Khamis, 8 November 2012

ISU NURUL IZZAH, MASHITAH TUNJUK BODOH

Oleh:  WFAUZDIN NS

ADA beberapa ekor pencacai parti sekutu Apco minta aku ulas isu YB Nurul Izzah berkaitan isu bebas memilih agama.  Sebelum itu, aku mahu ulas sikit komen bangang daripada Mashitah Ibrahim iaitu orang yang pernah keluar hukum dibenarkan melacur jika 'dharurat', dan orang yang sama juga pernah menghina hukum Hudud apabila berkata alangkah baiknya si pencuri itu diberi kerja yang sesuai daripada dipotong tangannya.

Mashitah ini lah yang gatal-gatal mulut mengulas isu Nurul Izzah, sedangkan sewaktu Chua Soi Lek dan Ketua Pemuda Gerakan menghina hukum Hudud dan Aurat Wanita Islam, Mashitah telah dikunci mulutnya oleh Soi Lek, pelakun porno itu.  Jadi, tak pelik jika si Mashitah ini menghentam Nurul Izzah walaupun tanpa disedari dia telah menunjukkan kebodohannya.

Dalam akhbar Sinar semalam, Mashitah mengutuk Nurul Izzah dengan mendakwa perbuatan Nurul Izzah mengharuskan umat Islam keluar dari Islam atau bebas memilih agama itu satu perbuatan yang jelas menghina Islam.  Bukankah bangangnya kenyataan Mashitah itu?  Bila masanya Nurul Izzah sebut tentang umat Islam bebas memilih agama?  Apakah Mashitah di dalam kepala otaknya beriman bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu? 

Sebab itu jangan jadi bodoh terlampau akibat membaca laporan media yang semua kita tahu dari jenis lidah Syaitan yang dikenali.  Memang wajar Nurul Izzah menyaman media-media tersebut walaupun kesan dari tindakan menyaman itu tidak akan menjadikan orang yang tetap bodoh menjadi cerdik.  Nurul Izzah sebut dalam konteks negara kita, semuanya tertakluk kepada Perlembagaan Negara termasuk kebebasan berugama.  Samada kita ini Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan atau apa bangsa pun di dalam negara ini suka atau tidak tertakluk kepada Perlembagaan.  Perlembagaan warisan Lord Reid itu bukan hasil tangan PAS, PKR atau DAP.  

Di dalam kenyataan Nurul Izzah, jelas beliau sebut di dalam konteks mematuhi Perlembagaan rakyat Malaysia kesemua kaum tiada perbezaannya, TETAPI bagi rakyat yang berugama Islam mereka mesti mematuhi Syariat Islam yang ditetapkan.  Ertinya, jika seorang Melayu memilih untuk berugama Kristian, adakah ianya melanggar Perlembagaan Negara sekiranya telah berusia lebih 18 tahun?  Jika seorang Cina pula memilih untuk berugama Islam, adakah ianya juga bersalahan dengan Perlembagaan Negara?  Jika Perlembagaan Negara membenarkannya, adakah kenyataan Nurul Izzah itu tidak benar?  Sebab, Nurul Izzah bercakap soal Melayu bukan soal Orang Islam yang menukar agama.  Sebab itulah Nurul Izzah berkata, bagi orang-orang Islam mereka ada Syariat atau hukum yang ditetapkan melarang perbuatan murtad ini.

Sebab apa menjadi kecoh?  Sebabnya ada yang beriman selama ini bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu.  Sebabnya, di dalam Perlembagaan menyebut bahawa 'Melayu' itu adalah berugama Islam.  Siapa boleh beri jaminan bahawa semua Melayu berugama Islam walaupun ibu dan ayah mereka Islam?

Inilah kepincangan yang ada apabila Perlembagaan diletakkan di atas hukum Allah.  Semua orang terutamanya yang jahil akan menjadi keliru.  Di dalam Islam jelas, samada mereka Melayu, Cina, India atau bangsa mana sekalipun, apabila telah mengucap Dua Kalimah Syahadah mereka dilarang untuk menukar agamanya, dan jika mereka engkar mereka hendaklah dihukum dengan satu hukuman yang berat yang ditetapkan oleh Allah.  Apakah ini direalisasikan di negara ini setelah sekutu Apco berkuasa lebih 50 tahun?

Oleh yang demikian, fahamlah kita bahawa isu yang sibuk diperkatakan oleh media dan pencacai-pencacai mereka hanyalah diibaratkan sebagai ' Mereka yang terberak merata-rata, kita disuruhnya mencuci'./wfauzdin.blogspot.com

13 ulasan:

  1. Jamil Khir bagitau, 135 orang melayu lulus permohonan tukar agama, apa citer?? Tu kesan fizikal dari kata-kata Nurul Izzah dalam masa 3-4 hari ni ke???

