Khamis, 27 September 2012

APA YANG PERLU DIPELAJARI DARI KISAH DR MANSOR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

KITA sepatutnya tidak merasa susah hati dengan apa yang diperkatakan (jika betul) oleh Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, Dr Mansor terhadap KM P.Pinang, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat KEADILAN Negeri yang dua tiga hari ini yang menjadi santapan media haprak.  Apa yang menggusarkan adalah begitu lemah tahap keselamatan di dalam mengendalikan mesyuarat parti.

Biarlah media sebut, samada benar atau tidak Dr Mansor berkata bermacam-macam terhadap Lim Guan Eng, hakikatnya sesiapa yang berada di dalam saf kepimpinan parti tahu bahawa di dalam apa jua mesyuarat sesama kita, akan berlaku bermacam-macam keadaan dan perbincangan.  Semuanya hanya kerana mahu cadangan atau pandangan mereka diterima di dalam mesyuarat.  Tidakkah apa yang berlaku kepada Dr Mansor itu tidak berlaku kepada mana-mana parti di dalam mesyuarat mereka?

Bukan satu masalah besar jika benar Dr Mansor ada berkata kepada Lim Guan Eng seperti yang dihebohkan itu.  Karpal Singh, Pengerusi DAP sendiri secara terbuka pernah menghentam DS Anwar.  Bukan tidak pernah pemimpin DAP menghentam pemimpin PAS atau PKR.  Akhirnya, rakyat menilai adakah semua itu menjadikan PR tidak lagi boleh bekerjasama?  Ternyata tidak.  Apabila suatu ketika Karpal Singh mengkritik DS Anwar selaku Ketua Pembangkang sehingga meminta DS Anwar bertaubat, adakah selepas itu PR berpecah?  Jawapannya tidak, bahkan sehingga kini PR semakin kuat.  Jadi, apa sangat lah dengan apa yang berlaku kepada Dr Mansor.

Di dalam PR, terlalu banyak kejadian pemimpin dari PAS, PKR dan DAP mengkritik di antara satu sama lain, tetapi apabila berdepan dengan isu rakyat PR tetap ketepikan perbalahan atau perbezaan pendapat itu.  Itulah hebatnya PR.  Cuma, adalah lebih baik pimpinan PR berfikiran lebih bijak sedikit bagi mengurangkan `peluru' yang dimiliki oleh musuh.  

Paling serius yang mesti kita fikirkan adalah bagaimana sesuatu mesyuarat boleh dirakamkan dan dibawa keluar?  Bayangkan, jika itu mesyuarat strategi parti, tidakkah amat merbahaya kepada parti?  Ini yang perlu dipandang serius oleh pimpinan PR.  Carilah kaedah atau cara untuk mengurangkan risiko dari terbocornya rahsia dan maklumat parti./wfauzdin.blogspot.com

14 ulasan:

  1. Bhai WFauzdin...

    Aper-aper pon.... seperti peribahasa Melayu lar.... "Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar" .... hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salah tu...yg sebetulnya adalah..`icecream sinag-siang, chinadol malam-malam'...

      Padam
    2. silap tu bro..yg betuinya icream MONGOLIA siang siang, MAMAdol malam malam..wahhwah

      Padam
  2. Mana pemimpin PKR cerdik, bukan itu saja dia kantoi..banyak dah oi...chinadoll DS, icecream azmin, ust terlanjur kat pahang...banyak lagiihe..he..he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nasib baik anuar naik jet..kalo dia naik kapal selam..banyak lagi ler isu...wahwahhh

      Padam
    2. wa dah x heran dah!!sapa lagi nak pertahan kan setan kalo bukan setan sendiri..

      Padam
    3. yer ler tu..tak kan lembu nak pertahankan harimau..LEMBU AKAN PERTAHANKAN LEMBU JUGA..

      AMPUN LEE KUAN YU...

      Padam
  3. Kenapa perbesarkan kelemahan kita!. Adakah kau juga macam UMNO!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan kelemahan bro..tapi kelembuan UMNO!!

      Padam
  4. Taubat2lah sdr..cukup2lah berkata/menulis perkara yg sdr sini tahu tidak benar

    BalasPadam
  5. isu jet..tokong..chinadoll, icecream..baling batu..ust pahang..takat ni saja otak PEMIMPIN UMNO.

    bila PRU13..rakyat marhean tak sabar nak mengundi!!

    BalasPadam
  6. masalahnye da beribu2 kali pemimpin pkr kantoi MENIPU!..ini la problemnya..takkan kita nak pemimpin kita ni kaki temberang! kalu nak temberang pun, jgn la sampai kantoi tepat punyea!kite sbg umat ISLAM ditegah menyokong mana 2 pemimpin yg MENIPU MUNAFIK DAN PEMBOHONG!..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yaka ribu2 kali. Atau pemimpin umporno yang berbilion kali. Asyik tukar cakap ja dan kaki 10%

      Padam