Isnin, 6 Ogos 2012

CHONG WEI TEWAS TAPI DAPAT PUJIAN, BIK MAMA TERUS DIHENTAM

Oleh:  WFAUZDIN NS

TAHNIAH buat Lee Chong Wei yang telah berjaya menjadikan perlawanan malam tadi amat hebat walaupun akhirnya Chong Wei kecundang di tangan Lin Dan seterusnya beliau hanya mampu memiliki Pingat Perak buat Malaysia.  

Ada hikmahnya kekalahan Chong Wei itu.  Pertama sekali, kekalahan beliau akan dapat mencelikkan mata BAM untuk memikirkan apakah negara kita tiada pelapis sekiranya Chong Wei bersara dalam masa terdekat ini.  Keduanya, Chong Wei mungkin boleh memikirkan samada beliau perlu bersara sebelum `hutang' nya ke atas Lin Dan belum terbayar?  Harapan kita Chong Wei akan terus bermain untuk negara kerana buat masa ini negara langsung tiada pelapis yang kualitinya mencapai walaupun separuh dari kualiti Chong Wei.



Hikmah ketiga, kekalahan Chong Wei menyelamatkan kita daripada menyaksikan adegan peluk memeluk di antara Bik mama dengan Chong Wei.  Adegan ini pernah kita saksikan dahulu di mana Chong Wei `lemas; seketika dicelah ketiak Bik mama.  Peluk memeluk ini kesukaan Bik mama mungkin kerana kurangnya amalan ini dipraktikkan di rumah, justeru itu tidak hairanlah `semangat' Bik mama lain macam apabila memeluk Salman Khan satu ketika dahulu.  

Sekadar peluk tidak mengapa tanpa nafsu, mungkin itu adalah komen Masitah jika ditanya hukumnya memeluk lelaki dewasa yang bukan muhrim.  Menjelang perlawanan akhir semalam, diberitakan Bik mama bergegas ke London untuk menyaksikan perlawanan tersebut.  Maka riuh rendah di dalam FaceBook dan Blog merayu-rayu agar Bik Mama jangan datang ke sana.  Mereka merayu kerana di antara mereka tidak mahu `suwey' menimpa.  

Jangan percaya pada `suwey' walaupun mungkin ada `suwey' pada Bik mama.  Kekalahan Chong Wei semalam tiada kena mengena dengan kehadiran Bik mama tetapi ramai yang memuji Chong wei selepas perlawanan tersebut di dalam masa yang sama Bik mama dikutuk rapat.  Mengapa sampai begitu sekali orang meluat dengan betina ini?  Usah ditanya kepada para penyokong Pembangkang, tanya kepada ahli-ahli dan wanita Umporno pun mereka tahu jawapannya.  yang jelas, cincin dan beg Bik mama tidak mampu menyelamatkan Chong Wei.

Sebelum ini orang pernah salahkan laki Bik mama apabila Kelab MU tewas kerana dikatakan laki beliau yang sinonim dengan ayat 'haramjadah' itu adalah penyokong MU.  Kebetulan sewaktu MU bermain, laki Bik mama ada menonton.  Maka, kalahnya MU dikaitkan juga dengan `Suwey" laki beliau.  Begitulah apabila diri dibenci orang, serba yang dibuat semua tak kena.

Kesimpulannya, kita boleh ucapkan tahniah kepada Chong Wei kerana berjaya mendapatkan Pingat Perak buat negara.  Cukuplah dengan Perak, diharapkan boleh sedikit membasuh malu akibat ditertawakan orang luar tentang `comot'nya pakaian kontijen kita sewaktu perbarisan perasmian baru-baru ini.  Selepas ini, jangan kita mimpi untuk melihat pengurusan BAM dirombak atau untuk kita melihat Menteri yang menjaga Sukan meletakkan jawatan akibat membawa kontijen yang `comot' kali ini.  Di negara ini, usah harap mahu lihat mereka meletakkan jawatan akibat kegagalan//wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. eloklah pun kalah... kalau menang runtuh langit dek publisiti oleh puak2 pemimpin2 laknatullah tu nanti... sampai naik meluat kita tengok dia punya gebang macam lah pingat tu boleh selesaikan masalah dan kebejatan yg berlaku dlm negara.. setakat menang nak bermegah dapat apa... rakyat susah jugak, harga barang mahal jugak, RASUAH berlambak jugak, penyelewengan banyak jugak... tak da faedahpun setakat menang pingat tu... kalau boleh jual dan naikkan ekonomi negara tak palah jugak... ni terbalik kalau menang duit rakyat jugak yg kena kebas sebab nak bagi insentif itu dan ini... walhal masa berlatih dag berjuta duit rakyat habih... bermewah2 dgn makanan yg berkualiti, ubat2tan yg berkualiti bayar jurulatih dan macam2 lagi kemudahan... patutnya bila kalah bayarlah balik duit rakyat tu macam pelajar2 kena bayar duit PTPTN tu... baru adil dan ada akauntabiliti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bodonye komen...ini namanya sukan...ko klu x minat sukan jgn le tunjuk bodo nk berpolitik pulak

      Padam
    2. elok kalah je.....sebab niat dah tak betul...hanya nak tunjuk megah...

      Padam
    3. eih... sedapnya kata orang bodoh...

      Padam
    4. aku suka lcw kalah sbb takut dia mati lemas digomol olih rosmah!!!hheee

      Padam
  2. Nasib baik kalah.. jimat duit dan tanah reserve rakyat..

    BalasPadam
  3. Ngah Phg asal Melaka6 Ogos 2012 pada 12:35 PTG

    dihatiku juga suka LCW kalah ..xnak BIG mama dan umno nak kongsi lebih2 jika menang...meluat perangai umno tu..

    BalasPadam
  4. Apabila LCW masuk final kita semua bersemangat dan berdoa agar emas layaknya...tetapi kita tahu Rosmah pun sebok nak ke London, tetiba mood kita semua bertukar..ye kita tak sanggup lihat LCW mencium ketiak Rosmah buat kedua kalinya..Kesiann malaysia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat sekali dgn apa yang ada dihatiku. Serba salah dibuatnya. Penyudahnya ingat lagu Madu dan Racun. Hahaa

      Padam
  5. assap mamak!!! kata org.rawa.

    BalasPadam
  6. cikgu dulu kata adat pertandingan..ada kalah ada menang..ngapa tak mau terima kekalahan..sian DLCW...penat tau nak dapat naib johan..

    BalasPadam
  7. Itu le, kan bukan Ramadan bk Mana pilih syariat yang salah. Aku tengok first round yg Chong Wei menang, Second round Azan dah bunyi-tak tengok pun second dan third round. tak sempat kerana solat Isyak dan Terawih. Jawapan pun sama juga Chong kalah, kalau kalah tetap kalah.

    BalasPadam
  8. penulisan gaya islam yg mndpt berkat bulan ramadan....

    BalasPadam
  9. rosmah pergi london pakai duit siapa??? dia pergi sorangke...tentu ada pengiring...siapa bayar tambang...bukan naik bas tapi naik kapal terbang...pergi london tentu ada penginapan... siapa pula bayar?...ini bukan lawatan kerja yg boleh guna duit kerajaan...fikir2 le...itu belum lagi yg peminat islam yg tak sembahyang terawih kerana tengok lcw...kalau buat lps tu ok juga le...kesimpulannya mungkin kalah kerana bnyk kerja yg tak barakah..sbb lcw pernah kalahkan lin dan...

    BalasPadam