Jumaat, 10 Mei 2013

PESANAN BUAT AZMIN ALI, JANGAN PENTINGKAN DIRI

SEHARI dua ini kecoh pasal isu Azmin Ali.  Awalnya berita yang memetik komen Azmin Ali di dalam Twitternya yang tidak bersetuju apabila rakyat berhimpun di Kelana Jaya malam kelmarin untuk menunjukkan rasa tidak puas hati di atas keputusan PRU 13 yang dikatakan penuh dengan kontroversi.  Azmin Ali tidak bersetuju rakyat berhimpun malam itu kononnya 'rakyat sudah letih'.

Terbaru, dikatakan pula ada ura-ura Azmin mahu umumkan keluar dari PR bersama lebih kurang 11 Ahli Parlimen yang menyokongnya.  Pagi nanti (Jumaat 10/5/13) jam 11.00 pagi diberitakan Azmin Ali akan adakan Sidang Akhbar di Ibu Pejabat PKR di Tropicana.  Kita boleh ketahui kesahihan kesemua perkara di atas.

Aku mahu ingatkan saja Azmin Ali.  Isu pertama, jika benar beliau tidak suka Perhimpunan Rakyat di Kelana Jaya malam kelmarin atas alasan 'rakyat sudah letih', Azmin silap besar.  Kehadiran lebih 100,000 dari berbagai kaum malam tadi di Stadium Kelana Jaya walaupun dibasahi hujan sebelum terpaksa menghadapi kesesakan berjam-jam di jalanraya, adakah itu bukti 'rakyat sudah letih'?  Atau, Azmin Ali yang sudah letih kerana menang besar?  Jika Azmin Ali atau Zuraida, Ketua Wanita PKR itu tewas angkara tipu muslihat, adakah Azmin Ali dan Zuraida akan letih juga?  

Jangan fikirkan kemenangan diri sendiri.  Fikirkan juga nasib rakan-rakan lain yang tewas angkara penipuan.  Pemimpin yang baik tidak akan mementingkan diri sendiri.  Sedarkah beliau di antara ratusan ribu yang hadir di Kelana Jaya malam kelmarin itu adalah pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong beliau di Gombak dan Bukit Antarabangsa?  Mengapa mereka hadir?  Bukankah Azmin Ali telah menang dikedua-dua kawasan tersebut?  Jawapannya, mereka mahu demokrasi di negara ini berjalan dengan baik, mereka tuntut agar penipuan dihentikan.  Mereka tidak pentingkan kawasan mereka sahaja.

Isu kedua, ura-ura Azmin Ali akan umum keluar PR bersama rakan-rakannya seramai 11 orang Ahli Parlimen.  Perkara ini aku kurang percaya dan aku tidak yakin Azmin Ali sebodoh itu.  Andaikata benar sekalipun beliau akan keluar PR, aku ingin beritahu beliau bahawa ahli-ahli PKR menyokong PKR bukan kerana Azmin, begitu juga bukan kerana susuk tubuh Anwar.  Jika benar kamu boleh bawa 11 atau lebih MP dari PKR keluar parti, kami ahli bawahan sudah biasa dengan hanya ada satu wakil Parlimen sahaja di Parlimen iaitu DS Wan Azizah suatu ketika dahulu.  Ketika itu kami tetap setia bersama parti, susah, suka dan duka bersama.  

Sehebat-hebat Ezam sesumpah yang keluar dari parti tidak membawa kesan kepada parti, siapa sangatlah insan bernama Azmin Ali dan kuncu-kuncunya?  Kami hormati Azmin Ali selaku Timbalan Presiden PKR kerana beliau bersama mendokong perjuangan parti.  Bukan kerana susuk tubuh Azmin Ali mahu pun Zuraida.  

Dikhabarkan juga, Azmin Ali bersikap sedemikian adalah untuk menekan DS Anwar agar memilih beliau menjadi MB Selangor.  Aku tidak percaya Azmin Ali begitu kemaruk mahu menjadi MB Selangor.  Jika ada cita-cita ke arah itu, beliau kena buktikan apakah salah dan silapnya Tan Sri Khalid selama beliau menjadi MB Selangor?  Jika ada hujah untuk menolak Tan Sri Khalid, beliau boleh mencuba untuk menggantikannya, tetapi adakah beliau boleh memberi jaminan beliau lebih baik dari Tan Sri Khalid?

Blog ini adalah di antara blog paling kuat berkempen menyokong Azmin Ali sewaktu beliau bertanding menentang Zaid Ibrahim sewaktu pemilihan parti dahulu.  Aku menyokongnya atas sebab Azmin Ali lebih lama berjuang di dalam parti dan telah diuji bersama parti.  Tetapi jika kesemuanya ini Azmin Ali ingin musnahkan, aku tiada pilihan lain selepas ini.  

Aku harap kesemua yang dilaporkan di atas tidak benar atau spekulasi pasca PRU 13 semata-mata.  Fokus rakyat sekarang adalah akan terus berdepan dengan rejim yang zalim dan mengkhianati kepercayaan rakyat.  Tidak mungkin Azmin Ali termasuk di dalam golongan puak yang kami tentang ini.  Itu harapan kami.


4 ulasan:

  1. Aku juga ingin mengingatkan bahawa hidup kita di dunia ini hanyalah sementara saja. Hidup yang sebenar2nya ialah hidup diakhirat. Disana nanti segala perbuatan dan tindakan kita didunia dahulu akan dipersoalkan. Kejujuran dan keikhlasan akan dipersoalkan apatah lagi dengan pengkhianatan yang kita lakukan. Ambillah peringatan....

    BalasPadam
  2. Saudara Azmin Ali - Jika jawatan yang kau kejarkan maka letaklah jawatan dan sertailah UMNO kembali seperti EZAM yg mungkin saudara dilantik Senator.

    Jika perjuangan RAKYAT yang inginkan KEADILAN, RASUAH DIHAPUSKAN dan KEBATILAN dilunaskan maka muhasabahlah diri dan teruskan perjuangan kerana rakyat sentiasa dibelakangmu.

    Kami takkan RALAT sebesar kuman pun jika saudara meletak jawatan dari PERJUANGAN PAKATAN dan kembali ke UMNO walaupun saya duduk di area PARLIMEN dan DUN Saudara Azmin.

    Apa yang penting PERJUANGAN RAKYAT harus diteruskan.

    INGATLAH -- Saudara hanya wakil kepada RAKYAT dan bukanlah saudara seorang sahaja yang berjuang menghadapi REFORMASI & BERSIH... Kami RAKYAT yang inginkan PERUBAHAN juga sama menghadapinya malahan lebih teruk dikerjakan.

    -- Sekian ---

    BalasPadam
  3. As Salam penulis. Sy adalah salah seorang pengundi di kawasan gombak. Amatlah sedih jika perkara begini berlaku inikah semangat setiakawan yg nak dikongsi dengan rakyat kaw sgor? Sy harapkan hanya yg terbaik dr pemimpin PR bukan perkara remeh yg begini. Didoakan Saudara Azmin bertindak mengikut keperluan parti dan sokongan ikhlas dr rakyat s'gor.

    BalasPadam
  4. Hampas betullah Azmin dan Zuraida - rakyat sudah berikan sokongan kepada PR serta PKR kamu pula nak buat hal.

    Kamu berdua kini dalam perhatian rakyat - dan rakyat tidak teragak-agak untuk humbankan kamu dari PKR (PR)- jangan ingat kamu sudah besar.

    BalasPadam