Khamis, 22 Ogos 2013

DREBAR TEKSI DI MALAYSIA PALING BERTUAH !!


KITA masih tidak lupa sebelum PRU 13 yang lalu, bagaimana Persatuan Teksi telah mengangkat 'sumpah' di hadapan Najib untuk menyokong Bn di dalam PRU 13.  Angkat 'sumpah' itu dilakukan mungkin kerana termakan budi kerana sebelum itu para pemandu teksi dapat BT1M (Bantuan Tayar 1 Malaysia).  

Sebelum itu, Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim beberapa kali menegaskan bahawa sekiranya PR mengambil alih Putrajaya, bukan sahaja harga minyak petrol akan diturunkan bahkan pemandu-pemandu teksi akan mendapat permit sendiri dan ini boleh menguntungkan setiap pemandu teksi.  Berapa kerat pemandu teksi yang percaya janji-janji Anwar?  Mereka kebanyakan begitu percaya dengan Najib dan sebab itulah tidak ada rasa apa-apa sanggup mengangkat sumpah taat setia kepada Bn.

Kini, PRU 13 telah berlalu dan Najib dengan dibantu oleh jin SPR telah membentuk kerajaan 47%.  Tentunya pemandu-pemandu teksi yang terlibat di dalam himpunan bersama Najib dahulu merasakan pasti mereka bertuah kerana Najib tidak akan lupa taat setia yang telah mereka berikan.

Memang Najib tidak pernah lupakan para pemandu teksi.  Sejurus membentuk kerajaan maka pemandu teksi tentu beruntung dengan kenaikan harga barang, termasuk kenaikan harga ayam menjelang Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini.  Kemudian diberikan pula 'bonus' tambahan dengan kenaikan harga gas memasak.  Tidak cukup dengan itu, had laju di beberapa jalanraya dan lebuhraya dikurangkan dan AES sentiasa menanti para pemandu teksi. Jika ada pula anak-anak pemandu teksi yang belajar di Universiti dan ada meminjam PTPTPN tentunya tiada masalah untuk membayarnya.  Beruntungnya pemandu-pemandu teksi di Malaysia.

Berita di atas tentu lebih menarik perhatian pemandu-pemandu teksi.  Tidak bayar saman, lesen memandu akan ditarik.  Cukup melegakan mereka kerana berbaloi dengan 4 biji tayar percuma yang baru sekali diberi itu.  Tahniah Pak Drebar Teksi !!


1 ulasan:

  1. Jgn cakap macam tu, tak pemandu semua sokong BN. Aku pun pemandu teksi. Aku pun tak pergi Bukit Jalil tu, tp tayar aku rembat jer. Aku ni paling kecewa bila BN menang. Pertamanya dah tentu tak dapat permit teksi yg macam Pakatan janjikan. Tak dapat petrol murah, harga kereta tak turun dan tentunya tak boleh beli teksi baru dengan murah kalau dah dapat permit sendiri. Setakat tayar tu, berapalah sangat berbanding permit yg amat bermakna tu.

    Janji Najib nak bagi tayar cumar retorik nak tunjuk dia menepati janji jer. 1000 permit jer. Itupun 200 dah bagi secara cabutan sebelum PRU13, 500 dah bagi sebelum raya haritu dan balance cuma 300 lagi untuk diundi dikalangan entah berapa ribu pemandu yg memohon.

    Yang pergi bukit jalil tu rata-rata mengharapkan permit tp dapat tayar. Yg dah ada permit tu tak rasa apa-apalah dapat tayar tp pemandu yang macam kami ni masih permit syarikat, jimatlah sikit. Tapi kami nak permit.

    Aku sedih bila kau tulis macam atas tu. Tak semua pemandu Teksi sokong BN. Hanya persatuan jer yg sokong.

    BalasPadam