Isnin, 29 Oktober 2012

TIDAK MASUK AKAL AZMIN JADI MB SELANGOR?

Oleh:  WFAUZDIN NS

MUSUH samada dari dalam mahu pun dari luar terus mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali dengan MB Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim.  Sudah tentu sesiapa pun yang suka kepada corak kepimpinan YB Azmin akan impikan tokoh ini menjadi MB Selangor, begitu juga bagi mereka yang terpesona dengan pentadbiran TS Khalid akan terus berharap bekas tokoh korporat ini dikekalkan di kerusi beliau sekarang.

Azmin Ali - Timbalan Presiden PKR
Itu lumrah di dalam politik.  Tidak menjadi salah jika mana-mana ahli yang mahukan tokoh itu atau tokoh ini diberi peluang ke jawatan yang lebih tinggi.  Apa yang kurang cerdiknya, di dalam kita berusaha untuk menaikkan tokoh yang kita minati, kita secara tidak sedar turut mencederakan parti sendiri.  Ertikata lain, jangan cipta isu yang boleh digunakan musuh hanya kerana kita mahu tokoh pujaan kita berada di puncak.

Kadangkala aku merasa pelik dan hairan, di mana lojiknya beberapa pihak yang mahukan YB Azmin menggantikan TS Khalid?  Bukan bermakna aku tidak suka kepada YB Azmin untuk menjadi MB Selangor, tetapi aku merasakan kerusi MB Selangor tidak wajar diberikan kepada Timbalan Presiden PKR ini.  Lojikkah pada akal, Timbalan Presiden parti diberi jawatan MB?  Atau, adakah kita tidak yakin PR akan ke Putrajaya maka kita mencongak sedemikian?

TS Khalid Ibrahim - MB Selangor yang dapat pujian dari Ketua Audit Negara
Sekiranya, InsyaAllah, PR ke Putrajaya adakah selayaknya Timbalan Presiden PKR ini diberi jawatan hanya sebagai MB?  Jangan terlalu merendahkan YB Azmin di dalam masa yang sama kita mahu menjatuhkan TS Khalid.  Apakah hampir sepenggal ini TS Khalid tidak boleh membuktikan apa-apa kepada kita khususnya kepada rakyat di Selangor?  Amat rugi jika tokoh hebat ini dilepaskan dari kerusi yang beliau duduki sekarang sebagaimana rugi besar juga jika Timbalan Presiden PKR hanya diberi kerusi MB.  

Sehubungan itu, berfikirlah dengan bijak.  Jangan percaturan politik kita bisa menghancurkan perpaduan di dalam parti.  Kita mesti akur setiap tokoh atau pemimpin mereka juga mempunyai para penyokong sendiri dan sudah tentu para penyokongnya mahu melihat tokoh mereka akan berada di tempat yang terbaik.  Maka sama-samalah kita menghormatinya./wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. Salam Yob WFauzdin

    Komer jaga ler baik2 parti komer nih. Banyok bebenor tukang kipas dan anai2nyer.

    BalasPadam
  2. hihihi.. betuilah telahan blog GAP SETAHUN YG LEPAS lebih korang..

    setahun oiii..sampai khalid punya cawangan dibubarkan..tp khalid steady je...kikiki..
    '
    asmin kempunan nak jadi mb selangor!! ...la hoiii

    bukannya hassan ali sgt..
    hassan ni dari dulu lg..pure heart..masuk pas masa anwar disepak kluar dr umno..kira revenge utk anwar..

    dia punya pure boleh di lihat pd akrab...adik lelaki wa pernah joint kem dia..'hassan ned &inocent..

    asmin...180 darjah dgn hassan...
    asmin...anak emas anwar yg ngok..anwar pun xnak masuk parti temperary (pkr)..

    amik la asmin...anwar tersiratnya nak jadi presiden umno je. hehehe..tunggu saat2 akhir najib bawak masuk...buleh ke nuar hoi...rating najib makin lama makin naik...

    apa pun budak sorohan pkr buat najib dpt kaunter balik...sian nuaw..makin lama makin bodoh aku tgk muka dia..


    siarkan wan...be a strong man..'yes sirrr!' gagahkan jiwamu..menghadap musuh..jgn gentar sedikitpun...

    BalasPadam
  3. Kepada ahli PKR yang menyokong YB Azmin, janganlah berfikir dan bersikap macam Haramjadah! TS Khalid telah membuktikan kemampuannya untuk mentadbir Selangor dengan baik sekali tanpa terlalu 'berpolitik'. YB Azmin juga diakui punyai kekuatan tersendiri dan boleh dibuktikan jika diberi peluang menjawat jawatan menteri JIKA PR dapat tawan Putrajaya! Untuk masa ini jangan diganggu TS Khalid menjalankan tugas sebagai MB. Cukuplah YB Azmin sebagai pemantau dan membantu TS Khalid dari segi sepak terajang politik pembangkang iaitu UMNO/BN! Pentadbir yang baik mesti ada pengalaman urustadbir koporat yang baik dengan sedikit ilmu politik! Politikus sepenuh masa seperti YB Azmin diperlukan untuk tugasan lain khususnya untuk mengukuhkan ideologi PR/KeAdilan dikalangan rakyat! Peranan yang boleh dimainkan oleh YB Azmin mungkin lebih besar dan penting dari MB negeri! Jadi kepada penyokong YB Azmin dan lain-lain yang cuba nak menangguk di air keruh,pegi main jauh-jauh dan jangan menyibuk sebab 'too many will spoil the soup'.Jangan tunjuk perangai macam pencacai UMNO haramjadah tu!.Zaman PR nanti bukan zaman kroni,rasuah,boros, bodek!Ghentikan lah angan-angan nak jadi macam kroni UMNO!

    BalasPadam