Khamis, 4 Oktober 2012

"UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG" BAKAL MENJATUHKAN BN

Oleh:  WFAUZDIN NS

PAHANG adalah di antara negeri yang dikatakan kekal di bawah Bn selain dari Johor dan Melaka.  Inilah yang disebut oleh beberapa penganalisa politik memandangkan Pahang mempunyai semua kawasan Parlimen yang memiliki ramai pengundi dari warga felda, kecuali di kawasan Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota yang kini diwakili oleh PKR.

Ramalan mereka tidak sedikitpun menjatuhkan semangat PR untuk terus berusaha mendapatkan sebanyak mungkin kerusi Dun di negeri Tok Gajah ini, di samping keyakinan sekurang-kurangnya 5 kerusi Parlimen akan dirampas serta terus mengekalkan kerusi Parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.  

Justeru itu, Konvensyen PR Pahang akan diadakan pada 21hb Oktober ini di Restoren Sekilau, Kuantan mulai jam 08.00 pagi bagi membuktikan semangat kerjasama dan perpaduan di dalam PR di negeri ini amat mantap untuk memberi cabaran semaksima mungkin terhadap Bn.  Berthemakan " UBAH SEKARANG, SELAMATKAN PAHANG" dipercayai mampu memberi kesedaran kepada rakyat Pahang bahawa PR bersedia untuk menjadi sebuah kerajaan yang jauh lebih baik dari Bn.

Komitmen pimpinan tertinggi PR untuk membantu pimpinan PR di negeri ini bagi merealisasikan hasrat untuk menawan Pahang terbukti apabila tiga pimpinan utama PR akan hadir pada Konvensyen PR Pahang pada tarikh tersebut.  Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim bersama-sama dengan Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Muhamad Sabu dan pemimpin kanan DAP, Dr Tan Seng Giaw akan hadir dan seterusnya akan memberikan ceramah pada malam itu.

Ceramah ketiga-tiga pemimpin tersebut pada 21 Oktober 2012 mulai jam 09.00 malam bertempat di Dataran PASTI, Taman Mahkota Aman, Batu 11, Kuantan pastinya akan mendapat sambutan hebat rakyat di negeri ini.   Rakyat Pahang tidak akan melepaskan peluang untuk bersama-sama pemimpin-pemimpin utama ini bagi menyemarakkan semangat menghadapi PRU ke 13 tidak beberapa lama lagi./wfauzdin.blogspot.com 

1 ulasan:

  1. Raja katak tu dah meroyan bro... suruh dia cermin muka dia dulu sebelum nak kata hebat... kah kah kah...

    BalasPadam