ADA perisik tentera memantau facebook aku dan facebook KOBAT? Ohhh...aku tidak kisah kerana itu memang tugas dan tanggungjawab mereka. Jika mereka tidak berbuat demikian, mereka akan dicop sebagai anggota tentera yang makan gaji buta.
Cuma aku nak berpesan kepada rakan-rakan ku yang masih berkhidmat di dalam tentera ini terutamanya yang berada di dalam Kor Risik atau MIO. Laksanakan lah tugas dengan jujur dan amanah kerana Allah, dapatkan lah rezeki yang halal dan diberkati. Jauhi diri dari melakukan kerja-kerja mungkar dan zalim walaupun arahan itu datang dari pihak atasan kamu. Kena ingat, kita akan bersara juga satu hari nanti dan kita tidak boleh lari dari berada di dalam masyarakat awam apabila kita tidak lagi berkhidmat di dalam tentera.
Jika kamu makan gaji hanya bertugas sebagai perisik tentera, lakukan lah tugas itu untuk negara tercinta. Jika niat kamu betul, percayalah, Allah akan bersamamu. Namun jika kamu mempunyai niat selain dari itu dan berniat untuk menganiayai orang lain, kamu tunggu sahaja masa untuk menerima akibatnya.
Jangan mendabik dada sewaktu kamu dilindungi oleh uniform kamu, kerana tiba masanya kamu akan menanggalkan uniform keramat itu dan berada setaraf dengan aku seperti sekarang.
Terpanggil saya untuk memberi komen dalam posting anda kali ini. Walaupun bukan bekas anggota Risik dan hanya dari kor KPA-BK, namun saya rasa saya mengenali saudara secara dekat, begitu juga saudara mengenali saya. Saya sering membaca artikel saudara apabila berkelapangan apatah lagi bilamana skot-skot semua kata anda dah jadi orang besar sekarang. Alhamdulillah sebagai salah seorang rakan saya turut berbangga. Apa jua bentuk ideologi yang saudara bawa itu hak mutlak saudara dan apa jua pegangan hidup saudara itu pun tiada siapa nak marah. Namun agak kurang sopan bila saudara saya perhatikan saudara sering membuat tohmahan terhadap ATM terutama TD. Kita sama-sama baju hijau dulu skot, cuma bezanya saya ikut apa jua konsep pentadbiran dalam ATM, saya sedar tahap kelulusan saya yang tak setinggi manapun diera persekolahan dulu dan alhamdulillah saya yakin semuanya baik untuk legasi KPA-BK. Saya pun banyak juga rakan-rakan dikalangan MIO dan SB dan majoritinya adalah kariah masjid ditempat saya dan dah bergelar pesara. Kalau nak diceritakan pengalaman mereka tentu tak setanding kita sabab kita hanya bermain dengan aspek pengkeranian, namun saya tak nampak pula mereka memainkan sentimen sepertimana saudara. Janganlah disebabkan masalah lampau kita maka kita nak heret semua orang supaya terjerumus ke lembah yang sama, salah tu skot. ATM merupakan sebuah organisasi yang hebat saudara dan bentuk pentadbirannya sukar untuk ditandingi baik dari segi aspek kebajikan dan disiplin. Kenapa kita nak heret tentera dan bekas tentera ke dalam kancah ideologi kita. Banyak cara lagi saudara sekiranya kita nak cari makan.
BalasPadamBerbalik kepada isu memantau, saya tak nampak salahnya kerana saudara banyak menyentuh isu ATM dn banyak posting yang dibuat berbentuk provokasi dan menghasut. Kalau kena pada diri saya pun saya akan cari siapa 1073920 ni. Pon begitu, bagi saya setakat mereka meneliti ke memantau ke tak menggugat saudarakan? Saudara seharusnya bersyukur sebab dengan berbagai tohmahan serta hasutan yang saudara berikan, mereka tak dedahkan siapa saudara yang sebenarnya sewaktu dalam perkhidmatan dulu. Cuba bayangkan kalau Liza tahu, tak ke naya? tak ke hancur rumah tangga? Sebab tu saya kata skot kena banyak berfikir apabila cuba bertindak agresif dengan melontarkan tohmahan terhadap ATM serta menghasut warga ATM. Namun demikian terpulanglah pada budi bicara skot..bak kata pepatah skot "Tak ada masalah, beban jangan digalas".
