Sabtu, 27 Oktober 2012

HANCURKAN PKR, DAP MESTI BERPISAH DARI PAS

Oleh: WFAUZDIN NS

TOK GURU NIK AZIZ telah menghantar surat ucapan terima kasih kepada Ketua Pemuda DAP, YB Anthony Loke kerana beliau begitu bersungguh-sungguh membela Mursyidul Am PAS itu di dalam isu aurat mengikut hukum Islam yang telah dipersendakan oleh pemimpin MCA.

Anthony Loke pula merasa terharu di atas sikap rendah diri Tok Guru Nik Aziz yang sanggup menghantar surat kepada beliau.  Inilah satu pukulan berbisa buat Umno yang sentiasa berusaha untuk memecahbelahkan PAS dengan DAP.  Benar kata Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS yang menyatakan Parlimen akan lebih cepat dibubarkan sebaik sahaja PAS dan DAP berpisah.

Umno tahu jika PAS dan DAP berpisah, yang mengalami kerugian besar tentulah PKR.  Ini adalah kerana kehilangan DAP tidak banyak menjejaskan PAS kerana PAS akan banyak bertanding di kawasan majoriti Melayu, manakala DAP akan menumpukan kawasan majoriti Cina atau camporan.  Kawasan majoriti Cina atau camporan ini adalah kerusi tumpuan PKR.  Ertinya, jika DAP keluar dari PR, maka yang bermasalah adalah PKR yang mungkin terpaksa bertemu DAP untuk melawan Bn.  

Oleh sebab itu, bagi menghancurkan PKR mereka terpaksa pisahkan DAP dengan PAS terlebih dahulu.  Cita-cita mereka paling utama adalah untuk melemahkan PKR kerana apabila PKR sudah lemah, lebih mudah pula mereka berhadapan dengan PAS.  Pada mereka, kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini amat menggerunkan.  PAS kekuatannya terletak pada kehebatan jentera meraka.  DAP pula kekuatannya pada kekukuhan kewangan manakala PKR memiliki kekuatan dari segi sokongan serta perang saraf yang hebat.

Justeru itu, satu usaha terancang mesti dibuat sebelum Parlimen dibubarkan.  Kesemua kekuatan yang ada pada ketiga-tiga parti di dalam PR ini harus dimusnahkan.  Kerja inj lebih mudah dilakukan jika PAS tidak lagi bersama DAP.  Oleh itu, kita mesti faham taktik mereka dan jangan kita terperangkap.

Khamis, 25 Oktober 2012

SIAPA BISIK DI TELINGA SI HASSAN INI?


Oleh:  WFAUZDIN NS
 
APABILA masyarakat Islam sudah ramai bangkit menentang kenyataan Presiden MCA, Chua Soi Lek yang menghina Hukum Hudud, maka situasi ini tentulah tidak menguntungkan buat 'broker' Umno iaitu si Hassan.  Ini adalah kerana semakin ramai masyarakat Melayu Islam di dalam Umno sendiri mula merasa jauh hati dengan MCA, lebih-lebih lagi pemimpin Umno di dalam keadaan berpeluk tubuh.
 
Di Parlimen, kenyataan Chua Soi Lek ini dibantah keras oleh pemimpin DAP sehingga ada yang menepuk meja membela Tuan Guru Nik Aziz, Mursyidul AM PAS di dalam isu tersebut.  DAP sejak dahulu tidak bersetuju dengan hukum Hudud, mungkin sezaman dengan Umno yang juga menentang hukum ini.  Tetapi, DAP tidak memperlekehkan hukum berkenaan berbeza dengan Chua Soi Lek dan beberapa pemimpin mereka, bahkan pemimpin Umno juga begitu.  DAP tidak pernah menyaman hukum Hudud di mahkamah, tetapi sejarah ada mencatatkan pemimpin Umno dahulu pernah cuba berbuat demikian.  DAP tidak pernah sebut hukum Hudud ini ciptaan manusia bukan dari ajaran Islam, tetapi pemimpin Umno ada yang berangapan demikian.  Hujah DAP tidak bersetuju dengan hukum Hudud hanyalah berpandukan kepada Perlembagaan Negara sekarang yang pada DAP masih sekular.  Dan, memang sekular pun.

Apabila MCA memperlekehkan hukum Hudud, manakala DAP menentang cara MCA itu maka sudah tentu sokongan kaum Cina akan beralih kepada DAP, dan sokongan kaum Melayu bertambah kepada PR.  Sudah tentu keadaan ini merimaskan si Hassan Jati kerana tugas sebagai 'Broker' Umno akan bertambah sukar.  Umno akan rugi besar apabila kaum Cina menolak sikap melampau MCA dan kaum Melayu pula menyampah dengan perangai pemimpin Umno yang suka membisu apabila agama mereka diperlekehkan.  Ini menyusahkan hati si Hassan Jati.

