Jumaat, 28 September 2012

PARLIMEN NIBONG TEBAL DIWAKILI OLEH PENYELARAS SAMM?

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU rasa ramalan aku hasil dari risikan teman2 mengesahkan bahawa Penyelaras SAMM, Chegu Bard bakal diletakkan sebagai calon di Parlimen Nibong Tebal, P.Pinang.  Ini satu berita baik kerana sudah lama kita mengharapkan anak muda ini berada di dalam Parlimen.

Chegu Bard pun bukan asing di Nibong Tebal kerana keluarga atau waris beliau ramai di sana iaitu di sebelah isterinya, bahkan beliau pernah aktif di Nibong Tebal sehingga pernah ditangkap.  Khabarnya, penyokong-penyokong beliau sudah lama membuat kerja di kawasan tersebut dan baru-baru ini Himpunan SAMM Kebangsaan pun telah diadakan di situ dengan program jamuan hari raya.

Bagaimana pula dengan kawasan beliau di Rembau?  Dengar khabarnya sebagai persediaan untuk beliau bertanding di Nibong Tebal, beliau telah menghantar surat perletakan jawatannya selaku Ketua Cabang Rembau.  Itu belum dapat aku pastikan kesahihannya.  Tapi semua maklum, kerusi Parlimen Rembau yang ditandingi oleh Chegu Bard pada PRU yang lalu hanya sekadar dipinjamkan sementara oleh PAS kerana ingin menunaikan hajat Chegu Bard ketika itu yang mahu berdepan dengan KJ, Ketua Pemuda Umno.  Keputusan akhirnya menunjukkan Chegu Bard tewas dalam satu keputusan yang kontroversi di mana dikatakan KJ sudah tewas sebelum datangnya bantuan undi pos.

Di Nibong Tebal, difahamkan kehadiran Chegu Bard disambut baik oleh masyarakat di sana.  Walaupun dikatakan terdapat usaha-usaha tertentu untuk membawa Timbalan Ketua Menteri P.Pinang untuk bertanding di kerusi tersebut, tetapi ramai yang berpendapat kerusi tersebut wajar diserahkan kepada Chegu Bard kerana beliau lah yang banyak membantu KEADILAN Nibong Tebal menggerakkan jentera di situ setelah Wakil Rakyat dari KEADILAN, YB Tan Tee Beng melompat keluar dari parti.

Apa pun, jika benar beliau akan dicalonkan di situ kita mendoakan agar beliau berjaya melangkah kaki ke Parlimen samada selaku MP Kerajaan mahu pun MP Pembangkang.

2 ulasan:

  1. Hari2 tention apa.baik puak pr @bn

    relaxkan minda sket dgn berita melucukan dari haprak daily aka utusan meloyakan..


    Berdasarkan laporan terbaru kajian pilihanraya yang dilakukan oleh Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL). Kajian tersebut yang dilaksanakan bermula 1 September hingga 16 September 2012 lepas melibatkan seramai 1,536 orang respondan dari seluruh negara. Kurang 746 orang berbanding 2,282 orang responden yang ditemubual semasa tempoh kajian sebelumnya (31 Mac -15 April 2012).

    dari kaji selidik itu di peringkat pusat, daripada 1,536 responden yang dikajiselidik itu, seramai 676 orang ataupun 44% daripadanya yakin BN akan memenangi PRU 13 dan mengekalkan penguasaan sebagai Kerajaan Pusat.

    Hanya 461 orang sahaja yang memilih Pakatan Rakyat (PR). Manakala baki 399 orang ataupun 26% lagi memberikan jawapan tidak pasti, berkemungkinan besar terdiri dari golongan atas pagar.

    Angka 26% adalah amat besar bagi sebuah negara demokrasi yang membangun seperti Malaysia dan amat signifikan dalam menentukan jatuh bangun sesebuah kerajaan.

    Sekiranya kajian dan rekod pilihanraya lalu dijadikan sandaran, golongan pengundi atas pagar acapkali akan mengundi berdasarkan isu semasa dan umumnya sebahagian besar golongan ini sebenarnya lebih cenderung bersama BN.

    salam sayang dari saudara seagamamu; bangsat upco yahudi lahabau..dan lembu kondo umngok...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jumlah respondan tu terlalu-lalu kecil mangkok, tak bawa apa-apa makna!!!!!

      Padam