Hakikatnya Wan tak pernah sedar bahawa `gaji, imbuhan dan pelbagai keistimewaan dulu' tidak pernah dihargainya. Beliau menghina perkhidmatan yg begitu tinggi pengorbanannya kepada negara, agama dan bangsa...
PadamTetapi posting saya pun mengenai perkara ini tidak diterbitkan kerana ia sangat menyentuhnya....Sdra Wan tidak berani membacanya da utk tatapan semua...
Muga dia siar utk sdra baca..
Satu pesanan yang bernas yang patut diingat oleh perisik2 tentera dan SB polis.Ingat, gaji anda dibayar oleh rakyat samada ia orang umno, pas, pkr, dap, psm dll. Wang gaji anda bukan datang dari poket umno, najib, mahathir, muhyddin atau zahid.Yang mengkhianati negara ini telah terbukti iaitu Umno dan Mahathir. Merekalah yang memberi kerakyatan segera kepada pendatang asing, mereka kaya raya hasil rasuah.Diakhirat nanti kamu akan disoal mengenai tugas anda.Masa tu tak ada Umno ata Mahathir dapat tolong.
BalasPadamhahahhahah terbaekkkkkkkk !!!!!!!!!!! jgn dah berhenti nanti kau org jadi JONGGOS di pandang seblah mata oleh pemimpi pemimpin UMNGOK !!
BalasPadamSlm...Saya ingin menjawab tulisan Skot Jusoh Keca di atas.
BalasPadamPertamanya, Suka saya ulangi bahawa di dlm artikel di atas saya tak kata tak boleh Risik/SB memantau sesiapa pun kerana itu mmg tugas mereka. Cumanya, saya ingatkan bahawa dlm melaksanakan tugas, mesti ikut berpandukan kpd tanggungjawab kpd ATM, bukan kpd pemimpin politik tertentu termasuk dari Pembangkang. Itu maksud saya.
Keduanya, Ada Risik yg masuk dlm FB saya melontarkan kata2 menghasut juga bahkan fitnah seperti yg sering ditulis oleh seorang 'Risik' bernama 'Askar Setia'. Ertinya, mereka juga berpolitik, dan tidak salah jika hujah politik dijawab dgn politik.
Ketiga, Mmg saya bersyukur kerana menjadi seorang tentera kerana kerjaya tentera bukan kerjaya lekeh. Sbb kerjaya tentera ini dihormatilah maka saya selepas bersara tidak mahu warga tentera dipandang remeh oleh semua pihak termasuk dari Parti Pembangkang. Sebelum ini Parti Pembangkang kurang prihatin dgn nasib2 bekas tentera, tetapi skrg Alhamdulillah, Di dalam PAS sudah ada KERABAT, Dalam PKR sudah ada PAHLAWAN dan KOBAT, semua itu pertubuhan yg memantau kebajikan warga tentera dan bekas tentera. Apakah ini tidak membuktikan mereka menghormati kerjaya tentera? Apakah kami pengkhianat yg menyapu wang LTAT itu?
Jusoh mempersoalkan mengapa RISIK/MIO pencen tidak sibuk berpolitik seperti saya. Politik ini bukan satu paksaan tetapi ianya satu keperluan. Terpulang kpd mereka mahu sokong mana2 parti setelah mereka bersara. Bagi saya, warga tentera mesti disedarkan bahawa mereka bukan bertugas di dalam satu pasukan atau berada di dalam satu kerjaya yg lekeh. Mereka patut dihormati dan suara mereka mesti didengar.
