Isnin, 28 Januari 2013

MENJAWAB ISU 'SIAPA MB PAHANG' SELEPAS NAN YAAKOB

Oleh:  WFAUZDIN NS

SIAPA MB Pahang sekiranya, InsyaAllah, PR dapat menawan Pahang?  PDO telah mengulas isu ini dan mahukan agar PR buat keputusan segera siapa MB Pahang di kalangan PR nanti.  Sebenarnya tidak benar rakyat tertanya-tanya siapakah MB Pahang bagi menggantikan Nan Yaakob seperti yang disebut oleh PDO.  Yang betulnya rakyat teruja untuk kuburkan Umno/Bn di Pahang dan isu siapa MB Pahang itu perkara nombor dua.

Kedua-duanya layak jadi MB Pahang kerana lebih baik dari pemimpin Umno
Sebenarnya tidak sukar untuk mengagak siapa MB Pahang di kalangan PR jika PR berjaya menawan Pahang.  Pertamanya, semua tahu bahawa PAS lebih banyak bertanding di kerusi Dun di Pahang ini berbanding dengan PKR dan DAP.  Jika PAS berjaya menguasai kesemua kerusi yang dipertandingkan, maka lojiknya calon PAS adalah MB Pahang.  Siapakah calon dari PAS tersebut?  Ini perlu dilihat kepada siapa pemimpin utama PAS di Pahang dan kerusi apakah yang beliau tandingi.  Ketika ini, Us Tuan Ibrahim adalah pemimpin utama PAS di Pahang.  Adakah beliau akan bertanding di Dun atau Parlimen atau kedua-duanya sekali?  Dan, adakah beliau akan menang di kerusi Dun jika beliau bertanding di kerusi tersebut.  Jika menang, dan PAS mempunyai kerusi terbanyak yang dimenangi berbanding dengan PKR dan DAP, maka kita boleh kata Us Tuan Ibrahim akan menjadi MB Pahang.  Mudah sahaja.

Itu perkiraan lojik, tetapi rezeki Allah yang tentukan.  Tidak semestinya banyak kerusi maka menjadi MB.  Contohnya di Perak dahulu.  YB Nizar dari PAS dipilih menjadi MB Perak walaupun kerusi PAS jauh lebih sedikit dari kerusi PKR dan DAP.  Di Perak, perkiraan politik penuh hikmah dan bijaksana serta tolak ansur mengangkat YB Nizar menjadi MB Perak.  Tidak mustahil ini berlaku di Pahang dan beberapa negeri yang lain.  

Adakah Pengerusi KEADILAN Pahang, Dato' Fauzi Abd Rahman boleh menjadi MB?  PDO sebut mungkin Dato' Fauzi bertanding di Parlimen Indera Mahkota.  Jika betul, maka mustahil Dato' Fauzi boleh menjadi MB tanpa beliau bertanding di kerusi Dun.  Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat peluang PAS menjadi MB Pahang lebih terbuka daripada PKR.  Di dalam kepimpinan PKR Pahang sendiri tidak pernah kedengaran yang bercerita tentang siapa MB Pahang di antara mereka.  Ertinya, PKR Pahang sendiri telah bersedia sekiranya PAS menjadi MB Pahang melainkan jika ada faktor-faktor lain seperti yang terjadi di Perak.

Jika benar rata-rata di dalam PAS mahu kepada Us Tuan Ibrahim menjadi MB Pahang, mereka kena pastikan Pesuruhjaya PAS ini bertanding di kerusi Dun dan wajib menang.  Ada yang mengintai peluang kerusi Parlimen Temerloh untuk diserahkan kepada Us Tuan Ibrahim, jika begitu seolah-olah mereka tidak mahu Us Tuan Ibrahim menjadi MB Pahang.  Atau, PAS mahu Us Tuan Ibrahim bertanding kerusi Dun dan Parlimen serentak?  Saya rasa Us Tuan Ibrahim tidak setamak itu.  Elok benar kerusi Parlimen Temerloh itu kekal dengan status 'quo'nya.

Kesimpulannya, isu MB Pahang selepas Nan Yaakob tidak penting kerana yang lebih penting kita tawan Pahang dahulu.  Tidak semua negeri boleh mengikut cara atau pendekatan negeri lain.


1 ulasan:

  1. Pelan (Utama) Yg Perlu Difikirkan:


    Bila PR kalah dan tak menang langsung! Siapa jilat siapa pulak...

    BalasPadam