Sabtu, 27 Oktober 2012

HANCURKAN PKR, DAP MESTI BERPISAH DARI PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

TOK GURU NIK AZIZ telah menghantar surat ucapan terima kasih kepada Ketua Pemuda DAP, YB Anthony Loke kerana beliau begitu bersungguh-sungguh membela Mursyidul Am PAS itu di dalam isu aurat mengikut hukum Islam yang telah dipersendakan oleh pemimpin MCA.

Anthony Loke pula merasa terharu di atas sikap rendah diri Tok Guru Nik Aziz yang sanggup menghantar surat kepada beliau.  Inilah satu pukulan berbisa buat Umno yang sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan PAS dengan DAP.  Benar kata Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang menyatakan Parlimen akan lebih cepat dibubarkan sebaik sahaja PAS dan DAP berpisah.

Umno tahu jika PAS dan DAP berpisah, yang mengalami kerugian besar tentulah PKR.  Ini adalah kerana kehilangan DAP tidak banyak menjejaskan PAS kerana PAS akan banyak bertanding di kawasan majoriti Melayu, manakala DAP akan menumpukan kawasan majoriti Cina atau camporan.  Kawasan majoriti Cina atau camporan ini adalah kerusi tumpuan PKR.  Ertinya, jika DAP keluar dari PR, maka yang bermasalah adalah PKR yang mungkin terpaksa bertemu DAP untuk melawan Bn.  

Oleh sebab itu, bagi menghancurkan PKR mereka terpaksa pisahkan DAP dengan PAS terlebih dahulu.  Cita-cita mereka paling utama adalah untuk melemahkan PKR kerana apabila PKR sudah lemah, lebih mudah pula mereka berhadapan dengan PAS.  Pada mereka, kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini amat menggerunkan.  PAS kekuatannya terletak pada kehebatan jentera meraka.  DAP pula kekuatannya pada kekukuhan kewangan manakala PKR memiliki kekuatan dari segi sokongan serta perang saraf yang hebat.

Justeru itu, satu usaha terancang mesti dibuat sebelum Parlimen dibubarkan.  Kesemua kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini harus dimusnahkan.  Kerja inj lebih mudah dilakukan jika PAS tidak lagi bersama DAP.  Oleh itu, kita mesti faham taktik mereka dan jangan kita terperangkap.

5 ulasan:

  1. adakah tmasuk fitnah??
    ikut mcvl ...adakah anwar pengikut mcv

    mtlmat mnghallkan cara..jd fitnah jg cara? jd pkr jg tpaksa pkai fitnah...''jgn buat fitnah'' atau ''kami buat fitnah so jaga2lah''

    ''rosmah berada ditempat kejadian..''punyalah nk kait org tu...

    yg belit RPK ..raja belit korang ...sampai nk kena saman.. cabut luar negara..yg. bawak lari eskey...masuk thailand..masa eskey masih baik..betul tak?..

    duduk romah kawan agen

    dulu rpk raja petang saraf korang..skrg da senyal sket..


    .

    BalasPadam
  2. perencanaan umno-apco lebih dahsyat dari rejim zionis tapi Allah S.W.T. lebih maha merancang,ABU !

    BalasPadam
  3. UMNO berkuasa selama ni sbb Cina India yang byk undi MCA & MIC. Sbb dulu kaum ni ditakutkan dengan pelbagai persepsi buruk pasal PAS. Ini disebabkan PAS bergerak sendirian.
    Sekarang bila PAS sudi bekerjasama dengan DAP, pengundi mula nampak pembangkang mampu bergerak sebagai satu.

    BalasPadam
  4. Barisan alternative...contoh nya selangor...

    saksikan sendiri kekuatan org melayu dibawah pakatan..adakah cukup kuat utk melindungi kaum sendiri..??ukur sendiri ..analisis sndiri..jgn pandang pakatan.pandang kekuatan kaum didlm pakatan..kaum sendiri ada telur??

    admin mohon luluskan..jgn takut2..jgn sampai nasi menjadi bubur..buburpun buburlah... pikirkan kaum sendiri agama sendiri..mampu pertahankan..??

    one more time mohon bkogger..siar jgn takut2 mcm najib..

    BalasPadam
  5. Bila pula masa anwar tuduh rosmah ada di tmpat kjadian? Bukankah yg sebut itu adalah RPK? Dan skrg RPK pun dh sokong umporno mungkin dh tak cukup mkn dok kat luar negara. Pasal melayu kat sgor, apa masalahnyer mlayu kat sgor? Hebat sgt kah mlayu kat sgor sewaktu zaman khir toyo? Yg hebat mlayu khir toyo dgn ahli parlimen sabak bernam tu je kot....skrg apa dah jadi pada kedua2 mereka? itu baru PR perintah negeri, dah kantoi bberapa ekor pmimpin umno...bygkan kalau PR perintah pusat....jwpnyer penuh la dgn pmimpin mlayu umporno dok dlm tu...hihi

    BalasPadam