Memang saya bukan bekas askar Infanteri jauh sekali Komando mahu pun Risik/MIO. Tetapi itu bkn persoalannya. Persoalannya, semua di antara kita yg tahu apa masalah yg dialami oleh warga2 tentera dan bekas2 tentera mesti kita suarakan. Jika sewaktu di dalam ATM kita memberi alasan Akta AT 1972 banyak menyekat kita dari bersuara, adakah setelah bersara kita boleh diamkan apa yg kita rasa tidak betul? Itukah tanda kita sayang kpd tentera?
Sebagai contoh, adakah bekas Pengarah Jab Siasatan Jenayah PDRM, Datuk Fauzi, bekas Pegawai Kanan di dalam PDRM yg kini berada di dalam PAS itu tidak menghormati PDRM lagi? Adakah Brig Jen (B) Abd Hadi yg kini berada di dalam PKR itu tidak lagi menghormati ATM hanya kerana menentang Umno/Bn? Adakah tanpa Umno/Bn maka ATM akan berkubur?
Di Para terakhir, tentang rekod saya di dalam ATM. Saya bukanlah yg terbaik dan mungkin rekod Skot Jusoh lebih baik dari saya. Selaku yg terbaik, tentulah Sdr Jusoh dapat berikan yg terbaik kpd skot2 kita yg masih berkhdmat dan yg telah bersara....
Adakah sdra wan mengenali Datuk Fauzi dan Adul Hadi secara peribadi dan dalam perkhidmatan hingga boleh melemparkan kenyataan bahawa mereka baik! Kalau sdra sendiri pun menyedari sdra tidak baik, adalah lebih baik menyarankan sdra-sdra kita itu menjadi lebih baik bukannya menjadi lebih teruk dan sentiasa berbuat dosa. Mati itu tetap akan menjemput kita!
PadamSetuju. Apakah kami pengkhianat yg menyapu wang LTAT itu?
PadamIsu sebenarnya ialah setiap warga tentera wajib ikut perintah ketua! TAPI perintah yang tidak ada kena mengena dengan agenda politik! Pucuk pimpinan tentera juga mesti taat kepada YDPAgong bukan kepada PM atau Menteri Pertahanan! Yang jadi isu sekarang pucuk pimpinan tentera dilihat kaki bodek dan pengampu politik! Ini yang jadi masalah. Buat masa ini, imej tentera tidaklah teruk sepertimana Polis. Jadi kepada pesara tentera jangan robotkan diri anda! Sebagai orang awam,anda juga berperanan untuk menentukan kehidupan yang baik dari pemerintah yang tidak rasuah! Disiplin tentera sangat baik. Tapi tidak bermakna kena senyap dan akur kepada kebejatan walaupun dilakukan oleh pimpinan tentera yang korup! Kepada pesara tentera,Jangan bermimpi, anda sekarang dah jadi orang awam dan sebahagian masyarakat yang sedang menuntut kehidupan yang lebih baik menerusi pemerintah yang tidak korup!
BalasPadamTerbaik ini adalah satu pengajaran untuk semua.
BalasPadamWalau apa pun kita ucapkan syabas pada semua yg bertugas dengan jujur,
BalasPadamNak jadi perisik ini bukan senang,tiada sesiapa boleh kenal kita,kalau orang kenal.habislah,zaman sekarang ini boleh tunjuk satu satu.cepat orang kenal,sebab apa???,mulut tak boleh duduk diam hendak cakap itu masaallahnya.tak kiralah jabatan mana sekali pon,mereka tak pandai nak jaga tugasan mereka.ini yg masaallahnya.kalau orang dah kenal nak risik apa lagi???.sebab itulah.ketua ketua risik ini harus memantau pergerakan anak-anak buahnya.(dari otai
BalasPadamOrg lama dlm risikan persendirian.tak bergaji.boleh masuk negara orang tampa guna pas sempadan.thailand,myammar,lous,kombodiapada masa dahulu.demi negara.
Adakah seoarang bekas tentera akan di pantau oleh perisik tentera.sampai bila risik akan ikot atau follow bekas askar?
BalasPadamJika seorang bekas tentera yg dah berpencen boleh jadi perisik tentera?macam mana nak mohon jadi perisik tentera?
BalasPadam