Jumaat, 28 September 2012

DILEMA PARLIMEN INDERA MAHKOTA - CALON BARU ATAU LAMA?

Oleh:  WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA semakin hampir, maka sudah tentunya setiap jentera parti di dalam PR telah bersiap sedia.  Dikhabarkan senarai nama calon pun sudah hampir selesai, begitu juga dengan pembahagian kerusi di antara PR.

Dato' Fauzi - Penuh pengalaman dan berpengaruh di Indera Mahkota, bertanding atau tidak?
Seperti biasa, gendang tentang siapakah calon mula sedikit sebanyak kedengaran.  Semuanya berebut-rebut untuk menawarkan diri menentang Umno/Bn.  Satu sikap yang boleh dipandang positif kerana sememangnya menjadi kewajipan ahli-ahli parti untuk menjatuhkan lawan iaitu Umno/Bn.  Siapakah yang bakal diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab sebagai 'Leader' menjatuhkan Umno/Bn nanti, itu semua bakal ditentukan oleh pucuk pimpinan parti.  Siapa pun bakal terpilih sebagai calon, kita bersedia untuk bersama membantunya menjatuhkan musuh kita Umno/Bn.

YB Azan Ismail - Bertanding di Terengganu ?
Di Pahang, salah satu kawasan tumpuan adalah di Parlimen Indera Mahkota.  Pada PRU ke 12 yang lalu, KEADILAN telah memenangi kawasan ini yang diwakili oleh calonnya Azan Ismail, Pengerusi KEADILAN Terengganu sekarang.  Tetapi ramai yang menyebut untuk PRU ke 13 nanti, YB Azan berkemungkinan besar akan diletakkan di Terengganu.  Mereka menjangkakan sedemikian kerana semenjak PRU ke 12 yang lalu, dan setelah YB Azan dilantik sebagai Pengerusi KEADILAN Terengganu beliau dilihat amat jarang melawat ke kawasannya di Indera Mahkota. 

Lee Chean Chung (Timb Ketua Cabang Indera Mahkota)
 Anak muda yang berbakat tetapi terlalu awal untuk ke Parlimen?

Walaupun ada yang agak kurang senang di saat-saat akhir menjelang PRU, YB Azan muncul di kawasannya, elok kita tenangkan fikiran dengan memfokuskan kepada kemenangan PR secara umumnya.   Elok juga diperhalusi seperti apa yang pernah Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman tegaskan kepada media sebelum ini berkaitan Ahli Parlimen Indera Mahkota ini.  Beliau menganggap YB Azan selaku Pengerusi KEADILAN Terengganu sememangnya wajar diberi hak untuk bertanding sekali lagi.  Selaku Pengerusi KEADILAN Negeri Terenganu, sudah tentu beliau patut diberi pilihan untuk bertanding di mana-mana kerusi di Terengganu yang diperuntukkan kepada KEADILAN. 

Soal samada beliau mahu terus bertempur di negeri yang dijagainya sendiri atau keluar dari kawasan negeri yang ditadbirnya selaku Pengerusi parti, itu tidak timbul kerana kita yakin kewibawaan YB Azan selaku Ahli Parlimen yang sudah mempunyai pengalaman akan membantu beliau memahami situasi yang ada.  Beliau tentu memikirkan juga harapan rakyat di Terengganu yang mahu beliau berada bersama mereka di negeri yang beliau pimpin.  

Jika beliau memilih untuk kembali ke kawasan yang sudah begitu lama ditinggalkan iaitu di Indera Mahkota, beliau tentu sudah berfikir semasak-masaknya bahawa rakyat di Indera Mahkota bersedia untuk berkenalan semula dengannya.  Namun, bak kata Pengerusi KEADILAN Pahang, kesemuanya itu terletak di tangan pimpinan Pusat yang bakal menentukan calon di Indera Mahkota.  Apa yang penting, rakyat tidak sabar lagi untuk menumbangkan Umno/Bn di seluruh negeri ini./wfauzdin.blogspot.com

17 ulasan:

  1. Aku rasa lebih sesuai Wan sendiri yang dicalonkan di parlimen Indera Mahkota. Rasanya lebih terjaga dan terbela ribuan bekas tentera yang tak dipedulikan langsung oleh mana-mana pihak termasuk parti-parti politik dan NGO. Percayalah kalau dibuat bancian, memang Parlimen Indera Mahkota mempunyai ramai sekali bekas Tentera di Pahang. Ada pemimpin NGO pun yang ambil tahu apabila dapat peruntukan untuk membolehkan dan memudahkan mereka mendapat gelaran "Dato'" dari Pihak Istana. Percayalah, kami (Bekas Tentera), sedang memerhati...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami tak setuju cadangan sdra, wan apa tahu dalam politik ni, dalam askar pun bukan sehebat mana dan sekadar `pencacai' je (sory bro, kena cakap betul). Bilangan askar kat sana pun bukannya ramai sangat sehingga benar-benar mampu meningkatkan majoriti dulu 1027! dalam PRU12. YB Azan pun org `dan muak' sebab dah kebas banyak lepas tu menghilang diri. Rumusan: baik YB Azan atau Wan, kita pasti bungkus. Kena cari calon lainlah yop.