Maka, berbisiklah Syaitan yang dikenali kepada telingan si Hassan.  Bisikan itu mengajar si Hassan Jati mempercayai bahawa MCA dan DAP membuat pementasan lakonan politik.  Kononnya, MCA dan DAP sengaja mainkan isu ini agar sokongan masyarakat Cina kembali kepada kedua-dua parti yang berbeza dasar tersebut.  Lojikkah apa yang dibisikkan oleh Syaitan yang dikenali itu?
 
Jika hanya kerana mahukan sokongan kaum Cina, mengapa 'lakonan' tersebut tidak dilakukan oleh MCA dan Gerakan sahaja?  Bukankah kedua-dua parti tersebut berada di dalam satu kem Bn?  Mengapa mesti bersama DAP yang terang-terang berbeza dasar perjuangannya dengan MCA?  Lupakah kita sewaktu debat Presiden MCA, Chua Soi Lek dengan Lim Guan Eng yang lepas, Chua Soi Lek terang-terang menyebut bahawa MCA berjaya menghalang Umno dari laksanakan hukum Hudud.  Beliau mencabar DAP, adakah DAP berani berbuat demikian terhadap PAS?  Jawapan Lim Guan Eng jelas dan bijak apabila menyebut bahawa kita di dalam DAP tidak akan mencampuri urusan agama orang lain sepertimana PAS juga tidak pernah mencampuri urusan agama orang lain.  Bukankah jauh beza pendirian MCA dengan DAP?  Lojikkah dua parti yang berbeza prinsip ini boleh 'berlakon' dan apa untungnya mereka berlakon apatah lagi disaat kaum Cina kini dikatakan oleh penganalisa dan bancian iaitu lebih 44% tidak kisah lagi dengan Hukum Hudud?

Mengapa si Hassan boleh terpedaya dengan bisikan itu?  Tidak lain tidak bukan, hajat si Hassan Jati adalah mengulangi hajat lamanya iaitu Umno dan PAS mesti bercantum.  Kononnya, kaum Cina telah bersatu, kini Umno dan PAS juga mesti bersatu.  Kita mahu beritahu si Hassan Jati, jika Umno dan PAS mahu bersatu, tidak perlu tunggu MCA dan DAP bersatu.  Sejak dulu lagi patutnya kita boleh bersatu asalkan Umno mahu terima Islam sebagai asas penyatuan, bukannya kerana Melayu.  Umno mesti berubah dari memijak kepala orang-orang Melayu untuk kepentingan pemimpin mereka.  Negeri-negeri Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah mesti dibela dan tidak dianiayai.  Hentikan perbuatan menfitnah pemimpin Melayu Islam sehingga ke tahap fitnah jijik dan kotor.

Hassan Jati tidak boleh berfikir jika Umno dan PAS bersatu, maka PKR akan hilang kawan maka beliau boleh jadi MB Selangor dengan mudah.  Jika itu mimpi beliau selama ini, lebih baik kuburkan Umno secepat mungkin kerana tanpa Umno, Melayu tidak hilang dan Islam lebih terjamin.  Itu lebih afdhal./wfauzdin.blogspot.com

Selasa, 23 Oktober 2012

MCA, BERAPA BANYAK LAGI KAMU MAHU HINA AGAMA KAMI?

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU mahu tanya sama beberapa ekor apek di dalam MCA tu.  Berapa banyak lagi hukum Islam yang kamu semua mahu pertikaikan?  Dari bab hukum hudud sampai bab aurat pun kamu mahu hina?  Mengapa bangsat sangat kamu ni? 

Apa yang kamu semua tak puas hati atau sakit hati sangat dengan ajaran ugama kami?  Pernah ke kami sebagai umat Islam terutamanya di dalam PR yang mempermainkan atau menghina ugama kamu?  Apakah kamu sengaja mahu menunjukkan kepada rakyat bahawa kamu sependapat dengan sekutu kamu yang mengaku Melayu Islam tetapi paling kuat menentang Islam itu?  Kamu mahu bodek pemimpin haramjadah seperti itu hanya kerana dia kerap beri kamu projek besar-besar?

Kalau kamu tidak setuju dengan hukum hudud, kamu boleh tidak bersetuju kerana di dalam DAP pun ada beberapa pemimpin mereka yang tidak bersetuju dengan hukum hudud.  Malah, di dalam parti sekutu kamu yang kuat Melayu nya itu pun melambak yang tidak setuju dengan hukum Hudud.  Kami tidak hairan dan pelik jika kamu tidak setuju, tetapi jangan sampai menghina dan mempermainkan hukum tersebut.  Kalau sekutu kamu yang mengaku Melayu dan kononnya memperjuangkan Islam itu pun tidak boleh menerima hukum Hudud mustahil mereka mahu mengajar kamu memahami hukum tersebut.  Kerana kamu tidak diajar, maka kamu sekarang sudah menjadi kurang ajar!!

