Rabu, 8 Mei 2013

JANGAN SILAP PILIH MB SELANGOR, PEDULIKAN HASUTAN HASSAN JATI

TAHNIAH kepada seluruh rakyat Selangor yang telah 'membutakan' mata mereka terhadap umpan BR1M, TR1M dan berbagai-bagai lagi umpan mereka, tetapi telah memilih dan mengekalkan sebuah kerajaan negeri yang bersih dan terbukti ketelusannya.  Ertinya, Kerajaan Pakatan Rakyat menjadi pilihan dan idaman rakyat Selangor walaupun Umno telah meletakkan Najib sendiri sebagai 'Bos' di negeri termaju dan terkaya tersebut.

Paling mengejutkan rakyat Selangor telah memberi 'TKO' kepada Umno/Bn di Selangor apabila membuktikan jumlah Kerusi Pakatan Rakyat di negeri itu bertambah.  Umno/Bn hanya berjaya menempatkan 12 orang Wakil Rakyat mereka sahaja di Dun Selangor, manakala Pakatan Rakyat menguasai 44 Kerusi Dun seterusnya berjaya menjadi Kerajaan Negeri yang memiliki majoriti 2/3.  Satu kejayaan besar yang memeranjatkan Najib kerana sejak dari mula Parlimen di bubarkan setiap hari, siang dan malam TV kawalan mereka memainkan iklan khas untuk mengajak rakyat menyokong Umno/Bn. 

Persoalan sekarang, siapa bakal menjadi MB Selangor?  Kita tolak jumlah Kerusi yang dimenangi oleh DAP (15 Kerusi) kerana DAP pun tahu wakil mereka tidak akan menjadi MB Selangor.  Jumlah Kerusi PAS adalah sebanyak 15 Kerusi.  KEADILAN pula hanya mendapat 14 Kerusi Dun.  Secara lojiknya, tentulah PAS boleh dilantik sebagai MB Selangor yang baru.  Namun, apakah perkiraan sedemikian paling bijak untuk menentukan Selangor boleh ditadbir dengan baik sekurang-kurangnya untuk sepenggal lagi?

Bagi aku, calon MB Selangor yang baru mestilah dipilih dari mereka yang terbaik, yang dirasakan boleh mentadbir Selangor jika tidak melebihi kehebatan Tan Sri Khalid (MB Selangor sebelum ini) sekurang-kurangnya tidak lebih teruk dari Tan Sri Khalid Ibrahim.  Jika PAS mempunyai kelayakan seperti itu, lebih baik diberikan saja jawatan itu kepada wakil dari PAS.

Sebagai sebuah pakatan, amat manis dan beradab jika pandangan dari rakan kita di dalam DAP turut diambil kira bagi menentukan calon MB Selangor.  Tentulah molek jika kesemua memberi kata sepakat tentang calon MB Selangor.  Jangan peduli kata-kata 'batu api' dari mantan Pesuruhjaya PAS yang telah disepak keluar dari PAS iaitu Hassan Jati.  Beliau nyatakan elok PAS jadi MB Selangor kerana PAS juga ada wakil yang berkelayakan.

Tidak perlu beliau sebut itu kerana kita sendiri pun tahu mahu memilih yang terbaik untuk menjadi MB Selangor.  Kita tidak lupa kata-kata Hassan Jati sebelum ini yang menuduh PAS sesat berkawan dengan DAP.  Mengapa tiba-tiba Hassan Jati mahu memuji PAS pula?  Jika bukan sekadar ingin menjadi 'batu api', untuk apa lagi?

Apa yang penting, Pakatan Rakyat di Selangor harus sepakat di dalam menentukan calon MB Selangor.  Fikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan agar Selangor terus dapat kita pertahankan untuk Penggal akan datang.  Buat KEADILAN, jangan fikir jawatan MB Selangor hanya layak untuk mereka sahaja, dan buat PAS pula jangan hanya berfikir dengan banyaknya Kerusi maka layaklah menjadi MB Selangor.  Perlu banyak perkiraan untuk jangkamasa panjang perlu difikirkan.


3 ulasan:

  1. Lebih baik dikekal Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor. Buat masa ini beliau yang terbaik menjalankan tugas . Takbiiir.

    BalasPadam
  2. Salam. Melihat senario sekarang ini, pada pandanfan peribadi saya, jawatan MB eloklah diberikan kepada PAS kerana inilah peluang untuk membuktikan bahawa parti yang bertunjangkan islam boleh memerintah negeri yang penduduknya berbilang bangsa dan agama. Rekod menunjukkan bahawa PAS hanya memrintah dinegeri-negeri yang majoritinya berugama islam kecuali Perak (walaubagaimana DUN PAS tidak banyak). Sekiranya ianya dapat ditadbir dengan baik dengan pertolongan PR yang lain, tidak mustahil ianya satu kemenangan awal sebelum PRU14.

    BalasPadam
  3. Saya menyokong/mengundi dan berkempen utk pr untuk mengekalkam TS Khalid sebagai MB. Sy tak yakin orang lain boleh mentaadbir sebaik beliau sehingga BN terliur utk merampas Selangor dan utk berjoli dgn simpanan 2.6b. Pada sy TS Khalid MB terbaik yg pernah dilahirkan di Malaysia dan di Selagor khususnya.

    BalasPadam