    BalasPadam
  2. Beginilah jadinya jika orang Islam mengakui dia Islam, agenda politik menjadi akidah hidup semata mencari keuntungan dunia. Yg peliknya usia semuda itu dihabiskan hanya utk menenuhi cita-cita peribadi, takbur dan sombong terhadap ILLAHI.

    Berbagai dalih untuk menghalalkan cara sedangkan AL-Quran diturunkan cukup lengkap dan jelas lagi sempurna. Apakah ini yang dimaksudkan dengan syaitan yang direjam!

    Dalam al-Quran, Allah S.W.T menyebut mafhumnya), “Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengkehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci.”
    (Surah ali-Imran, 91).

    Surah Al-i-Imran: ayat 7: Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

    dan:

    Bersandarkan satu hadis Nabi s.a.w. maksudnya berbunyi : “Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah ia”. (Riwayat Bukhari).

    Dr. Wahbah az-Zuhaili berkata : “Dan para fuqaha telah sepakat di atas kewajipan bunuh terhadap murtad…dan para ahli ilmu telah ijmak di atas kewajipan membunuh orang yang murtad”. (al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, juzuk 7, halaman 5580).

    A'auzubillah min zallik. Bertaubatlah.

    BalasPadam
  3. Sebabnya ada yang beriman selama ini bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Sebabnya, di dalam Perlembagaan menyebut bahawa 'Melayu' itu adalah berugama Islam. Siapa boleh beri jaminan bahawa semua Melayu berugama Islam walaupun ibu dan ayah mereka Islam?

    Jawabnya: Kalau bapa ada menghalalkan LGBE, maka anak pun merelakan murtad.

    Sdra, pertanyaan ini amat jangkal. Adalah disyorkan Sdra pergi mendalami Islam sebelum menulis mengenai Islam. Tipisnya ilmu Islam membuatkan ahli politik merelakan hina kesucian agama. Sepatutnya kita perjuangkan Islam walaupun harta dan nyawa tergadai bukan mengadai agama bagi kepentingan politik kotor dan yang hina.

    Apa perjuangan PKR terhadap agama Islam!!!!Yg pasti gadai dan jual Islam demi musuh ALLAH.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya yang gadai Islam dulu adalah UMNO selama 50 tahun lebih. Jikalah UMNO menerapkan syariat Islam secara giat sejak 55 tahun dulu, apakah isu ini dan murtad akan berlaku? Jikalah UMNO memperjuangkan Islam menerusi pendidikan sejak 55 tahun dulu, apakah isu murtad dikalangan melayu akan berlaku? Jikalah Islam dijadikan amalan hidup rakyat dengan menerapkan secara giat dan menjadikan setiap pemimpin mereka sebagai benchmark dalam perjuangan Islam sejak 55 tahun dulu apakah kaum bukan Islam akan menentang dan mempertikai secara terbuka terhadap Islam akan berlaku? Itu kita kena ambil sebagai faktor utama sebelum mempersalahkan pihak lain. Anda tak baca kenyataan blogger ni iaitu "Perlembagaan warisan Lord Reid itu bukan hasil tangan PAS, PKR atau DAP tetapi hasil lord reid dan dibantu oleh UMNO!" Mengapa tidak diubah dengan menjadikan syariat Islam sebagai perlembagaan secara berperingkat2! 55 tahun jangka masa yang lama! so sebelum menuduh pihak lain pengotor, lihat dulu kotoran ditangan sendiri!

      Padam
    2. Kau mengaku lsangat faham Islam dgn nas2 dan hadis. Kenapa bila puak2 UMNO membuka mulut celaka mereka menghina Islam kau jadi bisu. Mashaitah kata haru s melacur sbb nak bagi makan anak, kau BISU, Najis hantutuya kata Umno haprak/be end xkan laksana hudud walau pun ia hukum Allah, lagi hilang telur kau. Banyak lagi, malas nak ulas sbb kau dah jadi SYAITAN BISU

      Padam
  4. 'di dalam Perlembagaan menyebut bahawa 'Melayu' itu adalah berugama Islam'

    perlembagaan hanya sebut syarat2 jadi melayu bukan jadi islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setahu aku kategori melayu bukan hanya berugama Islam tetapi bertutur bahasa melayu, mengamalkan budaya melayu. Sekarang ramai orang melayu yang tidak dikategori sebagai melayu seperti mana yang tercatat dalam perlembagaan. Paling ramai anak2 menteri melayu dan VVIP melayu. Nama melayu tapi hidup cara barat! Ini ketarbiyah selama 55 tahun! malang sangat!

