Ahad, 23 Jun 2013

MENGAPA DIPERLEKEHKAN ANAK MUDA DI PADANG MERBOK?

SEMALAM himpunan suara rakyat 505 di Padang Merbok, KL selamat diadakan.  Ramai yang gembira kerana fitnah media umno bahawa himpunan itu bertujuan untuk membuat huru-hara ternyata meleset. Telahan seorang pegawai polis KL yang menyebut himpunan tersebut bertujuan untuk provokasi pihak polis juga ternyata silap besar.

Ramai juga yang merasa tidak puas hati kerana perhimpunan semalam hanya berakhir dengan beberapa siri ceramah sahaja.  Bagi aku, perhimpunan semalam memang menepati kehendak perhimpunan kerana kita tidak akan membuat tindakan yang lebih dari yang telah kita rancang.  Yang kecewa mungkin ada mempunyai hasrat yang lebih dari itu.

Secara peribadi aku tidak merasa seronok berhimpun di Padang Merbok, tetapi amat gembira dapat berarak beramai-ramai dari Petaling Street menuju ke Padang Merbok.  Pada aku, perarakan itulah sebenarnya isi kepada himpunan petang semalam bukannya ceramah yang telah diadakan.  

Ada pihak yang memandang sinis tindakan beberapa anak muda yang memasang khemah dan bermalam di Padang Merbok, KL sejak petang semalam.  Kita boleh berbeza dari segi pendekatan menunjukkan rasa amarah kita kepada sebarang bentuk penipuan PRU.  Pendekatan anak-anak muda ini lebih jauh ke hadapan sedikit dari kita yang mungkin hanya mampu datang untuk berarak, berhimpun dan kemudiannya balik ke rumah.  Jika kita tidak setuju dengan kaedah mereka untuk terus berkhemah sepatutnya kita jangan memperlekehkan mereka.

Ada pihak yang terlalu impikan revolusi bukan lagi reformasi.  Pendapat aku, revolusi tidak perlu dirancang kerana ianya akan datang sendiri apabila segala ruang demokrasi telah ditutup serapat-rapatnya.  Buat waktu ini, di negara kita ruang untuk salurkan maklumat atau tunjuk rasa masih ada walaupun terlalu sempit.  Maka gunakan ruang yang ada ini sebelum kita memikirkan cara revolusi yang kita sendiri tidak mahu terjadi.  Memang lambat untuk berjaya dengan ruang yang sedikit tetapi yang penting adalah kesannya yang boleh dilihat sedikit demi sedikit.  

Himpunan ini bolehlah dianggap sebagai satu latihan persiapan mental dan fizikal sebelum kita melangkah lebih jauh lagi sekiranya suatu hari nanti negara kita memerlukan revolusi menggantikan demokrasi.  Tetapi yakinlah, tiada revolusi selagi ada ruang walaupun amat sempit buat kita.  Tahniah buat anak-anak muda di Padang Merbok.

2 ulasan:

  1. sokong pendapat tuan WF,moga matlamat mendatang akan tercapai in sya Allah ! ABU jangan lupa !

    BalasPadam
  2. walaupun tidak kesana jiwa ragaku tetap bersama.pada anak muda perjuangan kamu adalah harta yang tak ternilai diwarisan sejarah.anak muda bangun,pembuka mata hati orang tua yang selama ini dibuai mimpi indah tapi resah.

    BalasPadam