. Kahkahkah

    BalasPadam
  4. WAHAI GAP GAGAP BODOH

    KAMI MELAYU2 PAKATAN PKR & PAS BERSUMPAH

    MELAYU DAN ISLAM AKAN LEBIH KUAT DI BWH PAKATAN RAKYAT'.

    KUOTA 5% PERUMAHAN AKAN DINAIKKAN 25%

    MELAYU ISLAM DAN BUMI MISKIN2 BOLEH BELI LEBIH MAMPU DARI BAWAH BN/ UMNGOK BODOH..

    KAMI BERIKRAR WAHAI GAP BODOH..kami.akan jaga kaum melayu lebih 2 lagi.. KAWASAN PERNIAGAAN YG DIBOIKOT MCA MCA DIBANDAR AKAN DiAGIH2 utk melayu tru UDA DAN MARA..(mca2 bandar akan dikurangkan)

    KAMI AKAN BERSATU..DAP AKAN DI'jaga' baik2, halus2 takala PutraJaya DIJEJAKI...

    MEREKA AKAN JD KAPIR YG LEBIH BAIK DIBAWAH PAKATAN..(x macam mca yg kroni , nepotisma, rasuah kaya raya..termasuk Solek Gila Seks)

    TIADA JAWATAN TPM SEBENARNYA..ITU UMPAN SJ BODOH...KEMENTERIAN BARU AKAN DIWUJUD UTK DAP JAGA..(not so kritikal) XGANGGU PUN KEM 2 penting now ni...

    kuasa tetap trjamin..

    JGN TAKUT GAP BODOH

    HAHAHA

    BalasPadam
  5. karpal singh bantah hukum Islam, sebagai muslim aku pikir takde apa yang nak dimarahkan/dipelikkan... itu hak dia sbg non-muslim... cuma org Islam kene bagi penerangan cukup2 yang hukum Islam tak ganggu kehidupan rakyat bukan Islam... ramai non-muslim dah paham perkara ni... itu yg wujud Pakatan Rakyat

    seteruk2 karpal, teruk lagi puak umngok tu... ada kuasa sekian lama Islam makin kuat ker lemah????

    orang2 pekak, buta & bisu rohani jer yang akan terus sokong puak perosak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Camni la kita buat soalan

      kita tulung pejuang Thai lawan Tentera Thailand..lepas MENANG Pejuang2 THAI tegakkan Hukum Hudud...HURRAY..

      ATAU LEPAS PEJUANG2 THAI MENANG perang lawan tentera Thailand..
      PEJUANG2 BARUA PKR,PAS PI TULUNG THAILAND DPTKAN TAHTA...dan nak sembang2 kosong tentang Hukum Hudud...

      barua pkr,pas.. korang dikedudukan mana ni??

      umno berhempas pulas menghalang DAP terajui negara DARI PELAKSANAAN 'MALAYSIAN MALAYSIA'..

      Korang berada dikedudukan posisi yg salah..ibarat duduk ditiang gol sumbat gol sendiri..

      Padam
  6. janji anua..camtulah ...janji klentong
    nak naik 25% apatu ,, xda dlm buku jinggay pun...ha nak klentong aa...anuar tau tak ni.. ka hang klentong bg pihak dia..

    aduyaaa

    BalasPadam
  7. untuk menerangkan tentang hudud kepada non muslim pada masa INI BUKAN SESUATU YG SUKAR KERNA KITA MPUNYAI ULAMAK2 DUNIA YG HEBAT tetapi menjadi sukar kalau kerajaan umat islam sendiri menolak

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau diri ahli2 pas itu bersih..by now they should understand 'why'

      patut2nya dah insap seinsap2nya...

      tp kalu ulamak nik aziz sendiri 'enggan' memberi laluan..xnak letak jawatan..dan.. madey yg ingat donia byk pun da letak jawatan ..xgila kuasa..MAKA paham2 la kita...

      Padam
  8. Paling payah nak terangkan kat mamak kerala.

    BalasPadam