Khamis, 9 Mei 2013

ISU MB SELANGOR - KETUA WANITA PKR JANGAN SOMBONG SANGAT !!




MENGAPA sombong sangat Zuraida Kamaruddin ini?  Aku cukup benci dengan orang yang sombong dan bongkak seperti ini dan beliau memang tak layak jadi Wakil Rakyat di dalam PR khususnya PKR jika begitu angkuh dan sombong seperti ini.

Jika beliau pertikaikan DAP dan PAS untuk membincangkan soal calon MB Selangor, apa pula kelayakan beliau untuk bercerita soal calon MB Selangor?  Besar sangatkah jawatan Ketua Wanita atau Ahli Parlimen yang baru beliau menangi itu?  Beliau jangan lupa, beliau menang baru-baru ini pun banyak dibantu oleh penyokong-penyokong DAP dan PAS, justeru itu jangan sombong sangat.

Apa salahnya DAP suarakan pendapat tentang MB Selangor kerana DAP adalah pemilik Kerusi Dun paling banyak di Selangor, bukannya DAP mahu jawatan itu tetapi sekadar beri pendapat sahaja.  Begitu juga PAS, mengapa perlu disekat PAS bercerita soal MB Selangor kerana PAS juga lebih Kerusi dari PKR?  Apa yang penting nanti, keputusan daripada perbincangan PR akan diterima bersama biarpun berapa banyak cadangan yang ada.  Yang pasti akan ada keputusan bersama.  Jadi, Zuraida ni sibuk-sibuk mahu sekat orang ni apa cerita?

Lagi satu, kenyataan beliau seolah-olah ingin menolak Tan Sri Khalid jadi MB Selangor.  Sebab itulah dia meroyan bila DAP cadangkan Tan Sri Khalid.  Agenda kamu apa pula Zuraida?  Kamu mahu siapa jadi MB Selangor?  Salahkah DAP cadangkan Tan Sri Khalid?  Kamu mahu DAP ikut telunjuk kamu?  Kamu siapa?  Jika PR buat keputusan MB Selangor adalah Tan Sri Khalid atau calon dari PAS, kamu mahu bantah?  Ingat PKR ni parti kamu ke?  Aku pun ahli PKR juga dan semestinya aku suka jika PKR yang jadi MB Selangor, tetapi aku sedar PKR adalah salah satu parti dalam PR, maka kenalah hormati pandangan orang lain.

Jangan sombong sangat bercakap, ini akan memalukan parti. 

10 ulasan:

  1. Balasan
    1. PKR Tolonglah buang makcik yang sombong bodoh ni. Inilah color sebenar dia. Berasa bagus sangat.

      Padam
  2. Salam...apapun cara kita bercakap itu penting...jangan bercakap macam budak2...menggunakan ayat "yang mereka dok sibuk2 buat apa"...bagaimana perasaan bagi mereka yang dimaksudkan mendengarnya...sebaik2nya fikirlah dulu sebelum bercakap...itu penting bagi seseorang yang bergelar "pemimpin"...

    BalasPadam
  3. Bhai WFauzdin...

    Betul tue bhai... kiter takmo PKR jadi macam UMNO... Kita dalam PR nih semua akan mesyuarah... takder main nak ikut telunjuk jer...

    C++
    CipanTapirTenuk.Blogspot

    BalasPadam
  4. spesis parasit yg boleh menghancurkan parti dan pakatan rakyat silap2 leh joint kelab ibrahim ali n zul kulim ong..ong..ong...

    BalasPadam
  5. PKR tolong tukar Makcik ni. Membuat kenyataan terbuka untuk pihak Lawan tepuk tangan sebab ada isu baru untuk di perlecehkan.

    Makcik-Makcik memang tak sesuai jadi Ketua Wanitalah. Bercakap ikut nafsu bagi yang muda-mudi, imej Muslimah dan bersopan santunlah. Pleaselahh!!

    BalasPadam
  6. Memang betul bro... PAS yang lebih 1 kerusi pun tak ada nak bising-bising tentang jawatan MB dan TS Khalid dah urus tadbir dengan begitu baik. Inilah manusia yang tak kenang budi baru diberi sedikit kuasa dah menunjuk lagak. PAS dan DAP tak ingin jawatan itu walau pun mereka layak tetapi atas sifat setia kawan tetapi sikap yang ditonjolkan oleh Zuraidah amat memalukan.

    BalasPadam
  7. Harap jangan kecewakan rakyat yang menyokong PR dalam PRU13 lalu.

    Rakyat mahukan Tan Sri Khalid menerajui Selangor kerana track record serta kebolehannya menghadapi tekanan dari Putrajaya seperti isu SYABAS

    BalasPadam
  8. Kalau pecahbelah dosa nya amat besar.MB TS Khalid dah tunjukkan, MB terbaik selepas merdeka.Jangan tamak Puan Ida, kalau u dan Azmin boleh buat lebih baik then OK tapi hanya nak pangkat tak payahlah.Ingat setan adalah kawan cemburu, banyak bertaubat.

    BalasPadam
  9. apapun pakat elok2 jgn gaduh2 jgn kecoh2 malu lah dgn rakyat di bawah..mereka sdg mmerhati...jgn cepat timbulkn isu2 yg bodoh...pihak sebelah sdg mmerhati dan akn mengambil kesempatan dari setiap ruang kekalutan yg timbul..

    BalasPadam