Selagi kamu, MCA berada bersama sekutu kamu yang mengaku Islam itu, selagi itulah kamu tidak akan tahu apa itu hukum Islam.  Mana mungkin pemimpin sekutu kamu itu yang tidak kenal jenis-jenis najis boleh tahu hukum hudud?/wfauzdin.blogspot.com

Ahad, 21 Oktober 2012

JANGAN LEKA LAGI, BAU PUTRAJAYA SEMAKIN DEKAT !!

 
Pakatan Rakyat Kini Pada Kedudukan 'Majoriti Mudah'!

Apakah yang dimaksudkan dengan majoriti mudah?

Takrifan yang paling sesuai adalah seperti berikut:

Parlimen Malaysia kini mempunyai 222 kerusi di seluruh negara.

Untuk memperolehi majoriti mudah, sesebuah pakatan politik mesti memenangi sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah tersebut, atau 111 kerusi (222 bahagi 2 = 111 kerusi).

Ini bermakna pakatan politik yang hendak menubuhkan kerajaan persekutuan mestilah mempunyai lebih 111 kerusi iaitu mesti berkelebihan sekurang-kurangnya satu kerusi berbanding pakatan politik lain (112).

Keyakinan tersebut berdasarkan kepada kaji selidik sebelum pergolakan Umno Sabah melanda, Pakatan Rakyat mensasarkan menguasai sekurang-kurang 105 kawasan parlimen, yakni kekurangan 7 lagi kerusi bagi membentuk majoriti mudah.

Namun kata Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli situasi itu tiba-tiba berubah selepas tsunami politik berlaku dalam Umno Sabah dengan menyaksikan beberapa wakil rakyat meninggalkan parti itu.

Hujah tersebut disokong pula penganalisis politik Sarawak, Dr Jeniri Amir yang mengandaikan sekurang-kurang 10 kerusi di Sabah dan Sarawak sudah berada dalam tangan Pakatan Rakyat seandainya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru.

Rafizi berkata, berdasar kepada perkiraan Dr Jeniri yang mempunyai kepakaran perkembangan politik di Sabah dan Sarawak, bermakna Pakatan sudah mengatasi BN dengan kelebihan sekurang-kurangnya 8 kerusi.

“Perkiraan ini dibuat bukan secara sekadar syok sendiri sebaliknya ada asas berdasar kepada beberapa petunjuk termasuk kajian beberapa badan penyelidik dan perkembangan semasa yang berlaku.

“Kalaulah andaian itu hanya sekadar syok sendiri, sudah tentu sejak dua bulan lalu Perdana Menteri, Najib Altantuya telah membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

“Namun Perdana Menteri masih lagi teragak-agak kemungkinan besar laporan daripada perisik Umno dan kerajaan masih memberi isyarat negetif,” katanya pada Wacana Perdana anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri di Kelantan Trade Centre (KTC) malam tadi.

Turut bertindak sebagai ahli panel anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Dr Jeniri dari Unimas, manakala Dr Mazslee Malek (UIA) bertindak sebagai moderator.

Orang ramai memenuhi dewan konvensyen KTC biar pun pada waktu yang sama diadakan ceramah di 22 tempat di seluruh Kelantan termasuk di Kubang Kerian dan Pengkalan Chepa.

Rafizi yang kemudian menjadi sasaran dihujani pelbagai soalan daripada penonton juga memberitahu sikap tiada keyakinan diri Perdana Menteri boleh ditengok kepada sejarah kehidupannya.

Menurutnya, Najib Altantuya dilantik sebagai Menteri Besar Pahang ketika berusia 26 tahun bagi meneruskan kesinambungan ayahnya Tun Abdul Razak. Kemudian berusia 29 tahun dilantik pula sebagai menteri kabinet.

“Manakala jawatan Ketua Pemuda Umno disandangnya selepas jawatan itu dikosongkan Anwar Ibrahim. Ini bermakna beliau tidak pernah melalui cabaran yang sengit bagi mendapat kedudukan dalam parti dan kerajaan.

“Berdasar kepada pengalaman itu maka tidak hairanlah sekarang Najib tiada keyakinan diri untuk mengisytiharkan pilihan raya, lebih-lebih lagi cabaran Pakatan begitu sengit sekali,” ujarnya.

Takiyuddin pula berkata, Najib Altantuya menunggu masa yang begitu lama bagi mendapat mandat daripada rakyat setelah menduduki kerusi perdana menteri, di mana sehingga sekarang lebih tiga tahun berbanding perdana menteri sebelumnya.

Sedangkan Abdullah Ahmad Badawi mengambil masa empat bulan sahaja bagi membubarkan parlimen selepas dilantik perdana menteri, begitu juga Mahathir Mohamad lapan bulan, Hussien Onn kurang dua tahun.

Dr Jeniri mengandaikan kesukaran Pakatan meluas di Sabah dan Sarawak kerana faktor rakyat tempatan masih mendapat sumber maklumat daripada televisyen dan radio berbanding sumber alternatif lain.

“Ini dapat dilihat pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas Media Prima yang mengendali televisyen swasta di negara ini dikerah dengan bilangan petugas paling ramai bagi membantu kempen BN,” tambahnya./JalanPulang