      Padam
    2. Setuju, Wan tak mampu.....tunggu 3030 tahun.

      Padam
    3. calonkan kambing je...

      Padam
    4. Tak ada cara lain ke!Ini ke caranya nak promosi diri sediri atau kawan!!!!carilah cara yg lebih bermaruah!!

      Padam
  2. Bro,
    Setuju, Wan tak mampu (sebab kenal dalam askar lagi). Dia bak kata ALOKs (action lebih otak kurang sgt-sgt). Kesian kat dia kalau dicalonkan berkemungkinan besar duit deposit pun hancussss.

    BalasPadam
  3. Kenapa mesti bagi cadangan kat org Cina.Kita masih ramai calon lagi, pergi cari...cari...jgn ikur hati kau org je, tanyalah kat ahli dan penyokong ni. Kalau calon Wan, Lee atau Azan confirm kita kantoi, jadi `makanan' kat BN je...

    BalasPadam
  4. Kenapa mesti calonkan Dato' Fauzi. kalau kita calonkan seolah-olah kita calonkan wakil UMNO/BN balik. Semua tahu Dato' Fauzi masa menjadi Timb Menteri Penerangan dulu banyak `kisahnya' yg kini menjadi asas penentangan kita terhadap UMNO/BN. Kalau dia dicalonkan, kita tak mahu parti terpalit dgn `kisahnya' lamanya. Kalau tak adapun carilah sekalipun dia nelayan atau pekebun, janji dia bersih, telus, beriman dan bertakwa. Kita dah jemu dgn calon yg `busuk' ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, ramai `pencacai' dia nak cari makan kat Dato Fauzi ne.

      Padam
    2. Kalau tak ada langsung, pilih je mat bangla tu..yg jual kain kat pekan Indera Mahkota tu. Cantikkkk....

      Padam
  5. Kami penduduk Kg Batu Sebelas MENOLAK SEKERAS-KERASNYA calon di atas. Noktah.

    BalasPadam
  6. Kami ahli Cwg I/Mahkota 1 tidak bersetuju syor di atas. Kami dah cakap dgn Kamaruzaman jika calon tersebut dipilih kami tak akan undi mereka. Kenapa pilih org-org itu je..apa dia dah banyak buat sumbangan kat kita org ke. Jgn jadikan peristiwa di Restoren Saji Rahmat bertukar 360 darjah!!. Ini bukan ugutan tapi pasti terjadi jika mereka tak dengar syor kita.

    BalasPadam
  7. Tkasih atas komen. Sy amat setuju jika sy dicalonkan disitu, bkn saja deposit hilang bahkan awal2 lagi borang pencalonan sy ditolak. Ini amat merugikan parti....maka, yg pastinya calon itu bukan saja boleh menang, tapi mampu menambahkan majoriti utk pr...buat rakan2 umno yg komen di atas tu, jgn khuatir tentang calon kami...umno kena selesaikan dulu perebutan sesama mereka utk jadi calon di situ...insyaallah, parlimen indera mahkota kekal milik pr...

    BalasPadam
  8. org umno baru nak masuk ni la bro.....


    ha yetakye kan...
    apsal tak minta pkr jadi 'KM' dipenang


    Pening aku sejak 4thn...masatu masih la jugak camtulah....payah nak ckp yop..(masih pro pas.pkr sebelum najib dtg jumpa aku.....cewahhhh)

    mm.....dah la negeri bekas pm melayu(pklah)
    negeri 'bakal pm' anwar plak tu!!

    takda rasa cikit2 respect ka '
    pada melayu ka
    pada peribumi ka
    pada 'pakatan domain melayu ka'

    pada 'tokoh anwar' ka

    patut2nya kalu tersekema pasal dap menang pasal2 pas dan anwar dan jentera2 psikonya
    (terhutang budi..)

    bagilah.. KM pd PKR biaq cina pun takpa...tian cia ka nama..(budak kurus2 tulah)

    melayu2 xkira politik pun mybe terasa:

    somewhat..''hoi ceredik jugak anwar''

    method of thingking genius gak.. ...



    nongoiiiiii awat dap jd KM negeri Nuar tu...

    sejarah gerakan jd KM kita pahamlah jgk...


    BalasPadam
  9. Masalahnya pula kalau DAP jd KM Penang? Ade masalah rasuah ke? Bpe org melayu mati bwh Lim Guan Eng? Elaun imam, bilal , guru KAFA, turun ke bwh Guan Eng? Sorry...kami tak main isu mcm Umno main....

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan lebih afdal (better la ckp english)..pkr jaga.... kalau pun tak nak pas yg bodoh itu...

      aku rasala... pakatan kena bukti kan trutamanya pas penang..sekurang2nya
      wahai lebai malang minta la pkr yg ada janggut cikit je jd ketua.. (KM )Kalau pun tak sudi janggut macam TGNA tu...

      Padam
    2. waik penang dulu sapa jaga ?? umno ka?? ala lembu2 ni..mcm babi pulakk..

      Padam