Rabu, 23 Januari 2013

ISU DUN TERUNTUM - DAP KUANTAN JANGAN MUDAH MELATAH

Oleh:  WFAUZDIN NS

AKU terbaca satu artikel keluaran PDO di SINI. Artikel itu memetik perasaan tidak puas hati pimpinan DAP Kuantan kerana wujudnya FaceBook 'Dun Teruntum'.  Tidak puas hati turut digambarkan apabila FB berkenaan menyiarkan gambar Penyelaras SAMM Pahang, Sdr Bung Hatta bersama orang kuat PKR Kuantan, Mr Sim yang sedang berkempen dan mengibarkan bendera PKR.

Pelik juga aku.  Apa masalah dengan FB Dun Teruntum?  FB tersebut berkempen untuk Umno/Bn kah sebelum ini?  FB tersebut pernah mengistiharkan sesiapa kah sebagai calon Dun Teruntum?  Apakah apabila Sdr Bung Hatta bergambar dengan Mr Sim di dalam FB Dun Teruntum maka salah seorang daripada mereka adalah calon Dun Teruntum?  Atau, dengan adanya bendera PKR di dalam FB Dun Teruntum maka PKR lah sewajibnya menjadi calon di situ? 

DAP Kuantan jangan cepat melatah dengan hanya wujudnya FB yang mahu menentang Umno/Bn.  Jika DAP ikhlas, sepatutnya DAP juga turut wujudkan FB yang seumpama itu di Kuantan, tetapi aku tidak tahu selama ini adakah DAP pernah melakukannya.  Sebagai contoh, di Jenderak, K.Krau juga ada FB bernama PAS Jenderak, tetapi semua tahu di Dun Jenderak parti manakah yang akan bertanding di situ.  Adakah adil kita menuduh PAS ingin merampas Dun Jenderak hanya kerana wujudnya FB PAS Jenderak? Begitu juga di Temerloh, terlalu banyak FB yang diwujudkan oleh PAS, DAP dan PKR tetapi kesemuanya mahu melawan Umno/Bn, bukan untuk menunjukkan bahawa Temerloh dan beberapa kerusi di situ hak parti-parti tertentu.

DAP Kuantan mesti berfikiran positif.  DAP Kuantan mesti bersama-sama berjuang di alam maya dengan mewujudkan seberapa banyak blog atau FB untuk menentang propaganda Umno/Bn.  Tentang calon, kita serahkan kepada pimpinan tertinggi parti dan pimpinan tertinggi PR tidak akan terpengaruh hanya dengan FB.  DAP Kuantan jangan mudah melatah.  Apa yang penting apakah tujuan FB itu diwujudkan.  DAP juga boleh wujudkan FB, tiada masalah.  PAS juga boleh wujudkan FB Dun Teruntum dan belum tentu PAS akan menjadi calon di situ.  Bahkan, jika ada calon Bebas yang ingin bertanding di situ, Nah...silakan bukan FB di Teruntum.

1 ulasan:

  1. Boleh kongsi FB bersama-sama yang bertajuk `DUN MERUDUM!.....

    BalasPadam