      Padam
    2. Tugas tarbiyah mereka yg hidup cara barat tu tugas kerajaan ke tugas setiap umat islam? Patutnya kena sama2 la atasi masalah tu, bukan dok tuding jari pada sesapa. Ko ingat klu PR jd kerajaan takkan ada melayu yg hidup mcm tu ka? sekurang2 nya kita ada perlembagaan yg menghalang melayu yg mmg lahir sebagai islam keluar dr islam. Yg nk membenarkn melayu islam keluar dr agama (murtad) pasaipa?

      Padam
  5. salamz,

    This what she said

    "There's no compulsion in religion even Dr Farouk quoted that verse in Quran. How can you ask me or anyone... How can anyone really say sorry this only applies to non-malays.. it has to apply equally"

    Apa yang saudara jelaskan saya setuju dalam konteks yang dijelaskan. kata-kata yang teruangkap seperti yang dinyatakan boleh dimaksudkan dengan pemahaman yang berbeza. Apa yang dapat dilihat, umumnya rakyat menilai sesuatu perkara dengan melihat "literally definition" tetapi bukan pada konsep. Ada juga baiknya sekiranya Yb Nurul izzah tidak menggunakan "it has to apply equally".

    Sebagai contoh saya melihat isu ini sedikit bercanggah dari dari satu sudut. dalam surah Al Baqarah ayat 256 "Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

    Umumnya terjemahan ayat ini tiada paksaan dalam beragama. namun apabila individu telah melafazkan kalimah mashahadah dan ingin tukar agamanya, maka ia ditegah sama sekali. YB Nurul Izzah seolah2 mengungkapkan ia dibenarkan berdasarkan jawapan dalam forum berkenaan.

    Konklusinya: Kita bertelagah sesama kita (sedangkan kita seagama)dan yang lain bertepuk tangan melihat kejatuhan kita. Bukankah lebih baik jika duduk semeja mencari kebenaran. Moga Allah beri kita HidayahNya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalahnya kalau keluarga melayu memang dah mewarisi agama kristian dan anaknya lahir maka adakah dia tertakluk kepada perlembagaan ini? Bagaimana kaum lain yang menganut agama Islam seperti cina adakah mereka akan menjadi melayu dan tertakluk untuk membudayakan melayu dalam kehidupan mereka setelah anut Islam?

      Padam
    2. Melayu mane di Malaysia ni mewarisi agama kristian? Jgn sebab politik kita nk tegakkan benang yang basah. Dalam perlembagaan hanya menyatakan "Melayu mestilah beragama islam, bertutur dalam bahsa melayu n mengamalkan cara hidup melayu". Xda plak kata umat islam mesti membudayakan melayu. Cina @ india yg memeluk islam mereka tetap bukan melayu, tapi adalah cina @ india muslim. Kena faham dulu beza antara agama n bangsa.

      Padam
  6. hihi nak kutuk ...kutuk la izah...

    siang2 dah kutuk marshitah..apa citee
    dah rasa bersalah sgt ke...

    itu la..aku kata kalau lah majority yg menentukan undi ni hindu...boleh bayanglah panel2 kuil ajak izah berdiskusi... yg penting kaum2 hindu tepuk tgn...tak kiralah sebut apapun...janji jualllll..org yg tanya direct soalan pun dah argue ''apa izah ni..''


    apa buleh buat dah anak dajal politikkk

    siar kan... jdilah sorjar sebenarrr

    BalasPadam
  7. Hakikat Melayu kat Malaysia ni dilahirkan sebagai islam haruslah diterima. Kalau orang melayu diberi hak kebebasan agama setelah berumur 18 Tahun bermaksud kita telah membenarkan umat islam murtad sebab semua melayu di malaysia memang dilahirkan sebagai umat islam. Bila ini terjadi, kita tak dapat melaksanakan apa yg diperintah oleh Rasulullah SAW(
    مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ
    "Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia." ) kerana perbuatan melayu islam keluar dari agama dilindungi oleh undang2. Jelas statement Izzah tu membuka ruang melayu islam keluar dari islam ikut suka dia je.

    Saudara rasa hukuman terhadap umat islam yg keluar dari islam dapat direalisasikan sekiranya apa yg Izzah katakan tu dilaksanakan? Semestinya tidak bukan? sebab mereka keluar dari islam sebab diberi kebebasan memilih agama menurut undang2.

    Sedangkan sampai skrg xda lagi kenyataan dari pemimpin PAS yg menyokong kenyataan Izzah tu. TGNA pn keluarkan kenyataan "adakah apa yg dikeluarkn surat khabar tu sama dgn apa yg Izzah ckp" (mungkin TGNA masa tu blm tgk video yg statement tu memang keluar dari mulut Izzah)

    Sebelum nk menyokong sesuatu kenyataan tu, eloklah rujuk pada Ilmuan agama bukannya mnyokong secara membabi buta hanya kerana orang yg keluarkan kenyataan tu sama aliran dari segi fahaman politik dgn kita. Walla Hu A'lam..

    BalasPadam